You are on page 1of 14

Topik X Pengenalan

Siasah Shariyyah

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan Siasah Shariyyah;
2. Menjelaskan ciri-ciri Siasah Shariyyah;
3. Menjelaskan tentang falsafah dan matlamat Siasah Shariyyah; dan
4. Menghuraikan pandangan sarjana Islam tentang Siasah Shariyyah.

PENGENALAN

Topik ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan pendefinisian


Siasah Shariyyah yang dikemukakan oleh para ulama Islam. Perbahasan yang
dikemukakan oleh mereka adalah penting untuk diperhalusi bagi memahami
secara menyeluruh berkaitan dengan Siasah Shariyyah dari aspek ruang lingkup
dan matlamatnya dalam pemikiran Islam.

1.1

SIASAH SHARIYYAH DAN


PENGENALANNYA

Siasah Syariah atau Sistem Politik Islam bukanlah ilmu baru dalam kalangan
ulama Islam, malah perbahasan dan perbincangan mengenainya telah merentas
masa mahupun sempadan geografi. Ianya sejajar dengan kepentingannya yang
secara langsung berkait rapat dengan kelangsungan Islam dan umat Islam itu
sendiri.
Justeru, semenjak awal kurun lagi telah wujud ramai cendekiawan Islam yang
menulis tentang Siasah Shariyyah seperti:

X TOPIK 1

PENGENALAN SIASAH SHARIYYAH

(a) Abu Yusuf (181H);


(b) Imam al-Mawardiy al-Shafiiy (450H);
(c) Abu Yala al-Hanbaliy (458H); dan
(d) Imam al-Haramain al-Juwainiy al-Shafiiy (476H).
Manakala pada zaman pertengahan pula, telah lahir penulisan-penulisan
berkaitan Siasah Shariyyah hasil karangan para ulama seperti:
(a) Ibn Taimiyyah al-Hanbaliy (728H);
(b) Ibn Qayyim al-Jawziyyah (751H);
(c) Ibn Jamaah (749H); dan
(d) Abd al-Rahman ibn Khaldun (1406M/808H).
Dalam era sains dan teknologi terkini, ditambah dengan kepelbagaian teori dan
praktikaliti sistem politik serta pemerintahan, ulama kontemporari Islam yang ada
pada masa itu adalah seperti:
(a) Al-Maududi;
(b) Dr. Yusuf al-Qaradawi;
(c) Dr. Arif Khalil Abu Eid;
(d) Dr. Muhammad Salim al-Eiwa;
(e) Dr. Mustafa al-Sibaiy; dan
(f) para intelektual Islam yang lain.
Mereka terus gigih berbincang dan menulis berkaitan disiplin ilmu Siasah Syariah
berserta pendekatan-pendekatan baru yang selari dengan syariat agar ianya tetap
relevan sepanjang zaman.
Walaupun penulisan-penulisan hasil karangan para ulama sepanjang zaman ini di
didatangkan dengan tajuk-tajuk yang pelbagai seperti Al-Imamah, Al-Khilafah,
Nizam al-Hukm, Al-Siyasah al-Shariyyah dan sebagainya, yang pasti kesemuanya
saling berkaitan iaitu membicarakan tentang asas dan struktur pemerintahan serta
pentadbiran sesebuah negara Islam.

TOPIK 1

PENGENALAN SIASAH SHARIYYAH W 3

AKTIVITI 1.1
1.

Kenali para ulama yang dinyatakan di atas, kemudian nyatakan


jodol-jodol buku karangan mereka dalam Siasah Shariyyah.

2.

Terangkan dengan ringkas tentang riwayat hidup dua orang tokoh


politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

1.1.1 Pengertian Siasah Shariyyah


Pengertian Siasah Shariyyah boleh dibahagikan kepada bahasa dan syarak. Rajah
1.1 berikut menerangkan pengertian Siasah Shariyyah dari segi bahasa dan
syarak.

"
   - 
  " "  
  - 
  "

"  
 - 
   "
   " "  
            - 

Rajah 1.1: Pengertian Siasah Shariyyah

Ini bermakna, adalah menjadi tanggungjawab seorang ketua negara dan barisan
kepimpinannya memastikan bahawa setiap prinsip, kaedah, pemikiran dan nilainilai tradisi daripada sistem politik dan kuasa pemerintahan yang diterima pakai
oleh negara tersebut bertepatan dengan Islam dan dapat berjalan dengan baik
sekali gus mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada rakyat.

X TOPIK 1

1.1.2

PENGENALAN SIASAH SHARIYYAH

Perbahasan Ilmu Siasah (Politik)

Siasah merupakan perkataan Melayu yang berasal daripada bahasa Arab dengan
sebutannya yang hampir serupa: Siyasah. Ia pernah digunakan dalam disiplindisiplin pengajian tertentu sebelum digantikan oleh istilah Inggeris: politics. Ia
kemudian dimelayukan dengan pengubahsuaian ejaan yang kita gunakan
sekarang iaitu politik.
Pengajian ilmu siasah atau politik amat penting kepada umat Islam kerana ia
berkait rapat dan saling bergantungan dengan kehidupan dan kelangsungan umat
Islam dan Islam itu sendiri.
Umumnya, terdapat dua perkara yang menjadi perbahasan utama dalam ilmu
politik iaitu berkaitan dengan:
(a)

Negara yang merupakan platform perlaksanaan kuasa pemerintahan; dan

(b)

Kerajaan yang merupakan pihak berkuasa di dalam sesebuah negara.

Kedua-duanya menjadi asas kepada perbahasan yang lebih khusus di kalangan


sarjana silam dan kontemporari Islam serta Barat.
Justeru, telah bermula perbincangan, perbahasan mahupun perdebatan di
kalangan mereka berhubung elemen penting di dalam negara dan kerajaan.
Elemen-elemen tersebut adalah seperti di Rajah 1.2:

TOPIK 1

PENGENALAN SIASAH SHARIYYAH W 5

Rajah 1.2 : Elemen-elemen penting dalam negara dan kerajaan

SEMAK KENDIRI 1.1


1.

Huraikan dengan jelas definisi dan maksud Siasah Shariyyah.

2.

Apakah elemen-elemen penting di dalam negara dan kerajaan yang


menjadi topik utama perbahasan Siasah Shariyyah?

1.1.3

Ciri-ciri Siasah Shariyyah

Sebagai satu disiplin ilmu yang penting, terdapat beberapa ciri utama yang
membezakan antara Siasah Shariyyah dengan sistem Politik Moden anjuran
negara Barat. Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti dalam Jadual 1.1 berikut.

X TOPIK 1

PENGENALAN SIASAH SHARIYYAH

Jadual 1.1: Ciri-ciri Siasah Shariyyah


Ciri-ciri

Penjelasan

Berpegang kepada prinsip alUluhiyyah. Segala pelakuan


dan
matlamat
dalam
berpolitik
adalah
ikhlas
kerana Allah S.W.T dan
semata-mata
mencari
keredaan-Nya.

Meletakkan unsur al-Hakimiyyah yakni syariat


sebagai kuasa utama dalam memerintah (al-Amr) dan
menegah (al-Nahy), seterusnya mengikat para
pemimpin dan kerajaan dengan Islam dan maqasidnya
dalam semua aspek pemerintahan serta urus tadbir.

Berpegang kepada falsafah alUbudiyyah iaitu kepatuhan


dan
penyerahan
diri
sepenuhnya kepada Allah
S.W.T
dengan
penuh
keyakinan dan kecintaan.

Menerapkan siasah dalam segenap aspek kehidupan.


Iltizam dan komitmen yang tinggi dituntut untuk
direalisasikan sejajar dengan tujuan penciptaan
manusia. Kerajaan yang dibentuk hanyalah sebagai
wasilah (perantara) bagi ummah melaksanakan
pelbagai tanggungjawab agama dan dunia dengan
sempurna.

Kerajaan
terbina
atas
gabungan kekuatan spiritual
dan material.

Kolaborasi
ini
merupakan
pemangkin
dan
pemudahcara dalam pelaksanaan hukum serta urusan
duniawi dan ukhrawi. Justeru, nurani individu
memahami bahawa kewajipan terhadap negara
merupakan sebahagian daripada simbol ketaatan
kepada Allah S.W.T.

Pemerintahan
merupakan
amanah
Allah
kepada
manusia.

Ianya merupakan satu kelangsungan daripada risalah


para nabi dan rasul terdahulu. Pemimpin
bertanggungjawab memelihara agama dan mentadbir
dunia dengan prinsip serta nilainya. Oleh itu, sesuatu
perlantikan dan tindakan hendaklah dilaksanakan
dengan penuh ketelusan kerana ianya adalah milik
rakyat untuk kepentingan rakyat.

Kesamarataan taraf
pemimpin dan rakyat.

Ciri ini memberi impak besar dalam mengawal


tingkah laku dan tindakan para pemerintah. Ianya
menafikan imuniti mereka di sisi undang-undang
sekali gus dapat melahirkan pemimpin yang adil,
bertanggungjawab dan berjiwa rakyat. Ciri ini juga
meletakkan kedudukan pemimpin itu kekal sebagai
manusia sekali gus dapat menjauhkan unsur-unsur
pendewaan dan penyanjungan berlebih-lebihan
terhadap seseorang pemimpin seperti mana yang
pernah berlaku dalam sejarah Maharaja Rom (Kaisar)
dan Maharaja China.

antara

TOPIK 1

PENGENALAN SIASAH SHARIYYAH W 7

AKTIVITI 1.2
1.

Cari bersama rakan anda beberapa definisi Siasah Shariyyah yang


telah diutarakan oleh para cendekiawan Islam dan bandingkannya
dengan definisi sistem politik Barat.

2.

Huraikan kaitan antara definisi Siasah Shariyyah dengan Kaedah


Fiqhiyyah "    
 ! #  
 
   

 " yang bermaksud:
Tindakan pemimpin tertakluk kepada maslahah rakyat.

1.2

FALSAFAH TEORI ILMU POLITIK ISLAM

Islam merupakan agama yang komprehensif di mana setiap sistem atau teori yang
terbentuk secara semula jadi adalah selari dengan falsafah kehidupan Islam yang
terangkum dalam doktrin Iman, Islam dan Ehsan. Justeru, sejak zaman
Nubuwwah lagi teori ilmu politik Islam telah wujud dan dikembangkan dari
semasa ke semasa dalam perbahasan para ulama dan umara khususnya selepas
kewafatan Rasulullah s.a.w. Keprihatinan ini lahir daripada kesedaran betapa
pentingnya politik dalam memastikan kelestarian dan survival Islam dan ummah.
Hasilnya, sebatian yang terbentuk daripada dua unsur utama yang wujud dalam
masyarakat Arab pada zaman awal Islam iaitu al-din dan al-asabiyyah telah
melahirkan satu kekuatan spiritual dan fizikal yang telah berjaya memacu ummah
menuju kegemilangan.

1.2.1 Perbahasan Ulama Mengenai Ilmu Politik


Siasah Shariyyah atau Politik Islam dari segi penggunaan istilahnya merupakan
satu disiplin ilmu yang masih baru di kalangan ulama syariah sungguhpun isi
kandungan dan teori-teorinya telah wujud seiring dengan kedatangan Islam.
Masyarakat masih berada dalam kesamaran untuk memahami disiplin ilmu ini
kerana pada masa lalu, ianya lebih bersifat eksklusif yang hanya diperbincangkan
dalam kuliah dan seminar akademik oleh para intelektual dalam bidang ini sahaja.
Tambahan pula, Islam sendiri tidak menetapkan secara terperinci bentuk sistem
politik dan pemerintahan yang khusus untuk diaplikasi oleh umatnya.
Namun begitu, jika disingkap khazanah ilmu silam, perbahasan tentang
pengertian, teori mahupun aplikasi ilmu politik atau siasah telah pun bermula
semenjak kurun pertama Hijrah lagi. Imam Abu Hanifah r.a contohnya, pernah
mengutarakan satu pendapat yang menyatakan hukum hudud tidak dilaksanakan
ke atas ketua negara. Pendapat beliau ini bukan bermaksud menafikan hukuman

X TOPIK 1

PENGENALAN SIASAH SHARIYYAH

tersebut tetapi hanya menimbulkan persoalan tiada kuasa pelaksana yang lebih
tinggi daripada kuasa ketua negara.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah di dalam bukunya al-Turuq al-Hukmiyyah telah
menukilkan kata-kata Imam al-Syafie r.a yang menyebut bahawa:

Tiada siasah (politik) kecuali yang berlandaskan hukum syarak....


Ibn Qayyim sendiri turut membicarakan tentang politik apabila beliau
membahagikan politik itu kepada siasah yang berasaskan keadilan dan siasah
yang berasaskan kezaliman.
Ibn Uqayl al-Hanbaliy menerusi kitabnya al-Funun menyatakan bahawa:

Politik dalam Islam menjurus kepada segala perbuatan dan tindakan


yang mendekatkan manusia dengan segala kebaikan (al-solah) dan
menjauhkan mereka daripada sebarang kebinasaan (al-Fasad)
meskipun ianya tidak datang melalui sunnah Rasulullah mahupun
wahyu Ilahi.

Kata-kata beliau ini bukanlah satu penolakan terhadap apa yang dinyatakan oleh
Imam Syafie r.a, tetapi sebagai menolak pandangan sempit segelintir ulama yang
enggan menerima secara total sesuatu yang tidak bersandarkan kepada nas-nas
daripada al-Quran dan sunnah.
Perbahasan tentang ilmu politik turut disentuh oleh ulama silam seperti alMawardiy dan Abu Yala al-Hanbaliy di dalam kitab mereka al-Ahkam alSultaniyyah walaupun menghadapi pelbagai tekanan daripada pemerintah
ketika itu.
Ibn Taimiyyah pula di dalam kitabnya al-Siyasah al-Shariyyah bukan sahaja
mendatangkan nas-nas daripada al-Quran dan sunnah yang berkaitan dengan
politik dan pemerintahan semata-mata, tetapi turut membawa hasil ijtihad yang
berasaskan realiti semasa umat Islam dan pemerintahan ketika itu. Muhammad alMubarak dalam pengantarnya kepada buku berkenaan menyatakan bahawa
karangan Ibn Taimiyyah ini bukan sahaja mengandungi teori dan idealisme, tetapi
turut memuatkan hasil analisa yang bertepatan dengan realiti umat ketika itu
kerana beliau merupakan seorang yang fakih dan aktif dalam bermasyarakat.
Jelasnya di sini bahawa walaupun istilah Siasah Shariyyah masih baru di
kalangan kita, kewujudan isi kandungannya dari segi idealisme mahupun

TOPIK 1

PENGENALAN SIASAH SHARIYYAH W 9

aplikasinya telah pun wujud sejak zaman awal Islam lagi. Kemunculan negara
seterusnya empayar Islam sejak zaman-berzaman serta penguasaannya yang
melangkaui benua juga menjadi satu bukti yang kukuh bahawa terdapat satu
sistem politik dan pemerintahan berlandaskan syariat yang mampan dan unik
telah diguna pakai dalam pentadbiran negara dan empayar tersebut. Bukti ini
sekali gus menolak pandangan beberapa sarjana Barat seperti Schacht dan
cendekiawan Islam yang terpengaruh dengannya seperti Ali Abdul Raziq yang
mendakwa bahawa Islam tidak mengandungi ajaran-ajaran yang bersifat politik
manakala ulama Islam tidak memberi apa-apa sumbangan terhadap penulisan
dan perkembangan ilmu politik. Sebaliknya, menurut mereka Islam hanya
melakukan plagiat dan penjenamaan semula terhadap hasil penulisan Parsi dan
Greek.

1.2.2 Perbincangan Isu-isu Semasa Politik Islam


Sebagai satu cabang ilmu Islam yang lebih bersifat praktis, Siasah Shariyyah tidak
dapat lari dari pelbagai persoalan semasa yang memerlukan kepada satu
perbincangan serius dan terbuka bukan sahaja dalam kalangan ahli akademik,
tetapi turut melibatkan gabungan antara ahli akademik sebagai pemikir dan ahli
politik yang lebih bersifat pelaksana.
Dewasa ini, pelbagai tohmahan dilemparkan oleh musuh-musuh Islam dengan
menyatakan bahawa sistem Politik Islam bersifat kuno dan tidak lagi relevan
untuk diamalkan pada masa kini. Hal ini dibuktikan dengan kejatuhan satupersatu negara Islam dan bertukarnya sistem pemerintahan negara tersebut sama
ada kepada sistem Barat sepenuhnya atau sebahagian daripadanya seperti sistem
demokrasi berparlimen.
Mereka juga turut memanipulasi hukum-hukum jenayah Islam yang dilihat amat
kejam serta mencabuli hak-hak asasi manusia. Selain itu, dengan perkembangan
sains dan teknologi serta arus media dan perniagaan yang bersifat global dan
liberal, musuh-musuh Islam terus memperkecilkan kesesuaian Islam dan
sistemnya bagi menangani situasi semasa sambil mewarwarkan kehebatan dan
kesempurnaan sistem Barat ciptaan mereka.
Selain itu, umat Islam sendiri turut bercakaran sesama sendiri di bidang politik
dan terlibat dalam pelbagai jenayah salah laku seperti rasuah dan sebagainya,
sehingga menjejaskan prinsip ketuanan dan kepimpinan mereka di mata orang
bukan Islam. Ini memberikan satu impak besar dan tekanan yang tinggi untuk
terus melihat keunggulan Islam dan sistem politik dan pemerintahannya terus
unggul dan diyakini untuk kembali diimplementasikan di negara berkenaan.

10 X TOPIK 1 PENGENALAN SIASAH SHARIYYAH

Mengulas persoalan-persoalan ini, apa yang nyata ialah tiadanya pelaksanaan


sistem Islam di negara tersebut bukan bermakna ketidaksesuaiannya, tetapi lebih
merujuk kepada kelemahan dan kecuaian umat Islam sendiri dalam memelihara
prinsip agama, ketidakupayaan mereka menghayati keindahan syariat dan
tewasnya mereka dengan dakwaan dan idealisme musuh terhadap agama sendiri.
Malah di sesetengah negara Islam, keadaan diburukkan lagi dengan kewujudan
campur tangan kuasa-kuasa besar dari Barat dalam struktur pentadbiran negara.
Antara campur tangan ini termasuklah penyerahan urusan-urusan pentadbiran
negara kepada pemimpin boneka sama ada yang kurang arif dan tidak komited
dengan agama atau yang tidak mendapat kepercayaan dan legitimasi rakyat.
Seperkara lagi, umat Islam tidak seharusnya melihat secara makro bahawa sebuah
negara Islam itu ialah apabila undang-undang Islam dapat dilaksanakan
sepenuhnya di negara tersebut. Umat Islam harus lebih realistik dan terus
berusaha dengan penuh keyakinan bahawa sungguhpun undang-undang Islam
belum sempurna dilaksanakan, tetapi negara tersebut masih sebuah negara Islam
dari sudut pandangan mikro. Justeru, usaha yang berterusan berserta strategi yang
mampan perlu digembleng agar syariat dapat diterapkan dengan penuh harmoni
tanpa mengganggu atau menggugat kestabilan dan kemakmuran negara
berkenaan.

AKTIVITI 1.3
1.

Berikan contoh-contah pelaksanaan Siasah Shariyyah dalam


urusan pentadbiran negara pada zaman Khulafa Rasyidin dan
Khalifah Muawiyah r.a.

2.

Bincangkan secara berkumpulan, isu-isu politik semasa yang


sedang berlaku di tempat anda.

1.3

RUANG LINGKUP SIASAH SHARIYYAH

Sebagai satu disiplin ilmu yang dipelajari dan dipraktikkan secara berterusan sejak
zaman-berzaman, para pengkaji Siasah Shariyyah sentiasa melahirkan pelbagai
idea dan perbahasan politik yang dilihat mampu menyumbang kepada
pembangunan ilmu Siasah Shariyyah sekali gus dapat dipraktikkan dalam
masyarakat. Oleh itu, bagi memastikan idea dan titik perbahasan tersebut tidak
menyimpang dari disiplinnya, ilmu Siasah Shariyyah mempunyai ruang
lingkupnya yang tersendiri sebagai satu mekanisme bagi mengelak daripada
berlakunya pertindihan ilmu siasah dengan ilmu-ilmu lain seperti ilmu falsafah,
sosiologi, ekonomi dan sebagainya.

TOPIK 1

PENGENALAN SIASAH SHARIYYAH W 11

1.3.1 Bidang Siasah Shariyyah


Skop perbincangan Siasah Shariyyah amat luas. Ia merangkumi pelbagai perkara
dan hukum-hakam berkaitan urusan pemerintahan yang terdapat di dalam alQuran dan sunnah Rasulullah s.a.w, selain daripada perkara-perkara yang perlu
bersandar kepada sumber-sumber perundangan yang lain seperti ijmak dan qiyas.
Sebagai tambahan, skop perbincangan Siasah Shariyyah juga meliputi perkaraperkara yang menerima perubahan sejajar dengan peredaran masa dan perubahan
tempat. Justeru, aplikasi ijtihad para ulama yang muktabar dari semasa ke semasa
amat diperlukan agar sistem ini sentiasa dilihat mampu menangani perubahan
tersebut.
Secara umumnya, skop perbincangan Siasah Shariyyah meliputi segala perbuatan
pemimpin, rakyat dan organisasi yang ada hubung kait dengan urusan
pemerintahan dan pentadbiran. Namun, dari segi hakikat dan kebiasaannya, skop
perbincangan Siasah Shariyyah adalah berkisar kepada perkara-perkara berikut:
(a)

Konsep negara dan kenegaraan;

(b)

Doktrin kepimpinan negara;

(c)

Kekuasaan kepimpinan dalam negara;

(d)

Hak dan tanggungjawab rakyat dan syarat-syarat kewarganegaraan;

(e)

Prinsip perlembagaan dan sistem perundangan negara;

(f)

Sistem syura dan amalan demokrasi berparlimen;

(g)

Metod pelaksanaan Siasah Shariyyah dalam urusan pentadbiran negara; dan

(h)

Institusi Islam semasa di dalam dan luar negara.

SEMAK KENDIRI 1.2


1.

Sejauhmanakah kepentingan ijtihad dalam Siasah Shariyyah?

2.

Nyatakan perkara-perkara yang sering menjadi persoalan utama


dalam skop perbincangan ilmu Siasah Shariyyah.

12 X TOPIK 1 PENGENALAN SIASAH SHARIYYAH

1.3.2 Matlamat Siasah Shariyyah


Siasah Shariyyah sama ada dari sudut teori mahupun praktisnya telah
memperlihatkan kepada kita bahawa ianya wujud sebagai salah satu wadah
kepada kelangsungan agama Islam dan kehidupan generasi manusia
keseluruhannya. Dengan berpaksi kepada dua matlamat asas iaitu memelihara
ajaran Islam secara komprehensif (Hirasat al-Din) dan mengurus tadbir hal
ehwal dunia berlandaskan syariat (Siyasat al-Dunya), Siasah Shariyyah atau
Politik Islam mampu mempertahankan prinsip-prinsip keadilan sejagat sekali
gus bertindak sebagai pengimbang tara (check and balance) kepada tingkah laku
manusia.
Matlamat ini jelas bertepatan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Rabi
ibn Amir di hadapan Rustum (pemimpin Parsi) menerusi kata-katanya:

Sesungguhnya Allah mengutus kami untuk mengeluarkan


manusia dari penyembahan terhadap manusia kepada
penyembahan terhadap Allah semata-mata, dari kesempitan dunia
kepada keluasannya dan dari kezaliman berbagai macam agama
kepada keadilan Islam....

Justeru, bagi mencapai kedua-dua matlamat ini, pemimpin yang


mengaplikasikan Siasah Shariyyah adalah bertanggungjawab menyediakan
prasarana pendidikan serta mendirikan institusi dakwah yang sewajarnya
sebagai satu wahana pengembangan agama dan ilmu pengetahuan yang sangat
dituntut dalam ajaran Islam. Ini kerana, jaminan kebahagiaan, keharmonian dan
kestabilan dalam masyarakat lebih mudah terbentuk dengan kewujudan
tamadun Islam dan generasi umatnya yang berilmu, berakhlak, berkaliber dan
tinggi jati diri. Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w begitu menitikberatkan aspek
pembelajaran dalam kalangan sahabat-sahabat Baginda r.a hingga dalam tempoh
satu dekad sahaja majoriti penduduk Madinah terdiri daripada golongan yang
boleh menulis dan membaca.

AKTIVITI 1.4
1.

Jelaskan empat daripada perkara yang


perbincangan dalam Siasah Shariyyah.

menjadi

inti

pati

2.

Bincangkan bersama rakan-rakan anda tentang sejauh mana


pencapaian matlamat Siasah Shariyyah di Malaysia.

TOPIK 1

PENGENALAN SIASAH SHARIYYAH W 13

x Siasah Shariyyah merupakan satu disiplin ilmu yang membicarakan tentang


urus tadbir dan pemerintahan negara, serta hal ehwal kehidupan ummah.
x Ciri-ciri utama Siasah Shariyyah yang membezakannya dengan sistem politik
Barat antaranya ialah prinsip Uluhiyyah, Ubudiyyah, Hakimiyyah, Adliyyah
dan Musawah.
x Falsafah dan matlamat utama Siasah Shariyyah ialah memastikan kelestarian
Islam dan survival ummahnya secara komprehensif menerusi konsep Hirasat
al-Din dan Siyasat al-Dunya.
x Para cendekiawan Islam sentiasa peka dengan isu-isu politik yang melanda
umat Islam khususnya bagi menangkis serangan ideologi dan tohmahan Barat
terhadap Islam.
x Umat Islam harus memantapkan perpaduan sesama mereka serta
meningkatkan tahap keilmuan dan jati diri bagi memastikan ketuanan dan
kepimpinan mereka dalam masyarakat berbilang agama dan bangsa terus
diiktiraf.
x Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna.
x Nas-nas al-Quran, hadis dan logikal akal telah menggariskan prinsip dan asas
Siasah Shariyyah yang wajib dilaksanakan.
x Siasah Shariyyah merupakan salah satu disiplin ilmu yang sangat penting
dalam kehidupan umat Islam.
x Umat Islam harus bersedia dan kreatif dalam menangkis serangan pemikiran
dan kekuatan persenjataan Barat.
x Sifat keterbukaan dan toleransi sesama umat Islam amat dituntut demi
merealisasikan penubuhan sebuah negara yang bergerak atas sistem politik
Islam.
x Kejayaan mencapai matlamat Siasah Shariyyah banyak bergantung kepada
kekuatan modal insan di samping pertolongan dari Allah S.W.T.

14 X TOPIK 1 PENGENALAN SIASAH SHARIYYAH

Siasah Shariyyah
Sistem politik Islam
Sistem politik barat / moden
Penulisan dan nukilan ulama dalam
pemerintahan dan pentadbiran

Negara, kerajaan dan organisasi


Prinsip Uluhiyyah, Rububiyyah dan
Hakimiyyah
Hirasat al-Din
Siyasat al-Dunya

Arif Khalil Abu Eid. (1995). Nizamul-Hukm fi al-Islam. Jordan: Dar al-Nafais.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (t.t.). Al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siasah alShariyyah.
Al-Mawardiy Abu Hasan Ali ibn Muhammad ibn Habib al-Basariy alBaghdadiy. (1993). Al- Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayah al-Diniyyah.
Lubnan : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Al-Qaradawiy Yusuf, Dr. (1998). Al-Siyasah al-Shariyyah fi Daw`i Nusus alShariah wa Maqasidiha. Kaherah : Matbaah al-Madaniy.

You might also like