You are on page 1of 22

1.

0 Penghargaan
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Saya sangat bersyukur
kerana dengan berkat dan rahmat-Nya saya akhirnya dapat menyiapkan tugasan bagi
subjek Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012) ini dengan sempurna dan jayanya
dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan bebanyak terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah kami iaitu Encik Tajip bin Tassan . Beliau sentiasa memberikan
nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan terima kasih ini juga di atas kesabaran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh
beliau dalam mendorong dan memberikan panduan kepada saya dan rakan sekelas yang
lain dalam menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala
pengorbanan dan jasanya dengan memberikan kesihatan dan kesejahteraan serta
dipanjangkan umur kepada beliau.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa saya
kerana sudi meluangkan masa untuk memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar serta maklumat
dan panduan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa pengorbanan mereka
sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan kakak-kakak senior saya yang telah banyak
membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah banyak memberikan kerjasama
kepada saya dengan memberikan idea-idea yang bernas untuk membantu saya untuk
menyelesaikan tugasan ini. Sesungguhnya, tanpa bantuan dan kerjasama daripada semua
pihak sudah tentu saya tidak akan mampu untuk menyediakan tugasan sebegini

1.0 Konsep Budi Bahasa


Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya intelek tetapi kaya
dengan sikap berbudi bahasa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menurut Edi Sedyawati (1999), budi sering diertikan sebagai nilai moral yang
mengandungi pengertian, adat istiadat, sopan santun dan perilaku. Sebagai perilaku, budi
meliputi sikap yang dicerminkan oleh perilaku itu. Oleh itu, budi mempunyai pelbagai erti
dan ianya bergantung kepada situasinya. Terdapat lima aspek dalam sikap dan situasi ini
iaitu sikap dan perilaku dalam hubungan dengan Tuhan, sikap dan perilaku dalam hubungan
dengan diri sendiri, sikap dan perilaku dalam hubungan dengan keluarga, sikap dan perilaku
dalam hubungan dengan masyarakat dan bangsa serta sikap dan perilaku dalam hubungan
dengan alam sekitar. Hal ini jelas menunjukkan sikap dan perilaku yang membantu orang
untuk menjalani kehidupan dengan baik. Oleh sebab itu, sikap dan perilaku tersebut
dipengaruhi oleh budaya seseorang.
Hasil daripada beberapa kajian. terdapat juga pendapat bahawa budi juga boleh
diertikan sebagai alat dalaman untuk menimbang perbuatan baik dan buruk. Menurut
takrifan ini, budi dianggap sebagai suatu yang ada dalam diri seseorang yang paling dalam
seperti suara hati. Budi sering diertikan sebagai fikiran dan akal. Inilah yang menjadi aspek
perbezaan antara manusia dengan haiwan. Budi jugalah yang menyatukan kita semua
sebagai manusia tanpa mengira suku, golongan, kelompok, umur atau apa-apa sahaja.
Maka, budi mempunyai unsur kesedaran dan ada unsur melaksanakan kesedaran tersebut.
Nilai moral atau etika lain yang penting adalah penghargaan dan rasa hormat terhadap
manusia, sikap lembut, santun, kerelaan untuk hidup bersatu dan hidup bersama,
kebebasan untuk mengeluarkan pendapat, nilai tanggungjawab, nilai keadilan, kerelaan
hidup menurut norma kesusilaan, kebiasaan berbuat baik dan lain-lain.
Dari pelbagai keterangan di atas, budi lebih diertikan sebagai nilai moral manusia yang
disedari dan dilakukan dalam tindakan nyata. Semua nilai moral itu bertujuan membantu
manusia menjadi lebih utuh. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa budi diperlukan
bahkan diharuskan ada dalam kerangka tujuan hidup manusia.
Bahasa pula adalah sistem lambang bunyi yang digunakan untuk berkomunikasi oleh
masyarakat pemakainya. Bahasa yang baik berkembang berdasarkan suatu sistem iaitu
peringkat aturan yang dipatuhi oleh pemakainya. Bahasa sendiri berfungsi sebagai sarana
komunikasi serta sebagai sarana integrasi dan adaptasi. Sekiranya ditinjau secara umum,

bahasa dapat diertikan sebagai ucapan, fikiran dan perasaan seseorang yang disampaikan
secara teratur dan digunakan sebagai alat komunikasi antara anggota masyarakat.
Di sisi lain, rumusan pengertian bahasa dapat pula dilihat secara praktis dan teknis.
Secara praktis, bahasa merupakan salah satu alat komunikasi berwujud sistem bunyi atau
tulisan yang mempunyai makna tertentu, difahami dan dihasilkan oleh alat ucap manusia.
Secara teknis, bahasa merupakan peringkat ujaran bermakna yang lengkap yang dihasilkan
oleh manusia.
Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal
kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata, tata
hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
Budi bahasa juga boleh disimpulkan sebagai budi pekerti, tingkah laku, perangai atau
perlakuan yang diamalkan oleh seseorang semasa berinteraksi dengan orang lain supaya
tidak menyinggung perasaan orang itu berdasarkan neraca atau nilai baik yang disepakati
bersama. Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan dalam buku mereka Tesaurus Bahasa
Melayu, mentakrifkan budi bahasa ialah satu etiket, adab sopan santun, pekerti, akhlak
yang beradat dan berbahasa.
Orang Melayu menjunjung tinggi nilai budi dan bahasa. Mereka menganggap budi dan
bahasa sebagai satu entiti yang bertaut dan saling melengkapi. Tautannya menjadi
pegangan nilai yang daripadanya terpancar unsur fizik dan unsur metafizik seseorang.
Orang yang dianggap sempurna ialah orang yang kaya budi bahasa.
Walaubagaimanapun, bangsa lain di Malaysia ini iaitu Cina dan India, mereka
mempunyai takrifan mereka sendiri mengenai pengertian budi, bahasa dan budi bahasa.
Dalam masyarakat Cina dan India, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik kepada
orang lain. Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira
agama, bangsa dan adat serta kepercayaan. Selain itu, budi juga merupakan perbuatan
baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh kerelaan.
Mereka mentakrifkan bahasa sebagai alat komunikasi yang digunakan dalam kehidupan
seharian kita untuk menulis, membaca, bertutur dan sebagainya supaya orang lain
memahami apa yang ingin disampaikan. Contohnya, kaum India menggunakan Bahasa
Tamil manakala kaum Cina menggunakan Bahasa Cina.

Bagi kaum Cina dan India, mereka berpendapat bahawa budi bahasa membawa
maksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara
terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak
menyinggung perasaan orang lain.
Budi bahasa tidak mungkin wujud tanpa terlebih dahulu wujudnya nilai-nilai akhlak yang
mulia di hati setiap individu. Budi bahasa perlu mempunyai ciri-ciri bertimbang rasa.
Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira
perbezaan latar belakang sesuatu kaum. Sekiranya ingin bertindak melakukan sesuatu
perkara, seharusnya menitik beratkan perasaan orang lain agar mereka tidak tersinggung
dengan perbuatan kita. Kita juga perlu memahami pendapat yang berbeza dari pelbagai
sumber dan belajar untuk menyesuaikan diri sendiri dengan orang sekeliling. Sebagai
contohnya, saling bergaul mesra antara kaum sama ada di tempat kerja ataupun sekolah
tanpa mengira latar belakang, kaum, agama dan kedudukan.
Sikap toleransi juga merupakan salah satu ciri budi bahasa yang merujuk kepada sikap
sabar dan kesediaan untuk menerima atau menghormati pendapat dan fikiran orang lain.
Sehubungan itu, dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum,
sikap bertoleransi antara kaum dalam melaksanakan apa sahaja aktiviti seharian seperti
mengambil bahagian dalam aktiviti lawatan bersama-sama merupakan salah satu contoh
toleransi.
Sikap bertolak ansur amat penting sebagai salah satu ciri budi bahasa. Hal ini kerana
dalam konteks Malaysia, sikap ini bermaksud tidak menyebelahi sesuatu pihak sahaja, tidak
mengharapkan balasan terhadap setiap bantuan yang dihulurkan dan sedia memaafkan
kesalahan orang lain. Sehubungan itu, salah satu contoh sikap bertolak ansur dintunjukkan
apabila golongan muda memberi tempat duduk kepada orang tua, wanita ataupun orang
kurang upaya ketika dalam kenderaan awam.
Menurut Asmah Haji Omar (2007), perkataan sopan yang digunakan dalam bahasa
Melayu sebenarnya berasal daripada bahasa Arab, iaitu soffan. Perkataan soffan dan
bentuk terbitannya musoffan membawa maksud halus (refined) dari segi tingkah laku. Oleh
itu, beliau menyarankan agar orang yang santun bahasanya dapat menitikberatkan tiga
peraturan asas santun bahasa iaitu peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan
peraturan pragmatik. Sehubungan itu, perkataan santun pula merujuk kepada penggunaan
bahasa yang sopan dan beradab, menghormati orang yang dilawan bicara serta mematuhi
peraturan asas santun bahasa Melayu dari segi linguistik, sosiolinguistik dan pragmatik.
Oleh itu, gabungan kedua-dua perkataan ini, iaitu sopan dan santun merujuk kepada
perlakuan dan penggunaan bahasa secara lemah-lembut, tidak angkuh, tidak menunjuk4

nunjuk dan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain tanpa mengira apapun
pangkat, kedudukan dan kaum.

Seseorang yang bersifat ramah mesra merupakan individu yang mudah diajak berunding
walau dalam keadaan apa sekalipun. Sebagai contohnya, ketika menghadapi konflik
ataupun kesulitan, individu yang bersikap ramah mesra masih mampu memberi senyuman,
sabar dan tidak emosional.
Sikap tidak mementingkan diri sendiri bermaksud seseorang yang turut mengambil berat
tentang kepentingan orang lain dan tidak hanya mendahulukan diri sendiri. Individu yang
tidak mementingkan diri sendiri ini tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri tetapi
kepentingan orang lain juga. Individu yang tidak mementingkan diri sendiri juga gemar
membantu orang lain dan bekerjasama ketika melakukan sesuatu perkara.

2.0 Kepentingan Budi Bahasa dalam Masyarakat Malaysia


Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala
tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang
dikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan insan yang mulia,
unggul dan utopia demi merealisasikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020.
Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolahsekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan mereka.
Lontaran idea pertama, nilai budi bahasa penting dalam kehidupan untuk melahirkan
insan yang berakhlak mulia. Penerapan nilai budi bahasa yang kukuh akan melahirkan
individu yang berakhlak mulia. Imam Al-Ghazali menyatakan Apabila kamu hendak
mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah
pada wajah. Kata-kata tersebut menggambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia
menjadi tali pengukur kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut
dari sudut budaya, peradaban dan setiap agama. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sekiranya kini anak-anak
remaja tidak diterapkan dengan nilai-nilai budi bahasa sejak di bangku sekolah nescaya
mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Ingatlah
bahawa falsafah hdup yang bertunjangkan budi bahasa pada diri akan mencerminkan
suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.

Lontaran idea kedua, nilai-nilai budi bahasa penting dalam kehidupan untuk membentuk
masyarakat yang taat dan takwa kepada pencipta serta berpegang teguh kepada ajaran
agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan syumul yang sentiasa patuh
kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai berbudi
bahasa yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Insan
yang beragama akan menjadi insan yang bertanggungjawab, beriman dan tahu bersyukur.
Tambahan pula, nilai budi bahasa yang berpaksikan agama penting untuk membentuk
masyarakat yang bersatu padu agar kita tidak diibaratkan umpama kambing kecil, meretak
tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi.
Lontaran idea ketiga, budi bahasa juga dapat mewujudkan perpaduan antara
masyarakat berbilang kaum di negara kita ini. Masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa
akan saling menghormati dan membantu tanpa mengira bangsa, kepercayaan, budaya serta
agama. Dengan adanya sikap berbudi bahasa ini, masyarakat akan dapat hidup dalam
suasana yang harmoni dan gembira serta merealisasikan gagasan 1 Malaysia. Oleh itu,
perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat
dielakkan di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat Malaysia
dan secara tidak langsungnya perpaduan antara rakyat Malaysia mudah dipupuk sepanjang
masa.
Lontaran idea yang terakhir, masyarakat Malaysia mendapat nama yang baik melalui
industri pelancongan. Masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang
positif seperti memberi layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong
asing. Dengan ini, masyarakat dapat meninggalkan imej yang positif terhadapa negara kita
dalam

kalangan

pelancong.

Pelancong

juga

akan

mempunyai

percutian

yang

menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka adalah dialu-alukan dan


dihargai oleh masyarakat tempatan. Dengan cara demikian, rakyat Malaysia bukan sahaja
mendapat nama yang baik malah pelancong asing akan dating ke Malaysia sekerap
mungkin dan dapat menarik lebih ramai pelancong asing untuk dating ke Malaysia. Hal ini
turut meningkatkan maruah negara di samping rakyat sendiri mendapat nama yang baik dan
disegani dek sikap berbudi bahasa.

3.0 Ulasan Tokoh tentang Aspek Kesantunan Bahasa


Kesantunan berbahasa mempunyai pelbagai dimensi berbeza sehingga mewujudkan
pelbagai teori dan takrifan daripada tokoh-tokoh dunia. Kesantunan, dalam konteks yang
lebih luas bukan sahaja merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga
merujuk kepada aspek nonverbal seperti tingkah laku, mimik muka dan nada suara. Dari
sudut bahasa, perkataan santun itu sendiri dapat diistilahkan sebagai adab, adat, berdisiplin,
sopan dan lemah lembut.
Menurut Asmah Haji Omar, beliau berpendapat bahawa kesopanan boleh dilihat dari
segi tingkah laku bukan bahasa dan juga dari segi bahasa. Beliau membahagikan
kesantunan kepada dua jenis iaitu kesantunan asas dan kesantunan berkala. Kesantunan
asas merupakan kesantunan sedia ada dalam masyarakat yang dijadikan pedoman dalam
pergaulan seperti yang diberi penekanan dalam ajaran agama manakala kesantunan
berkala ialah kesantunan yang menggambar ucapan yang dilakukan dalam masyarakat
berdasarkan situasi tertentu misalnya laras dan tempat berlainan dan pangkat seseorang.
Menurut Hamka, kecantikan yang abadi bukan terletak pada wajah dan pakaiannya
tetapi padan keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Kata-kata yang lemah dan
beradab dapat melembutkan hati manusia yang keras. Bertambah kuat kepercayaan
kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup dan bertambah naik
tingkah laku dan akal budinya. Sementara itu, Zaitul Azma Zainon Hamzah pula menyatakan
bahawa kesantunan merujuk kepada penggunaan bahasa yang halus dan santun yang
dapat melambangkan nilai sosial dan budaya sesuatu masyarakat.
Awang Sariyan memberikan pendapat bahawa kesantunan berbahasa merujuk kepada
penggunaan bahasa yang baik, sopan serta beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Dengan perkataan
lain, kesantunan didefinisikan sebagai peraturan perlakuan yang ditetapkan dan dipersetujui
bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam masyarakat
tersebut.
Leech

(1983)

menginterpretasikan

kesantunan sebagai perlakuan yang dapat

mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Bagi beliau, bahasa mestilah halus,
beradab sopan, perlakuan yang lemah-lembut dan berbudi pekerti. Leech juga menyatakan
bahawa

kesantunan

merupakan

kelakuan

yang

mewujudkan

dan

mengekalkan

pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. Secara amnya, Leech berpendapat yang
penting dalam kesantunan berbahasa ini adalah menjalinkan prinsip kerjasama supaya
dapat mengelakkan perselisihan faham.
7

J. Ferguson dan Das Gupta (1968) pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila
kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan
komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. Mereka berpendapat
kesantunan ini biasanya mengamalkan budaya yang sama di mana ianya dapat
mewujudkan persetujuan bersama dalam masyarakat serta serta mewujudkan etika dan
peraturan bermasyarakat.
Lakoff pula menyatakan bahawa kesantunan berbahasa ialah perlakuan yang
mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Lakoff menyarankan tiga peraturan
dalam sesuatu perbualan bagi mengekalkan keharmonian, iaitu tidak memaksa, berikan
pilihan dan jadikan pendengar selesa ketika berbual. Dalam pada masa yang sama, Fraser
dan Nolan menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan diguna oleh
penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.
Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang
mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain
ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. Akal yang dianugerahkan oleh
Tuhan membezakan manusia dengan segala ciptaannya yang lain. Jadi, jelas di sini bahawa
agama Islam amat menitikberatkan kesempurnaan tingkah laku termasuk unsur-unsur
kesantunan. Penekanan terhadap unsur-unsur kesantunan ini juga ada ditunjukkan dalam
himpunan hadis-hadis daripada pesanan Nabi Muhammad SAW.

4.0 Aspek Kesantunan Berbahasa


Kesantunan dikenali juga sebagai etiket ataupun tingkah laku yang sopan santun.
Secara umumnya, sesuatu perlakuan santun diterima oleh ahli sesebuah masyarakat. Oleh
itu, kesantunan dapat dijelmakan dalam pelbagai cara oleh individu, iaitu sama ada dalam
perlakuan, pertuturan dan penulisan. Aspek kesantunan yang terdapat dalam pertuturan,
perlakuan dan penulisan menyebabkan kesantunan mempunyai bentuk dan jenis yang
tersendiri iaitu kesantunan verbal, kesantunan nonverbal atau tidak verbal, kesantunan lisan
dan kesantunan penulisan.
Kesantunan verbal ialah bahasa verbal yang merupakan pengucapan bersuara untuk
melahirkan pemikiran, perasaan dan tindak balas terhadap sesuatu isu atau persoalan
lantas memperlihatkan identiti seseorang. Sehubungan dengan itu, kesantunan verbal boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu komunikasi lisan, bahasa sapaan dan kata panggilan.
Komunikasi lisan boleh berlaku secara tidak formal misalnya, dalam perbualan, manakala
komunikasi formal pula adalah seperti mengajar, mesyuarat, taklimat, temuduga dan
pengucapan awam. Bahasa sapaan merujuk kepada perbendaharaan kata dan ungkapan
8

yang betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi. Kata panggilan pula perlu
mempunyai protokol agar tidak disalah gunakan ketika berada dalam sesuatu majlis atau
sedang mengacarakan sesuatu majlis.
Kesantunan nonverbal atau tuna bahasa lisan (tanpa bahasa lisan) merujuk kepada
gerak laku dan mimik muka yang dapat difahami. Oleh itu, kesantunan berbahasa dari segi
nonverbal merupakan bahasa tubuh ataupun gerakan anggota badan, mimik muka, gerakan
mata dan gerakan tangan. Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang
melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan yang mampu menggambarkan
emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu. Mimik muka merujuk kepada
riak muka seseorang yang mempunyai perlbagai maksud tersirat. Gerakan mata pula
mempunyai makna tertentu dan berlaku secara spontan dalam komunikasi sementara
gerakan tangan melibatkan emblems dan illustrators yang mana emblems ialah isyarat
tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu maklumat manakal
illustrators pula ialah isyarat gerakan tangan yang digunakan bersama-sama ucapan untuk
membantu ataupun mengukuhkan pemahaman.
Kesantunan lisan merujuk kepada penggunaan bahasa yang beradab dan baik apabila
bertutur. Pertuturan ini meliputi semua bentuk komunikasi sama ada secara formal ataupun
tidak formal. Sehubungan itu, komunikasi tidak formal merupakan perbualan yang dilakukan
sama ada dengan orang yang dikenali ataupun yang tidak dikenali. Komunikasi formal pula
merupakan komunikasi khalayak iaitu suatu bentuk komunikasi yang bertujuan untuk
menyampaikan maklumat kepada sejumlah penonton misalnya ucapan dan pengumuman.
Kesantunan penulisan wujud dalam komunikasi bertulis sama ada secara formal
ataupun tidak formal. Komunikasi bertulis merupakan cara penyampaian maklumat oleh
penyampai kepada penerima secara bertulis dengan menggunakan laras dan ragam bahasa
yang betul. Dalam keadaan tertentu, komunikasi bertulis ini akan menjadi bahan rekod untuk
dijadikan landasan bagi sesuatu tindakan itu diambil. Kesantunan penulisan yang terdapat
dalam komunikasi bertulis sama ada secara formal ataupun tidak formal adalah penggunaan
bahasa yang gramatis ataupun tepat, diksi ataupun perbendaharaan kata yang sesuai,
terdapat unsur keindahan bahasa ataupun stilistik, format yang tepat dan kesedaran penulis
tentang khalayak yang akan membaca penulisan tersebut.

5.0 Bentuk-bentuk Kesantunan yang Menjadi Warisan Budaya


Bangsa Masyarakat Malaysia
Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata yang sesuai dengan situasi, topik
perbincangan dan hubungan penutur-pendengar (bahasa mesra), nada rendah atau lembut,
gerak laku lemah lembut serta gaya dan ragam yang tidak mengejek, menyindir, perli atau
menempelak.
Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di
dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku,
berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya. Kata dan
ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan
ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
Dalam ikatan kekeluargaan, terdapat tiga jenama kekeluargaan. Pertama, jenama
kekeluargaan pertalian darah seperti Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang,
Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su dan Mak Su. Kedua, gabungan
nama kekeluargaan asas seperti Abang (bang) dan Kakak (kak) dengan jenama
kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang
Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik. Yang ketiga ialah jenama
kekeluargaan ikatan perkahwinan di mana ianya diwakili oleh kata menantu, mentua dan
ipar seperti Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua. Ipar pula digunakan untuk merujuk
kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua. Contoh:
abang ipar, kak ipar, adik ipar, mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.
Bagi gelaran pergaulan bebas, kebiasaannya Cik digunakan untuk perempuan yang
belum berkahwin manakala Encik untuk lelaki sahaja. Terdapat juga gelaran pergaulan tidak
bersahaja iaitu formal seperti Tuan, Puan, Saudara dan Saudari. Selain dari itu, gelaran
warisan, gelaran keturunan orang-orang besar, gelaran warisan kepada keturunan Nabi
Muhammad SAW, gelaran kurniaan, gabungan gelaran dan rujukan hormat juga terdapat
dalam bentuk-bentuk kesantunan berbahasa.

6.0 Jenis-jenis Kesantunan yang Menjadi Warisan Budaya Bangsa


Masyarakat Malaysia
Dalam kesantunan, terdapat beberapa jenis kesantunan yang sering dititik beratkan
dalam kehidupan seharian. Dalam kesantunan (berpakaian dan berdandan), ada dua hal
yang perlu diperhatikan. Pertama, berpakaian yang sopan di tempat umum dan menghindari
10

daripada pakaian yang dapat merangsang orang lain terutamanya berlainan jantina. Kedua,
berpakaian yang rapi dan sesuai dengan keadaan, iaitu berpakaian rasmi pada acara rasmi,
berpakaian santai pada situasi santai, berpakaian renang pada waktu renang.
Bagi kesantunan tingkah laku, kesantunan perbuatan ialah tatacara bertindak atau
gerak-geri ketika menghadapi sesuatu atau dalam situasi tertentu. Misalnya, ketika
menerima tetamu, bertandang ke rumah orang, duduk di bilik darjah, menghadapi orang
yang kita hormati, berjalan di tempat umum atau menunggu giliran dan sebagainya.
Kesantunan berbahasa tercermin dalam tatacara berkomunikasi secara verbal. Ketika
berkomunikasi, kita perlu merujuk pada norma-norma budaya, tidak hanya sekadar
menyampaikan idea yang kita fikirkan. Tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsurunsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat dan menggunakan suatu bahasa yang
sesuai dalam berkomunikasi. Apabila tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai dengan
norma-norma budaya, maka ia akan mendapatkan nilai negatif, misalnya dituduh sebagai
orang yang sombong, angkuh, tak acuh, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.

7.0 Strategi-strategi Kesantunan Verbal dan Bukan Verbal


Dalam aktiviti komunikasi, seseorang bukan sahaja perlu menjaga adabnya bahkan
menghormati

pihak

yang

sedang

berkomunikasi.

Semua

ini

akan

menghasilkan

persefahaman dan seterusnya dapat mengelakkan percanggahan dalam kelompok.


Seseorang perlu memahami elemen ungkapan yang boleh mengancam air mukanya dan air
muka orang yang dilawan bicara. Brown dan Levinson menggolongkan strategi kesantunan
verbal kepada empat aspek iaitu strategi Bald On Record iaitu strategi yang biasanya tidak
mencuba meminimumkan ancaman ke atas muka pendengar, strategi Kesopanan Positif
iaitu berusaha untuk mengurangkan ancaman ke atas muka pendengar, strategi Kesopanan
Negatif yang merupakan strategi penutur untuk menunjukkan kewujudan jarak sosial
antaranya dengan pendengar dan akhir sekali ialah menggunakan bahasa secara tidak
langsung dan mengandungi maksud tersirat.
Terdapat beberapa contoh strategi kesantunan verbal yang terdapat dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. Antaranya ialah strategi toleransi iaitu dengan memberikan
keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk memulakan sesuatu percakapan. Seterusnya
ialah strategi bertimbang rasa yang dapat mengelakkan kondisi yang kurang selesa,
ketidakpuasan hati atau kekecohan aibat sesuatu kesulitan yang berlaku. Strategi memberi
salam ialah mengucapkan salam dan ucapan selamat apabila bertemu dengan orang lain
sebagai tanda hormat dan mengiktiraf kehadiran orang tersebut.

11

Strategi bersopan-santun pula adalah dengan menggunakan sistem panggilan yang


betul dan sesuai dengan keadaan, strategi ramah mesra adalah dengan mengalu-alukan
tetamu yang dating ke rumah dengan ucapan yang baik sementara strategi tidak
mementingkan diri sendiri ialah strategi dengan memberi cadangan atau nasihat yang
bersesuaian dan dengan penuh sopan serta lemah lembut. Strategi merendah diri pula
merupakan strategi yang mempunyai perbezaan yang ketara antara budaya masyarakat
Malaysia dan Barat manakala strategi berterima kasih ialah dengan mengucapkan terima
kasih kepada orang yang menghulurkan bantuan kepada kita tidak kira dalam bentuk
material, nasihat atau apabila orang tersebut meberi jawapan kepada pertanyaan kita.
Apabila seseorang melakukan pengucapan, hal yang tersebut bukanlah berdiri dengan
sendirinya. Pengucapan atau ujaran yang dilakukan mesti seiring dengan hal-hal lain yang
bersangkutan dengannya, khususnya daripada anggota pada tubuh kita. Tindakan tertentu
daripada perilaku nonverbal mungkin terjadi dengan tidak disedari dan perilaku nonverbal
diatur oleh norma-norma yang dihasilkan oleh interaksi manusia. Komunikasi kesantunan
nonverbal mempunyai fungsi yang tertentu antaranya sebagai pelengap kepada
pengucapan verbal, sebagai pengukuhan kepada mesej-mesej verbal, sebagai pengganti
kepada pengucapan verbal, memberi gambaran yang kontradik atau berlawanan dengan
ujaran dan sebagai penekanan atau titik penting akan sesuatu maksud ujaran.
Sehubungan itu, strategi kesantunan nonverbal melibatkan empat perkara yang saling
berkaitan dan mempunyai maksud yang tersendiri seperti komunikasi wajah, komunikasi
mata, sentuhan dan diam. Terdapat beberapa strategi nonverbal yang banyak dilakukan
oleh masyarakat di Malaysia. Antaranya ialah strategi toleransi dengan meberikan tempat
duduk kepada orang tua, wanita hamil, wanita yang mendukung bayi dan orang yang
kelainan upaya sama ada dalam komuteri, bas atau di premis-premis awam.
Selain daripada itu, terdapat juga strategi bertimbang rasa menggunakan ibu jari
berbanding jari telunjuk untuk menunjukkan seseorang atau sesuatu bagi menghormati
orang

lain,

strategi

memberi

salam

iaitu

dengan

menganggukkan

kepala

atau

mempamerkan senyuman sekiranya jarak terlalu jauh sebagai satu tanda bersalam, strategi
bersopan santun dengan membongkokkan sedikit badan ketika melintas orang terutama
orang yang lebih tua, strategi ramah mesra dengan menunjukkan muka yang manis apabila
berinteraksi dengan orang lain walau dalam apa jua keadaan, strategi tidak mementingkan
diri sendiri iaitu dengan memberikan sumbangan kewangan dan tenaga mengikut
kemampuan kepada mereka yang ditimpa kecelakaan atau sebarang musibah, strategi
merendah diri iaitu dengan tidak bertentangan mata atau raut wajah meninggi diri terutama
terhadap mereka yang lebih tua suapaya kita tidak dianggap sombong dan akhir sekali ialah
12

strategi berterima kasih iaitu dengan memeluk dan mencium ibu bapa atau nenek kita
sebagai tanda penghargaan dan kasih saying atas segala pengorbanan mereka.
Konklusinya, kesantunan amat penting diamalkan demi menjaga perpaduan yang telah
lama wujud agar terus terpelihara dan tidak tergugat. Hal ini kerana adalah penting untuk
setiap ahli masyarakat mengamalkan kesantunan berbahasa yang terangkum dalamnya
sifat santun dalam gerak geri dan perilaku serta penggunaan bahasa. Tidak semestinya
bahasa yang puitis diperlukan tetapi cukup sekadar penggunaan bahasa yang sopan,
teratur dan disenangi sama ada secara lisan mahupun tulisan.

(3743 patah perkataan)

13

8.0 Isu Kesantunan berdarkan Laman Web (blog) Isu Media

http://smilenajah93.blogspot.my/2012/01/week-in-uia-gombak.html?m=1
Media, cetak mahupun elektronik memainkan peranan yang cukup penting sebagai
wahana penyebaran penggunaan bahasa yang baik, indah dan persis. Tambahan pula,
teknologi media yang semakin canggih serta berkeupayaan menyampaikan maklumat
dengan cepat dan pantas. Bahasa merupakan wahana terpenting untuk menyampaikan
maksud dalam sesuatu media. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahasa dalam media
amat mempengaruhi gaya berbahasa dan berkomunikasi masyarakat kita.
Jika dahulu ramai dalam kalangan kita setiap pagi berpusu-pusu membeli surat
khabar untuk mengetahui isu negara. Namun, hari ini suasana negara amat berbeza
berbanding dengan 20 atau 30 tahun yang lalu. Telefon bimbit bukan hanya sekadar
berfungsi sebagai medium untuk komunikasi semata-mata malah telefon bimbit masa kini
telah dilengkapi dengan pelbagai aplikasi bercorak IT seperti kemudaan akses internet,
kamera, permainan digital, aplikasi 3G dan sebagainya. Kemudahan sistem pesanan
ringkas (SMS) antara aplikasi untuk menyampaikan mesej atau maklumat kepada teman,
ibu bapa mahupun insan tersayang dengan mudah dan pantas.
Malangnya, penggunaan bahasa rojak atau bahasa singkatan ini di media telah
menjadi satu fenomena yang tidak terkawal lagi pada hari ini. Jika difahami dari aspek

14

definisinya, bahasa singkatan atau bahasa rojak merupakan bahasa Melayu yang tidak betul
strukturnya kerana dituturkan oleh pengguna yang bukan bahasa ibundanya Melayu. Tetapi
kini bahasa rojak dan bahasa singkatan adalah baharu dalam kalangan masyarakat. Gejala
ini bukan sahaja melibatkan pertuturan secara lisan, malah telah menular hingga ke bentuk
penulisan.
Menurut laman web yang telah saya kaji, penulis telah menggunakan bahasa rojak
seperti berblogwalking dan kelas computer. Sewajarnya penulis perlulah menggunakan
satu bahasa sahaja sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sekiranya ingin
menyampaikan ceritanya di blog tersebut. Penulis juga ada menggunakan bahasa singkatan
seperti harini dan takde. Dalam kamus bahasa, perkataan yang digunakan oleh penulis
tidak wujud sama sekali dan ini telah menyebabkan rosaknya bahasa Melayu. Penulis
sewajarnya menggunakan perkataan tersebut dengan betul iaitu hari ini dan tidak ada.
Kesalahan terakhir yang penulis sering gunakan dalam blognya ialah membuat kesalahan
ejaan dengan menambahkan huruf di belakang walaupun bunyinya sama sahaja dengan
ejaan yang betul. Antara perkataan tersebut ialah ape iaitu apa, nie iaitu ini dan punye
iaitu punya.
Bahasa-bahasa yang digunakan oleh penulis amat tidak sesuai untuk dijadikan
contoh kerana penggunaan bahasanya sama sekali tidak betul dan boleh menjatuhkan
martabat bahasa Melayu. Dalam pada masa yang sama, kesalahan penulis ini akan
mengakibatkan anak-anak muda keliru dengan penggunaan bahasanya dan dikhuatiri akan
terikut-ikut dengan kesalahan bahasa tersebut. Oleh yang demikian, adalah menjadi
tanggungjawab bagi si penulis blog tersebut untuk menggunakan bahasa yang betul ketika
ingin menyiarkan ceritanya di laman web agar tidak merosakkan bahasa ibunda kita.
Kesimpulannya, media elektronik seperti komputer dan telefon bimbit memang
membawa banyak kemudahan kepda kita tetapi kita mestilah menggunakannya dengan
sopan-santun. Kita mestilah menunjukkan nilai-nilai kesantunan dalam percakapan harian
malah menggunakan bahasa yang santun semasa memberi komen dalam laman sosial
Facebook atau menghantar SMS kepada rakan. Kita dilarang sama sekali untuk
menggunakan bahasa singkatan mahupun bahasa rojak dalam media kerana amat
menjejaskan imej seseorang.
Oleh itu, setiap individu perlu sentiasa beringat bahawa sering menggunakan bahasa
yang sesuai ketika menggunakan media elektronik. Pihak kerajaan seharusnya memberikan
perhatian terhadap bahasa-bahasa yang sering digunakan oleh pihak media massa agar
tidak berlebihan dengan sentiasa membuat pemantauan dan menapis kata-kata dalam
sesebuah laman web sebelum ianya ditayangkan kepada umum di samping mengadakan
15

kempen-kempen yang bersesuaian bagi menangani isu ini. Selain itu, ibu bapa juga turut
memainkan peranan dengan mengawal gerak geri anak-anak ketika mereka menggunakan
media elektronik agar mereka menggunakan bahasa yang betul dan sopan dan tidak
menyakitkan hati orang lain di samping mempraktikkan menggunakan bahasa yang betul
dalam komunikasi seharian.

16

9.0 Rumusan
Berdasarkan segala perbincangan melalui esei dan kajian kes, jelaslah bahawa
kesantunan sangat penting dalam kehidupan kita. Dalam usaha kita mengekalkan
kesantunan, pasti akan berlaku beberapa faktor yang membawa kepada kerosakan
kesantunan. Ketika saya melakukan tugasan ini, saya sedar bahawa negara kita sekarang
dilanda dengan pelbagai isu kesantunan yang susah untuk dibendung. Melalui pembacaan
saya juga terdapat pelbagai rintangan dalam usaha untuk menangani isu ini kerana tidak
semua pihak mahu memberikan kerjasama kerana mereka hanya rela berpeluk tubuh
daripada mencari jalan penyelesaian. Sabah hari dada-dada akhbar penuh dengan masalah
yang membimbangkan dan boleh menjatuhkan imej negara. Sukar bagi saya mendapatkan
kepastian tentang isu-isu yang dipersoalkan namun dengan pembacaan dan kajian yang
banyak, saya mendapati faktor utama berlakunya isu-isu sebegini adalah diri sendiri yang
mudah terpengaruh dengan persekitaran.
Oleh itu, saya berpendapat bahawa adalah menjadi tanggungjawab bagi semua
pihak untuk memastikan nilai-nilai kesantunan yang sering diamalkan sejak dari dulu lagi tak
ditelan dek zaman. Biarlah negara kita terus maju tetapi aspek kesantunan dalam kehidupan
tidak dilupakan. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Dalam usaha mencapai
Wawasan 2020, negara kita sudah tentu dikejutkan dengan pelbagai isu-isu kesantunan
yang saban hari makin berleluasa. Namun, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara,
sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kita untuk bersama-sama berganding
bahu menangani masalah ini bagi memastikan negara kita menjadi sebuah negara yang
bukan sahaja maju malah kaya dengan kesantunan. Sekiranya kita mahukan orang lain
mempunyai nilai kesantunan dalam diri mereka, kita sendiri yang perlu menunjukkan nilai itu
terlebih dahulu agar mereka boleh mencontohi kita. Hal ini bukan sahaja untuk diri sendiri
tetapi juga untuk negara kerana pelancong asing yang berkunjung ke negara kita sudah
tentu tertarik dengan sikap yang kita tunjukkan kepada mereka dan sekali gus menaikkan
maruah negara kita. Harapan saya seluas langit biru, setinggi Gunung Kinabalu, sederas air
terjun yang mengalir untuk melihat agar setiap rakyat Malaysia membuat anjakan paradigma
bagi memastikan diri mereka kaya dengan nilai-nilai kesantunan terutama anak-anak remaja
kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

17

10.0 Refleksi
Pertamanya saya ingin mengungkapkan perasaan syukur saya ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah kurnianya saya dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna
walaupun terdapat banyak cabaran dan dugaan yang perlu saya lalui semasa saya
melaksanakan kerja kursus ini. Kemudian saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pehak-pihak yang terlibat dalam menyiapkan kerja kursus saya ini samada secara
langsung mahupun tidak langsung.
Saya selaku pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
ambilan Jun 2015 bagi semester ini telah ditugaskan untuk menyiapkan satu tugasan kerja
kursus bagi mata pelajaran Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012). Saya merasakan
tugasan ini merupakan satu cabaran yang baru bagi saya kerana subjek ini merupakan
subjek yang belum pernah saya pernah ambil samada semasa saya di sekolah rendah
mahupun ketika saya di sekolah menengah. Walaupun subjek ini merupakan subjek
tambahan, namun subjek ini perlu diambil oleh pelajar-pelajar PPISMP bagi tahun ini.
Subjek ini telah membawa markah sebanyak 100% bagi kerja kursus ini jadi saya perlu
membuat kerja kursus ini dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu untuk mendapatkan
markah yang terbaik bagi kerja kursus ini saya perlu mengetahui pelbagai ilmu yang
berkaitan dengan subjek ini. Sebelum saya mendapat kerja kursus ini, fikiran saya seringkali
dihantui dengan persoalan-persoalan mengenai kerja kursus saya ini tentang bagaimana
untuk melaksanakan kerja kursus ini. Pada mulanya saya berasa begitu janggal proses
untuk menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran dan kaedah pengumpulan bahanbahan dan maklumat-maklumat dalam perlaksanaan kerja kursus ini. Saya juga telah
mengambil inisiatif untuk memahami persoalan yang dikemukakan dengan sering membaca
persoalan tersebut secara berulang kali.
Semasa saya tugasan individu ini, saya telah mengalami sedikit masalah samada
untuk melaksanakan kerja kursus ini mahupun untuk mencari bahan-bahan bagi
menyiapkan kerja kursus itu sendiri. Semua tindakan saya ini perlu saya lakukannya dengan
seorang diri. Namun begitu saya juga turut menghadapi beberapa kekangan yang perlu
saya hadapi semasa saya melaksanakan kerja kursus ini. Kaedah untuk mendapatkan
maklumat dan mengetahui cara-cara untuk memanipulasikan pengetahuan berasaskan
kehendak soalan merupakan salah satu kekangan bagi saya dalam melaksanakan kerja
kursus ini. Melalui kekangan ini, ia telah mengajar saya untuk berinteraksi dengan pelajarpelajar senior dalam bertanyakan setiap persoalan yang dikemukakan. Selain itu ia juga
telah mengajar saya tentang bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
dihadapi

dengan

menggunakan

pemikiran
18

yang

terbuka

dan

matang.

Semasa

melaksanakan kerja kursus ini saya banyak menggunakan pencarian maklumat-maklumat


dan bahan-bahan berasaskan internet untuk memenuhi segala persoalan yang dikehendaki
dalam tugasan ini. Pencarian maklumat dan bahan melalui internet ini secara tidak langsung
telah membantu sedikit sebanyak memudahkan kerja saya

dalam melaksanakan kerja

kursus ini kerana saya sering meminjam kemudahan internet daripada kawan untuk mencari
Cadangan saya seterusnya melalui kajian saya ini, saya akan menggunakan
pengalaman-pengalaman dan iktibar-iktibar yang saya perolehi semasa saya melaksanakan
kerja kursus ini akan saya praktikkan dan menerapkan kedalam diri anak-anak murid saya
pada masa hadapan. Saya berharap agar, segala pendekatan yang saya lakukan ini dengan
secara tidak langsung dapat memberikan sedikit sebanyak sumbangan dalam dunia
pendidikan agar dunia pendidikan di Malaysia akan dikenali dan menjadi lebih mantapkan
kukuh pada satu tahap yang sukar dicapai oleh negara lain. Melalui pemantapan tersebut, ia
juga dapat membantu negara Malaysia secara tidak langsung dapat bersaing dengan
negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan yang utuh seperti Jepun. Akhirnya
melalui kajian saya ini, saya juga berharap agar semua masyarakat diluar sana akan
mengambil iktibar dan menjadikannya sebagai panduan serta memberikan pengajaran
kepada kehidupan seharian masyarakat di Malaysia kini.

19

11.0 Rujukan
BUKU
Asmah Haji Omar, 2007. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan, Pentadbiran dan Media.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Dr. Faridah binti Nazir, Ratna Laila binti Shahidin dan Faiziah binti Shamsudin, 2014.
Kesantunan Masyarakat Malaysia. Selangor. Penerbitan Multimedia.
Noriati A. Rashid, 2004. Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Tanjung
Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

LAMAN WEB
Chen Kit Yee. (2013, Ogos 13). Isu Media Kesantunan Bahasa Dalam Media. Dicapai
pada 29 Ogos 2015 daripada http://kesantunanm.blogspot.com/2013/08/isu-media.html#
Hema Joo. (2013, Ogos 5). Kesantunan Bahasa. Dicapai pada 29 Ogos 2015 daripada
http://hemajoo95.blogspot.com/2013/08/kuliah-3-konsep-kesantunan-dan.html?m=1
Munsyi Mohar. (2009, Noember 1). Kesantunan Berbahasa. Dicapai pada 29 Ogos 2015
daripada http://munsyimohar.blogspot.com/2009/11/kesantunan-berbahasa.html?m=1
James Min. (2013, Ogos 15). Isu-isu Kesantunan Masyarakat Malaysia. Dicapai pada 29
Ogos 2015 daripada http://babacream0934.blogspot.com/2013/08/isu-isu-kesantunanmasyarakat-malaysia.html?m=1
Jahieyraa. (2014, April 19). Konsep Budi Bahasa dan Kepentingannya dalam Masyarakat
Malaysia. Dicapai pada 29 Ogos 2015 daripada
http://ustajahieyraa.blogspot.com/2014/04/gsb-1062-konsep-budi-bahasa-dan.html?m=1
Nur Hafiza Azliana binti Ibrahim. (2012, April 23). Kesantunan Bahasa. Dicapai pada 29
Ogos 2015 daripada http://fizayana.blogspot.com/2012/04/situasi-31-kesantunanberbahasa.html?m=1
Mapoti Everlast. (2013, Oktober 3). Isu Bahasa Singkatan. Dicapai pada 29 Ogos 2015
daripada http://mapotieverlast.blogspot.com/2013/10/isu-bahasa-singkatan.html?m=1

20

Mapoti Everlast. (2013, Oktober 3). Isu Penggunaan Bahasa Kasar. Dicapai pada 29 Ogos
2015 daripada http://mapotieverlast.blogspot.com/2013/10/isu-penggunaan-bahasakasar_3.html?m=1
Mapoti Everlast. (2013, Oktober 3). Isu Kerosakan Penggunaan Bahasa Pada Masa kini
(bahasa rojak). Dicapai pada 29 Ogos 2015 daripada
http://mapotieverlast.blogspot.com/2013/10/kerosakanpenggunaan-bahasa-padamasa.html?m=1
Izani Haji Daud, M. MLS. (2013, Jun 14). Remaja dan Kesantunan Bahasa. Dicapai pada 29
Ogos 2015 daripada http://duniakhiratsyurga.blogspot.com/2013/06/remaja-dankesantunan-berbahasa.html?m=1
Smilenajah93. (2012, Januari 13). A Week in UIA Gombak. Dicapai pada 29 Ogos 2015
daripada http://smilenajah93.blogspot.my/2012/01/week-in-uia-gombak.html?m=1

21

12.0 Lampiran

22

You might also like