You are on page 1of 8

Program Kesihatan Sekolah Melahirkan Warganegara

Berdaya Maju Bagi Mencapai Wawasan Negara


Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967
dengan tujuan utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakat
sekolah yang sihat dan produktif. Dalam tempoh dua puluh tahun RKS
dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami
banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan
perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera
pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif.Pada tahun 1996,
Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School"
( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor
dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter.
Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan
Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk
menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan
sekolah.
Program bersepadu sekolah sihat ini dirangka oleh kementerian bagi mencapai
tujuan berikut, mengekalkan tahap kesihatan murid-murid di sekolah diparas
paling

optima

melalui

tindakan

dan

perancangan

promosi

kesihatan,

pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan. Selain itu, dapat melakukan


pengesanan

awal

terhadap

masalah-masalah

kesihatan

yang

boleh

menghalang pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya dapat


membuat rawatan dan rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan
penempatan murid dalam sistem pendidikan khas. Tambahan pula, program ini
juga

dapat

menggalakkan

penglibatan

sepenuhnya

masyarakat

bagi
18

membentuk sebuah sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi
membolehkan pembelajaran kesihatan yang berkesan. Program ini juga untuk
memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan
masing-masing dengan cara yang betul. Ianya mampu memberi kesedaran
kepada murid tentang bahayanya penyakit seperti AIDS, Hepatitis B dan
penyakit berbahaya yang lain serta dapat merancang dan melaksanakan
program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan pameran dan menjayakan
sebarang kempen kesihatan.
Kepentingan

Program

Kesihatan

Sekolah

dengan

harapan

dapat

mempergunakan model kesihatan untuk memperkembangkan individu dari segi


jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Dengan perkembangan yang
diterima oleh murid-murid mampu memberikan kesan yng positif untuk masa
hadapan mereka. Disamping itu, ianya juga dapat menggalakkan penglibatan
keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran kesihatan kanakkanak. Kebiasaanya, ibu bapa terlalu sibuk dengan hal-hal pekerjaan mereka
sehingga tiada masa untuk memberikan perhatian terhadap perkembangan
anak-anak mereka sendiri. Dengan adanya program kesihatan ini di sekolah,ibu
bapa lebih cakna mengenai perkembangan kesihatan anak-anak mereka. Oleh
yang demikian, murid berasa lebih bermotivasi untuk memberikan komitmen
dan yakin dalam melakukan aktiviti yang elah disediakan oleh pihak sekolah.
Dari sudut lain, ianya juga dapat memberikan penekanan kepada pentingnya
aspek persekitaran fizikal kepada kesihatan. Tambahan pula, murid juga dapat
mengenal pasti kepentingan iklim sosial sekolah untuk membentuk suasana
pembelajaran yang kondusif. Dengan wujudnya suasana pembelajaran yang
kondusif ini, murid akan lebih mudah untuk memberikan fokus kepada sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian,pencapaian
murid akan meningkat cemerlang dan secara tidak langsung mengharumkan
nama sekolah. Daripada program ini sekolah telah Berjaya dalam melahirkan
warganegara yang mampu berdaya saing bagi mencapai wawasan negara
Malaysia.
19

Seterusnya, program kesihatan ini juga mampu untuk membentuk hubungan


antara sekolah dengan perkhidmatan kesihatan daerah dan kawasan. Dengan
adanya program seperti ini, secara tidak langsung sekolah dapat merapatkan
silaturahim dengan masyarakat sekeliling dan mewujudkan persekitaran yang
sihat serta dapat memberikan pendedahan yang meluas kepada murid
mengenai

program

kesihatan.

Program

ini

juga

berpentingan

dalam

memberikan penekanan kepada kepentingan penglibatan pelajar secara aktif


dalam kurikulum. Pelajar yang aktif dalam menjalani aktiviti-aktiviti di sekolah
adalah pelajar yang mempunyai potensi yang sihat untuk masa hadapan
mereka. Oleh yang demikian, program ini dapat melahirkan sifat yang positif
dalam diri setiap murid dengan mengikuti program-program yang membina jati
diri murid. Sebagai contoh aktiviti perkhemahan sekolah, aktiviti Jamboree
sekolah dan Aktiviti Sukan Olahraga.
Pada waktu yang sama, program ini mampu membentuk keseimbangan antara
pendidikan dan kesihatan dalam diri setiap murid di sekolah. Program ini
bertujuan memberi fokus kepada murid untuk mencapai sasaran dalam
perkembangan pendidikan serta kesihatan dalam masa yang sama. Dengan
adanya keseimbangan antara pendidikan dan kesihatan murid lebih senang
untuk meneruskan pembelejaran mereka pada tahap yang lebih tinggi.
Tambahan pula, kepentingan program kesihatan sekolah ini mampu membentuk
persekitaran kerja yang positif dalam kalangan warga sekolah dan dapat
memberi kesempatan kepada sekolah dan masyarakat setempat untuk
bekerjasama di antara satu sama lain.
Bagi mencapai matlamat dan objektif program bersepadu sekolah sihat, pihak
sekolah

telah

menjalankan

beberapa

program

kesihatan

di

sekolah.

Gambarajah menunjukkan beberapa program kesihatan yang dijalankan di


sekolah.

20

RMT
Pro.
Susu
sekolah

Program
3K

PBSS

Perkhidmatan
kesihatan
sekolah

Sekolah
kawasan
larangan
merokok

Perkhidmatan
pergigian

Sekolah
bebas
denggi

Gambarajah 1: Program Kesihatan yang dijalankan di sekolah.


Rancangan Makanan Tambahan bertujuan untuk memberikan makanan
percuma kepada murid-murid sekolah rendah terutama luar bandar dan
golongan berpendapatan rendah. Pihak yang terlibat dengan program ini adalah
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan adanya usaha seperti ini
sekolah dapat melahirkan warganegara yang mampu berdaya saing dengan
peredaran semasa, hal ini demikian murid-murid sekolah rendah sangat
memerlukan bekalan makanan yang sihat untuk menjalani sesi tumbesaran.

Gambar 1 : Rancangan Makanan Tambahan


Manakala,

bagi

Program

Susu

Sekolah

pula,

ianya

bertujuan

bagi

menggalakkan tabiat meminum susu di kalangan murid-murid dari peringkat


21

awal. Pihak yang terlibat adalah Kementerian Pendidikan Malaysia serta


Syarikat pengeluar susu tempatan. Melalui minuman susu ini murid dapat
meningkatkan imunisasi badan dan menjadi cergas dan sihat,serta dapat
menjalankan aktiviti seharian dengan baik tanpa ada gangguan sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajaran. Dimana, melalui langkah perogram susu sekolah
dapat memberikan kesan yang baik kepada murid dan juga bangsa serta
negara.

Gambar 2 : Program Susu Sekolah


Tambahan pula, Perkhidmatan Pergigian ianya bertujuan mencapai kesihatan
mulut bertaraf dentally fit dalam kalangan murid-murid supaya dapat
menyumbang kepada kesihatan keseluruhan. Pihak tang terlibat ialah daripada
Bahagian Pergigian, Kementerian Kesihatan. Selain daripada dapat menjaga
kebeihatan keseluruhan , secara tidak langsung melalui aktiviti ini dapat
menimbulkan minat murid untuk menceburi bidang pergigian ini, hal ini dapat
melahirkan warganegara maju pada masa hadapan.

Gambar 3 : Perkhidmatan Pergigian

22

Sekolah Bebas Denggi juga diantara program kesihatan sekolah yang bertujuan
untuk membentuk murid sebagai agen perubahan yang berkesan dan
mencegah dan mengawal kejadian penyakit denggi. Pihak yang terlibat ialah
Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan. Melalui program ini murid
akan menjadi agen pembawa positif di masa akan datang, dengan adanya
persekitaran yang sihat dan selesa negara dapat membangun dengan baik
serta mampu berdaya saing dengan perkembangan kesihatan di antara negaranegara lain juga. Sekolah kawasan larangan merokok juga tersenarai di dalam
program sekolah sihat. Tujuan program ini adalah untuk menjadikan sekolah
sebagai kawasan larangan merokok dan dapat menanamkan sifat Katakan
Tidak Kepada Rokok di kalangan murid-murid.

Gambar 4 : Sekolah Bebas Denggi

Gambar 5 : Kawasan Larangan

Merokok
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah yang dijalankan adalah bertujuan untuk
meningkatkan

pengetahuan

murid

mengenai

amalan

kesihatan

diri,

menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastika persekitaran sekolah


yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Melalui program ini murid dapat
menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang sudah sedia ada mereka ketahui
mengenai kesihatan, serta mereka bersedia untuk menghadapi pelbagai
cabaran yang bakal mereka tempuhi di masa hadapan. Berikut adalah contohcontoh gambar di antara program-program yang telah dijalankan di sekolah.

23

Gambar 6 : Perkhidmatan Kesihatan

Justeru itu, guru sebagai penasihat harus membimbing pelajar untuk menjadi
pemimpin tanpa banyak campur tangan. Seperti peribahasa, bumi mana tidak
ditimpa hujan, pelajar yang bersalah atau bersilap perlu diberi peluang untuk
membaiki

diri

mereka

sehingga

meminimumkan

kelemahan

mereka.

Kepimpinan seseorang insan akan berputik setelah dibimbing, diasak, dilatih


dan diberi peluang. Hakikatnya, sekolah merupakan medan yang kondusif untuk
membuahkan modal insan yang bercirikan kepimpinan.Kesimpulan, bak kata
peribahasa, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, golongan
muda perlu dicanai supaya menjadi modal insan yang cemerlang. Ibu bapa dan
guru memainkan peranan yang terpenting untuk mencapai aspirasi tersebut.
Adakah pada tahun 2057, negara kita telah memiliki saintis yang memperoleh
hadiah Nobel? Adakah negara kita akan memiliki usahawan seperti Bill Gates?
Adakah negara kita akan memiliki olahragawan yang akan memiliki pingat emas
dalam Sukan Olimpik? Hasrat tersebut akan tercapai jika masyarakat kita
mengalami anjakan paradigma dari segi pembangunan kerohanian untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang seperti tema Hari kebangsaan, 1
Malaysia Menjana Transformasi.
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan dengan tujuan
menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan
sekolah yang mampu meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga
sekolah. Program ini mengandungi satu program yang terancang dan
bersepadu, berlandaskan keperluan semasa dan setempat melalui kerjasama
serta penglibatan komuniti.
Seterusnya , program ini merupakan satu proses dua hala di mana keduaduanya iaitu sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk
24

mengawasi dan mempertingkatkan lagi taraf kesihatan kanak-kanak. Dalam


konteks ini, Perkhidmatan Kesihatan

di bawah PBSS termasuklah menilai

stutus kesihatan murid, memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi


bimbingan dan kaunseling, memberi penjagaan rawatan, mencegah dan
mengawal kejadian penyakit serta mendiognosis dan membantu penempatan
kanak-kanak berkeperluan khas. Tuntasnya, Program Bersepadu Sekolah Sihat
ini perlu dirancang, dilaksana dan dinilai di setiap sekolah. Hal ini kerana,
program ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan Negara untuk
melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti.

25

You might also like