You are on page 1of 3

1.7

Perancangan Projek

Perancangan projek ini telah disusun mengikut aktiviti-aktiviti yang telah dirangka berdasarkan objektif yang telah ditetapkan. Pembangunan sistem maklumat ini dibuat menggunakan metodologi Kitar Hayat Pembangunan Sistem atau System Development Life Cycle (SDLC). Penggunaan SDLC dapat memastikan sistem yang dibangunkan untuk sesebuah organisasi berupaya memenuhi objektif-objektif yang ditetapkan dan mematuhi keperluan semasa yang dirancang (Usdoj, 2006).

i.

Peringkat 1 : Perancangan projek Dalam peringkat ini, masalah dan isu akan dikenalpasti dan dikaji dengan lebih teliti dan terperinci. Seterusnya, objektif, skop, kepentingan dan jangkaan projek akan ditentukan berdasarkan masalah dan isu yang telah dikaji. Jadual pelaksanaan atau carta Gantt akan dibangunkan bagi memudahkan fasa-fasa yang seterusnya berjalan lancar sehingga sistem ini berjaya dibangunkan mengikut masa yang telah ditetapkan.

ii.

Peringkat 2 : Kajian literitur Kajian literatur akan menjurus kepada mengkaji hasil-hasil penulisan seperti buku, jurnal, tesis pelajar yang lalu, ataupun dari Internet untuk mendapat maklumat yang berkaitan dengan pembangunan sistem ini. Penyelidikan dilakukan bagi memudahkan lagi pemahaman terhadap projek yang akan dijalankan dan sistem yang ingin dibangunkan. Ianya merujuk kepada aktiviti penelitian dan penyelidikan terhadap topik-topik yang berkaitan mengenai sistem yang akan dibangunkan.

iii.

Peringkat 3 : Pengumpulan maklumat dan analisa maklumat Dalam bahagian ini, proses pengumpulan maklumat mengenai sistem sedia ada akan dilakukan dengan menemuduga dan soal selidik pengurus dan pekerja serta pelanggan. Selain itu, analisa dokumen juga dilaksanakan bagi memahami aliran maklumat dalam organisasi. Antara maklumat yang dikumpulkan ialah maklumat borang tempahan atau pelanggan. Selain itu, bahagian ini juga akan menentukan metodologi yang akan digunakan dan keperluan sistem juga akan dikonklusikan.

iv.

Peringkat 4 : Pembangunan dan pengujian sistem

Dalam peringkat ini, pembangunan sistem akan dilaksanakan berdasarkan keperluan sistem dan carta Gantt yang telah dibuat. Selepas mendapat maklumbalas dari pengguna, pembangun sistem akan mengulangi langkah-lagkah analisa, rekabentuk, dan implementasi supaya dapat memperbaiki lagi prototaip sistem seperti yang dicadangkan oleh pengguna. Proses pembangunan sistem ini akan berulang sehingga pengguna berpuas hati dengan sistem tersebut. Setelah sistem siap dibangunkan, pengujian sistem akan dilaksanakan bagi memastikan sistem dapat berfungsi dengan baik. Setiap keputusan pengujian akan diteliti dan dikaji bagi meningkatkan keberkesanan sistem ini.

  • v. Peringkat 5 : Kesimpulan dan cadangan Akhirnya, peringkat akhir ini akan membincangkan cadangan dan kesimpulan untuk projek ini. Tambahan pula, cadangan lanjutan projek yang berkaitan dan hadnya juga akan dinyatakan.

    • 1.8 Metodologi Projek

Model prototaip digunakan dalam pembangunan sistem ini. Proses pembangunan sistem boleh dimulakan walaupun hanya mengetahui serba sedikit sahaja tentang keperluan sistem. Dengan itu proses pembangunan sistem boleh dimulakan dari peringkat awal lagi (Salleh, 2007). Model ini adalah berdasarkan kepada “pepatah”, tiada siapa yang akan membuat perkara itu dengan betul pada kali pertama (Satzinger et al, 2002). Rajah 1.1 menunjukkan rangka kerja bagi model prototaip yang dikemukan oleh Dennis et al (2005).

Dalam peringkat ini, pembangunan sistem akan dilaksanakan berdasarkan keperluan sistem dan carta Gantt yang telah dibuat.

Rajah 1.1: Model Prototaip (Dennis et al, 2005)