You are on page 1of 3

Maksud lambang dan warna pada Bendera Malaysia

Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju
yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini.

Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu Jalur
Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam
mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi
menjaga nama dan menaikkan imej negara.

Warna Merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan


kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.

Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan,


Warna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala
Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.

Bunga Kebangsaan di Malaysia ialah bunga raya yang dikategorikan dalam Genus Hibiscus.
Bunga raya mempunyai lima kelopak dan telah dinobatkan sebagai bunga kebangsaan pada tahun
1960 oleh Perdana Menteri pertama, YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj
Warna merah bagi bunga raya mewakili sifat berani menempuh cabaran dan bentuk lima
kelopak yang terdapat pada bunga memberi maksud yang berikut:
i.
Mencapai perpaduan di kalangan rakyaMewujudkan demokrasi dalam Negara
ii.
Mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dalam membahagikan
kekayaan Negara
iii.
Mewujudkan masyarakat yang bebas untuk mempraktikkan kebudayaan yang
pelbagai
iv.
Mewujudkan masyarakat yang canggih dan cerdik dalam pembangunan
teknologi
Lima prinsip Rukun Negara juga digunakan sebagai panduan dalam kehidupan rakyat
Malaysia. Prinsip Rukun Negara adalah satu usaha dalam mewujudkan perpaduan dalam
Negara walaupun Negara kita terdiri daripada pelbagai jenis agama, kepercayaan, kaum
dan kebudayaan masing-masing.

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

Namun begitu, sejak dahulu lagi bunga raya telah didapati mempunyai nilai-nilai dari segi
perubatan. Sehingga hari ini, masih lagi terdapat sesetengah individu yang menggunakan bunga
raya untuk pelbagai rawatan seperti demam dan sakit kepala. Malah bunga raya juga telah
digunakan sebagai rawatan kecantikan untuk wanita pada masa kini.

MENGAPA DIPILIH
Pada akhir 1958, tujuh jenis bunga telah dicadangkan untuk dipilih sebagai
Bunga Kebangsaan. Bunga-bunga yang dicadangkan adalah Kenanga, Melur,
Teratai, Mawar, Cempaka, Bunga Tanjung dan Bunga Raya. Setelah satu
proses pemilihan yang rapi, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga
Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika
iatu iaitu, TYM Al -Marhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj. Kementerian
Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai
Bunga Kebangsaan. Bunga -bunga berkenaan ialah bunga raya, bunga
kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan
bunga tanjung. Untuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai Bunga
Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Ja batan Penerangan untuk
mendapatkan reaksi orang ramai. Kajian ini dijalankan oleh unit -unit
bergerak Jabatan Penerangan di seluruh bandar dan desa di Semenanjung
Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur
memilih bunga mawar man akala penduduk Pantai Barat memilih bunga
melur.
Walau bagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih
bunga raya berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh
negara, warna dan bentuk yang menarik, nama yang sama di seluruh

negara, mudah didapati di seluruh Malaysia, dan yang paling penting bukan
menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu.
Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga
Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan
kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya
melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga
dilambangkan sebagai bunga perpaduan . Berdasarkan kriteria-kriteria
tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan
bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima
kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun
Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.
MAKSUD WARNA BUNGA RAYA
Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi
serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Kesemua sifat i ni
sememangnya telah menjadi faktor penyumbang yang mendorong negara
kita dalam mencapai mercu kejayaan dalam pelbagai bidang. Ia terus
menjadi simbol kemegahan negara apabila ia digunakan sebagai simbol
pada logo-logo,lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada
wang kertas dan duit syiling.
Bunga Raya juga dipilih sebagai lambang kebanggaan berdasarkan kepada
beberapa sifat bunga raya yang unik. Bentuk lima kelopak yang terdapat
pada Bunga Raya telah dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negar a dimana
ia merupakan salah satu strategi untuk mencapai perpaduan negara serta
masyarakat yang adil dan saksama. Kepelbagaian Bunga Raya dari segi
warna, bentuk dan ukuran juga menandakan kekuatan kepelbagaian bangsa,
agama dan kebudayaan rakyat Malaysia yang dapat hidup aman damai dan
berharmoni.
Oleh itu, biar kita bersama-sama memelihara dan mendokong aspirasi Bunga
Raya dalam memelihara perpaduan yang wujud demi masa depan Malaysia
yang lebih terjamin. kerana warnanya merah yang melambangkan
keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh
cabaran. Pemilihan bunga raya juga kerana kaitan dengan identiti dan ia
perkara penting bagi sesebuah negara bertamadun.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/03/bunga-raya-bungakebangsaan-malaysia.html#ixzz3AA1cQho7

You might also like