You are on page 1of 4

KERJA KURSUS SEJARAH PMR

Panduan Melaksanakan Kerja Kursus


Arahan Kepada Calon: 1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah. 2. Calon
hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian. Tajuk kajian mestilah
berkaitan dengan negara kita Malaysia. 3. Calon mesti melaksanakan ketiga-tiga elemen 4.
Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan
mengumpul fakta sejarah. 5. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi hasil
kerja mestilah secara individu. 6. Fakta sejarah yang dikumpul untuk Elemen 1 hendaklah
didokumentasikan bersama-sama hasil Elemen 2 dan Elemen 3. 7. Hasil kerja kursus calon
mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. 8. Elemen
2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halaman mengikut format
yang ditetapkan. 9. Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan
komputer. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz
12 dengan langkau 2.0. 10. Hasil kerja kursus hendaklah menggunakan kertas saiz A4
sahaja.11. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan. 11.
Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan. 12.
Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen.
ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

E 1.0 Mengumpul fakta sejarah


1.1 Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih.

E 2.0 Merekod fakta sejarah


2.1 Mengelas, menganalisis, mentafsir dan merumus fakta sejarah mengikut format yang
ditetapkan.

E 3.0 Penerapan unsur patriotisme


3.1 Berbangga sebagai rakyat Malaysia
3.2 Bersemangat setia negara
3.3 Bersemangat kekitaan
3.4 Berdisiplin
3.5 Berusaha dan produktif
Format / Jadual Pelaksanaan
Elemen 1 - (Mac-April) – pengumpulan fakta•
Elemen 2 - (April-Mei) - pembinaan folio Pemantauan LPM – E1 dan E2 (April) kali
pertama
Elemen 3 - (Mei-Jun) - menulis esei • Pemantauan LPM – E3 (Mei@Jun) kali kedua•
Penggredan (Jun)
Penghargaan

Saya amat bersyukur kerana dengan izin Allah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus
sejarah ini dengan sempurna dan lancar.Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk
merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa iaitu En. Murad b. Ali dan Pn.
Rahimah bt. Selamat yang banyak memberi dorongan dan bantuan daripada segi idea,
maklumat, kewangan dan sokongan moral dalam usaha menyiapkan tugasan ini.Tidak
lupa juga kepada En. Muhammad Faizal Bin Abdul Aziz , iaitu guru mata pelajaran
Sejarah SMK Gerik yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam
menjayakan kerja kursus ini.Ucapan terima kasih juga dikhususkan kepada para rakan
iaitu Nur 'Ain Sofiyya dan Aisyah yang turut membantu berkongsi bahan internet dan
meminjamkan buku ilmuan serta majalah kepada saya.Segala jasa dan sumbangan yang
telah diberikan oleh semua pihak amatlah dihargai. • Kpd 3 pihak – ibubapa, guru, rakan

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kerja kursus sejarah ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sumber-sumber
sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat kajian ilmiah dengan
tatacara yang betul. Objektif seterusnya adalah dapat mengetahui secara mendalam
tentang bangunan bersejarah dari segi latar belakang, tujuan pembinaan, bahan-bahan
yang digunakan serta cara pembinaan bangunan tersebut dibina.Objektif selanjutnya
adalah untuk menanam semangat patriotik bagi menghargai warisan tradisi budaya
bangsa yang masih terpelihara.  Menghuraikan 3 Objektif

KAEDAH KAJIAN

Saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk
kajian. Antara laman web yang saya layari termasuklah http:/www.malaysiana.pnm.my.
Maklumat tersebut dimuat turun untuk dijadikan bahan rujukan.Saya juga membuat
penyelidikan di Perpustakaan Tun Razak, Ipoh. Saya merujuk beberapa sumber seperti
buku berjudul “ Bangunan-bangunan bersejarah di Negeri Perak” dan majalah “Warisan”.
Maklumat yang berkaitan difotostat dan disalin dalam buku catatan.Selain dari itu saya
telah melawat bangunan tersebut untuk lebih mengenali dan melihat dengan mata sendiri
keunikkan bahan binaan yang digunakan serta dapat mengaitkan pengaruh penjajah masa
itu di negara kita.Menghuraikan 3 kaedah.

HASIL KAJIAN
1. Nama bangunan; Nama lain sekiranya ada 2. Latar belakang; - Asal-usul -
Pengasas (sekiranya ada) - tarikh pembinaan - lokasi - kos pembinaan - tujuan
pembinaan - perasmian 3. Keistimewaan bangunan - reka bentuk pelan - bahan
binaan - pengubahsuaian - hiasan dalaman - kegunaan dahulu dan sekarang - cara
pembinaan

RUMUSAN
Kajian sejarah ini didapati dapat membantu saya sebagai pelajar mengetahui dengan lebih
mendalam tentang bangunan bersejarah dalam negara kita.Maklumat yang berjaya
dikumpul telah memberi pendedahan betapa kita perlu menghargai bangunan bersejarah
di negera kita.Melalui kajian sejarah ini, kita dapat mengujudkan perpaduan kaum dan
dapat mempupuk keharmonian di kalangan rakyat. Keadaan ini akan menjamin
keamanan negara dan kita perlulah bersyukur dengan keharmonian yang dinikmati.Nilai
murni seperti sabar dan bekerjasama ketika menyiapkan kerja kursus merupakan
pendedahan yang berguna kepada saya untuk masa depan.Melalui kajian ini, semangat
patriotik berjaya ditanam. Kewujudan bangunan bersejarah perlulah dipertahankan
kerana ia membantu membentuk jati diri sebagai warganegara Malaysia.  3 unsur
patriotisme berkaitan tajuk/ iktibar
Elemen 3 – Tugasan 2

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah. • Bagaimanakah pemeliharaan dan
pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa
dalam kalangan rakyat Malaysia?
Susunan Kerja Kursus
Kulit buku spt yg dibekalkan oleh LPM (format)
1. Elemen 1: Bahan-bahan drp org sumber, jurnal, buku, internet, dsbnya (fotostat)
2. Elemen 2 (a) Tajuk. (b) Senarai kandungan. (c) Penghargaan. (d) Objektif Kajian. (e)
Kaedah kajian. (f ) Laporan Kajian. (g) Rumusan. (h) Lampiran. (i) Rujukan
3. Elemen 3a. Esei – 150 patah perkataan

You might also like