You are on page 1of 4

2015

KONVENSYEN
KELAB DOKTOR
MUDA
PERINGKAT
KEBANGSAAN
KALI KE-6, 2015

PERTANDINGAN INOVASI
BAHAN BANTU PENGAJARAN
DOKTOR MUDA

GARIS PANDUAN PENYERTAAN DAN PERATURAN


PERTANDINGAN INOVASI BAHAN BANTU PENGAJARAN DOKTOR MUDA
KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA KEBANGSAAN 2015

1. PENGENALAN
Inovasi ialah kaedah mencari jalan menghasilkan bahan bantu pengajaran
yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.
Ia adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif. Idea ini boleh
merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah
dan cara belajar.
2. OBJEKTIF
2.1

Menjana kreativiti ahli Kelab Doktor Muda berkaitan pengetahuan, sikap


dan kemahiran cara hidup sihat

2.2

Penghasilan idea dan bahan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam


mendidik ahli Doktor Muda, rakan sebaya, warga sekolah dan
masyarakat.

2.3

Membina dan mewujudkan kaedah baru yang berasaskan Bahan Bantu


Mengajar.

3. PESERTA
3.1

Pertandingan ini dibuka kepada semua ahli Kelab Doktor Muda yang
telah berdaftar sebagai ahli Kelab di sekolah seluruh Malaysia.

3.2

Setiap negeri akan diwakili 3 orang peserta.

3.3

Peserta bagi setiap pasukan hendaklah dari sekolah yang sama.

4. SKOP INOVASI
Bahan Bantu Pengajaran berpandukan Skop Modul Kelab Doktor Muda atau
berkaitan dengan isu kesihatan semasa.
5. DOKUMENTASI PROJEK INOVASI
5.1 Setiap penyertaan perlu menyediakan dua laporan projek inovasi
yang mengandungi perkara-perkara berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.

Tajuk projek
Pengenalan
Latarbelakang
Objektif
Isi kandungan
Isu dan Permasalahan - Sebelum Inovasi
Proses pelaksanaan Inovasi - Semasa Inovasi
Impak - Selepas Inovasi
Kewangan
Kesimpulan
Rujukan
Penghargaan

5.2 Menyediakan laporan projek dengan menggunakan kertas A4, tidak


melebihi 20 muka surat menggunakan font Arial 12 dan selang baris
1.5. Gambar dan gambarajah perlu dilabel dengan betul dan
dilampirkan. Laporan perlu disediakan dalam 3 salinan.
6. BAHASA
Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun istilah
tertentu dalam Bahasa Inggeris boleh digunakan jika perlu.
7. TEMPOH INOVASI
Bahan inovasi yang dipertandingkan mestilah bahan yang dihasilkan bermula
Jan 2014 hingga Julai 2015.
8. PENILAIAN INOVASI
a. Bahan Bantu Pengajaran akan dipamerkan dan akan dinilai oleh Juri.
b. 3 orang peserta dikehendaki berada bersama Bahan Bantu Pengajaran
semasa penilaian dijalankan.
c. Peserta perlu bersedia untuk menjawab soalan daripada pihak JURI.
9.

FORMAT PEMARKAHAN
KRITERIA
Idea

HURAIAN
Keaslian

SKOR
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Penghasilan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Kreativiti
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Impak

Faedah kepada
pengguna

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Mesra Alam
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Mesra Pengguna
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Menarik
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Penilaian
Dokumentasi

Menepati Syarat
pelaporan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Persembahan
Hasil Inovasi

Menepati kriteria
persembahan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Penilaian
Keseluruhan

Penilaian sebelum,
semasa dan selepas

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

10. TANGGUNGJAWAB URUS SETIA


Urus setia bertanggungjawab menyediakan perkara berikut :
a. Meja
b. Kerusi (3 unit)
c. Plug Point (1 unit)
11.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN
Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

You might also like