You are on page 1of 1

Pada suatu masa dahulu ada seorang raja yang gemuk tetapi

bodoh. Baginda mempunyai seorang Menteri yang kurus tetapi


pintar. Bila ada peluang sahaja Datuk Menteri cuba menunjukkan
kepintarannya kepada raja. Oleh yang demikian, Raja pun
sentiasa bergantung kepadanya.
Raja seringkali berkata kepada Datuk Menteri, Berjanjilah yang
datuk tidak akan meninggalkan beta, dan Datuk Menteri selalu
menjawab, Tidak sekali-kali, tuanku. Di mana pun tuanku
berada, tidak kira dalam dunia ini, dalam syurga atau neraka
patik akan sentiasa bersama-sama tuanku. Patik akan sentiasa
memberi tuanku nasihat yang berguna dan menyelesaikan semua
masalah tuanku. Kata-kata Datuk Menteri itu amat
menggembirakan hati Raja.

You might also like