You are on page 1of 2

Mengapa guru perlu menyediakan persediaan mengajar?

Sebab-sebabnya adalah
seperti berikut:
1. Persediaan mengajar yang baik memberikan keyakinan kepada guru.
2. Membantu guru memikirkan dengan mendalam tentang perkara yang akan diajar
sebelum mengajar. Kesukaran atau masalah yang dihadapi akan dapat dijangka dan
keputusan dapat dibuat untuk mengatasinya. Perancangan spesifik juga boleh dibuat
untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan kawalan bilik darjah dan
memotivasikan pelajar.
3. Membantu guru merancang media pengajaran yang digunakan dalam pengajaran.
4. Memastikan semua maklumat yang hendak disampaikan dimasukkan dalam
persediaan mengajar.
5. Memastikan pengajar sentiasa dapat mengikuti jadual yang telah ditetapkan.
6. Memastikan langkah disusun mengikut urutan.
7. Sebagai rekod untuk mengetahui perkara yang telah dan belum diajar.

Lebih spesifik antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menyediakan


rancangan pelajaran ialah :

a. Tajuk . Butiran lanjut mengenai tajuk dari huraian sukatan pelajaran dan buku
teks.
b. Matlamat ,Objektif dan Hasil Pembelajaran.
Matlamat yang jelas, objektif yang spesifik dan hasil pembelajaran yang eksplisit dan
boleh diukur.

c. Isi Kandungan
Isi kandungan dan skop serta kedalamannya serta organisasi urutan isi yang perlu
dicapai.

d. Aktiviti pembelajaran
Aktiviti yang pelbagai, menarik, bermotivasi hands on dan mind on serta mengambil kira
perbezaan pelajar dengan arahan yang jelas. Kaedah, pendekatan dan teknik yang
sesuai dan berkaitan.

e. Bahan Bantu Mengajar


Senaraikan bahan yang diperlukan untuk guru dan pelajar

f. Penilaian : Kerja rumah, ujian , penulisan jounal atau projek tertentu untuk
menilai pembelajaran pelajar.
g. Masa , tempat dan jenis pembelajaran individu, kumpulan kecil atau kumpulan
besar

You might also like