You are on page 1of 20

PROSES PERMBANGUNAN EKONOMI

A) Konsep & Definisi :


Konsep Pembangunan :
Proses perubahan daripada rendah kepada tinggi sama ada dalam
bidang ekonomi, sosial serta kemudahan asas yang lain
Konsep Pembangunan Tidak Seimbang :
Aras pembangunan sosioekonomi yang tidak sama rata yang dicapai
dalam sesebuah negara @ wilayah iaitu terdapatnya kawasan yang
maju dan juga kawasan yang mundur.
B) Petunjuk (Indikator) Pembangunan :

i.

KDNK per kapita;

penduduk di negeri maju memiliki pendapatan per kapita yang tinggi.


Cth. Selangor, KL, Pulau Pinang yang melebihi RM 10 000 sebulan.
penduduk di negeri mundur memiliki pendapatan per kapita yang
rendah. Cth. Kelantan, Terengganu, Pahang sekitar RM 2 500 sebulan.
ii.

Peratus tenaga kerja dalam sektor ekonomi;

kadar pengangguran & kemiskinan yang rendah menggambarkan


wujudnya kepelbagaian sektor ekonomi untuk menampung keperluan
tenaga buruh. Cth. Selangor & Pulau Pinang.
manakala kadar pengangguran & kemiskinan yang tinggi menunjukkan
sesebuah negeri itu mundur. Cth. Kelantan & Terengganu.
iii.

Faktor demografi;

kadar kelahiran, kematian, mortaliti bayi, jangka hayat & struktur umur
penduduk.
negeri maju mempunyai ciri demografi yang lebih baik & berkualiti. Cth.
Selangor & Pulau Pinang.
iv.

Kemudahan asas;

kemudahan elektrik, air bersih, kesihatan & pendidikan.


kesihatan : taraf kesihatan, nisbah doktor dengan pesakit, teknologi
perubatan, bilangan hospital & klinik.
pendidikan : kadar buta huruf, kemahiran ICT, kolej, universiti dll.

v.

Pemilikan barangan;

nilai tabungan & kuasa beli penduduk.


pemilikan barangan : kenderaan, pakaian, saham dll.

C) Tahap Pembangunan di Malaysia:


Pembangunan Tidak Seimbang
Ketidakseimbangan pembangunan sektor ekonomi;

sektor ekonomi moden berbanding sektor ekonomi tradisi.


perindustri & perkhidmatan : pertanian & perikanan

Ketidakseimbangan pembangunan zon-zon wilayah;

pembahagian wilayah mengikut RMK 7 & RMK 8 dibangunkan tidak


seimbang.
wilayah tengah lebih maju berbanding wilayah timur dan sabah serta
Sarawak.

Ketidakseimbangan pembangunan kawasan;

pembangunan berbeza antara kawasan bandar dengan kawasan luar


bandar.
kemudahan asas lebih bertumpu di kawasan bandar & memajukan
kawasan tersebut.

Ketidakseimbangan pembangunan antara kaum;

kaum bukan bumiputera lebih maju menguasai ekonomi, manakala


kaum bumiputera mundur & ketinggalan.

Faktor Ketidakseimbangan Pembangunan :

Faktor fizikal;

meliputi bentuk muka bumi & kesuburan tanih.

BMB : kawasan tanah rendah, rata, datar & beralun mudah dimajukan
berbanding kawasan bergunung ganang, berbukit-bukau, bercerun
curam dll.
tanih yang subur memajukan aktiviti ekonomi iaitu pertanian.

Taburan sumber alam;

taburan sumber alam seperti sumber mineral, hutan, dll. menyebabkan


penerokaannya giat dijalankan.
kawasan yang kaya & berpotensi akan giat dimajukan berbanding
kawasan yang tiada @ kekurangan sumber.

Dasar kerajaan;

dasar @ rancangan pembangunan pihak kerajaan terutamanya pada


awal kemerdekaan.
penumpuan pembangunan hanya
perindustrian & pertanian sahaja.

Faktor ekonomi moden;

industri;

di

bandar

utama,

kawasan

Kemudahan sosial;

kemudahan asas : pendidikan, kesihatan.

kemudahan infrastruktur : pengangkutan & perhubungan.

Faktor demografi;

Faktor sejarah;

kesan penjajahan

Langkah Menyeimbangkan Pembangunan :

Program pembangunan insitu;

Penyelerakan industri;

Program pembangunan wilayah;

Pembangunan infrastruktur & prasarana kawasan luar bandar;

Pembandaran;
bandar baru
Pembangunan kawasan pertanian;

KERJASAMA SERANTAU

Definisi

Hubungan / kerjasama yang melibatkan sebuah negara dengan negara


yang lain dalam bidang ekonomi, sosial, & politik bagi kepentingan
bersama. Juga bagi mengatasi masalah yang timbul dari sudut
kemanusiaan & fizikal.

Pakatan Ekonomi Serantau

Pertubuhan Negara Asia Tenggara (ASEAN).


Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
Perundngan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
Segitiga Pertumbuhan ASEAN (IMT, IMS, BIMP)
Negara Komeanwel (CHOGM)
Negara Berkecuali (NAM)
Negara Islam (OIC)
Negara Membangun (G15)

dll

Jenis Kerjasama Yang Dijalankan

Pembangunan Perindustrian : Agro Based Industry Msia : Tland : Isia


Kemajuan Pelancongan : Langkawi, Phuket, Acheh sbg Pintu Masuk
Pelancong ASEAN

Kerjasama Perdagangan : Modal - Konsep Pelaburan Silang,, AFTA,


APEC Bandar Nusa Jaya di Johor k/sama dgn Spura
Pertukaran Kebudayaan & Telekomunikasi : siaran tv & radio ; RTM
TVRI TVB
Pembangunan Infrastruktur : jln k/api Trans Borneo, Projek Link ke 2
Keselamatan & Keamanan : ZOPFAN, ZEE di Selat Melaka, bantuan
gempa bumi di Acheh

Kepentingan Kerjasama Serantau

a.Meluaskan pasaran: pasaran bersama eg ASEAN, AFTA.


b. Mengelak monopoli pasaran kewangan oleh negara maju : dollar AS
eg tubuh Bank ASEAN.
c. Meningkat aliran modal : Konsep Pelaburan Silang eg Msia Spura.
c.Perkongsian teknologi, kepakaran & inovasi baru: konsep perkongsian
pintar eg Msia Thailand (bidang pertanian & perikanan l/dlm)
e. Perkongsian bahan mentah : petroleum, kelapa sawit, getah eg
Singapura
f. Menjaga kepentingan bersama : perdagangan, pasaran, tarif eg
AFTA
g. Meningkatkan daya saing dng negara maju : perkongsian pintar,
buruh, sumber eg ASEAN, AFTA dll.

Halangan / Masalah Kepada Kerjasama Serantau

a. Persaingan sesama negara pengeluar : komoditi yang sama eg


Kelapa Sawit (Msia dng Isia).

b. Kuasa beli pasaran ASEAN : penduduk sedikit, pasaran kecil,


kuasa beli rendah Msia 26j org.
c. Penurunan nilai mata wang : tidak stabil, merugikan perdagangan
eg kejatuhan nilai Rupiah Isia.
d. Masalah politik antara negara : tuntutan bertindih, sempadan dll
eg isu pulau Bt Putih (Msia Spura)
e. Kekurangan teknologi & kepakaran : kebanyakan negara adalah
sedang membangun - eg Isia, Fpin
f. Jurang ekonomi yg ketara antara negara : Negara kaya mengambil
kesempatan ke atas negara miskin eg A/S, Spura
g. Amalan perdagangan unilateral : utamakan perdagangan dng
Negara maju, bermotif keuntungan, kemasukan barangan import
eg Spura, automotif dll

Usaha Mengurangkan Kebergantungan Ekonomi Yang Berat Sebelah


Kepada Negara Maju

a. Mendiversifikasikan
ekonomi
perkhidmatan & perdagangan.

terutama

perindustrian,

b. Menggalakkan kemajuan penyelidikan, teknologi & kepakaran


sendiri : Proton, Petronas
c. Menggalakkan pelaburan & pemilikan modal tempatan : kerajaan
& swasta eg FELDA, TNB, Petronas dll
d. Mewujudkan perkongsian pintar / bijak : Proton VW (automobil)
e. Meluaskan pasaran / perdagangan : kerjasama Selatan Selatan,
Timur Tengah dll
f. Mengukuhkan kerjasama serantau : ASEAN
g. Mewujudkan dasar & program pembangunan ekonomi : Msia
laksana NCER, ECER dll

ASEAN

Persatuan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)


ditubuhkan pd thn 1967 melalui Deklarasi Bangkok 1967

asalnya dianggotai oleh 5 buah negara :


- Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura
kemudian bertambah kepada 10 :
- Brunei, Vietnam, Kampuchea, Laos, Myammar
juga dikenali sebagai ASEAN 10
kini termasuk Timor Timur ( 11 buah negara ASEAN )

Faktor / Kepentingan Kerjasama ASEAN

a. Perdagangan sesama negara anggota


b. Perluasan saiz pasaran
c. Perkongsian pelaburan / modal
d. Perkongsian teknologi, R & D, inovasi
e. Perkongsian kepakaran & tenaga buruh
f. Membekalkan bahan mentah
g. Kerjasama keselamatan
h. Penjagaan alam sekitar

Halangan kerjasama ASEAN

a. Persaingan sesama negara pengeluar


b. Kejatuhan nilai mata wang
c. Kuasa beli pasaran yang rendah
d. Konflik politik antara negara anggota
e. Jurang ekonomi negara anggota
f. Pentingkan perdagangan unileteral

SEGITIGA PERTUMBUHAN

Segi tiga pertumbuhan merujuk kepada kerjasama yang dilakukan pada


kawasan yang lebih kecil di dalam wilayah ASEAN.
Melibatlan 3 4 buah negara berjiran
Teras kerjasama ini ialah bagi memperoleh keuntungan bersama, saling
membantu dan melengkapi antara satu sama lain

Rancangan pembangunan ekonomi di bawah segitiga pertumbuhan

a. Sektor pelancongan pintu masuk pelancong


Langkawi, Phuket, Acheh kaw bebas cukai

ke

ASEAN

b. Sektor pengangkutan laluan darat, udara, air Jln k/api TransBorneo, Projek Link Kedua, Feri Langkawi Phuket
c. Sektor Pembandaran wujudkan bandar baru (pelaburan silang)
Projek bandar Nusa Jaya, bandar Tjg Pelepas
d. Sektor Telekomunikasi projek
pertukaran siaran radio & tv

Internet

Asean,

program

e. Sektor Pertanian & Perikanan perladangan k/sawit & getah


(BIMP), pertanian makanan (IMT), perikanan laut dalam,
akuakultur
f.

Sektor Perhutanan meliputi sumber pembalakan (BIMP)

g. Sektor Industri
berintensif buruh

industri

berasaskan

pertanian

Bencana Alam Merentas Sempadan

Jerebu (pencemaran udara) eg Msia Isia

Banjir eg Selatan Thai Perlis & Kedah

Tsunami eg Acheh, Kuala Kedah, P.Pinang, Phuket.

&

industri

Gempa bumi eg Sumatera Pantai Barat S/Msia.

Ribut tropika (taufan) eg Filipina Sabah.

El Nino / La Nina (semua terlibat)

Usaha / Kaedah / Langkah Menghadapi Bencana Alam

a. Perjanjian Persefahaman plan tindakan


b. Dana & Sumbangan
c. Bantuan Kepakaran & Teknikal

GLOBALISASI EKONOMI

KONSEP GLOBALISASI EKONOMI

Globalisasi Ekonomi bermaksud saling kebergantungan antara negara


pada
bahan,modal,buruh,pasaran
dan
teknologi
dalam
proses
pengeluaran.Sesebuah negara perlu menjalinkan hubungan antara satu
sama
lain
untuk
kepentingan
tersebut
melalui
teknologi
maklumat.Hubungan
ini
telah
mewujudkandunia
tanpa
sempadan,liberalisasi ekonomi dan penghapusan segala sekatan dan
perlindungan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara.
ASPEK SALING KEBERGANTUNGAN ANTARA KAWASAN

Saling kebergantungan antara kawasan merujuk kepada hubungan


antara negara/kawasan untuk keperluan ekonomi terhadap aspek
berikut:

Pelaburan

Negara yang tidak cukup modal seperti negara membangun terpaksa


bergantung kepada negara maju yang mempunyai banyak modal untuk
menggerakkan pertumbuhan ekonomi.Negara USA telah membuat
pelaburan ke Brazil,Malaysia,Tahialand dll dalam bidang eksploitasi
sumber
alam
spt
minyak,gas,hutan,perindustrian
dan
bekalan
perkhidmatan.Pelaburan ini telah menyediakan dana modal dan dapat
mengembangkan sektor-sektor ekonomi.Peluang pekerjaan dan taraf
hidup penduduk meningkat di negara-nagara membangun.

Teknologi

Tahap teknologi yang mundur dan kekurangan tenaga pakar menjadi


halangan kepada negara membangun untuk maju dalam sektor ekonomi
moden.Melalui globalisasi ekonomi, pemindahan teknologi dan
kepakaran dari negara maju seperti Jepun,Jerman dll boleh dimiliki oleh
penduduk tempatan negara membangun.Kepakaran ini diguna unyuk
membangunkan negara.Contoh teknologi HITEC,teknologi reka bentuk
dll.
Pengeluaran
Globalisasi membolehkan aktiviti pengeluaran seperti perkilangan dan
pembuatan berpindah dari negara maju ke negara membangun.hal ini
berlaku kerana negara maju mengambil faedah daripada kos buruh
yang rendah di negara membangun.Secara tak langsung mereka telah
membawa masuk teknologi dan kepakaran sekali, maka negara
membangun
seperti
Malaysia
mengambil
peluang
ini
dalam
meningkatkan KDNK,mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih
banyak.Contohnya di kawasan zon perdagangan bebas yang
menempatkan kilang-kilang elektronik dan elektrik di Malaysia.

1
Pasaran

Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa-kuasa pasaran


khususnya permintaan dan citarasa pengguna dalam urus niaga
barangan dan perkhidmatan.Maka sesebuah negara itu boleh
memperluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke negara
lain.Misalnya barangan negara-negara Asia Tengggara boleh dijual di
pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.Begitu juga negara Eropah dan

Amerika memasarkan barangan mereka ke Asia.Saling keuntungan


akan dinikmati melalui pelaksanaan liberalisasi perdagangan.

Bekalan Buruh

Kekurangan buruh sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain


yang berlebihan buruh. Sebagai contoh Malaysia amat bergantung
kepada buruh-buruh
Indonesia dalam sektor perladangan dan
pembinaan.Aliran buruh ini dapat mengembangkan sektor ekonomi di
Malaysia manakala Indonesia mendapat faedah daripada aliran wang
masuk.Selain itu, kekurangan tenaga pakar juga boleh dialirkan dari
negara maju ke negara membangun.

Bahan Mentah & Sumber Tenaga

Negara yang tidak mempunyai bekalan bahan mentah dan sumber


tenaga
yang
cukup
tidak
boleh
menggerakkan
sektor
industrinya.Misalnya Jepun terpaksa bergantung kepada negara
negara Teluk dan Asia bagi memperoleh bekalan petroleum, negara
Teluk bergantung kepada Malaysia untuk mendapat minyak kelapa
sawit.Malaysia bergantungkepada Thailand untuk mendapat bekalan
beras.Demikian juga dengan negara-negara lain , wujud saling
kebergantungan terhadap bahan bdan sumber tertentu.

KESAN GLOBALISASI

Kesan Positif:

Perdagangan Bebas yang dibawa oleh globalisasi ekonomi memberi


peluang kepada sesebuah negara membangun menyertai perdagangan
antara bangsa tanpa tarif dan kuota.Negara-negara bebas mengimport
dan mengeksport barangan tanpa banyak sekatan.

Perluasan Pasaran berlaku di bawah perdagangan bebas.Lebih banyak


negara mengambil bahagian atau membuka pasaran mereka kepada
dunia maju dan membangun.Contoh di Asia Tenggara, barangan sesama

negara ASEAN boleh memasuki pasaran negara-negara ASEAN dengan


lebih mudah

.Kesan perluasan pasaran ini dinikmati secara bersama.

Pemindahan Teknologi berlaku dari negara lebih maju


Jepun,Jerman dll ke nagara membangun seperti Malaysia.
tempatanmenerima pakai teknologi dari negara maju melalui
lanjutan, dalamasa yang sama ia sedang mencipta teknologinya
melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D).

seperti
Rakyat
latihan
sendiri

2
Aliran Buruh menjadi semakin mudah dan berleluasa.Ramai penduduk
dari negara membangun yang miskin dan padat penduduk mengalir ke
negara lebih maju yang kurang penduduk.Kemudahan pengangkutan
dan teknologi maklumat membolehkan aliran buruh berlaku dengan
mudah seperti penduduk dari Asia ke negara-negara Eropah dan
Amerika Syarikat. Aliran buruh antarabangsa ini memberi faedah
kepada kedua-dua pihak.

Menggalakkan Persaingan antara negara-negara di dunia. Mereka


berlumba-lumba menghasilkan barangan dan perkhidmatan terbaik
untuk
dipasarkan
di
peringkat
global.Negara
yang
berjaya
mengurangkan kos pengluaran barangan akan berjaya dalam
persaingan ini.

Peningkatan Kualiti Produk juga berlaku melalui persaingan supaya


barangannya
menang
dan
mendapat
tempat
di
pasaran
global.Barangan berkualiti dan berharga rendah lebih mendapat
tempat. Kualiti dapat dipertingkatkan melalui penyelidikan dan
pembangunan produk, teknologi dan proses pengeluaran.

Kesan Negatif

Penguasaan Ekonomi Oleh Syarikat Multinasional (MNC).Syarikat


tersebut boleh menguasai dan mengatasi kuasa sesebuah negara. Hal

ini banyak berlaku kepada negara membangun yang amat bergantung


kepada pelabur asing dari negara membangun.

Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan


,terutama negara membangun yang masih mempunyai kualiti barangan
dan perkhidmatan yang rendah.Negara maju pula dapat menarik
pelanggan di negara membangun kerana kualiti barangan dan
perkhidmatannya jauh lebih baik.Ancaman juga berlaku kepada
pengusaha kecil dan sederhana penduduk tempatan.

Kesukaran mengawal aliran modal asing kerana globalisasi telah


membebaskan keluar masuk modal ke sesebuah negara terutama
negara membagun. Kebergantungan yang tinggi terhadap ne gara
maju telah mengikat negara maju untuk terus kekal melabur walaupun
pada masa negara membangun tidak memerlukannya.
Penghakisan kedaulatan negara terutama bagi negara yang tidak stabil
dari ekonomi, sosial dan politik.Negara berkenaan mudah dikuasai oleh
kuasa-kuasa barat melaui syarikat-syarikat multinasional
yang
berpangkalan di negara maju.

KERJASAMA SERANTAU

ASEAN (PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGGARA)

Sebelum ASEAN, Malaysia,Indonesia dan Filipina menubuhkan ASA pada


31 julai 1961.Matlamatnya gagal, maka pada ogos 1963 ditubuhkan
Maphilindo.Pakatan ini juga gagal,maka pada 8 ogos 1967 ASEAN
ditubuhkan yang terdiri daripada Malaysia,Thailand,Indonesia,Filipina
dan Singapura. Kini Asean terdiri daripada 10 negara apabila
Brunei,Vietnam,Kampucheaa,Laos dan Myanmar menyertainya.

Tujuan penubuhan ASEAN ialah

1.Memajukan ekonomii,sosial dan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.


3

2.Meningkatkan kerjasama antara


meningkatkan taraf hidup rakyat.

negara-negara

anggota

demi

3.Keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara.


4.Memberikan
penyelidikan.

kerjasama

dalam

pelbagai

bantuan

latihan

dan

KERJASAMA EKONOMI
Anggota ASEAN bekerjasama dan membantu satu sama lain untuk
memakmurkan ekonomi.jiran yang mewah akan menjadi rakan
perniagaan yang baik dan kurang memberi masalah /konflik.Dengan
cara ini negara ASEAN akan stabil pada peringkat dalaman dan kurang
terdedah kepada tekanan-tekanan luar daripada penentang ASEAN.
ASEAN juga mengadakan dialog dengan negara-negara maju seperti
Australia,New Zealand,Kanada,Jepun,Amerika Syarikat dan Eropah.

Projek Perindustrian ASEAN diadakan dengan mengagihkan kilangkilang di kalangan negara anggota iaitu * projek baja urea ASEAN di
Indonesia
*projek baja urea ASEAN di Malaysia
*projek vaksin hipatitis B ASEAN di Thailand
*projek fabrikasi tembaga ASEAN di Filipina
*projek batuan abu soda ASEAN di Thailand

Sektor perkhidmatan juga menjadi fokus utama untuk meluaskan tapak


pertumbuhan ekonomi ASEAN.Misalnya kerjasama industri melalui
Skim Kerjasama Industri ASEAN berasaskan rangka perjanjian yang
dibuat.Cara ini boleh meyakinkan pelabur asing.

Dasar ASEAN yang percayakan kepada memakmurkan jiran boleh


membantu antara satu sama lain kerana kemakmuran boleh
mewujudkan rakan perdagangan yang baik.

AFTA ialah salah satu bentuk kerjasama ekonomi dalam ASEAN yang
berasaskan liberalisasi perdagangan.AFTA menjadikan perdagangan

intra ASEAN meningkat dan barangan ASEAN lebih kompetitif di


pasaran antarabangsa.

Perancangan kerjasama ekonomi yang lebih khusus adalah melalui


jawatankuasa yang ditubuhkan pada tahun 1977 iaitu Jawatankuasa
perdagangan dan pelancongan (COTT)

Jawatankuasa perindustrian ,tenaga dan galian


(COIME)
Jawatankuasa

makanan,pertanian

dan

perhutanan (COFAF)
Jawatankuasa

pengangkutan

dan

telekomunikasi (COTAC)
Jawatankuasa

kewangan

dan

urusan

bank

(COFAB)

4
AFTA (KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN)

Ditubuhkan pada tahun 1992 melalui deklarasi Singapura.Ia adalah


sebuah pasaran serantau bersepadu apabila hampir kesemua cukai
atau tarif bagi barangan yang diniagkan diturunkan kepada tahap
minimum atau dihapuskan sepenuhnya dalam jangkamasa yang
ditetapkan oleh negara-negara anggota.AFTA merupakan langkah
pertama ke arah pembentukan pasaran bersama.

AFTA ialah Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN yang merupakan satu


persetujuan di kalangan negara ASEAN untuk kemudahan memasarkan
barangan keluaran anggota menerusi kadar cukai yang rendah (kurang
5%) atau memansuhkAN LANGSUNG DUTI import bagi membebaskan
kemasukan barangan dari negara anggota ASEAN.

AFTA ialah sebuah pasaran bersepadu apabila lebih daripada 96% tarif
barangan
import
bagi
6
negara
asal
anggota
ASEAN
(Malaysia,Indonesia,Filipina,Thai,Brunei dan Singapura) diturunkan ke

tahap minimum dan akan dihapuskan sepenuhnya menjelang tahun


2002.

Langkah ini diambil sebagai cara memulihkan keyakinan perdagangan,


disamping mempercepatkan pemulihan ekonomi dan menggalakkan
pertumbuhan ekonomi.4 anggota baru ASEAN pula diberi kelonggaran
melanjutkan penghapusan tarif antara tahun 2006 hingga 2010.

Katogari barangan yang diberi pengurangan tarif ialah

1.barangan automatif
2.barangan pertanian
pertanian lain

yang

telah

diproses

dan

beberapa

produk

3.barangan yang dianggap sensitif seperti hasil pertanian yang belum


diproses contohnya beras
4.barangan yang berkaitan dengan keselamatan negara,kehidupan dan
kesihatan manusia serta haiwan dan tumbuhan serta barangan yang
mempunyai nilai estetika dari segi seni,sejarah dan arkeologi.

Objektif AFTA ialah

membentuk satu pasaran besar bagi menarik minat pelabur asing


melalui penurunn tarif. Ini boleh dicapai dengan cara mengembangkan
perdagangan intra ASEAN yang memungkinkan pengeluaran secara
pengkhususan ekonomi mengikut skala.Objektif ini boleh dicapai
melalui kemasukan pelaburan langsung asing yang tertarik dengan
adanya satu pasaran ASEAN yang besar,bersepadu dan cekap.

Penghapusan sepenuhnya sekatan perdagangan akan membawa faedah


yang besar kepada penduduk di rantau ASEAN.Pengkhususan
bertambah baik keran setiap negara memberi perhatian kepada
pengeluaran barangan dan perkhidmatan mereka yang memberikan
kecekapan yang tinggi dan barangan yang lebih murah.
AFTA menyedia
kan
peluang
kepada
usahawan
atau
pelabur
mempertingkatkan eks[port ke negara anggota Asean lain.

tempatan

5
APEC (KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK)

Dianggotai oleh 21 buah negara yang terdiri daripada Amerika


Syarikat,Autralia,Brunei,Chile,China,Filipina,HongKong,Indonesia,Jepun,
Kanada,Malaysia
,Mexico,Thailand,New
Zealand,Papua
New
Guinea,Peru,Rusia,Korea,Singapura,Taiwan,Vietnam .Ditubuhkan pada
tahun 1989.
Merupakan satu kerjasama ekonomi terbesar yang melibatkan hampir
50% penduduk dunia.
Objektif penubuhan ialah
# mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan wilayah
#memenafaatkan keuntungan bagi tujuan kebaikan ekonomi wilayah
dan dunia
#membentuk sistem perdagangan pelbagai hala
#mengurangkan halangan dalam perdagangan barangan,perkhidmatan
dan pelaburan
Projek kerjasama yang digubal oleh jawatankuasa kerja Apec 1991 ialah
@ projek pelaburan dan pemindahan teknologi yang diketuai oleh
Jepun,Indonesia dan Filipina
@projek pembangunan sumber manusia yang diketuai
Jepun,Korea Selatan,Thailand,Indonesia,Kanada dan Malaysia

oleh

@projek perikanan yang diketuai oleh NEW Zealand,Thailand dan


Jepun
@Projek telekomunikasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat
@projek pelancongan yang diketuai oleh Amerika Syarikat
Dalam persidangan di Bogor, Indonesia tahun 1994, APEC ingin
mewujudkan perdagangan bebas dan terbuka serta pelaburan di rantau
Asia Pasifik menjelang tahun 2010 bagi negara maju dan 2020 bagi
negara membangun. Ia bukan sahaja mengurangkan kos pengeluaran
tetapi juga menurunkan harga barangan dan perkhidmatan.

SEGITIGA PERTUMBUHAN (STP)

Merupakan tambahan daripad kerjasama ASEAN.Terdapat dua STP iaitu


IMT dan IMS.
STP-IMT terdiri daripada 1.Indonesia (Sumatera Utara)
2.Malaysia

(Kedah,Perlis,P.Pinang,Perak

,Selangor)
3.Thailand
(Songkhla,Yla,Satu,,Patani,Narathiwat)

6
IMT melibatkan kawasan seluas 200 000 km persegi.Kwasan ini kaya
dengan pelbagai sumberAsli dan mempunyai penduduk seramaai 21.1
juta orang.Ia bukan sahaja mempunyai pasaran yang besar tetapi juga
mempunyai tenaga buruh yang ramai.

Kerjasama ekonomi ini bertujuan membangunkan


semulajadi, industri dan infrastruktur

sumber-sumber

secara usaha sama.Ia boleh memberi pelbagai peluang dalam


pelaburab,
perdagangan/perniagaan,eksport,perkapalan,pelancongan,perhutanan,
pendidikan dan rawatan kesihatan.

Faedah daripada IMT ialah

1.membolehkan negara-negara ASEAN terlibat saling melengkapi untuk


mewujudkan pengaliran modal,tenaga kerja dan teknologi yang lebih
bebas.

2.menambahkan lagi dorongan untuk meningkatkan perdagangan intra


ASEAN.

3.membesarkan lagi perkembangan ekonomi dan perkembangan


industri yang belum lagi dimajukan sepenuhnya seperti pelancongan
dan pengangkutan laut.

Kerjasam ini telah menggalakkan usahawan di kalangan rakan kongsi


dalam ASEAN.Berdasarkan MOU, pelaburan bernilai RM 10 689 bilion
telah ditandatangani 1994-1996, dalam bidang infrastruktur dan
kemudahan.

STP-IMS ialah kerjasama tiga hala terdiri daripada Singapura,Johor dan


Riau.Kini kawasannya lebih luas iaitu Pulau Bentan,Pulau Karimun dan
selatan Sumatera di Indonesia.Di Malaysia pula meliputi Batu Pahat,
Muar ,Mersing,Gelang Patah dan Melaka.

IMS lebih berjaya berbanding IMT kerana penglibatan Singapura dalam


IMS yang mempunyai kelebihan dari segi modal,teknologi dan
kepakaran.Pealaburan dibawa ke Malaysia dan Indonesia kerana
Singapura kekurangan tanah sebagai tapak dan kos upah buruh yang
tinggi.

Konsep STP-IMS baik bagi Malaysia kerana Malaysia merupakan


pengeluar terbesar minyak kelapa sawit memperoleh pasaran yang
lebih di kedua-dua buah negara jiran.Keuntungan juga daripada
kemudahan pelabuhan entreport Singapura yang terbaik di rantau ini.
IMS akan dibangunkan sepenuhnya oleh pihak swasta tetapi dengan
sokongan kerajaan masing-masing.

PELABUR
Singapura
membekalkan
infrastruktur
termasuk
teknologi,kewangan,pengurusan dan selok belok pemasaran di Riau
dan Johor. Johor dan Riau pula membekalkan tanah dan tenaga kerja
yang tidak dapat dibekalkan oleh Singapura.Contohnya tahun 1990
hingga 1993,syarikat dari Singapura telah melabur RM 1.5 bilion di
Johor dan mewujudkan 37 000 peluang pekerjaan.Di Riau pula S$500
juta dilaburkan dan peluang pekerjaan sebanyak 32 000.

You might also like