You are on page 1of 4

1

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK 01/2015


SEKOLAH KEBANGSAAN LABANG
YBB 9101

TARIKH

5 Februari 2015

MASA

2.30 petang

TEMPAT

Makmal Komputer SK Labang

AGENDA

1. Kata Alu-Aluan Pengerusi


2. Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Muzik 1/2015
3. Pelantikan AJK Panitia Muzik 2015
4. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
5. Buku Persediaan Mengajar
6. Penyemakan Hasil Kerja Murid
7. Penilaian murid
8. Penggunaan Alat Muzik dan Bilik Muzik
9. Pelan Strategik 2015
10. Kewangan
11. Hal-Hal Lain

Kehadiran:
BIL.
NAMA
1.
En. Roslan Bin Rosli
2.
En. Mingkul Ak Damu
3.
En. Jimbun Ak Barendak
4.
En. Muhammad Asraf Bin Suhaimi
5.
En. Mohd Farahan Bin Abd Rahman
6.
Puan Betty Anak Garuna

JAWATAN
Guru Besar
PK 1
PK KK
Ketua Panitia
Guru Akademik Biasa
Guru Akademik Biasa

1. Kata Alu-aluan Pengerusi


1.1. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua dan mengucapkan terima
kasih kepada semua yang hadir
mesyuarat pada hari ini. Pengerusi
menjelaskan bahawa mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan
hal-hal yang berkaitan dengan Panitia Pendidikan Muzik.
Tindakan: Makluman

Pengesahan Minit Mesyuarat 1/2014


Minit mesyuarat dicadang disahkan oleh : Encik Mingkul Ak Damu
Minit mesyuarat disokong oleh

: Encik Mohd Farahan Abd Rahman


Tindakan:Makluman

Pelantikan AJK Panitia Muzik 2015

BIL
1.
2.

3.1 Pengerusi menerangkan Jawatankuasa Induk Panitia Muzik 2015.


NAMA
JAWATAN
CATATAN
En. Roslan Bin Rosli
Guru Besar
Penaung
En.
Muhammad
Asraf
Bin Ketua Panitia
Pengerusi

3.

Suhaimi
En. Mohd

4.
5.

Farahan

Bin

Abd

Guru Akademik Biasa

Setiausaha

Rahman
Puan Betty Anak Garuna
En. Mingkul Ak Damu

Guru Akademik Biasa


PK 1

Bendahari
Ahli

En. Jimbun Ak Barendak

PK KK
Tindakan:Makluman

Rancangan Pengajaran Tahunan ( RPT )


4.1 Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan
(RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) hendaklah disediakan
dengan lengkap dan mengikut format yang betul. Bagi Tahun 4 hingga Tahun 5,
format KSSR perlu digunakan. Tarikh akhir hantar RPT adalah pada 16
Februari 2015.
Tindakan:Makluman
4.2 Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua dokumen Standard Prestasi dan
DSKP perlu disediakan secepat mungkin dan satu salinan hardcopy perlu
diberikan kepada Ketua Panitia.
Tindakan:Makluman

Buku Persediaan Mengajar


5.1 Pengerusi menjelaskan bahawa Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam
Buku Persediaan Mengajar perlu disediakan mengikut format yang betul.

Tindakan:Makluman
5.2 Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua guru wajib menyiapkan RPH
sehari sebelum PdP bermula dan menulis refleksi sejurus PdP berakhir pada
hari tersebut.
Tindakan:Makluman
Penyemakan Hasil Kerja Murid

6.1 Pengerusi meminta semua guru untuk menyemak hasil kerja yang diberi
kepada murid dan meningkatkan latihan bermain alat muzik dengan lebih
kerap.
Tindakan:Makluman
Penilaian Murid
7.1 Pengerusi mengingatkan semua bahawa pentaksiran murid akan dilakukan
secara offline dan online. Pentaksiran secara offline dilakukan dengan mengisi
tahap pencapaian murid dalam borang yang telah diberikan oleh Penyelaras
PBS iaitu Cikgu Betty. Selepas itu, guru dikehendaki mengisi markah murid
secara online ke dalam sistem SAPS.
Tindakan:Makluman

Penggunaan Alat Muzik dan Bilik Muzik


8.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru Muzik supaya menggunakan
alatan muzik secara optimum untuk memberi pengalaman mencukupi kepada
murid.
8.2 Pengerusi meminta agar semua guru menggunakan bilik muzik semasa PdP
dijalankan supaya tidak mengganggu PdP kelas bersebelahan.
Tindakan:Makluman

Pelan Perancangan Strategik Pendidikan Muzik


9.1 Pengerusi menerangkan secara ringkas takwim Panitia Muzik 2015.
9.2 Pengerusi mengingatkan semua guru Pendidikan Muzik untuk
mengoptimumkan penggunaan masa peruntukan agar dapat mencapai KPI
yang ditetapkan walaupun Muzik merupakan subjek elektif kerana pada masa
kini terdapat penerapan unsur didik hibur yang menggabungkan aspek muzik
atau nyanyian.
Tindakan: Makluman

10

Kewangan
10.1
Peruntukan untuk tahun 2015 belum diedarkan lagi oleh pegawai
kewangan. Namun begitu, mana-mana guru Muzik yang ingin membuat
pesanan yang mereka perlukan boleh diberikan kepada ketua panitia.
Kewangan panitia akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang.
Tindakan:Makluman

11

Hal-Hal Lain
11.1
Pengerusi mengingatkan semua guru untuk menyediakan RPH pada
setiap masa kerana pemantauan akan dilakukan pada bila-bila masa.

4
Tindakan:Makluman

PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada 3.30 petang ke tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Pencatat Minit,

(MOHD FARAHAN ABD RAHMAN)


Setiausaha Panitia Pendidikan Muzik,
Sekolah Kebangsaan Labang

Disemak oleh,

(MUHAMMAD ASRAF SUHAIMI)


Ketua Panitia Pendidikan Muzik,
Sekolah Kebangsaan Labang

Disahkan oleh,

.
(ROSLAN BIN ROSLI)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Labang

You might also like