You are on page 1of 4

Konsep Tolak

Pendekatan yang boleh digunakan :


pengasingan atau mengambil keluar, perbandingan, pelengkap dan
penyekatan.
Pengasingan atau mengambil keluar bermula dgn satu set objek,
satu subset dikeluarkan.
Cth: Terdapatnya 8 buah buku di atas meja. Sebanyak 4 buku
dimasukkan ke dalam beg. Berapa buah buku lagikah yang
tinggal di atas meja tersebut?
Perbandingan - dua set objek berasingan diberi. Set objek pertama
disusun semula dan dipadankan dengan set objek kedua. Set objek
yang tidak ada pasangan dikenali sebagai baki atau beza.
Cth: Terdapat 8 biji gula-gula dan 5 potong kek. Berapakah
bilangan gula-gula melebihi kek?

Konsep Tolak
Pelengkap - bermula dengan satu set objek, kemudian fikirkan
berapa objek lagi perlu ditambah untuk melengkapkan set
keseluruhan.

Cth: Saya ada 6 ekor kuda di dalam sebuah kandang yang boleh
memuatkan 10 ekor kuda. Berapa ekor kudakah yang
boleh saya masukkan lagi ke dalam kandang itu?
Penyekatan - dalam konsep ini, ahli sesuatu set objek perlu
diubahsuai kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat.

Cth: Terdapat 7 buah kereta di sebuah tempat letak kereta. 2


buah kereta berwarna biru dan yang lain berwarna
merah. Berapa buah keretakah yang berwarna merah?

Fakta Asas Tolak


Fakta asas tolak ialah ayat matematik bagi penolakan
nombor 1 digit daripada nombor 1 digit atau 2 digit dan
hasilnya nombor satu digit.
Terdapat dua kaedah untuk memperkenalkan fakta asas
tolak iaitu:
o mengekalkan bilangan unsur yang dikeluarkan, dan
o mengekalkan bilangan unsur dalam set asal.

You might also like