You are on page 1of 30

Mutiara kata KEJAYAAN:

Charles Cahier - Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.


Gita Berlin - Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan, Separuh daripada keseronokan
itu diperoleh semasa kita menuju ke sana.
Benjamin Disraeli - Rahsia kejayaan ialah ketekalan matlamat.

JENAYAH PERDAGANGAN MANUSIA (PUNCA, KESAN & LANGKAH)


PENDAHULUAN:
merupakan antara jenayah tertua

dianggap sebagai suatu industri universal

tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi

Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan, kegiatan
perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3. 5 bilion
hingga RM10.5 bilion) setahun.

Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan
sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC)
menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga
AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion) setahun

Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam kebanyakan negara termasuk
Malaysia

Perangkaan rasmi memperlihatkan kira-kira 2.7 juta manusia diseludup di seluruh dunia setiap tahun
dengan 80 peratus daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu
termasuk pelacuran dan sebagainya.
PUNCA:

1.
Kemiskinan/ kesempitan hidup
2.
Terpengaruh tawaran kerja
3.
Kurang didikan moral/agama
4.
Materialistik
5.
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
6.
Taraf pendidikan mangsa
KESAN:
1.
Imej negara terjejas
2.
Masalah sosial meningkat
3.
Penyakit berjangkit
4.
Penindasan
LANGKAH:
1. memperketat pelbagai aspek termasuk dari segi kemasukan pelancong asing serta mengawal semua 262 pintu
masuk ke sempadan negara yang dipercayai juga boleh menyumbang kepada jenayah perdagangan manusia -

kementerian berkenaan mengadakan kerjasama dengan badan antarabangsa seperti melatih anggota keselamatan
untuk menangani pelbagai kemungkinan kemasukan warga asing bagi tujuan tertentu
melatih penguat kuasa, pendakwa raya, hakim dan majistret mengenai pelbagai perkara termasuk Akta
Antipemerdagangan Orang 2007 supaya mereka bersiap sedia berdepan isu terbabit - menyelaraskan sistem data
maklumat kemasukan mengemaskinikan rekod keluar masuk di pintu sempadan terutama di lapangan terbang,
pelabuhan, dan pintu sempadan antara sangat diperlukan bagi menggembleng usaha membasmi jenayah yang
tidak berperikemanusiaan ini.
2. menjalinkan kerjasama dengan negara jiran- Malaysia dan Australia baru-baru ini juga telah bersepakat untuk
meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan
operasi yang lebih berkesan- negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain juga wajar
mewujudkan kerjasama serantau, perkongsian bijak terutamanya kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan
keselamatan - kerjasama menerusi pertukaran maklumat dalam usaha menangani isu ini terutama dari aspek
bentuk serta kaedah penyeludupan dan negara mana yang dijadikan tempat transit utama penyeludupan manusia Kerjasama di peringkat sempadan perairan negara - menjalankan operasi rondaan secara berjadual dan intensif
oleh pasukan keselamatan Malaysia dengan negara-negara jiran berkongsi maklumat tentang taktik, lokasi, dan
negara pembekal berusaha mengenal pasti lubang-lubang tikus
3. Kempen kesedaran untuk membasmi jenayah perdagangan manusia di kalangan masyarakat juga dipergiatkan
4. Membanteras gejala rasuah yang masih menghantui badan-badan penguat kuasa setiap negara jabatan-jabatan
yang masih menjadi kambing hitam seperti imigresen, kastam, polis marin, RELA dan organisasi yang sama di
negara-negara jiran amalan rasuah merupakan tindakan duri dalam daging terhadap keselamatan sesebuah
negara.
PENUTUP:
Ditelan mati emak, diluah mati bapa, demikianlah suasana kehidupan berjiran. Sebarang masalah yang dihadapi
yang berkaitan dengan hubungan jiran memerlukan tindakan yang teliti dan bijaksana. Biarlah segala tindakan
bersama menatijahkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak. Lebih-lebih lagi dalam isu pemerdagangan
manusia ini, pihak negara berjiran terpaksa berurusan pula dengan pihak ketiga iaitu negara pembekal dan negara
penerima. Oleh itu, kerjasama serantau amatlah diperlukan agar segala penyelesaian dapat diambil secara
bijaksana.

TEKNIK RUMUSAN
PERATURAN MERUMUS
i. Perlu mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan
ii. Asingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti
iii. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120pp
iv. Jumlah isi tersurat dan tersirat adalah antara 2 - 8 isi dan boleh ditulis lebih asalkan tidak melebihi jumlah patah
kata
v. Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus. Tukar dengan perkataan lain / tukarkan
penanda wacana
vi. Rumusan mesti ditulis dalam 4 peranggan iaitu peranggan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan
CONTOH PENDAHULUAN
1. Menulis frasa pendahuluan
CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/ menyatakan...
2. Tukarkan arahan 1 dengan sinonim

CONTOH: Petikan membincangkan punca-punca/ sebab- sebab penderaan pembantu rumah...


3. Letakkan penambahan sedikit pada hujung ayat yang menggambarkan keseluruhan petikan seperti di
negara kita/ pada masa ini / dalam kalangan ...
CONTOH: Petikan membincangkan perkara-perkara yang mendorong majikan mendera pembantu rumah
mereka di negara ini.
CONTOH ISI TERSURAT
I: Isi tersurat merupakan isi yang terdapat secara langsung dalam petikan memenuhi arahansoalan / tugasan
pertama.
II, Jika arahan soalan ialah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor.
III. Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti menggunakan ayat
sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asal
IV. Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.
CONTOH ISI TERSIRAT
I. Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas keduadalam arahan soalan
II. Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua.... kesan-kesan.. maka pelajar hendaklah menulis kesan
yang munasabah.
Contoh :
Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan
CONTOH PENUTUP
I. Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul / merumus petikan
II. Unsur pertama - menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu..... dengan ditandakan dengan
kata... mestilah/ haruslah / hendaklah.
III. Unsur kedua - menyatakan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini ditandakan dengan kata ... agar
/ supaya
Contoh :
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu rumah dengan
segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi.
FORMULA: 4 PERENGGAN ( PSTK )
Petikan membincangkan ( Sinonim kata kunci )........................
Antara ( Kata tugasan S ) ialah/ adalah......... S1................... ( dan )......... S2 ................ . Selain itu,
S3 serta S4 Di samping itu, .. S5. dan
S6
Antara ( kata tugasan T ) ialah/ adalahT1................. (dan).............
T2 ................................................
Kesimpulannya, pihak ... mestilah/ haruslah .... supaya/ agar ...( 120 patah kata )
CONTOH JAWAPAN RUMUSAN
Soalan: Punca kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran KOMSAS dan langkah mengatasinya
Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran Komponen

Sastera ( KOMSAS ) di negara kita.


Antara puncanya ialah sesetengah guru yang mengajar KOMSAS dalam Bahasa Melayu masih kabur dengan
kaedah pengajaran mereka dan sesi ceramah yang diadakan dengan tujuan untuk memudahkan tugas guru tidak
menepati kehendak para guru. Selain itu, masa yang diperuntukkan tidak mencukupi serta guru sastera mengajar
komsas melebihi sukatan. Di samping itu, banyak pelajar yang kurang berminat membaca dan sesetengah guru
mengambil sikap sambalewa dalam hal ini.
Antara langkahnya ialah para guru Bahasa Melayu perlu diberi ceramah oleh penceramah yang pakar dalam
bidang Komsas dan guru-guru tidak seharusnya menganggap pangajaran KOMSAS sebagai satu beban.
Kesimpulannya, guru perlu lebih kreatif dalam pengajaran KOMSAS agar para pelajar tertarik dengan
pengajaran tersebut.
(120 patah perkataan)

KEPENTINGAN MENGUASAI BAHASA INGGERIS


Sebelum ini, mutu pencapaian bahasa Inggeris di negara kita menampakkan kemerosotan yang ketara. Sejak
pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsan yang menghapuskan aliran bahasa Inggeris, penguasaan para pelajar
dalam bahasa Inggeris amat rendah. Hal ini dapat dibuktikan melalui keputusan-keputusan peperiksaan pada
tahun-tahun yang lepas. Oleh hal yang demikian,mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad
membuat keputusan untuk mewajibkan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dalam bidang Sains dan
Matematik Tahun Satu dan Tingkatan Satu mulai tahun 2003. Dalam pada itu, ada pihak yang mengangguk kepala
bahawa bahasa Inggeris banyak mempunyai kelebihan tetapi ada pihak yang menggeleng kepala bahawa bahasa
Inggeris ialah bahasa penjajah. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris haruslah dijadikan sebagai bahasa kedua
penting tidak kira sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah demi kebaikan semua. Jadi, bahasa
Inggeris memainkan peranan yang penting dalam kehidupan rakyat jelata.
Antara kepentingan bahasa Inggeris termasuklah bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dalam komunikasi
antarabangsa. Hal ini dapat dibuktikan apabila jumlah penutur bahasa Inggeris di seantero dunia mengatasi jumlah
penutur bahasa utama lain seperti bahasa Perancis, Sepanyol, Arab, dan Rusia. Tidak dapat dinafikan bahawa
bahasa utama yang digunakan semasa seseorang berkomunikasi dengan bangsa negara lain ialah bahasa Inggeris.
Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja memudahkan kita berhubung dengan dunia luar malah bahasa ini
menjamin kelancaran urusan yang melibatkan bangsa negara lain. Misalnya, urusan seseorang dengan bangsa lain
akan berjalan dengan lancar sekiranya seseorang itu menguasai bahasa Inggeris dengan sepenuhnya. Sebaliknya,
urusan seseorang akan menempuh pelbagai dugaan sekiranya seseorang itu tidak petah dalam bahasa Inggeris. Hal
ini jelas menampilkan kepentingan bahasa Inggeris.
Selain itu, bahasa Inggeris juga merupakan bahasa utama dalam bidang perniagaan. Walaupun bahasa rasmi
negara ialah bahasa Malaysia namun dalam bidang perniagaan bahasa yang kerap digunakan ialah bahasa
Inggeris. Contohnya, bahasa Inggeris digunakan semasa sesuatu perniagaan sedang dijalankan. Menurut kajian,
bahasa Malaysia jarang-jarang digunakan semasa urusan perniagaan dijalankan. Hal ini berlaku demikian kerana
bahasa Malaysia kekurangan istilah yang tepat untuk mengungkapkan maksud dalam perniagaan. Penguasaan
bahasa Inggeris bukan sahaja penting untuk menjamin peluang kejayaan kerjaya malah juga penting untuk
menjamin hubungan yang mantap dalam bidang perniagaan. Jikalau bahasa Inggeris tidak dikuasai, maka
perniagaan individu, syarikat, dan negara akan terbatas. Apabila peluang perniagaan terbatas, hal ini bukan sahaja
menjejaskan ekonomi negara malah juga menjejaskan hubungan diplomatik dan nama baik negara. Oleh itu,
bahasa Inggeris amat penting dalam bidang perniagaan.
Di samping itu, kepentingan bahasa Inggeris yang lain ialah bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu pengetahuan.
Hal ini dikatakan demikian kerana dalam era globalisasi dan modenisasi ini, bahasa Inggeris merupakan bahasa
sumber yang penting. Misalnya, kebanyakan buku ensiklopedia, buku rujukan, maklumat, penyelidikan dan
khazanah ilmu yang lain terungkap dalam bahasa Inggeris. Hal ini tidak menjadi masalah bagi golongan yang
dapat menguasai bahasa Inggeris untuk memahami isi-isi yang tercatat dalam bahan bacaan tersebut.

Persoalannya, adakah anda faham akan isi-isi yang ingin disampaikan sedangkan tahap penguasaan bahasa Ingeris
berada pada paras yang menyedihkan? Jawapannya semestinya tidak. Hal ini dikatakan demikian kerana ilmu
yang terdapat dalam bahan bacaan itu memerlukan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang optimum. Dengan ini,
tampaklah bahawa penguasaan bahasa Inggeris amat penting dalam menimba ilmu yang tidak terhingga.
Bukan itu sahaja, bahasa Inggeris penting kerana bahasa ini merupakan bahasa telekomunikasi ataupun bahasa
internet. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat dapat memperoleh maklumat-maklumat yang terkini
supaya masyarakat tidak menjadi katak di bawah tempurung dengan syarat masyarakat dapat menguasai bahasa
Inggeris. Malahan, mereka juga dapat memahami isi-isi tersurat yang dipaparkan dalam maklumat antarabangsa
yang disalurkan melalui satelit ataupun media massa seperti radio, televisyen, dan surat khabar. Lebih-lebih lagi
pada zaman teknologi maklumat ini, banyak alat teknologi yang canggih telah dicipta untuk memudahkan
perhubungan masyarakat dengan dunia luar seperti internet tambahan pula, bahasa Inggerislah yang terungkap
dalam laman web. Jadi, bahasa Inggeris haruslah dipandang berat kerana bahasa ini ialah bahasa telekomunikasi
ataupun bahasa internet.
Kesimpulannya, bahasa Inggeris ialah bahasa antarabnagsa yang sangat mustahak untuk berhubung dengan bangsa
lain, baik dengan masyarakat tempatan mahupun dengan masyarakat dunia luar. Walaupun bahasa Malaysia ialah
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara namun bahasa Inggeris amat penting untuk kemajuan negara.
Penggunaan bahasa Inggeris membolehkan masyarakat dan negara mempunyai hubungan yang lebih luas dan
mudah menerima maklumat antarabangsa. Hal ini secara tidak langsungnya mempercepat pembangunan negara.
Di samping itu, kemajuan hanya dicapai dengan lebih cepat sekiranya komunikasi dalam bahasa Inggeris berjalan
dengan lancar dengan negara-negara maju. Dengan ini, kecemerlangan seseorang individu bergantung pada tahap
penguasaan bahasa Inggeris. Oleh itu, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat penting dalam menimba ilmu
pengetahuan, komunikasi antarabangsa, bidang teknologi, dan bidang perniagaan.

USAHA-USAHA MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA


Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri, iaitu bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia telah
menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca lebih 600 tahun lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang
hanya bermula pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa Malaysia telah dinobatkan sebagai bahasa
kebangsaan negara dan telah menjadi bahasa rasmi sejak merdeka. Pada tahun 1967, sepuluh tahun selepas
merdeka, bahasa Malaysia menjadi bahasa kebangsaan bahasa rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara,
iaitu Perkara 152. Krisis baharu yang melanda bahasa Malaysia ialah rakyat negara ini semakin meminggirkan
bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.
Krisis ini berpunca daripada tanggapan yang salah oleh masyarakat tentang kemampuan bahasa Malaysia sebagai
bahasa kemajuan negara ini. Faktor kedua berpunca daripada sikap orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku
demikian kerana orang Melayu yang berkuasa telah meminggirkan bahasa Malaysia daripada rancangan
pembangunan. Mereka tidak mahu menyokong rancangan pembinaan kepustakaan bahasa Malaysia. Jika keadaan
ini dibiarkan berterusan, janganlah terkejut jika negara kita terus tertinggal dalam arus kemajuan, muflis dalam
bidang ilmu, teknologi, dan budaya serta akhirnya terkubur di negara sendiri. Rata-rata, ibu bapa mendidik
anaknya bertutur dalam bahasa Inggeris, kononnya jika tidak menguasai bahasa asing itu, mereka sukar mendapat
pekerjaan.
Dalam dunia korporat, orang-orang Melayu sendiri malu untuk bertutur dalam bahasa Malaysia dengan bangsanya
sendiri, kononnya takut dikatakan kolot, ketinggalan zaman, tidak bertamadun atau tertinggal dalam arus
teknologi moden. Bangsa kita tidak terdesak untuk mencipta ilmu dan teknologi baharu kerana ilmu itu dapat
diperoleh dan dibeli dari dunia lain sama ada dari barat atau timur sehingga bahasa Malaysia menjadi peniru atau
pengguna. Kita janganlah menuding jari kepada sesiapa jika bahasa Malaysia dipinggirkan kerana kita sendiri
yang enggan atau malu untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa sains dan teknologi, bahasa pencipta
ilmu dan budaya atau bahasa bertamadun tinggi. Masyarakat kita sendiri lebih mementingkan bahasa Inggeris

sebagai alat kemajuan, malah dalam perbualan seharian sesama sendiri, kita lebih berminat menggunakan bahasa
Inggeris walaupun penguasaan bahasa Inggeris kita tidaklah sebaik mana.
Selain itu, dasar penswastaan yang tidak terhad semakin menyingkirkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar di institusi-institusi pengajian tinggi. Pelajar-pelajar di sekolah menerima pendidikan bahasa
Malaysia selama tiga belas tahun. Selepas itu, mereka meninggalkan bahasa itu selepas tamat persekolahan untuk
melanjutkan pelajaran mereka ke kolej swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
dalam pengajiannya.
Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama yang
memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi di Malaysia. Melalui peranan dan usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa
Malaysia telah digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi,
ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku pengistilahan dan
glosari dalam bahasa Malaysia yang mencakupi pelbagai bidang tersebut. Sebelum ini, kebanyakan istilah yang
digunakan diambil daripada bahasa Inggeris. Usaha ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Hal ini
sekali gus dapat membantu program pendidikan di pusat pengajian tinggi.
Di samping itu, seluruh pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka mesti menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul
dalam semua ucapan rasmi seperti ucapan dalam majlis perasmian, mesyuarat atau perhimpunan. Dewan Bahasa
dan Pustaka hendaklah juga menjadi monitor dan menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan
bahasa kebangsaan di seluruh negara, contohnya dalam projek Sukan Komanwel dan Koridor Raya Multimedia.
Dalam konteks ini, Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah sentiasa menasihat, menegur, dan membimbing
pemimpin kerajaan, swasta, media cetak, atau media elektronik supaya menggunakan bahasa Malaysia yang betul
dalam semua urusan rasmi.
Selain itu, peranan media massa juga tidak harus diperkecil. Media massa mempunyai tanggungjawab sosial untuk
memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia. Pujian dan sanjungan haruslah diberikan kepada stesen
penyiaran TV3 kerana masih terus menggunakan bahasa Malaysia dalam kebanyakan siaran. TV3 merupakan
stesen penyiaran yang mula-mula menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi dan begitu juga harapan kita
kepada RTM. Walaupun pihak RTM telah memulakan penyebutan baku bagi istilah asing, namun usaha itu masih
belum boleh dibanggakan. Oleh itu, diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat bersama-sama
memartabatkan bahasa Malaysia di negara kita.
Di samping itu, mahasiswa institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif untuk
memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu bergerak bersama-sama bagi
mengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua bidang ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan
Menteri Pelajaran, beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa dengan
menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik
minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Malaysia. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap
keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat
patut diberikan pujian. Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa
ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Malaysia dalam kalangan generasi masa ini.
Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yang penting untuk memartabatkan bahasa Malaysia
serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Malaysia. Golongan pendidik hari ini telah dipertanggungjawabkan
melaksanakan konsep bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat. Peranan pendidik bahasa adalah penting
kerana mereka juga bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain. Peranan para pendidik lebih penting
dalam memartabatkan bahasa Malaysia kerana dalam kurikulum pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk
melahirkan pelajar yang berupaya menggunakan bahasa Malaysia yang baik dan membanggakan. Selain itu,
dalam konteks sikap yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu diterapkan melalui pendidikan
bahasa.
Sehubungan dengan itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Malaysia amatlah dialu-alukan.

Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan
promosi perniagaan atau produk masing-masing. Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan
memberikan pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Malaysia sebagai bahasa ekonomi, sains, dan
teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan sesuatu produk haruslah menggunakan kata-kata
bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi. Dengan cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan
memartabatkan bahasa Malaysia bukan sahaja di negara kita malah di pentas dunia.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, orang Malaysia sendiri mesti membetulkan kelakuan, sikap, tanggapan, dan
semangat mereka terhadap bahasa Malaysia. Jika tidak siapakah lagi yang akan bertanggungjawab
memperjuangkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia yang menjadi bahasa kebangsaan? Beliau juga
mengesyorkan satu pertemuan raksasa antara orang-orang Malaysia yang terdiri daripada pemimpin politik,
cendekiawan, ahli perniagaan, dan sebagainya perlu diadakan untuk membincangkan segala masalah yang
mengancam bahasa Malaysia hari ini. Sebenarnya, isu bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan samalah
seperti nasib sosial dan budaya kebanyakan orang Malaysia. Oleh hal yang demikian, orang-orang Malaysia
haruslah bangun menjadi penegak bahasa Malaysia; bahasa yang menjadi tonggak bangsa.
Kesimpulannya, daripada perbincangan di atas, langkah-langkah yang konkrit dan pragmatik perlulah diambil
untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa Malaysia ialah bahasa
kebangsaan kita. Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan bahasa ini tidak
dapat dipertikaikan lagi, sebaliknya setiap individu haruslah memanfaatkan masa mereka untuk mempelajari dan
menguasai bahasa Malaysia dengan baik. Cara itulah yang terbaik untuk memartabatkan bahasa Malaysia yang
ternyata memberikan faedah yang besar kepada perpaduan rakyat dan teknologi Malaysia. Jika tidak, generasi
yang akan datang akan ketinggalan dan dijajah oleh kuasa-kuasa Barat yang menggunakan bahasa asing.
Sesungguhnya, bahasa jiwa bangsa.

B) KELUARGA/IBU BAPA
i. PUNCA:
Isi-isi kecil:
1. rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan
2. institusi kekeluargaan itu sendiri sudah runtuh
3. tidak memberikan kasih sayang dan perhatian secukupnya
4. kurang didikan agama dan nilai-nilai murni
5. kurang ilmu rumah tangga
Frasa/ungkapan menarik:
1. memerah keringat,
2. membanting tulang empat kerat
3. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
4. alpa akan tanggungjawab hakiki
5. obses mengejar arus modenisasi
Kematangan:
1. Hadis nabi yang bermaksud perkara halal yang paling dibenci oleh Allah S.W.T. ialah talak
2. Kajian daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati kebanyakan rakyat yang terlibat dengan
gejala negatif terutamanya golongan remaja yang terdiri daripada mereka yang mempunyai konflik keluarga.
ii. KESAN
Isi-isi kecil:
1. dapat melahirkan keluarga yang bahagia (+ve)
2. melahirkan anak-anak yang berjaya dalam hidup
3. dapat menangani sepenuhnya gejala kebejatan moral dalam kalangan remaja

4. keluarga akan porak-peranda (-ve)


5. maruah keluarga terjejas
Frasa/ungkapan menarik
1. Rumahku Syurgaku
2. Keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara
Kematangan:
1. Menurut Dr. Hassan Ali, Pengarah Akademi Keluarga Bahagia Malaysia, kesejahteraan bermula dari rumah,
maka ibu bapa hendaklah menjadikan rumah seperti syurga yang penuh dengan kedamaian dan keindahan kepada
anak-anak
2. Memetik kata-kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kewujudan keluarga penyayang akan
menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya di
rumah.
3. Kempen yang dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi bertemakan
Keluarga Penyayang Aspirasi Negara
iii. LANGKAH
Isi-isi kecil:
1. ibu bapa perlu lebih prihatin dalam mendidik anak-anak
2. memberikan didikan agama yang kuat dan menggunakan pendekatan sivik dan moral
3. memantau pergerakan anak-anak
4. memberikan kasih sayang yang secukupnya
5. memantau pergerakan anak-anak agar tidak berkawan dengan rakan yang rosak akhlaknya
6. menjadi suri teladan
7. pasangan yang bakal melayari bahtera rumah tangga perlu melengkapkan diri dangan ilmu keibubapaan demi
melahirkan ibu bapa yang prihatin suatu hari kelak
8. menegur anak-anak dengan penuh kasih saying
Frasa/ungkapan menarik:
1. melentur buluh biarlah dari rebungnya
2. bagai menatang minyak yang penuh
3. bagaimana acuan, begitulah kuihnya
4. ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
5. bapa borek anak rintik
6. kepimpinan melalui teladan
7. tidak ada harimau yang membaham anak
Kematangan:
1. Allah S.W.T berfirman bahawa sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar
2. Ajarlah anakmu dengan rotan selepas anakmu berumur 10 tahun sekiranya dia enggan bersolat-nasihat
Rasulullah s.a.w
3. Hadis nabi ada menyebut bahawa, anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya
sama ada menjadi Nasrani atau Majusi.
4. Hamka kata-kata yang lemah lembut dan beradab dapat melembutkan hati manusia yang keras
5. Kempen Utamakan Keluarga, Semakin Hari Semakin Sayang yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat

CARA MUDAH UNTUK MENULIS KARANGAN


Gunakan teknik DiKeMaSeN untuk soalan punca, kesan atau langkah.
Di = Diri sendiri
Ke = Keluarga

Ma = Masyarakat
Se = Sekolah
N = Negara / Kerajaan
A) DIRI SENDIRI
i. PUNCA:
Isi-isi kecil:
1. menghadapi tekanan hidup akibat kemiskinan/kekurangan kasih sayang
2. untuk memanifestasikan sifat kejantanan dan kejaguhan
3. tidak mempraktikkan ajaran agama kerana berpendapat bahawa ajaran agama adalah jumud dan sudah
ketinggalan zaman
4. suka bertindak tanpa berfikir
5. tidak mahu mendengar nasihat
6. didorong oleh nafsu /perasaan ingin tahu/ingin cuba
Frasa/ungkapan menarik:
1. mencurah air di daun keladi
2. ketagih kepada desakan adrenalin
3. remaja yang delinkuen
Kematangan:
Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada golongan pelajar kita pada hari ini
terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya.
ii. KESAN
Isi-isi kecil:
1. menghancurkan masa depan (-ve)
2. terjebak dalam pelbagai gejala sosial lain yang lebih teruk
3. hilang hala tuju kehidupan
4. menjejaskan maruah keluarga
5. dipandang hina oleh masyarakat
6. dapat memimpin negara dengan lebih kreatif dan optimis(+ve)
Frasa/ungkapan menarik:
1. menconteng arang ke muka keluarga
2. kerana nila setitik rosak susu sebelangga
3. seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
4. air sama air sampah ke tepi juga
5. pemangkin pemacu negara
Kematangan:
Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini, begitulah ungkapan yang dilontarkan
oleh Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu
pembangunan dan kemajuan negara pada masa depan.
iii. LANGKAH
Isi-isi kecil:
1. perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ciri dan sifat mahmudah
2. menanamkan sifat tidak jemu dalam menimba ilmu pengetahuan
3. perlu mempunyai jati diri yang mantap
4. remaja perlu pandai memilih rakan sebaya

5. sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri


Frasa/ungkapan menarik:
1. hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih
2. di mana ada kemahuan di situ ada jalan
3. generasi berwawasan pemangkin pembangunan negara
Kematangan:
Bill Gates sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah.

BANTUAN KEMANUSIAAN MALAYSIA


Ketika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih, bencana alam pula sering melanda dan
menunjukkan belang. Pada realitinya, bencana alam seperti banjir, letusan gunung berapi dan ribut taufan ialah
satu fenomena alam yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah,geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau.
Hadirnya bencana alam tanpa kita minta lantaran bencana alam ini berlaku atas kehendak Tuhan, pencipta segala
kehidupan. Bencana alam ini berlaku tidak kira tempat ataupun waktu. Pada abad ini, walaupun teknologi semakin
berkembang dan tumbuh dengan pantas bagai belut diketil ekor, kemajuan ini tidak dapat menghalang bencana
alam yang ganas melanda. Pada tanggal 26 Disember 2004, satu peristiwa telah menggemparkan dunia apabila
semua berita melaporkan berlakunya ombak besar iaitu tsunami di Acheh yang telah mengorbankan beratus ribu
nyawa. Kejadian dahsyat itu masih meninggalkan kesannya hingga kini malah masih menjadi mimpi ngeri buat
semua yang terlibat. Memang tidak dapat kita nafikan bahawa semenjak belakangan ini banyak bencana alam
yang berlaku di seluruh dunia termasuk negara kita dan juga negara-negara jiran seperti gempa bumi di Pakistan
dan di China, taufan Nargis di Myanmar dan tanah runtuh yang dahsyat di Filipina. Fenomena yang terbaharu
ialah letupan Gunung Merapi di Yogyakarta, Indonesia. Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan
kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan
kepada mereka yang memerlukan ibarat hulurkan tangan, ringankan beban.
Sebagai insan yang sedar tentang kesusahan orang lain, kita boleh menyalurkan bantuan dengan kutipan derma.
Derma yang dihulurkan akan disalurkan kepada mangsa bencana alam yang amat memerlukan dan
mendambakannya bagi meneruskan kehidupan di bumi ciptaan Tuhan ini. Bantuan yang disumbangkan tidaklah
hanya berfokuskan wang ringgit, tetapi bantuan lain seperti ubat-ubatan, pakaian dan makanan juga diperlukan.
Setelah bencana berlaku, pastinya mangsa bencana tidak memiliki kelengkapan yang sempurna untuk hidup
kerana semua harta mereka telah dimusnahkan oleh bencana alam yang di luar jangka ini. Pada masa ini, pelbagai
peringkat kutipan derma telah dijalankan oleh pihak berwajib sama ada pihak swasta ataupun pihak kerajaan yang
berasa bertanggungjawab untuk membantu sesama manusia. Contohnya dapat dilihat apabila pihak TV3 telah
mengadakan Karnival Jom Heboh untuk membantu mangsa-mangsa tragedi yang menyayat hati di seluruh negara
ini. Mantan Menteri Belia dan Sukan pernah menyatakan bahawa kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang
diberikan Tuhan dan harus berkongsi nikmat yang kita ada dengan orang lain yang memerlukan supaya Tuhan
akan melipatgandakan nikmat tersebut. Jelaslah di sini bahawa kita tidak harus lokek dalam menghulurkan
sumbangan keranacubit paha kiri, paha kanan pun sakit juga agar mangsa dapat hidup sempurna seperti kita.
Menganggotai pasukan penyelamat dan pencari juga merupakan peranan kita dalam membantu dan mencari
mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan atau mencari mangsa yang hilang selepas kejadian bencana
alam. Muktahir ini, banyak pasukan penyelamat Malaysia diterbangkan ke negara-negara jiran yang mengalami
bencana alam untuk memberikan bantuan yang semampu boleh. Namun, tidak semua daripada kita yang berani
menjadi penyelamat kerana takut berlakunya kejadian susulan di tempat bencana terbabit. Bagi mereka yang
berani, mereka ibarat wira dari Malaysia yang datang untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai
penghuni di muka bumi ini. Pasukan yang terdiri daripada Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART di samping
pasukan bomba sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal untuk turut sama dalam kerja-kerja mencari dan
menyelamat mangsa. Mereka membantu bukan untuk balasan atau ganjaran, namun membantu atas dasar
kemanusiaan demi menginsafi diri bahawa mereka perlu bersyukur dengan segala keselesaan dan telah terselamat
daripada bencana alam ini. Rentetan itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa menyumbangkan tenaga boleh
menjadi satu platform untuk menyalurkan bantuan dalam melaksanakan usaha murni ini lantaran kita berpegang

pada kata pepatah, hari tidak selamanya panas.


Membuat keputusan untuk menjadi sukarelawan bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini disebabkan apabila
menjadi salah seorang ahli sukarelawan, kita akan meninggalkan keluarga yang tersayang dalam tempoh yang
agak lama untuk memberikan bantuan kepada negara-negara jiran. Bantuan rawatan, membina rumah mangsa
yang telah musnah semula dan mententeramkan emosi mangsa adalah antara tugas sukarelawan. Pada masa ini,
sukarelawan bergerak dalam kumpulan ataupun persatuan. Para sukarelawan ini kebanyakannya dianggotai oleh
golongan doktor iaitu golongan bijak pandai untuk merawat mangsa yang mengalami kecederaan sekali gus
menyelamatkan nyawa mangsa. Kini, Mercy Malaysia yang dipimpin oleh Dato Dr. Jamilah semakin mendapat
tempat dalam hati masyarakat setempat kerana perkhidmatan cemerlang mereka. Ketika mengadakan operasi
menyelamat mangsa dalam tragedi gempa bumi di Pakistan, Mercy Malaysia telah menerima pujian hasil
kepakaran dan disiplin yang tinggi para pengamal perubatan dari Malaysia. Konklusinya, kemurnian hati para
sukarelawan ini amat bernilai dan bererti kepada mangsa untuk mereka terus menjalani kehidupan seperti manusia
lain. Para sukarelawan yang berilmu pengetahuan, berakal, rajin dan berkemahiran ini dapat dikatakan sebagai
empat bersimpul satu dalam usaha tulus suci ini.
Di samping bantuan derma dan tenaga, kita juga boleh mendoakan mangsa-mangsa kejadian bencana alam ini.
Doa yang dipohonkan adalah agar mereka tabah menghadapi dugaan daripada Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama boleh mendoakan kesejahteraan hidup mangsa bencana yang
masih hidup atau yang telah terkorban mengikut kepercayaan agama masing-masing. Paparan akhbar harian
seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro telah melaporkan bahawa solat hajat dan bacaan Yasin
secara besar-besaran telah diadakan di Masjid Putra, Putrajaya yang telah dihadiri oleh lebih daripada 2000 orang
rakyat prihatin dan turut disertai oleh menteri-menteri dan Yang di-Pertuan Agong. Berdasarkan senario ini,
terbuktilah di sini bahawa setelah menghulurkan bermacam-macam bantuan. doa adalah pengakhiran bantuan
yang diberikan lantaran kita sedar bahawa apa-apa yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Tuntasnya, doa dapat
kita hadiahkan kepada mangsa kerana Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Mengasihi. Doa ini juga secara tidak
langsung boleh melahirkan rasa simpati dan insaf supaya kita sekali tersengat selalu beringat.
Di pihak kerajaan pula, bantuan pascabencana terus dihulurkan. Antara bantuan yang diberikan seperti sumbangan
modal dan kepakaran untuk membangunkan kawasan yang telah tejejas teruk semula. Sebagai negara berjiran
yang dapat merasakan rintihan dan suara hati saudara serantau, Malaysia telah membantu kerajaan Indonesia
dalam usaha membangunkan semula sistem pendidikan di wilayah Acheh dan Yogyakarta di Indonesia yang
terjejas teruk dalam peristiwa gempa bumi dan Tsunami. Dengan sokongan yang diberikan itu telah dapat
mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa. Anak-anak dapat meneruskan semula
pelajaran, sementara hidup baru dapat dimulakan sedikit demi sedikit. Sokongan dan bantuan kepakaran yang
dihulurkan, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka di samping dapat memberikan sinar kehidupan
yang baharu kepada mereka selepas diuji dengan musibah yang tidak diduga itu.
Intihanya, semua orang seharusnya melupakan batasan geografi dalam menghulurkan bantuan dan tidak
menjadi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Walau di mana-mana jua kita berada, kita
harus sedar bahawa manusia semuanya sama iaitu menginginkan kehidupan yang sempurna. Amat wajar
membudayakan sikap saling membantu selagi kita termampu lantaran buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas
jahat, malah buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Semua pihak haruslah bersama-sama
menghulurkan bantuan dengan apa-apa cara sekalipun kerana ada pepatah mengatakan hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih. Rasulullah juga pernah bersabda, Tidak sempurna iman seseorang kamu, selagi kamu
masih belum mengasihi saudara kamu seperti kamu menyayangi diri kamu sendiri. Semoga sumbangan yang kita
salurkan dapat menyempurnakan iman kita dan dapat membantu mangsa meneruskan kehidupan seharian mereka
seperti sediakala.

BERUNDING LEBIH BAIK DARIPADA BERPERANG

Soalan: Konflik antara sesebuah negara dengan negara lain di dunia pada masa ini harus diselesaikan melalui
perundingan dan bukan melalui peperangan. Bahaskan pernyataan di atas.
Sejak dahulu lagi, kerakusan pemimpin dalam membuat keputusan untuk berperang sering membawa melapetaka
kepada rakyatnya. Sejarah telah membuktikan bahawa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua telah
membawa pelbagai implikasi kepada dunia sejagat. Tokoh-tokoh pemimpin seperti Hitler dan George W.Bush
pasti akan dikenang oleh rakyat negara yang terbabit sebagai pemimpin yang mementingkan diri sendiri bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing yang telah memusnahkan dan menghancurkan
keharmonian negara mereka. Oleh itu, pemimpin sekarang harus mengambil iktibar bahawa peperangan tidak
dapat menyelesaikan sesuatu konflik dalam masa yang singkat dan mereka perlu mengambil pendekatan dengan
berunding demi kesejahteraan rakyatnya. Jangan nanti gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengahtengah. Terdapat pelbagai manfaat apabila pemimpin mengambil pendekatan berunding daripada menggunakan
senjata untuk menyelesaikan masalah.
Antara kebaikan mengambil pendekatan berunding dalam menyelesaikan konflik antara sesebuah negara ialah
pertumpahan darah tidak akan berlaku dan banyak nyawa yang tidak berdosa dapat diselamatkan. Hal ini
dikatakan demikian kerana perundingan akan melibatkan pemimpin yang duduk semeja berusaha untuk mencari
jalan keluar bagi konflik yang dihadapi. Perbincangan yang melibatkan golongan pemimpin ini pasti akan mencari
jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit. Saidina Ali Abi Talib pernah berpesan bahawa
pasak kekuatan sesebuah negara hendaklah didirikan atas keadilan para pemerintah. Oleh itu, rakyat tidak akan
mengalami kesengsaraan hidup akibat ledakan bom dan tembakan peluru berpandu. Anak-anak tidak akan hilang
tempat bergantung dan masa depan mereka akan lebih terjamin. Cukuplah kita melihat penderitaan dan
kesengsaraan hidup yang dialami oleh anak-anak dari bumi Palestin, Iraq dan Afgahnistan serta beberapa buah
negara di Afrika sebagai akibat kehilangan insan yang disayangi. Jelaslah bahawa perundingan akan mengelakkan
berlakunya pertumpahan darah.
Jika ditinjau dari perspektif yang lain, sesebuah negara itu tidak akan mengalami kerugian harta benda jika
menggunakan rundingan sebagai jalan untuk menyelesaikan. Kita sedia maklum bahawa peperangan pasti akan
meranapkan bangunan, kenderaan, kawasan tumpuan ekonomi dan sebagainya. Peperangan laazimnya
menggunakan senjata-senjata cacnggih seperti bom nuklear dan peluru berpandu yang mampu memusnahkan apaapa sahaja dalam sekelip mata. Sebagai contohnya, peperangan yang berlaku di antara Israel dan Palestin telah
membawa kemusnahan infrastruktur negara yang teruk sekali gus menelan belanja yang banyak untuk membaik
pulih keadaan. Hal ini bertepatan dengan kata pepatah yang berbunyi, menang menjadi arang, kalah menjadi
abu. Sekiranya cara perundingan dipilih sudah pasti kemusnahan harta benda tidak akan berlaku. Rakyat dapat
menyimpan wang mereka demi masa depan mereka manakala wang kerajaan juga dapat dijana untuk
pembangunan ekonomi negara kerana kebanyakan infrastruktur negara masih berkeadaan baik lagi. Kerajaan tidak
perlu lagi membeli senjata, kapal pejuang dan kapal perisai yang baharu. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa
perundingan pasti dapat mengelakkan kemusnahan harta benda yang tidak diduga sama ada harta benda
persendirian atau milik kerajaan.
Di samping itu, hubungan diplomatik antara dua buah negara juga dapat dijalin dengan lebih erat apabila
pemimpin menggunakan rundingan sebagai cara untuk menyelesaikan konflik yang dihadapinya. Sesungguhnya
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan konflik yang dihadapi oleh sesebuah negara. Jika
jalan perundingan yang dipilih daripada pertumpahan darah maka ikatan silaturahim antara dua buah negara akan
terjalin. Perasaan berbaik-baik dan berprasangka positif akan wujud dalam sanubari mereka lantas kedamaian
yang dipilih oleh mereka. Mereka akan berpegang pada konsep buang yang keruh, ambil yang jernih. Perundingan
antara mereka bukan sahaja membincangkan jalan keluar bagi konflik yang dihadapi malahan juga mereka akan
berkonsi pandangan untuk memajukan negara masing-masing. Oleh hal yang demikian, pendekatan rundingan
dapat menjalinkan hubungan dua hala antara negara yang terbabit.
Kebaikan yang seterusnya ialah negara-negara yang terlibat dalam rundingan bagi menyelesaikan konflik akan
dipandang tinggi dan mulia oleh negara-negara lain di persada antarabangsa. Pada masa ini, majoriti masyarakat di
seluruh dunia mendambakan kehidupan yang aman damai dan harmoni, yakni bebas daripada berlakunya
pertumpahan darah. Namun begitu, terdapat segelintir pemimpin yang angkuh dan berhidung tinggi daripada
bersikap mementingkan keamanan dan kepentingan rakyat. Kita lihat sahaja pemimpin Korea Utara yang sering

membuat provokasi dengan melancarkan ujian nuklear walaupun tindakan mereka dikecam hebat oleh Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat dunia yang lain. Begitu juga dengan pihak Amerika Syarikat yang
dianggap sebagai polis dunia telah dikritik sebagai akibat daripada kedegilan mereka menyelesaikan masalah
dengan cara melakukan keganasan yang kononnya ingin menghapuskan pengganas. Secara tidak langsung,
perbuatan mereka telah menjejaskan imej negara terbabit. Tuntasnya, cara perundingan dan persepakatan amat
bersesuaian untuk menyelesaikan masalah daripada cara peperangan.
Seperkara lagi, apabila pemimpin-pemimpin memilih pendekatan berunding semasa menyelesaikan konflik
dengan negara lain, ekonomi negara tersebut tidak akan terjejas. Kita haruslah menerima hakikat bahawa
peperangan hanya akan membawa kemusnahan apabila semua infrastruktur seperti bangunan-bangunan kerajaan
dimusnahkan dalam sekelip mata. Oleh itu, kerajaan terpaksa memperuntukan jumlah wang yang besar untuk
memulihkan keadaan yang terjejas dengan teruk. Dalam hal ini, agenda pembangunan negara tersebut tidak dapat
dijayakan seperti yang dirancangkan. Impaknya, ekonomi negara tersebut akan terbantut. Sebagai analoginya,
apabila Pusat Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat diserang pada tahun 2001, ekonomi di Amerika
Syarikat merosot dan banyak rakyat mengalami pengangguran dalam beberapa tahun. Hal sedemikian tidak akan
berlaku jika mereka menggunakan pendekatan berunding malah lebih teruk apabila kadar jenayah turut meningkat
lantaran kemelesetan ekonomi. Jadi, jelaslah bahawa cara berunding lebih baik daripada berperang ketika
menyelesaikan sesuatu konflik yang dihadapi.
Intihanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa sesebuah negara perlulah menyelesaikan konflik yang dihadapi
dengan cara yang paling afdal iaitu berunding. Pihak kerajaan terutamanya para pemimpin haruslah bijak
membuat keputusan yang melibatkan nyawa rakyat dan masa depan negara masing-masing seperti menarik rambut
dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Jadikanlah kekejaman yang dilakukan oleh beberapa orang
pemimpin dunia lalu sebagai iktibar kepada pemimpin-pemimpin pada masa akan datang. Ingatlah, sejarah akan
menjadi guru yang selama-lamanya tidak pernah berbohong. Segala kejahatan terhadap warga dunia yang pernah
dilakukan akan terus dikecam, bak kata peribahasa, jejak dapat dihilangkan, belang tetap berparut. Semoga
kebijaksanaan para pemimpin dunia untuk menyelesaikan masalah dengan perundingan akan memberikan sinar
kehidupan yang lebih cerah kepada seluruh rakyatnya.
PERSEDIAAN SEBELUM MENCEBURI KERJAYA MENCABAR DAN BERISIKO
Soalan:
Anda meminati sesuatu bidang kerjaya yang mencabar dan berisiko. Oleh itu, persediaan awal amat penting
sebelum anda menceburi bidang pekerjaan tersebut. Bincangkan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan.
Era penyejagatan pada masa ini semakin hari semakin berkembang pesat ekoran sikap manusia yang sentiasa
berusaha untuk mencapai dan mendominasi kejayaan dalam kehidupan. Manusia juga sanggup melakukan apa-apa
sahaja tanpa berputus asa untuk memperoleh kejayaan, bak kata pepatah Melayu, genggam bara api biar sampai
jadi arang. Saya meminati sesuatu bidang kerjaya yang amat mencabar dan berisiko. Oleh itu, persediaan awal
adalah amat penting sebelum saya dapat menceburi bidang pekerjaan ini. Saya perlulah melakukan beberapa
persediaan yang sewajarnya kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Persediaan yang afdal yang wajar saya lakukan termasuklah melengkapkan diri saya dengan kemahiran insaniah
yang meliputi beberapa aspek, iaitu kemahiran berkomunikasi, mempunyai pemikiran kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat,
kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan. Kemahiran insaniah sangat
penting untuk melahirkan modal insan yang kamil dan yakin untuk berhadapan dengan sebarang cabaran yang
mendatang. Sebagai contoh, semasa berada di alam persekolahan dan pengajian tinggi, saya perlulah
menggunakan peluang yang ada untuk bergerak aktif sama ada dalam aktiviti kemasyarakatan, sukan atau
kebudayaan. Hal ini adalah kerana kemahiran insaniah dapat mempersiapkan diri saya dengan kemahiran yang
boleh diaplikasikan pada masa hadapan terutamanya semasa berada dalam alam pekerjaan. Oleh itu, usaha untuk
memiliki kemahiran insaniah amat penting agar saya dapat berkecimpung dalam bidang yang saya minati itu.
Jika dilihat dari dimensi yang lain pula, saya perlu mempunyai daya saing yang tinggi kerana saya merupakan

golongan pemuda-pemudi yang bakal berhadapan dengan dunia yang kian mencabar ini. Sesungguhnya remaja di
Malaysia amat berbeza dengan remaja di negara lain. Mereka sememangnya sudah diajar berdikari sejak kecil lagi
manakala remaja di negara kita masihditatang bagai minyak yang penuh. Jadi, tidak hairanlah mereka lebih
matang dan daya saing mereka lebih tinggi daripada remaja di negara kita. Menyedari hakikat ini, saya perlu
kental dan tidak mudah berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai rintangan. Sebagai contoh, Abraham
Lincoln pernah mengalami 13 kegagalan besar dalam bidang politik sebelum beliau dipilih menjadi Presiden
Amerika Syarikat yang ke-16 pada usia 51. Kecekalan Abraham Lincoln ini perlu saya contohi kerana di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan. Saya juga mesti membekalkan diri saya dengan semangat juang yang tinggi
untuk mencapai matlamat saya. Saya perlu berupaya untuk menghasilkan teknologi dan robotik yang setanding
dengan remaja yang lain. Jelaslah membuktikan bahawa seseorang yang ingin mencapai kejayaan dalam bidang
yang diceburi perlulah memiliki daya saing yang tinggi.
Selain itu, saya juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam terhadap bidang pekerjaan yang bakal
saya ceburi itu. Hal ini adalah kerana ketinggian ilmu yang saya miliki dapat memastikan jati diri saya tidak
mudah rapuh. Sejak kecil lagi, rakyat Jepun telah didedahkan dengan amalan membaca kerana mereka percaya
bahawa membaca itu jambatan ilmu. Hanya dengan membaca, mereka berupaya memajukan negaran mereka
dengan pelbagai teknologi moden yang canggih. Jadi, saya perlu banyak membaca buku-buku yang berkaitan
dengan bidang yang saya minati. Saya percaya bahawa ilmu pengetahuan yang tinggi mampu mematangkan saya
untuk mengatur setiap langkah kehidupan. Sememangnya pelangi hari ini tidak mampu berjanji untuk muncul
pada hari keesokan. Oleh hal yang demikian, saya perlulah meningkatkan pengetahuan dan keyakinan saya bagi
merealisasikan impian saya untuk menceburi bidang kerjaya yang mencabar dan berisiko.
Seperkara lagi, saya perlulah sentiasa sensitif dan prihatin terhadap isu semasa. Saya tidak mahu menjadi seperti
katak di bawah tempurung. Hal ini adalah supaya saya lebih peka terhadap masalah yang kian menular seperti
cendawan yang tumbuh selepas hujan sama ada di negara kita atau di luar negara. Dewasa ini, banyak jenayah
yang berlaku di negara kita. Sebagai contoh, kes pembunuhan Datuk Sosilawati, seorang jutawan dan rakanrakannya yang telah dibunuh tanpa perikemanusiaan. Sebagai iktibar, saya perlu lebih berhati-hati dalam
mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ini terutamanya ketika menceburi bidang kerjaya yang lebih
mencabar dan berisiko. Jadi, saya mestilah memiliki semangat inkuiri yang kuat dan tinggi supaya saya sentiasa
lebih sensitif dan peka terhadap isu-isu yang berlaku di sekeliling saya. Hal ini dapat dicapai sekiranya saya rajin
membaca surat khabar dan melayari internet untuk mengetahui isu-isu semasa. Dengan cara ini, saya berupaya
untuk menangkis sebarang cabaran ketika saya bekerja dalam dunia pekerjaan yang berisiko dan mencabar.
Persediaan yang seterusnya ialah saya perlu mempunyai minda yang kreatif dan inovatif. Hal ini dikatakan
demikian kerana seseorang yang dapat berfikir di luar kotak dan berani melakukan anjakan paradigma mampu
untuk menongkah arus dan mendepani cabaran semasa. Sebagai seorang pelajar, kejayaan akademik memang
merupakan satu kepentingan untuk berjaya dalam kehidupan tetapi tidak dapat disangkalkan juga bahawa
mempunyai nilai tambah diri seperti nilai kepimpinan dan berfikir secara kreatif serta kritis juga signifikan untuk
berjaya dalam kerjaya yang mencabar dan berisiko. Oleh itu, pemikiran saya yang kreatif dan inovatif dapat
menangani cabaran-cabaran yang bakal saya tempuhi kelak terutamanya pada era globalisasi ini. Saya juga dapat
mengemukakan idea-idea yang bernas yang dapat meningkatkan kualiti kerja saya kelak. Tuntasnya, kemampuan
untuk berfikir secara kreatif dan inovatif dapat membantu saya ketika melibatkan diri dalam kerjaya yang saya
idamkan.
Konklusinya, persediaan-persediaan inilah yang wajar saya lakukan sebagai prasyarat untuk mencapai kejayaan
dalam pekerjaan saya nanti. Oleh itu, saya perlulah menitikberatkan kemajuan diri saya dalam semua aspek sama
ada dalam aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Dengan cara ini, saya pasti dapat menangkis segala
dugaan yang mendatang kerana saya percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semoga impian
saya akan menjadi realiti dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa.
Kesan-Kesan Teknologi Maklumat (ICT)
Zaman beralih dan musim berubah. Fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari zaman falsafah ke Zaman
Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan
zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai

cabaran dan seyogianya manusia memperoleh pelbagai input baharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan,
penemuan bidang ICT telah berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Teknologi
ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan
maklumat yang paling canggih. Sesungguhnya, kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai implikasi atau
kesan sama ada implikasi yang positif atau negatif.
Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik
menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah
sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses
maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja,
malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu,
sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di surat khabar
menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan
menghantar guru ke rumah anda! Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan
komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Begitulah kelebihan teknologi maklumat
dalam bidang pendidikan.
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya
kemudahan maklumat ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga iaitu cara perniagaan melalui elektronik. Syarikatsyarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang
mengiklankan alamat laman sesawang mereka beserta alamat mel elektronik atau e-mel. Kini,
istilah www.sesuatu.com.my bukan lagi satu perkara yang asing. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan
dibeli melalui internet, bukan sahaja dari peringkat glokal malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat
Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar yang
mengkhabarkan seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel. Jadi, jelaslah bahawa
perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari aspek perniagaan.
Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran
industri kita. Perkembangan teknologi maklumat secara langsung atau tidak membantu meningkatkan
produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat
minimum. Umpamanya, dengan adanya e-mel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas
sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa.
Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi
tumpuan kepada pembangunan teknologi maklumat. Hal ini dapat dibuktikan ketika Bill Gates, insan terkaya di
dunia melawat Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) di
kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam
membangunkan pusat multimedianya. Oleh itu, terbuktilah bahawa pembangunan teknologi maklumat
membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
Dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi maklumat mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau
perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh
diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan
agar rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik
bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada
penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga
berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat
pelbagai negara dan berbilang kaum. Bukankah teknologi ini satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat teknologi maklumat tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet
hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek negatif yang boleh menggugat keamanan negara. Maka, tidak
hairanlah apabila terdapat sesetengah pihak yang menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar
yang tidak berasas dan berbaur fitnah. Di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin.Contohnya, terdapat khabar angin

yang mengatakan bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang
disebarkan melalui internet pada suatu ketika dahulu. Khabar angin ini pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak
di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Sekiranya
kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi
oleh negara dan rakyat kita. Aspek negatif internet inilah yang sukar dibendung oleh sesiapa.
Teknologi maklumat juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi
muda. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang
mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini
yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ingin mengaut keuntungan besar
dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00
sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat bagai belut diketil ekor dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira
lelaki atau perempuan. Hal ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah
hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan
lagi. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan
belia. Sesungguhnya, teknologi maklumat sememangnya menyebarkan unsur-unsur lucah dan meningkatkan
kebejatan akhlak remaja kita.
Sebagai penutup bicara, teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi
laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita tidak
harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan
tebing dan mengambil langkah sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan
teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.
Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai bagi memudahkan
negara merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020. Sesungguhnya Saidina Ali Abi Talib pernah berkata bahawa
manusia yang berdagang dengan ilmu maka ilmunya akan bertambah tetapi apabila manusia berdagang dengan
harta maka hartanya semakin berkurang.
Kosa kata:
1. seyogia sepatutnya, selayaknya
2. input sumber
3. menginjak mengubah
4. kompetitif bersaing
5. glokal tempatan
6. berbaur bercampur
7. anarki porak-peranda
8. wahana saluran
9. kebejatan keruntuhan
PECUTAN TERAKHIR PROSA TRADISIONAL SPM 2010
1. CERITA BAYAN TIADA MENURUT KATA IBU BAPANYA
(Percubaan MELAKA, SABAH, SARAWAK, SELANGOR)
i. Maksud rangkai kata:
(a) berceritalah anak kera itu segala perihalnya bermaksud anak kera memberitahu semua peristiwa / hal yang
telah berlaku
(b) tahu ia akan ilmu tabib bermaksud Bayan mengetahu cara mengubati penyakit.
(c) minta dilenyapkan juga daripada mata ibu bapanya bermaksud disuruh agar dihilangkan daripada pandangan
penjaganya
(d) beroleh kejahatan mendapat kesengsaraan/padah/malapetaka
ii. Soalan Petikan:
(a) Tindakan saudagar terhadap anak kera:
- saudagar menangkap anak kera

- saudagar membunuh anak kera


- saudagar mengambil hati anak kera
- hati anak kera dijadikan ubat
(b) Alasan bayan untuk mengelakkan dirinya daripada dibunuh:
- budak itu tidak akan kenyang jika memakannya kerana dagingnya hanya sekepal
- jika budak itu menjualnya dengan dua ribu dinar, budak itu akan dapat menggunakan hasil jualannya sehingga
anak cucu
- menyuruh budak itu menjualkannya kepada raja kerana dia dapat mengubati penyakit sopak raja
(c) Sebab bayan melarang anaknya berkawan dengan anak cerpelai:
- Cerpelai binatang yang tidak jujur
- Cerpelai binatang yang tidak setia.
(d) Sikap yang patut dijauhi:
- hasad dengki dan pendendam
- bersekongkol untuk melakukan kejahatan
- gembira atas kesusahan orang lain
(e) Peritiwa selepas anak kera kalah bermain catur dengan anak saudagar:
- anak saudagar menghunuskan pisau dan diparangkannya kepada anak kera
- anak kera melompat dan terkena hujung pisau itu pada lengannya lalu luka sedikit
- anak kera mengambil pisau yang dicampakkan oleh anak saudagar lalu dilontarkannya kepada anak saudagar dan
anak saudagar itu pun luka sedikit
iii. KBKK:
(a) Akibat anak tidak mendengar nasihat ibu bapanya:
- hidup tidak selamat
- tidak mendapat restu daripada ibu bapa
- mudah ditimpa malang / malapetaka
- mudah terjebak dalam gejala negatif
- tidak berjaya dalam kehidupan
- berdosa dan dianggap sebagai anak derhaka
- tidak mendapat rahmat Tuhan
(b) Alasan untuk menyokong tindakan raja membeli bayan itu dengan harga empat ribu dinar:
- bayan dapat dijadikan penghibur
- kepandaiannya boleh membantu rakyat
- Raja mampu membayarnya dengan wang sebanyak itu
- dapat dijadikan haiwan peliharaan
(c) Faedah cerita Bayan:
- sebagai satu bentuk hiburan
- sebagai pengajaran, iktibar dan panduan
- menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
- satu sumber untuk mendidik secara tidak langsung
- sebagai satu terapi minda
- mengisi masa lapang dengan berfaedah
(d) Amalan hidup berjiran:
- saling membantu antara satu sama lain
- tidak iri hati dan tidak berdendam
- bertolak ansur
- bermusyawarah untuk menyelesaikan sesuatu masalah

(e) Kebaikan mendengar nasihat ibu bapa:


- hidup akan lebih selamat
- terlindung daripada musibah/kecelakaan/kesengsaraan
- tidak terjebak dalam kancah negatif
- berjaya dalam kehidupan
- sentiasa mendapat rahmat daripada Tuhan
- dianggap anak yang soleh/solehah
- hati akan menjadi lebih tenang
2. PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT
(Percubaan SBP, KELANTAN, TERENGGANU, PERAK, W.PERSEKUTUAN, P.PINANG)
i. Maksud rangkai kata:
(a) sepala-pala jahat jangan kepalang sekiranya melakukan perbuatan yang jahat hendaklah melakukannya
sampai kesudahan
(b) tiada endah lakunya tidak mempedulikan aksi Hang Jebat
(c) matanya meleng matanya memandang melihat dengan berwaspada/berhati-hati
(d) supaya masyhurlah namaku agar nama Hang Jebat menjadi terkenal
(e) rosak bawang ditimpa jambaknya diri sendiri yang musnah akibat perbuatan sendiri
ii. Petikan:
(a) Tindakan Hang Jebat supaya namanya masyhur:
- Hang Jebat menuntut bela atas kematian Hang Tuah
- Hang Jebat menderhaka kepada Sultan Melaka
- Hang Jebat membunuh berpuluh-puluh ribu orang yang tidak berdosa
(b) Tindakan kerjasama antara Hang Jebat dengan Hang Tuah:
- bersama-sama menyarung keris
- mereka berdua berusung tilam
- mereka berdua meletakkan tilam di tengah ruang
- bersetuju bertikam di atas talam supaya terpelihara kaki mereka
- berjalan berdua masuk ke dalam perbendaharaan raja
(c) Alasan Hang Jebat kerana penderhakaannya:
- hatinya sakit kerana Hang Tuah yang tidak berdosa dihukum oleh Sultan
- tidak puas hati akan tindakan Hang Tuah tanpa usul periksa
- Hang Tuah banyak berjasa dan berbakti
- alang-alang menderhaka dan berbuat jahat biarlah mati dengan nama yang jahat
(d) Reaksi Hang Jebat setelah Laksamana menyentak keris dari pinggangnya:
- Hang Jebat terkejut
- Hang Jebat bangun/bangkit
- Hang Jebat mengusir Laksamana
- meminta Laksamana supaya membunuhnya
(e) Keadaan keris parung sari:
- bertatah sampai ke hujung
- mempunyai lok tujub belas
- rupanya baik
- kukuh dan tajam seperti getah
(f) Tindakan HangJebat apabila diminta oleh Hang Tuah untuk membuka pintu agar mereka dapat bertikam:
- menyuruh Hang Tuah bersabar kerana dia hendak melangirkan kerisnya
- menutup pintu istana empatpuluh

- menikam tujuh ratus orang perempuan di dalam istana


iii. KBKK:
(a) Langkah-langkah yang diambil untuk mewujudkan keamanan dalam sesebuah negara:
- pemerintah hendaklah adil ketika menjatuhkan hukuman
- rakyat hendaklah bertindak secara rasional dan tidak terburu-buru
- mahkamah hendaklah dijadikan tempat menyelesaikan masalah
- penderhaka harus dikenakan hukuman yang setimpal supaya menjadi pengajaran kepada orang lain
(b) Kepentingan muafakat:
- dapat mengelakkan persengketaan / perbalahan
- dapat mengeratkan silaturahim
- supaya mendapat keputusan yang lebih adil
- urusan akan menjadi lebih mudah
- mewujudkan percambahan idea / perkongsian ilmu
- mewujudkan semangat kerjasama
(c) Wajar / tidak wajar tindakan Hang Tuah membunuh Hang Jebat:
Wajar:
- Hang Tuah perlu mentaati perintah Sultan
- Hang Jebat telah menderhaka kepada Sultan
- Hang Jebat telah berdosa kepada rakyat Melaka dengan melakukan pembunuhan
- menghentikan keadaan huru-hara
- mengembalikan kedudukan Sultan sebagai raja
- mengelakkan daripada lebih banyak rakyat yang tidak berdosa daripada menjadi korban
- perbuatan menderhaka bertentangan dengan adat dan budaya bangsa Melayu
Tidak wajar kerana:
- Hang Jebat bertindak sedemikian untuk membela sahabatnya, Hang Tuah
- Hang Tuah boleh memohon perkenan Sultan untuk memberikan pengampunan / dijatuhkan hukuman ringan
kepada Hang Jebat
- semangat setiakawan Hang Jebat perlu dihargai
- Hang Tuah boleh memujuk Hang JEbat supaya menyerah diri
- Hang Tuah tidak mengenang jasa Hang Jebat
(d) Kebaikan mempelajari seni mempertahankan diri:
- dapat mempertahankan diri daripada ancaman musuh
- dapat mempertahankan maruah diri
- dapat membantu orang lain yang teraniaya/dizalimi
- dapat menyumbangkan tenaga kepada bangsa dan negara
- dapat meningkatkan disiplin diri
- dapat mengekalkan budaya warisan bangsa
- dapat meningkatkan keyakinan diri
(e) Kewajaran Hang Jebat menyerahkan keris parung sari semula kepada Laksamana:
Wajar:
- Keris itu milik Laksamana dan bukan miliknya
- keris itu dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Laksamana
- tidak ingin digelar sebagai perampas
- supaya Laksamana membatalkan niatnya untuk membunuhnya
Tidak wajar:
- akan memudahkan Laksamana membunuhnya
- dapat menyelamatkan dirinya daripada dibunuh oleh Laksamana
- keris itu telah menjadi miliknya setelah diserahkan oleh sultan kepadanya
(f) Tindakan Hang Tuah untuk mengelakkan pertumpahan darah:

- memujuk Hang Jebat supaya menyerah diri


- memohon perkenan Sultan supaya meringankan hukuman kepada Hang Jebat
- memujuk Hang Jebat supaya bertaubat dan kembali ke jalan yang benar
- menyedarkan Hang Jebat bahawa perbuatannya itu akan menjejaskan masa depan anaknya
3. ASAL USUL RAJA KECIL
(Percubaan KEDAH)
i. Maksud rangkai kata:
hendak berhamba akan dirinya ingin menyatakan kesediaannya berkhidmat
ii. Petikan:
Keistimewaan Tuan Bujang:
- Berani mengembara seorang diri
- Cinta akan ilmu
- Menghormati orang tua meminta izin daripada Puteri JIlan sebelum mengembara
- Darjat Tuan Bujang lebih tinggi daripada sultan
iii. KBKK:
Nasihat sebelum keluar mencari ilmu:
- berhati-hati semasa berada di rantau orang
- menjaga tingkah laku supaya disenangi orang ramai
- tidak sombong dan sentiasa merendah diri
- menghormati guru dan beradab sopan ketika menuntut ilmu
4. KEZALIMAN MEMBAWA PADAH
(Percubaan N.SEMBILAN)
i. Maksud:
patahlah perang kalah/tewas/kecundang dalam pertempuran
ii. Petikan:
Tindakan Betara Majapahit setelah baginda mengetahui kandungan surat yang dikirim oleh Sang Rajuna Tapa:
- menyediakan 300 buah kapal
- menyediakan peralatan/senjata peperangan
- menyediakan dua keti tentera
- mengarahkan pasukan tenteranya belayar ke Singapura
- mengarahkan tenteranya berperang dengan Singapura
iii. KBKK:
Kepentingan kesetiaan rakyat kepada pemerintah:
- menjamin negara terus aman dan makmur
- dapat memajukan dan memacu pembangunan negara
- segala agenda negara dapat dilaksana dengan lebih berjaya
- menyuburkan nilai murni dalam diri
- mempertahankan negara daripada ancaman musuh
5. SABOR
(Percubaan MRSM)
i. Maksud:
pekerti tuan hamba demikian ini perangai/tingkah laku/sikap Siti Saidah begini / seperti ini

ii. Petikan:
Aduan Saidah kepada Jibor:
- Sabor memegang tangan Saidah ketika dia hendak ke bilik air
- Sabor menghunus jambiahnya dan hendak menikam Saidah jika Saidah menjerit
- Sabor ingin mencabuli Saidah tetapi Saidah tidak mahu menuruti kehendak Sabor dan dia lebih rela mati
daripada curang terhadap Jibor
iii. KBKK:
Kesan perbuatan memfitnah:
- orang yang tidak bersalah/baik akan menjadi mangsa fitnah
- hubungan antara manusia semakin renggang
- masyarakat akan menjadi huru-hara kerana tersebarnya fitnah
- permusuhan dalam kalangan masyarakat akan berleluasa
- usaha memajukan negara terbantut kerana keamanan tergugat
- saman-menyaman semakin berleluasa

PECUTAN TERAKHIR CERPEN / DRAMA KOMSAS SPM 2010


1. DRAMA SERUNAI MALAM
(Percubaan MELAKA, SBP, N.SEMBILAN, PERAK)
i. Petikan
(a) Gambaran keadaan Umar semasa kecil:
- pergi ke sekolah berkaki ayam
- berjalan di atas batas-batas sawah
- kadang-kadang makan sekali sehari
- pernah ke sekolah dengan perut lapar
- tidak membawa wang ke sekolah
(b) Perbezaan pandangan hidup Umar dengan Safiah:
- Umar hendak berkhidmat sebagai seorang guru di dalam negaranya
- Safiah hendak hidup di luar negara
(c) Sebab Umar bersungguh-sungguh mahu berbakti kepada masyarakat kampung:
- masyarakat kampung masih dibelenggu kemiskinan
- dia pernah melalui keperitan hidup semasa kecil
- dia sendiri berasal dari kampung
- taraf pendidikan masyarakat kampung masih rendah
(d) Sebab Umar suka menjadi guru:
- untuk mengisi tenaga kerja guru yang kurang
- kerjaya yang kurang diberi perhatian oleh mahasiswa
- tidak cemerlang dalam mata pelajaran sains
- masa depannya dengan Safiah masih cerah / terjamin
(e) Impian Safiah:
- ingin tinggal di luar negeri
- ingin bekerja di luar negeri
- ingin bermain salji
ii. KBKK
(a) Ciri-ciri memilih pasangan yang dapat membawa kebahagiaan hidup:
- berbudi bahasa / bersopan santun

- dapat memahami jiwa kita


- pandai berdikari / menyesuaikan diri
- mempunyai pegangan agama yang teguh
- sesuai dengan cita rasa kita
- mempunyai kedudukan / darjat yang setaraf
(b) Cara memujuk Safiah supaya merestui hasrat untuk menjadi guru:
- menyedarkan Safiah bahawa kerjaya sebagai seorang guru sangat mulia
- dapat mendidik anak-anak bangsa
- dapat mengubah nasib sesuatu kelompok masyarakat seperti masyarakat di luar bandar
- dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan
(c) Usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan tahap pendidikan anak-anak kampung:
- memberikan kesedaran tentang kepentingan pendidikan / ilmu pengetahuan
- membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran asas
- memberi kelas bimbingan/kelas tambahan terhadap anak-anak kampung
- mengadakan bengkel, ceramah atau pameran
(d) Cara untuk membina masa depan yang cemerlang:
- belajar bersungguh-sungguh
- mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
- memiliki disiplin diri yang tinggi
- sering berkunjung ke perpustakaan
- sering bertanya kepada guru
- sentiasa mencari peluang yang baik
(e) Reaksi yang patut ditunjukkan oleh Safiah apabila Umar menyatakan keinginannya untuk menjadi guru di
dalam negara:
- bangga kerana Umar sanggup berbakti untuk negara sendiri
- gembira kerana mempunyai tunang yang berjiwa patriotik
- kagum kerana Umar sanggup mendidik anak watannya
iii. KOMSAS
(a) Perwatakan Safiah:
- seorang penyayang Safiah menyayangi Umar
- mempunyai cita-cita Safiah bercita-cita untuk ke luar negara
- mudah merajuk Safiah merajuk apabila Umar datang lewat ke rumahnya
- mementingkan diri sendiri Safiah ingin Umar bekerja di luar negara
- keanak-anakan Safiah menyuruh Jah menyediakan minuman untuknya
(b) Persoalan/Pengajaran/Nilai:
(I)
Persoalan: Sedar akan keperitan hidup
Nilai: Keinsafan / kesedaran
Pengajaran: Kita haruslah sentiasa sedar akan keperitan hidup yang pernah kita alami.
Contoh: Umar sentiasa sedar akan kesusahan hidup yang pernah dilaluinya semasa dia
masih kecil dan tinggal di kampung.
(II)
Persoalan: kasih sayang antara satu sama lain
Nilai: Kasih sayang
Pengajaran: Kita haruslah saling menyayangi antara satu sama lain.
Contoh: Umar dan Safiah saling menyayangi.

(III)
Persoalan: tabah menghadapi dugaan hidup
Nilai: Ketabahan
Pengajaran: Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.
Contoh: Umar tabah menghadapi keperitan hidupnya semasa kecil.
(IV)
Persoalan: Sedia berkhidmat untuk tanah air
Nilai: Cinta akan tanah air
Pengajaran: Kita haruslah cinta akan tanah air kita dan sedia berkhidmat untuk negara.
Contoh: Umar cinta akan tanah airnya dan sedia berkhidmat di negaranya / di kampung halamannya.
(V)
Persoalan: menghormati tetamu
Nilai: Hormat-menghormati
Pengajaran: Kita harus menghormati tetamu yang datang ke rumah kita.
Contoh: Ibu Safiah menghormati ayah Umar, Pak Majid yang datang ke rumahnya.
(VI)
Persoalan: Gigih berusaha untuk Berjaya
Nilai: Kegigihan
Pengajaran: Kita haruslah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.
Contoh: Umar gigih berusaha hingga dia Berjaya menamatkan pengajiannya di university.
(VII)
Persoalan: Baik hati sesama manusia
Nilai: Baik hati
Pengajaran: Kita haruslah baik hati sesama manusia.
Contoh: Pak Majid membawa oleh-oleh dari kampung untuk keluarga Safiah.
2. CERPEN LAMBAIAN MALAR HIJAU
(Percubaan JOHOR, SABAH, MRSM)
i. Maksud rangkai kata:
(a) sindiket yang gila akan duit kumpulan yang mementingkan keuntungan / wang
ii. Soalan Petikan:
(a) Sebab Daneng tidak mahu menyambung pelajaran:
- tidak mahu meninggalkan tempat kelahirannya / hutannya
- jiwanya sudah terikat dengan hutan
- mendambakan kehidupannya di hutan
(b) Keadaan isi pondok Daneng:
- tiada sebarang perabot
- beberapa buah bantal buruk
- sebuah almari using
(c) Alasan Daneng menolak pujukan Cikgu Jo:
- dia berasa lebih selesa tinggal di tempat itu
- nenek moyangnya disemadikan di tempat itu
- jiwanya terikat pada pohon tualang/bukit-bukit/pohon-pohon
- dapat menghidu udara segar di hutan
- sudah sebati menjalankan aktiviti di hutan
- mendambakan/keinginan meneruskan kehidupan di hutan

iii. KBKK:
(a) Tindakan Cikgu Jo untuk memujuk Daneng menyambungkan pelajarannya:
- menasihati Daneng akan kepentingan pelajaran pada masa depan
- memujuk ibu bapa Daneng agar memujuk Daneng
- meminta bantuan Tok Batin / kaunselor untuk memujuk Daneng
- meminta pengetua atau PIBGuntuk memujuk Daneng
- menawarkan pelbagai bantuan persekolahan untuk Daneng
(b) Sebab pendidikan penting dalam kehidupan seseorang:
- Memperoleh ilmu pengetahuan yang luas
- Menjadi orang yang dihormati/disegani oleh masyarakat
- Berpeluang untuk memegang jawatan yang tinggi/penting
- Tidak mudah ditindas/ditipu/dianiaya oleh orang lain
- Dapat menyumbang bakti/berbakti kepada masyarakat dan negara
- Dapat memajukan masyarkat, bangsa dan negara
(c) Wajar / tidak wajar Daneng mempertahankan cara hidupnya pada zaman globalisasi ini
Wajar:
- kos hidup murah
- dapat berjimat cermat / tidak perlu berhutang
- kurang terdedah kepada budaya kuning / negatif
- dapat mempertahankan alam sekitar
- dapat mempertahankan warisan kehidupan nenek moyangnya
Tidak wajar:
- perlu menuntut ilmu demi masa depannya
- perlu bersikap terbuka untuk berubah
- dapat menjadi suri teladan kepada kaumnya
- dapat memajukan masyarakatnya
- dapat mendepani perubahan zaman yang semakin mencabar
(d) Jika Daneng enggan menerima nasihat Cikgu Jo:
- Daneng akan terus hidup dalam kemiskinan
- Daneng akan keciciran dalam pelajaran
- Dia tidak dapat mengembangkan bakat/potensi
- tidak dapat berbakti kepada masyarakat orang asli
- hubungan antara Daneng dengan Cikgu Jo akan renggang
iv. KOMSAS
(a) Latar masyarakat:
- Masyarakat yang prihatin/bertanggungjawab Sebagai seorang guru, Cikgu Jo memujuk Daneng agar
meneruskan persekolahannya.
- Masyarakat yang tinggal di hutan Jiwa Daneng sudah terikat dengan hutan dan dia enggan meninggalkan
hutannya itu.
- Masyarakat yang baik hati Ibu Daneng membekalkan petai kepada Cikgu Jo untuk dibawa pulang.
- Masyarakat yang mempercayai pantang larang Daneng melarang Cikgu Jo bercakap bukan-bukan ketika
memancing.
- Masyarakat yang gigih berusaha Daneng gigih berusaha untuk berjaya dalam hidupnya dan akhirnya dia telah
mendapat gelaran Datuk dan Hadiah Nobel.
(b) Persoalan/Nilai:
(I)
Persoalan: Kepentingan pelajaran untuk mencapai cita-cita
Nilai: Mencintai ilmu

Contoh: Cikgu Jo menyedarkan Daneng bahawa hanya pelajaran dapat membantu Daneng dalam
mempertahankan hutannya
(II)
Persoalan: Menghormati tetamu
Nilai: Hormat-menghormati
Contoh: Ibu Daneng menyambut kedatangan Cikgu Jo dengan baik.
(III)
Persoalan: sayang akan alam sekitar
Nilai: kasih sayang
Contoh: Daneng sangat menyayangi alam sekitar dan hutannya hinggakan dia enggan menyambung pelajarannya
ke bandar.
(IV)
Persoalan: Keprihatinan seorang guru
Nilai: Keprihatinan
Contoh: Sebagai seorang guru, Cikgu Jo memujuk Daneng agar meneruskan persekolahannya.
(V)
Persoalan: gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
Nilai: Kegigihan
Contoh: Daneng gigih berusaha untuk berjaya dalam hidupnya dan akhirnya dia telah mendapat gelaran Datuk
dan Hadiah Nobel.
3. ANNYSS SOPHILLEA
(Percubaan KELANTAN, SARAWAK, TERENGGANU)
i. Petikan:
(a) Hak Eyrique yang dirampas oleh Strenn:
- kekasihnya / Sarlyn
- takhta / pengganti raja
- mahligai / takhta Alstonia
(b) Usaha yang dilakukan olehAnnyss dan Eyrique untuk menyelamatkan nyawa Akmal:
- meletakkan tangan di atas luka yang tidak kelihatan pada dada Akmal
- memasukkan cahaya kebiruan ke dalam dada Akmal supaya tidak merasai kesakitan yang berlaku kepada Akmal
(c) Suasana di pusara ayah dan bonda Annyss:
- udara berbau wangi dari pohon dsymma
- hari semakin cerah apabila matahari pagi mulai meninggi
- suasana kedinginan apabila rumput menghijau masih dibasahi embun
ii. KBKK:
(a) Cara mendapatkan hak tanpa persengketaan:
- mengadakan perbincangan
- menggunakan orang tengah seperti ketua kampung, wakil rakyat dan sebagainya
- melaporkan kepada pihak berkuasa seperti polis
- menggunakan saluran mahkamah / undang-undang
- mendapatkan sokongan orang ramai seperti ahli keluarga
(b) Kewajaran tindakan Annyss dan Eyrique menyelamatkan Akmal:
- untuk membalas pergorbanan Akmal yang sanggup mengorbankan nyawanya demi keselamatan mereka berdua
- Akmal ialah sahabat Annyss yang banyak membantu Annyss

- menunjukkan kasih sayang sesama insan


- Akmal tidak bersalah dan tidak layak menerima hukuman itu
(c) Menerima lamaran Strenn atau tidak:
Terima kerana:
- tidak berdaya untuk mencari Eyrique
- boleh menggulingkan Strenn dari takhta Alstonia
- dapat memujuk Strenn supaya menunjukkan tempat Eyrique disembunyikan
Tidak kerana:
- benci /tidak mencintai Strenn
- mahu menunaikan wasiat ayahanda dan bonda
- yakin dapat mencari Eyrique
- tidak mempercayai Strenn
iii. KOMSAS
(a) Nilai:
- keberanian - Eyrique berani menuntut haknya
- berpandangan jauh - Eyrique dapat menjangkakan pemikiran Strenn
- bersatu padu - Eyrique dan Annyss bersatu kuasa untuk menyelamatkan nyawa Akmal
- kasih sayang - Annyss menyayangi Eyrique dan sanggup turun ke bumi untuk mencari kembarnya itu .
- semangat setiakawan - Akmal sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan Annyss dan Eyrique
daripada terkena tembakan Strenn
- Amanah - Annyss berjanji akan menunaikan wasiat dan ayah bondanya.
- Ketegasan - Annyss tegas menolak lamaran Strenn/tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata Strenn.
4. JANGAN BUNUH RAMA-RAMA
(Percubaan SELANGOR, W.PERSEKUTUAN)
i. Petikan:
(a) Kesukaran yang dihadapi oleh raja untuk mendapatkan rama-rama:
- masuk belukar keluar belukar, masuk hutan keluar hutan, masuk rimba keluar rimba
- mengalami kecederaan di tangan, di kaki dan di muka
- tergelincir dan terus terjatuh ke dalam sebuah telaga yang airnya sedang mendidih bergelegak
(b) Permintaan permaisuri terhadap suaminya:
- menyuruh suaminya mencarikan rama-rama yang cantik-cantik untuknya
- meminta suaminya sendiri yang mencarikan rama-rama itu kerana suaminya arif dalam hal itu.
ii. KBKK:
(a) Kewajaran rama-rama membantu raja:
Wajar:
- mereka merupakan makhluk Tuhan
- dapat mengelakkan raja mati di dalam telaga itu dan rakyat akan kehilangan seorang raja
- percaya akan konsep buat baik dibalas baik
- memberikan keinsafan kepada raja
- sikap memaafkan kesilapan orang lain merupakan sikap yang terpuji
Tidak wajar:
- raja ingin menangkapnya
- keselamatannya akan terancam
- khuatir raja akan meneruskan niatnya
- raja akan melakukan kezaliman terhadap dirinya
- menjadi pengajaran kepada orang yang zalim

(b) Cara mengekalkan hubungan suami isteri:


- sentiasa toleransi apabila berhadapan dengan masalah
- sentiasa bermusyawarah apabila menghadapi masalah
- saling mempercayai antara satu sama lain
- melakukan aktiviti/hobi bersama-sama
- sering menghadiri ceramah untuk mengekalkan hubungan suami isteri
iii. KOMSAS:
Nilai:
- Keinsafan raja menyedari kesilapannya selepas terdengar azan Subuh dan tidak mahu membunuh rama-rama
lagi
- tolong-menolong rama-rama menolong raja untuk menyejukkan air di dalam telaga dengan mengipas-ngipas
dengan sayapnya
- belas kasihan rama-rama kasihan melihat raja yang kepanasan
- kasih sayang raja sayang akan isterinya sehingga sanggup mencarikan rama-rama yang cantik buat isterinya
- baik hati Peran dan rombongannya ingin mengubati orang buta
- rasional Mek Bongsu dapat berfikir secara rasional apabila meninggalkan kemewahannya dan menjadi
marhaen

PECUTAN TERAKHIR KOMSAS SPM 2010 (PUISI MODEN)


1.DIRUANGGEMANYA
(PercubaanMELAKA,TERENGGANU)
(a)Maksud:
i.hampa
dan
ii. Telah kurangkumkan
(b)Petikan:
i.Pengorbanan
-pengorbanan
-penyajak
-bersama-sama
-bersama-sama

derita bermaksud
rebah setiaku bermaksud

penyair
tetap

terhadap
penyajak
setia
tanpa
memajukan
menghadapi

(c)KBKK:
i.Carauntuk
menghadapi
-berusahabersungguh-sungguh
untuk
-sentiasaberfikiran
-tidakberputus
-banyakkanbersabar/cekal/tabah
-berdoa/bertawakal/berserahkepada
-muhasabah/menilai

kekecewaan
menetapkan bahawa
negara
berbelah
negara

dan
dia akan

dalam
terhadap
bahagi
menuju
dugaan
dugaan
menyelesaikan

kesengsaraan
setia selamanya

rangkap

pertama:
negara
kepada
negara
kegemilangan
negara
hidup:
masalah
positif/terbuka
asa
Tuhan
diri

ii.
Usaha-usaha
memupuk
semangat
cinta
akan
tanah
air:
- sama-sama menyertai sambutan Hari Kebangsaan untuk meningkatkan keinsafan terhadap keperitan hidup pada
zaman
penjajah
- mengenali tokoh-tokoh yang berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan negara untuk dijadikan idola
- meningkatkan pengetahuan tentang sejarah negara melalui penekanan terhadap subjek sejarah di sekolah-sekolah
atau
penayangan
filem-filem
patriotik
di
pawagam
atau
di
televisyen
- semua kaum menghayati prinsip Rukun Negara/perlembagaan negara/bendera/lagu Negaraku
- menggunakan kurikulum yang sama/memantapkan mata pelajaran sejarah, sivik dan kenegaraan
iii. Kepentingan

bersatu:

dapat
melaksanakan
impian
dan
cita-cita
dengan
lebih
mudah
musuh
tidak
dapat
memecahbelahkan
hingga
berlaku
perselisihan
faham
- lebih bijak dan prihatin dengan isu-isu persekitaran tidak hanya mementingkan diri sendiri
iv. Kesan
sekiranya
rakyat
tidak
setia
kepada
negara:
- keamanan negara akan tergugat yang menyebabkan musuh mudah menyerang negara
para
pelabur
tidak
berani
untuk
melabur
di
Malaysia
kestabilan
politik
akan
tergugat
dan
kepimpinan
negara
mudah
digulingkan
(d)
KOMSAS:
Persoalan/nilai
murni:
(I)
- Persoalan: kesetiaan
dan
ketaatan
untuk
kebahagiaan
negara
- Nilai: kesetiaan/ketaatan/cinta
akan
tanah
air.
- Huraian: Penyajak sentiasa menjadikan kesetiaan sebagai perkara penting dalam memastikan negaranya menuju
kebahagiaan
(II)
- Persoalan: sabar
menempuh
pelbagai
cabaran
- Nilai: kesabaran
- Huraian: Penyajak sanggup menghadapi sebarang rintangan tanpa mengenal erti kecewa atau derita demi rasa
setianya
kepada
negara.
(III)
- Persoalan: berkongsi
pengalaman
dengan
orang
lain
- Nilai: bertanggungjawab
- Huraian: Penyajak sanggup berkongsi pengalamannya dengan orang lain untuk menghadapi pelbagai cabaran
hidup.
(IV)
- Persoalan: gigih
- Nilai: kegigihan
- Huraian: Penyajak

2.
(Percubaan
(a)
Rangkap
-

berusaha
berusaha

untuk
dengan

gigih

JALAN-JALAN

kepentingan
menjayakan

matlamat

RAYA

tidak
sombong

sabar
yang
emosional
mudah

negara.

KOTAKU
MRSM)

JOHOR,

perasaan
sikap
terlalu

negara

semakin
menguasai
/

(b)
i. Sikap
pengguna
jalan
tidak
sabar
ketika
mempunyai
sikap
sombong
dengan
kenderaan
yang
biadap/suka
memandu
tidak
bersopan
ketika
berada
di
jalan
sering
mengikut
emosi
ketika
tidak
mematuhi
peraturan
jalan
raya/tidak

Maksud:
kedua
memuncak
diri
sensitif
bosan
Petikan:
raya:
memandu
dipandu
laju
raya
memandu
beretika

ii. Masalah
yang
berlaku
di
jalan
menyebabkan
menyebabkan
pengguna
pengguna
jalan
raya

raya
berpunca
daripada
pertambahan
kesesakan
jalan
jalan
raya
kurang
rasa
akan
berlumba
sesama

kenderaan:
raya
sabar
mereka

(c)
KBKK:
i. Langkah-langkah
untuk
mengelakkan
kesesakan
jalan
raya:
kerajaan
perlulah
memperlebar
jalan
raya
yang
sempit.
- Rakyat haruslah mengamalkan amalan kongsi kereta atau menggunakan kenderaan awam ke tempat kerja.
Pihak
berkuasa
perlu
memastikan
lampu
isyarat
berfungsi
dengan
baik.
- Polis trafik diletakkan di tempat-tempat yang sesak dengan kenderaan untuk mengawal

lalu

lintas.

ii. Punca-punca
kesesakan
jalan
raya
selain
sikap
pengguna:
bencana
alam/hakisan
tanah/banjir
kilat
kerosakan
jalan
raya/jalan
sempit
bilangan
kenderaan
yang
semakin
bertambah
sistem
lalu
lintas
yang
tidak
terancang/sistematik
halangan
jalan
raya
seperti
kemalangan/pembinaan
sekatan
jalan
raya
yang
dilakukan
oleh
pihak
berkuasa
iii. Usaha-usaha
yang
perlu
dilakukan
untuk
mengelakkan
kemalangan
di
jalan
raya:
Keadaan
jalan
raya
perlu
lebih
baik,
lebar
dan
tidak
berlubang.
- Hukuman kepada mereka yang memandu laju dan mengakibatkan kemalangan perlu
lebih
keras
seperti
dipenjarakan.
- Kenderaan yang melebihi 15 tahun dan sering terdedah kepada kerosakan tidak dibenarkan menggunakan jalan
raya
awam
(d)
KOMSAS:
Persoalan
/
Pengajaran:
(I)
Persoalan: Kehidupan
kota
yang
penuh
cabaran
dan
masalah
Pengajaran: Kita
hendaklah
bersabar
menempuh
kehidupan
yang
serba
mencabar.
Huraian: Penduduk kota raya terpaksa bersabar menghadapi cabaran hidup yang semakin
besar terutamanya masalah kesesakan jalan raya.

(II)
Persoalan: Sikap
Pengajaran: Kita
Huraian: Masyarakat
sendiri.

penduduk
hendaklah
kota sering

di
kota
yang
sering
mementingkan
sentiasa
bertimbang
rasa
terhadap
orang
mengabaikan sikap timbang rasa demi kepentingan

(III)
Persoalan: Jalan
raya
Pengajaran: Kita
perlu
memandu
dengan
raya.
Huraian: Jalan-jalan raya di kota sering
mereka
dengan
berlumba

dijadikan
berhemah
dijadikan
dan

untuk

medan
mengelakkan

tempat untuk
memandu

diri
lain.
diri

perlumbaan
kemalangan
jalan

menunjukkan
dengan

kehebatan
laju.

(IV)
Persoalan: Pengguna
jalan
raya
yang
tidak
mementingkan
peraturan
jalan
raya.
Pengajaran: Kita
hendaklah
mematuhi
peraturan
jalan
raya
ketika
memandu.
Huraian: Pengguna jalan raya pada masa ini tidak lagi mematuhi peraturan jalan raya/tidak
beretika.

You might also like