You are on page 1of 5

3.

GRAFIK PETA MINDA -NILAI-NILAI UNIVERSAL TAMADUN ISLAM

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH MASJID TERAPUNG


Sumber artikel: http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Tengku_Tengah_Zaharah
Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama
Bonda AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tengku Intan Zaharah binti
Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat Bandar Kuala
Terengganu.Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan yang tersendiri berbanding
dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang
sekali gus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.
Masjid ini mula dibina pada September 1991 dan siap pada pertengahan Januari 1994
benilai RM6.997 juta. Direkabentu oleh Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dari
seni Bahri dan menampilkan cirri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.

Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf
serta dikelilingi air sedalam 1.5.meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang
yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah makala wanita di bahagian atas.
Masjid ini telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud. Menyediakan kemudahan lain
seperti bilik di raja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan
letak kereta yang boleh menampung 400 kenderaan. Dengan gabungan hiasan taman, warna
langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu
serta tiupan angin Laut Cina Selatan, pastinya menjadi masjid yang paling nyaman dan
mendamaikan. Ia membawa erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam sesuatu bentuk
bentuk tamadun yang terus berkembang.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu


Masjid yang terletak di negeri Sabah ini dibuka secara rasmi sempena pengisytiharan Kota
Kinabalu sebagai sebuah bandaraya pada 2 Februari 2000. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu,
Sabah telah dirasmikan pada 18 Februari 2000 dan terletak di pesisir pantai Likas. Berkeluasan
14.83 hektar, masjid ini boleh memuatkan seramai 12, 000 orang jemaah pada satu masa.
Hampir 70 peratus daripada kawasan masjid ini dikelilingi air menjadikannya kelihatan seolaholah terapung. Masjid ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk Masjid Nabawi di Madinah AlMunawwarah dengan kos pembinaannya berharga RM 34 juta dan ia merupakan salah satu
masjid yang tercantik di Kota Kinabalu.

Setiap muslimah dituntut menutup aurat walaupun semasa sakit.

You might also like