You are on page 1of 20

Tajuk Pembentangan

: Jenis-jenis Penanda Wacana

Kod Kursus
: GWP1092 Wacana Penulisan
Nama Pensyarah
: Encik Ibrahim Bakar
Dibentangkan Oleh
Kumpulan

: Wong Yuen Jing & Chia Huey Ying

: F2A (BM) SJK(C)

Tarikh Pembentangan

: 21 Januari 2016 ( Minggu 3 )

Pengenalan:

Apakah itu penanda wacana ?

Berupa kata atau rangkai


kata yang digunakan untuk
merangkaikan ayat
dengan ayat yang lain bagi
menunjukkan wujudnya
satu kesatuan ayat

Dikenali sebagai
perangkai ayat/
peranti linguistik.

Penanda
Wacana
Unsur-unsur bahasa yang
mewujudkan kohesi dan
koheran antara satu teks
dengan teks yang lain
sehingga membentuk
kesatuan.

Berfungsi mempertalikan
sesuatu idea, hujah dan
pandangan seseorang semasa
menulis ataupun berucap.

Mewujudkan pertautan
atau kesinambungan
antara sebahagian teks
dengan yang lain sehingga
membentuk kesatuan.

Apakah kepentingan penanda wacana dalam penulisan?


Kepentingan

Mewujudkan
pertautan atau
kesinambungan antara
sebahagian teks dengan
yang lain sehingga
membentuk kesatuan.
Tanpa kehadiran penanda
wacana yang tepat, idea
yang diturunkan seolaholah tidak mempunyai
kesatuan dan pautan yang
lengkap.

Menghubungkan ayat dengan ayat

Menghubungkan perenggan dengan


perenggan

Membantu pendengar/pembaca
memahami teks

3.1 JENIS-JENIS PENANDA WACANA


Jenis-jenis
Penanda
Wacana

3)Penanda
Idea

1)Penanda
Kronologi
2)Penanda
Organisasi

1) PENANDA KRONOLOGI
Memberi pengertian kepada
persoalan berkaitan waktu

Kata kunci:
seumpamanya.

bila

dan

1) PENANDA KRONOLOGI
CONTOH-CONTOH:

kini
lantas
mula-mula
lepas itu
sebelum
kemudian
semenjak itu

pada suatu waktu


pada hari esoknya
pada zaman dahulu
dua tahun kemudian
beberapa tahun kemudian
dan yang seumpamanya.

Contoh
1)

2)

3)

ayat :

Pada zaman dahulu, Kerajaan Melayu


Melaka merupakan sebuah kerajaan yang
kuat.
Kini, masalah disiplin di sekolah semakin
hari senakin serius dan membimbangkan
ibu bapa.
Dua tahun kemudian, Siti telah berjaya
mendapat ijazah dalam bidang perubatan.

2) PENANDA ORGANISASI

Apakah fungsi Penanda Organisasi ?

Mempertautkan
sesuatu bahagian
wacana dengan
bahagian yang lain.

Beritahu pembaca
apa-apa yang
dibuat/didedahkan
kepada bahagian
tertentu.

CONTOH-CONTOH PENANDA ORGANISASI.


pertama
tegasnya
contohnya
akhir sekali
dalam hal ini
sebagai kesimpulan
dalam hubungan ini
untuk merumuskan
dengan perkataan lain
dapat dinyatakan bahawa
untuk menjelaskan lagi
dalam bahagian ini kita akan membincangkan
dan yang seumpamanya

Contoh ayat :

Penduduk di negara yang dilanda peperangan hidup dalam


kesengsaraan. Mereka bukan sahaja kehilangan harta benda
malahan anggota keluarga yang tersayang. Contohnya, ramai
penduduk Kemboja terpaksa melarikan diri ke negara jiran
semata-semata untuk menyelamatkan diri daripada menjadi
korban peperangan.

3) PENANDA IDEA
Apakah fungsinya?

Menghubungkan antara fakta


dengan fakta dan idea dengan idea
yang berfungsi untuk:

mengembangkan idea
pertentangan idea
hubungan idea

Contoh Bagi Mengembangkan Idea:


)Malah
)Satu

lagi
)Selain itu
)Seterusnya
)Begitu juga
)Di samping itu
)lebih-lebih lagi
)Tambahan pula
)dan yang seumpamanya

Contoh ayat:
1.

2.

Ratusan ribu istilah dalam sesuatu bahasa tidak


membawa erti tanpa istilah-istilah tersebut
digunakan dalam penulisan, perbincangan, dan
penterjemahan. Tambahan pula, istilah yang
secara abstrak dihasilkan oleh jawatankuasa
istilah belum tentu sesuai bagi sesuatu bidang.
Ketandusan kasih sayang daripada ibu bapa
merupakan pendorong kepada berlakunya gejala
sosial. Begitu juga dengan kekurangan didikan
agama yang mencetuskan isu tersebut.

Contoh Bagi Pertentangan Idea :


)tetapi
)sama

ada
)sebenarnya
)sebaliknya
)walaupun
)walau bagaimanapun
)pada masa yang sama
)dan yang seumpamanya.

Contoh ayat:
1.

2.
3.

Hassan dan keluarganya berpindah ke bandar


pada akhir tahun lalu. Namun, hatinya masih
teringat akan kampung halamannya.
Dia tidak suka makan sayur tetapi dia makan
juga.
Walaupun dia berasal dari keluarga yang kaya,
dia tetap berjimat cermat.

Contoh Bagi Hubungan idea:


jadi

maka

kecuali
oleh

itu
oleh sebab
oleh hal yang demikian
untuk tujuan itu
berikutan dengan itu

Contoh ayat:
1)

2)

Isu kemalangan jalan raya semakin hari


semakin serius. Oleh hal yang demikian,
setiap pengguna jalan raya perlu sentiasa
mematuhi peraturan dan undang-undang jalan
raya.
Isu gejala sosial makin hari makin serius .
Jadi, semua pihak yang berkaitan telah
melipatgandakan tenaga untuk menyelesaikan
isu yang mencetuskan kebimbangan ini.

LATIHAN
Sebenarnya, untuk mendidik dan membimbing seseorang murid mejadi tokoh
NILAM bukanlah sesuatu tugas yang ringan dan mudah. Banyak halangan dan
cabaran terpaksa dihadapi. Contohnya, daripada sepuluh orang murid yang
dipilih dan dibimbing dari tingkatan satu tersebut, mungkin hanya tiga atau
empat orang sahaja yang akan kekal bersekolah hingga ke tingkatan lima. Ada
diantaranya akan bertukar ke sekolah lain selepas Peperiksaan PMR. Hal ini
demikian kerana murid yang mendapat keputusan cemerlang iaitu 7A dan 8A
ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh atau
melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik. Apabila perkara ini berlaku, ada
kalanya, calon pilihan utama sekolah yang telah diberi bimbingan dengan ilmu
NILAM turut bertukar sekolah. Selain itu, cabaran terbesar adalah untuk
memilih tokoh NILAM daripada kalangan lelaki. Sudah menjadi kelaziman di
negara kita, murid perempuan lebih gemar membaca berbanding murid lelaki.
Oleh itu, pihak sekolah terpaksa berusaha gigih mancari tokoh dalam kalangan
murid lelaki untuk diketengahkan sebagai tokoh NILAM ini. Sehingga ini, kami
hanya berjaya mengetengahkan hanya dua orang calon sahaja.

RUJUKAN:

You might also like