You are on page 1of 2

REFLEKSI KESELURUHAN PROGRAM BINA INSAN GURU

(SEMINAR PENGURUSAN PENDIDIKAN)

Program Bina Insan Guru pada semester lima ialah meminta para guru
pelatih mengadakan seminar. Bersyukurnya kepada Tuhan kerana seminar yang
bertajuk Pengurusan Pendidikan telah berjaya diajurkan pada 26 Februari 2011,
hari sabtu. Program ini dijalankan di Balai Ilmu IPG Kampus Tun Hussein Onn.
Semua guru pelatih PISMP ambilan Januari 2009 telah menghadiri diri dalam
seminar pengurusan bengkel.

Seminar yang bertajuk Guru dan Perundangan Mandat Akta 550 (1996)
disampaikan oleh Encik Mohan A/L Palaniandy. Salah satu movie buatan Disney
telah membantu saya memahami tugas guru bukan hanya sebagai pendidik dan
pengajar tetapi juga merupakan seorang pengasuh. Tanggugjawab guru adalah
besar dan bukan hanya kepada pelajar. Guru perlu bertanggungjawab kepada
sekolah, masyarakat dan negara serta profesion keguruan. Oleh itu, guru perlulah
menjalankan tugasannya dengan penuh dedikasi dan amanah.

Seminar Struktur Organisasi dan Fungsi Utama Jabatan Pelajaran Johor


telah disampaikan oleh Encik Hussain Bin Sarif. Bahagian ini menjelaskan tentang
sektor-sektor yang terdapat dalam Jabatan Pelajaran Johor dan fungsi setiap sektor.
Contoh sektor yang terdapat dalam Jabatan Pelajaran Johor termasuk Sektor
Pengurusan
Pembangunan

Sekolah(SPS),

Sektor

Kemanusiaan(SPK),

Pengurusan
Sektor

Akademik(SPA),

Khidmat

Pengurusan

Sektor
dan

Pembangunan(SKPP), Sektor Jaminan Kualiti(SJQ), Sektor Pendidikan Islam(SPI),


Sektor Penilaian dan Peperiksaan(SPP), Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan
Khas(SPSPK), Sektor Pengurusan Maklumat ICT(SICT) serta Sektor Psikologi dan
Kaunseling(SPSK).

Selain itu, bahagian ini juga telah mendedahkan tentang Peraturan-peraturan


Pegawai Awam 1993. Peraturan ini memberi panduan kepada para guru tentang

kelakuan dan tatatertib yang boleh dan tidak boleh dilakukan, Peraturan ini dapat
memastikan pegawai awam, termasuk guru untuk melaksanakan tugas dengan
cekap, beramamah dan bertanggungjawab. Guru perlu sentiasa meletakkan
kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri dan sentiasa
menjaga imej perkhidmatan awam. Sesiapa yang melanggar peraturan akan
dihukum mengikut peraturan yang ditetapkan.

Daripada Seminar Pengurusan Pendidikan, saya telah membina lebih


kemahiran dalam mengurus perubahan diri, organisasi dan persekitaran pendidikan.
Penjelasan daripada pensyarah dalam seminar telah membantu saya untuk
mengenali semula diri saya supaya dapat menjadi seorang guru yang baik pada
masa yang akan datang. Saya akan berusaha dalam membina pemikiran saya
supaya lengkap dengan ilmu pengetahuan sebelum saya menceburi bidang
profesion keguruan.

Para pensyarah yang memberi seminar pengurusan pendidikan amat


menitikberatkan supaya para guru pelatih akan menghayati konsep kerjaya guru
sebagai satu ibarat. Seminar ini juga mendedahkan banyak kes-kes yang berlaku ke
atas guru seperti kes orang kampung yang membawa parang ke sekolah kerana
tidak puas hati dengan guru, kes guru yang menghisap dadah dan sebagainya.
Contoh-contoh yang diberikan telah membantu saya menyedari realiti dalam kerjaya
keguruan mungkin tidaklah sebegitu lancar tetapi sebagai guru, kita masih perlu
menjalankan tugas kita dengan penuh tanggungjawab supaya hidup berbakti.

Kesimpulannya seminar ini telah membantu saya menyedari tanggungjawab


sebagai seorang guru dan struktur organsasi dalam pengurusan pendidikan. Saya
akan melengkapkan diri saya dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
supaya dapat memanfaatkan anak murid saya. Saya akan menganggap kerjaya
guru sebagai satu ibadat dan akan sentiasa berkhidmat dan menjalankan tugas
dengan penuh tanggungjawab supaya dapat berbakti dalam bidang pendidikan pada
masa akan datang.

You might also like