You are on page 1of 2

Sesi Temubual Bersama Guru Kaunseling

Soalan soalan dan cadangan jawapan :


1. Seorang murid mengalami kemurungan kerana rumahnya terbakar
baru-baru ini dan telah mengorbankan seorang adiknya.
Apakah tindakan awal yang boleh dilakukan oleh guru kaunselor
untuk membantu murid ?

Sentiasa berkunjung ke rumahnya bagi bertanyakan khabar.


Sentiasa membawa berita gembira setiap kali berjumpa dengannya.
Kenal pasti maklumat bagi membantu beban murid tersebut.
Tindakan dengan melaksanakan derma kilat daripada warga sekolah.
Menjemput rakan-rakan lain bagi menghadiri tahlil arwah adik murid
sebagai tanda mengeratkan silaturrahim dan akan menimbulkan rasa
disayangi oleh guru.

2. Pada pandangan cikgu, bagaimana kaedah yang sesuai digunakan


pada murid khususnya di sekolah rendah ?
Kaedah bermain antara kaedah yang sangat berkesan dalam zaman
kanak-kanak kerana mereka memang suka bermain. Bemain juga dapat
membantu memulihkan semangat murid-murid. Contohnya, di sekolah
saya murid sangat gemar bermain guli dan keseronokkan itu timbul
semasa mereka bermain.
Bermain juga melibatkan bermain acara di padang. Umumnya, padang
adalah satu kawasan yang menghijau dan luas lalu dapat membantu
menghilangkan rasa kesunyian yang dialami murid tersebut.
3. Selain daripada pedagogi guru yang dapat membantu memulihkan
murid, apakah peranan dan tanggungjawab daripada ibu bapa ?
Memulihkan semangat murid yang mengalami kemurungan dengan cara
sentiasa berkomunikasi kerana ia adalah salah satu medium penyampaian
maklumat dari anak kepada ibu bapa mahupun antara murid dan guru.
Contohnya guru mempelawa murid yang dirundung masalah makan dan
minum bersama guru di kantin. Masa ini dapat digunakan oleh guru untuk
bersembang dan bertanya tentang kehidupan murid semasa berada di
rumah. Cikgu boleh belanja makan dan minum.
Murid akan timbul rasa disimpati oleh guru atas kejadian yang
menimpanya. Seterusnya mengeratkan hubungan silaturrahim antara
guru dan guru-guru lain.
Pepatah melayu boleh katakana ia sebagai kecil bagi guru, tetapi besar
pengorbanan bagi murid.

4. Kemungkinan
diabaikan ?

apakah

yang

akan

berlaku

jika

murid

tersebut

Murid berkemungkinan akan melakukan perkara yang tidak sihat.


Contohnya perkara pertama yang mereka boleh lakukan ialah dengan
tidak menghadirkan diri ke sekolah. Kemudian mereka berkecenderungan
untuk mencuba rokok. Vandalism dan dadah adalah jenayah yang mesti
dihalang dariapda mereka buat. Contonya, vandalism menconteng papan
tanda dan mula terjebak dengan najis dadah.
5. Prosedur menangani murid yang kemurungan ?
Melaksanakan kekerapa sesi kaunseling. Contohnya, menambah kekerapa
pada setiap pagi dan tengahari setiap hari dan pada setiap minggu.
Guru guru berkerjasama dalam membantu murid tersebut. Bukan
peranan seorang guru sahaja kerana semua guru bakal akan mengajar
murid yang bermasalah.
Contohnya guru PAI memberi ajaran agar mangamalkan zikir, ngaji dan
pesanan. Manakala, guru PJ pula boleh mengajak bermain bersama.
Agar dalaman dan luaran murid pulih dengan seimbang dan murid tidak
lagi merasa kesunyian.

You might also like