You are on page 1of 3

Yang Dihormati, Tuan Pengerusi Majlis,

Yang Berbahagia, Gitanjli Gunasekaran, Pengetua SMK Cyberjaya,


Yang Berusaha, Pn. Dasintha Seladorai, Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Yoo Chen Chen, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Hemalatha Chandrasekaran , Penolong Kanan Kokurikulum,
Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang
hadir dalam majlis ini, khususnya kepada pelajar yang menunjukkan kepintaran dan
sahsiah yang cemerlang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang
berjaya memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan modal
insan yang berkualiti baik dari segi akademik mahupun sahsiah.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Pada zaman sekarang, peranan pendidikan telah berubah. Murid-murid bukan
sahaja datang ke sekolah untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara
agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Kita juga patut sedar,
sistem pendidikan kini memerlukan perubahan selaras dengan keperluan semasa,
untuk memenuhi tuntutan zaman. Sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik
dan progresif serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan
seiring dengan peredaran zaman.
Para hadirin yang saya muliakan,
Bagi merealisasikan sasaran Negara kita, iaitu mencapai standard pendidikan
berkualiti di peringkat antarabangsa semua pihak harus memberi komitmen mereka.
Antara pihak yang sangat penting adalah ibu bapa. Peranan ibu bapa dalam
membantu pembelajaran anak tidak dapat dinafikan. Menurut pengaji, Olsen & Fuller
(2008) apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah akan mendapat manfaat seperti,
keyakinan guru meningkat, pencapaian murid meningkat, ibu bapa merasakan
mereka sebahagian dari sekolah dan lebih menyokong program sekolah, kes disiplin
dalam kalangan murid berkurangan dan hubungan menjadi lebih baik antara
pentadbir, guru dan ibu bapa.

Oleh itu, kita sebagai ibu bapa perlu mengambil cakna program Kementerian
Pelajaran contohnya program Sarana Ibu Bapa yang terletak di bawah Inisiatif Ibu
Bapa, Komuniti dan Swasta dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025. Sarana Ibu Bapa bermatlamat meningkatkan interaksi ibu bapa
dengan anak-anak bagi menggalakkan kecemerlangan akademik di samping
memberi peluang kepada golongan itu menyumbang idea, tenaga, pengetahuan,
kepakaran dan kewangan kepada sekolah. Insiatif

ini, akan meningkatkan

penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah
demi kecemerlangan masa depan Negara kita Malaysia yang tercinta.
Pada masa kini, ramai ibu bapa yang memberi sebab bahawa mereka tidak
mempunyai masa, pihak sekolah tidak mengalu-alukan kehadiran ibu bapa, dan
mendidik anak- anak ialah tanggungjawab sekolah. Penglibatan ibu bapa sangat
efektif dalam proses pembelajaran anak- anak. Kita mestilah sedar, dorongan dan
semangat yang dipupuk oleh ibu bapa akan melahirkan anak-anak yang bersedia
untuk bekerjasama dengan pihak guru dan sekolah.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
"Akal tidak sekali datang, fikir tidak sekali tiba" menerangkan kepada kita bahawa
ikhtiar dan usaha tidak membunuh hasrat. Peribahasa yang menyatakan, "tiada
harimau yang membaham anak sendiri" menunjukkan bahawa sifat tegas adalah
penting untuk membentuk akhlak anak-anak. Sebagai pemimpin dalam rumah
tangga, seorang ayah hendaklah menetapkan doktrin yang jelas untuk dipatuhi oleh
anak-anak. Penegasan doktrin dan peraturan pula hendaklah disesuaikan dengan
usia dan kemampuan anak-anak menerima segala peraturan yang ditetapkan.
Peraturan yang diberi mestilah jelas, tidak menekan, dan wujud hubungan kasih
sayang. Dengan kata lain, tegas yang dimaksudkan ialah menunjukkan teladan
kepada anak-anak agar ibu bapa dihormati bukan ditakuti.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya percaya sambutan Majlis Anugerah Cemerlang pada hari ini selari dengan
matlamat

memotivasikan

murid

agar

terus

berusaha

untuk

mencapai

kecemerlangan. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat berterusan pada


masa akan datang bukan sahaja untuk murid yang cemerlang tetapi juga yang
kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada murid-murid yang akan menerima hadiah atas pencapaian mereka dan
diharapkan pencapaian tersebut tidak berakhir di sini. Teruskanlah kecemerlangan
itu sampai bila-bila.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan
syabas kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan Majlis Anugerah
Cemerlang SMK Cyberjaya 2015 kali ke -10 pada tahun ini.
Dengan ini, saya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SMK Cyberjaya 2015 kali
ke -10.
Sekian Terima Kasih.

You might also like