You are on page 1of 11

SJH 3063

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Penulisan Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran Sejarah


Mata pelajaran

Sejarah Tahun 4 A

dan Kelas
Jumlah

30 orang (L:18, P: 12)

Bilangan Murid
Tema/Tajuk

Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka

Tarikh/ Masa

24 Mac 2015 / 8.00 pagi - 9.00 pagi

Fokus

Standard Kandungan:
5.3 Tun Perak sebagai Bendahara Melaka
Standard Pembelajaran:
5.3.3

Menyatakan kebijaksanaan Tun Perak dalam menangkis


serangan Siam di Melaka.

K 5.3.6 Menghubungkaitkan kebijaksanaan tokoh dalam membentuk


Objektif

sahsiah individu.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
i.

menyenaraikan 3 kebijaksanaan Tun Perak dalam menangkis


serangan Siam.

ii. menghubungkaitkan kebijaksanaan Tun Perak dalam membentuk


Aktiviti

sahsiah diri dengan memberikan contoh yang tepat.


1. Merebut peluang untuk teka gambar yang telah ditutup selepas
ketua kumpulan menanggalkan kertas kecil tersebut.
2. Berbincang dalam kumpulan untuk mencari strategi-strategi yang
digunakan oleh Tun Perak dalam menangkis Siam daripada
petikan yang diberikan oleh guru.
3. Guru menceritakanperistiwa kebijaksanaan Tun Perak dalam
menangkis serangan Siam terhadap Melaka pada tahun 1445 dan
1456 dengan berpandukan slaid powerpoint.
4. Membuat rumusan yang berkaitan dengan kebijaksanaan Tun
Perak dalam mengaplikasikan taktik-taktik untuk membantah
serangan Siam.
5. Beberapa orang murid diminta untuk melakonkan peristiwa

Elemen

tersebut.
6. Merumuskan isi-isi penting.
Nilai Murni
: Bekerjasama, Taat Setia
38

SJH 3063

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Merentas

KPS

: Elemen Asas Sejarah, Signifikan Bukti

Kurikulum

Dimensi Kewarganegaraan : Berbangga dengan asal usul negara,

(EMK)

Mentaati Raja dan Negara


TMK

: Belajar melalui TMK

Kemahiran Berfikir

: menjana idea, mengenal pastikan


idea utama dan idea sokongan,
merumus dan meringkas,

menghubungkait
1. Murid mengetahui tentang Tun Perak sebagai Bendahara Melaka.
2. Murid memahami tentang Tun Perak sebagai Bendahara Melaka.
3. Murid boleh membuat penilaian tentang Tun Perak sebagai

Standard
Prestasi

Bendahara Melaka dan dihubungkaitkan dengan kehidupan masa


Bahan Bantu

kini.
sekeping gambar Tun Perak yang telah ditutup dengan beberapa

Belajar

kepingan kertas kecil, Komputer Riba, LCD, sebuah petikan, kertas


A4, kotak misteri, kad arahan, jamung, dialog lakonan

AKTIVITI

EMK

CATATAN

Permulaan (5 minit)

Nilai Murni

BBM

1) Guru membahagikan murid-murid kepada 5

Bekerjasama

kumpulan dan meminta setiap kumpulan


memilih ketua kumpulan masing-masing.

sekeping
gambar yang

EMK

telah ditutup

dengan

Kepimpinan

39

SJH 3063

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

2) Guru memaparkan sekeping gambar yang

beberapa

telah ditutup dengan beberapa kepingan kertas

KB

kecil pada papan tulis.

kepingan
Menjana idea
Menghubung kait

kertas kecil.

3) Guru meminta setiap ketua kumpulan untuk


menanggalkan kepingan kertas tersebut secara
bergilir-gilir. Hanya satu kepingan kertas boleh
ditanggalkan pada satu masa sahaja.
Seterusnya, setiap kumpulan akan merebut
peluang untuk teka apakah gambar tersebut
dengan mengangkat tangan. Siapa yang cepat
angkat tangan, kumpulan itu akan mendapat
peluang untuk menjawab.
4) Bagi kumpulan yang berjaya menyatakan
apakah gambar yang ditunjukkan dengan betul
akan menang dalam aktiviti ini dan guru akan
memberi hadiah kepada kumpulan tersebut.
5) Guru seterusnya menanya beberapa soalan
kepada murid berkaitan dengan gambar
tersebut.
a) Siapakah tokoh yang digambarkan?
(Murid menjawab soalan guru secara lisan)
b) Apakah jawatan yang disandang oleh Tun
Perak?
(Murid menjawab soalan guru secara lisan)
c) Apakah peristiwa yang menjadikan Tun
Perak ditabal sebagai seorang Bendahara
Melaka oleh Sultan Melaka?
(Murid menjawab soalan guru secara lisan)

40

SJH 3063

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

6) Guru mengaitkan jawapan murid dengan


tajuk pelajaran hari ini.
Aktiviti 1 (20 minit)

Nilai Murni

Kaedah

1) Guru memaparkan kes Serangan Siam

Pengajaran dan

Bekerjasama

terhadap Melaka pada papan tulis dengan


menggunakan slaid powerpoint.
2) Kemudian, guru memberikan sebuah

Pembelajaran
EMK
-

TMK
Kepimpinan

Kaedah Kajian
Kes

petikan kepada setiap kumpulan.


3) Guru meminta murid-murid duduk dalam
kumpulan untuk membaca petikan yang

KPS
-

Elemen Asas
Sejarah

diberikan dan membincangkan strategik-

BBM
-

Komputer Riba,
LCD
Sebuah petikan
Kertas A4

strategik yang digunakan oleh Tun Perak


untuk menangkis Siam.

KB
-

4) Selepas berbincang, murid-murid diminta

pastikan idea

mencari isi-isi penting daripada petikan

utama dan idea

tersebut dan seterusnya mencatatkan


strategik-strategik yang digunakan oleh Tun
Perak semasa menangkis serangan Siam

Menjana idea
Mengenal

sokongan
Merumus dan
meringkas

pada sekeping kertas A4.


5) Setiap kumpulan diminta untuk membuat
rumusan terhadap kes yang diberikan.

41

SJH 3063

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Aktiviti 2 (15 minit)

KPS

Kaedah

1) Guru menceritakan peristiwa Kebijaksanaan

Elemen Asas

Pengajaran dan

Sejarah

Pembelajaran

Tun Perak yang berjaya menangkis


serangan Siam terhadap Melaka sebanyak

dua kali berpandukan slaid powerpoint yang

EMK

dipaparkan.

Teknik
Bercerita

TMK

2) Murid-murid kemudiannya diminta untuk


menyemak strategik-strategik yang telah
dicatatkan oleh kumpulan sendiri.

KB
-

BBM
Merumus dan
meringkas

Komputer riba
LCD

3) Setiap kumpulan diminta untuk mengatakan


sama ada isi-isi penting sama dengan apa
yang telah diceritakan oleh guru atau tidak.
Sekiranya tidak sama, ketua kumpulan bagi
kumpulan tersebut diminta untuk
membentangkan di depan kelas. Guru akan
menyemak jawapan yang diberikan oleh
kumpulan tersebut.
4) Guru dan murid-murid bersama-sama
membuat rumusan terhadap
Kebijaksanaan Tun Perak ketika
menghadapai serangan Siam melalui
perbincangan.
Aktiviti 3 (15 minit)

Nilai Murni

Kaedah

1) Guru mengeluarkan satu kotak misteri yang

Pengajaran dan

mengandungi kertas-kertas cabut undi yang

Bekerjasama
Kebijaksanaan

telah ditulis nama watak-watak yang perlu


dilakonkan.

KPS
-

2) Guru memilih 7 orang murid untuk


mencabut kertas undi tentang watak-watak
yang akan dilakonkan berdasarkan dialog
lakonan yang telah disediakan oleh guru.

Pembelajaran
Teknik Main
Peranan

Elemen Asas
Sejarah

EMK

BBM

Bahasa

Kotak misteri
Kad arahan
42

SJH 3063

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

(Tun Perak - seorang, Pahlawan-pahlawan

KB

Kelang - 3 orang, Tentera Siam - 3 orang)

Menjana idea
menghubung kait

Jamung
Dialog lakonan

3) Guru kemudiannya mengedarkan kad


arahan berdasarkan watak-watak yang akan
dilakonkan kepada murid-murid berkenaan.
4) Murid-murid yang berlakon itu diberi masa 3
minit untuk membaca kad arahan dan
membuat perbincangan sebelum masuk
sesi lakonan di hadapan kelas.
5) Murid-murid bermula melakonkan peristiwa
Tun Perak menangkis serangan Siam dalam
tempoh masa 3 minit.
6) Selepas lakonan, guru menanya perasaan
pelakon terhadap watak dilakonkan
manakala penonton diminta untuk memberi
pandangan dengan mengaitkan
kebijaksanaan dalam membina sahsiah diri.
Penutup (5 minit)

KB

1) Guru meminta murid-murid untuk mengulang

strategik-strategik yang digunakan oleh Tun

Merumus dan
meringkas

Perak dalam menangkis serangan Siam.


2) Guru bersama-sama dengan murid-murid
untuk merumuskan isi-isi penting dalam
pelajaran hari ini.
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
Permulaan:
Gambar yang memerlukan setiap ketua kumpulan untuk menanggalkan
kepingan-kepingan kertas kecil secara bergilir-gilir.

43

SJH 3063

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Petikan

Semasa Tun Perak membawa angkatan perangnya bersama-sama anak isteri ke


Melaka dari Klang, ada orang mempersoalkannya. Kata Tun Perak ini adalah stateginya
supaya tenteranya akan mempunyai semangat untuk berperang. Apabila mereka
membawa anak dan isteri mereka, tentulah mereka akan berjuang hingga ke titisan darah
terakhir kerana mereka akan memikirkan keselamatan keluarga mereka.
Ketika serangan Siam terhadap Melaka pada tahun 1456, Tun Perak mempunyai
strategi sendiri, iaitu menggunakan perahu kecil untuk menyerang serangan Siam. Strategi
ini digunakan bagi menyusahkan tentera Siam untuk mengejarkan tentera Melaka
khususnya pada waktu malam.
Satu lagi strategi yang hebat digunkan oleh Tun Perak ialah mengarahkan
tenteranya untuk memasang jamung api di tepi muara sungai Melaka pada waktu malam.
Apabila tentera Siam melihat banyaknya api di muara sungai, mereka terus menganggap
terdapat ramai tentera Melaka. Jadi Siam mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.
Taktik ini menyebabkan tentera Siam mengurungkan hasrat untuk menyerang Melaka.
Akhirnya tentera Siam tidak jadi menyerang Melaka.
Inilah kehebatan Tun Perak! Seorang pakar strategik Melayu yang lahir pada zaman
kegemilangan Melayu Melaka.
Aktiviti 1

44

SJH 3063

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Aktiviti 3
Tun Perak

45

SJH 3063

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Pahlawan-pahlawan
Kelang

Tentera Siam 1

Pahlawan-pahlawan
Kelang

Tentera Siam 2

Pahlawan-pahlawan
Kelang

Tentera Siam 3

Kotak misteri

Jamung

Kertas-kertas Cabut Undi

Tun Perak
- Ketika serangan Siam terhadap Melaka pada kali pertama, mengumpul seluruh
penduduk Klang untuk mengarahkan angkatan perangnya bersama-sama anak isteri
pindah ke Melaka.
- Ketika Siam menyerang Melaka pada kali kedua, mengatur strategi, iaitu menggunakan
perahu kecil. Kemudian ikat jamung di setiap pokok bakau.
- Selepas menang dalam pertahanan terhadap siam pada kali kedua, meraikan kejayaan.
Pahlawan Kelang

Ketika serangan siam pada kali pertama, mendengar arahan Tun Perak untuk
membawa ahli keluarga ke Melaka.

Apabila serangan Siam terhadap Melaka pada kali kedua, mengikat jamung pada
pokok bakau.

Mempunyai semangat yang tinggi ketika dalam peperangan.

46

SJH 3063

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH


Tentera Siam
-

Menyerang Melaka dua kali.

Berundur ketika serangan kedua kerana menganggap askar Melaka lebih


ramai daripadanya.

Kad-kad arahan yang akan diberikan kepada murid-murid berdasarkan


watak-watak masing-masing.
Dialog lakonan
(Ketika serangan Siam kali pertama)
Tun Perak: Pahlawan-pahlawan Kelang, dengar sini semua, Sultan mengarahkan
hamba untuk menangkis serangan Siam di Melaka. Hamba mahukan patik membawa
isteri serta keluargamu sekali pindah ke Melaka.
Pahlawan-pahlawan Kelang: Tok penghulu, mengapakah patik perlu membawa
bersama-sama dengan ahli keluarga pergi ke Melaka?
Tun Perak: Tujuan membawa ahli-ahli keluarga bersama-sama supaya patik akan
berjuang dengan bersungguh-sungguh demi keselamatan ahli keluargamu.
Pahlawan-pahlawan Kelang: Baiklah, Tok Penghulu.
Tun Perak: Ayuh! Kita akan mempertahan Melaka sehingga ke titisan darah yang
terakhir.
Pahlawan-pahlawan Kelang: Ayuh!
(Ketika serangan siam kali kedua)
Tun Perak: Pihak Siam ingin membalas dendam atas kegagalan mereka yang lalu. Oleh
itu, kita hendaklah sekali lagi menangkis serangan mereka.
Pahlawan-pahlawan Kelang: Bagaimana kita menghadapi serangan mereka?
Tun Perak: Jangan bimbang, hamba ada taktik. Kita gunakan perahu kecil ketika
menyerang. Kemudiannya, ikat jamung pada pokok bakau di muara sungai Melaka
untuk mengelirukan mereka pada waktu malam. Dengan ini, mereka akan tersalah
nampak kita mempunyai bilangan tentera Melaka adalah ramai.
47

SJH 3063

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Pahlawan-pahlawan Kelang: Wah, hebatnya Tuan Tun Perak boleh memikirkan


strategi yang begitu hebat. Kali ini, kami pasti akan menang.
Tentera Siam (1): Wah, banyaknya tentera Melaka.
Tentera Siam (2): Mereka gunakan perahu kecil, susahlah nak mengejar mereka.
Tentera Siam (3): Tentu kita semua akan kalah. Lebih baik kita berundur sebelum siang.

48

You might also like