You are on page 1of 14

MENGENAL ALAT, BAHAN DAN TEKNIK SERTA PROSEDUR PENGHASILAN

SESUATU PRODUK SENI BAGI KANAK-KANAK 9 TAHUN KE BAWAH

PENGENALAN
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi kanak-kanak di bawah 9 tahun,
pengetahuan bagaimana hendak memilih alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk
menjalankan aktiviti penghasilan produk adalah penting agar ianya dapat dilaksanakan
dengan berkesan dan menjamin aspek keselamatan kanak-kanak itu sendiri. Sebelum
memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas,
adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan
dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap
yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Penggunaan alat,
media dan teknik dalam pembelajaran seni visual juga amat penting untuk
menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang
hendak digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Bagaimanapun
terdapat beberapa bahan yang lumrah digunakan dalam penghasilan produk antaranya
ialah :
Pensil
Diperbuat daripada campuran grafit dan tanah liat yang mempunyai kekerasan
berlainan. Ada dua jenis pensil yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan iaitu
pensil mata hitam dan pensil mata berwarna. Terdapat pensil mata hitam berjenis keras.
Jenis ini dapat menghasilkan garisan cerah dan ton pudar. Manakala pensil yang
lembut dan ton yang dihasilkan adalah gelap.
Arang
Media ini merupakan bahan khas untuk melukis dan dalam Bahasa Inggeris dipanggil
charcoal. Arang diperbuat daripada kayu yang dibakar dalam tanur pembakaran

sehingga kering. Ada dua jenis arang iaitu berbentuk pensil dan ranting yang dapat
menghasilkan warna hitam legap. Arang bentuk pensel mempunyai mata arang yang
agak keras dan boleh menghasilkan garisan yang halus. (McDa, 2001). Bagi arang
berbentuk ranting ia agak lembut dan boleh menghasilkan ton hitam bila digosok
dengan jari atau tisu. Kelemahan menggunakan arang ini ialah kertas nampak kotor
dan berdebu.

Warna Lilin
Bahan utama dalam pembuatan krayon ialah lilin.Warna yang terhasil bersifat legap.
Dua atau tiga warna boleh dicampurkan untuk mendapatkan hasil ton yang
memuaskan.
Paste
Pastel adalah media berwarna lembut yang diperbuat daripada kapur. Pastel dapat
menghasilkan pencahayaan ton yang jelas walaupun permukaan kertas agak berdebu
sedikit. Oleh itu, hasil karya yang menggunakan pastel haruslah disembur dengan
pemati warna sebagai pelindung.
Berus Berus menjadi alat untuk melukis dan dakwat sebagai medianya. Tujuan utama
penggunaan berus dan dakwat dalam lukisan adalah untuk menghasilkan pelbagai
kualiti garisan. Tiga jenis berus digunakan iaitu berus bulat, berus cina dan berus leper.
Berus dicelup dengan dakwat dan pelbagai kesan garisan dapat dihasilkan mengikut
jenis berus seperti berus cina menimbulkan kesan garisan halus dan sederhana.
Jenis Kertas Lukisan
Kertas lukisan biasa mempunyai permukaan yang sesuai untuk pensel, pen,
arang dan krayon lembut. Kertas cat air terdapat dalam pelbagai gred kelicinan.
Kertasnya tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan. Bod Bristol
merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen. Kertas Ledger

Bond kertas lukisan yang mempunyai beraneka jenis permukaan iaitu licin, sederhana
kasar dan kasar. Kertas Ingres kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan
berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah seperti kelabu, merah jambu,
biru dan sebagainya. Biasanya digunakan untuk
lukisan pastel. Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas
arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.

Alat, Bahan Dan Teknik


Murid sungguh seronok apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan
berbagai jenis kertas yang berbagai tekstura, berbagai jenis warna dan berbagai saiz.
Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah seperti kertas surat
khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dan
banyak lagi. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau
media basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja penghasilan
produk seni. Selain dari itu gunting berbagai saiz, gam, bahan-bahan buangan yang
boleh digunakan dalam aktiviti penghasilan produk seni juga perlu. Alatan dan media
yang berbagai-bagai yang digunakan ke atas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat
menghasilkan satu hasil kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk
dan ton.
Dalam penerokaan terhadap aktiviti penghasilan, berbagai media boleh digunakan dan
disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media
yang boleh digunakan bagai aktiviti penghasilan produk seni:

Berbagai jenis pensil

Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil

Kapur berwarna

Oil pastel

Artline atau marker

Berbagai jenis pen

Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah

Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan,

sayur-sayuran, dan buah-buahan

Penyedut minuman

Gunting, pisau lipat, gam

Berbagai jenis berus lukisan

Palet/pembancuh warna

Kemahiran murid mengikut umur


Pada tahun pertama di sekolah rendah peringkat permulaan murid-murid
didedahkan dengan asas penghasilan produk seni iaitu dengan cara memerhatikan
kesan-kesan yang terhasil daripada alat dan bahan yang digunakan dalam penghasilan
kerja seni. Kesan garisan yang terdapat di persekitaran seperti kesan laluan tapak kaki
haiwan, tapak kaki manusia, kesan laluan kenderaan di atas permukaan tanah atau
pasir. Pemerhatian tertumpu dari segi sifat dan jenis garisan seperti tebal, nipis,
panjang, pendek, bengkok, lurus, cetek, putus-putus. Dengan cara begini murid-murid
akan dapat menyatakan secara lisan pengalaman pembelajaran yang diperhatikan di
persekitaran dan seterusnya dapat melakar secara spontan
untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa secara tidak terancang.
Pada peringkat seterusnya murid dapat menggunakan bahan kutipan yang
diaplikasikan dalam penghasilan produk seni seperti mengenal garisan, lukisan,
gosokan, kolaj dan beberapa teknik lain. Teknik-teknik yang boleh dipelajari oleh
mereka di tahun satu ialah seperti menekap, memotong, menampal, mencantum,
menyusun gambar dan gosokan. Akhirnya murid dapat menyatakan secara lisan
tentang hasil kerja sendiri dan hasil kerja rakan.
Di tahun kedua pula murid sudah berada di peringkat menghasilkan produk seni.
Di peringkat ini murid-murid dapat mengetahui dan mengenal pasti alat, bahan, dan
teknik dalam kerja seni berdasarkan beberapa eksperimen. Murid menyedari wujudnya
rupa asas geometri di persekitaran. Seterusnya murid dapat menghasilkan produk seni

dengan memanipulasi bahan yang berasaskan air, minyak dan bahan kering. Akhirnya
murid dapat menghasilkan produk seni dengan menggunakan pelbagai bahan serta
teknik setelah membuat pemerhatian. Di antara cadangan aktiviti murid-murid di
peringkat ini ialah seperti lukisan, catan, capan, stensilan, kolaj, montaj, gurisan,
gosokan, renjisan, tiupan, capan, resis dan cetakan. Di peringkat penilaian ini murid
boleh menyatakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri sama ada di dalam bilik darjah
atau di rumah. Semasa murid berada di tahun tiga, apa yang diharapkan murid sudah
boleh meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar.
Murid sudah boleh menghasilkan produk seni dengan menggunakan pelbagai bahan
dan teknik melalui penerokaan. Seterusnya di peringkat analisis murid boleh memilih
dan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai dalam penghasilan produk seni.
Di antara teknik-teknik yang boleh dicadangkan ialah seperti stensilan, montaj, capan,
catan, resis, kolaj, lukisan, gurisan, tekapan dan cetakan. Di peringkat interpretasi dan
penilaian, murid dapat menghasilkan produk seni dengan menggunakan pelbagai alat,
bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan seterusnya dapat membuat
pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Ditahap ini murid dijangka boleh
membuat dokumentasi mudah dalam portfolio supaya dapat meluahkan perasaan
dengan lebih jelas dan terperinci. Di sini murid dapat menghayati nilai-nilai estetik yang
ada dalam sesuatu hasil kerja.

Di tahun tiga, adalah diharapkan murid dapat mengaplikasikan asas senireka iaitu
unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam penghasilan produk seni
berdasarkan tema imaginasi murid. Di peringkat ini murid dapat menghasilkan produk
seni dengan menggunakan alat,
bahan, dan teknik yang sesuai serta dapat mengaplikasikan Asas Senireka dalam hasil
kerja mereka. Di antara cadangan aktiviti yang sesuai dijalankan ialah seperti lukisan,
catan, capan, stensilan, kolaj, resis, mozek, gurisan, cetakan.

TEKNIK
Teknik penghasilan produk seni biasanya bergantung pada jenis alat atau media yang
digunakan. Kesemua alat/media boleh digunakan untuk menghasilkan
berbagai teknik seperti berikut:
Teknik penghasilan corak
Kita boleh menghasilkan corak antaranya ialah dengan cara:

Pualaman

Tiupan

Titisan

Ikatan dan celupan

Renjisan dan percikan

Capan

Lipatan dan guntingan

Menggunakan garisan grid seperti susunan batu bata, sisik ikan, pucuk rebung,
orgee, mata ikan bilis, petak dam dan sebagainya.

Teknik menghasilkan catan


Teknik menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata di sebut sebagai catan
mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak.
Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.
Hal yang merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna. Latihan mengaplikasikan
pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding. Satu
hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.
Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain. Satu hasil karya
seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan
bahantara pigmen warna.

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk
meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau
menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas
bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj,
montaj dan cetakan.
Sehubungan itu dalam menghasilkan lukisan penggunaan alat dalam sesebuah lukisan
terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan
dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan. Antara
bahan yang boleh digunakan ialah seperti berikut:
Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
Marker pelukisan (rendering marker)
Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal
Jenis-jenis Kertas Lukisan
Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat
dalam
pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip,
kertas

fotokopi, kertas suratkhabar.

Teknik menghasilkan Kolaj


Bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu
permukaan. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau
bahan lain di atas permukaan 2D menjadi imej. Berbagai jenis bahan dilekat disatu
permukaan khas disebut kolaj. Banyak bahan yang boleh digunakan sebagai bahan
untuk mewujudkan imej-imej yang dikehendaki. Antaranya ialah:

Beras

Gula

Kekacang

Pasir

Rempah-rempah

Teknik menghasilkan Montaj


Kerja ini merupakan satu aktiviti menampal dan melekatkan gambar-gambar pada
suatu permukaan untuk menimbulkan imej yang pelbagai dengan menggunakan
potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk
menghasilkan satu tajuk atau tema. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar
foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi imej yang terhasil daripada
cantuman beberapa imejan. komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik
superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif
untuk menghasilkan satu hasil karya montaj. Proses membuat gambar dari beberapa
gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain. Proses
menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada
bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni. Alat yang digunakan
antaranya ialahGunting, pisau pemotong kertas dan berbagai jenis gam.

Teknik menghasilkan Cetakan


Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan
dakwat ke atas satu permukaan. Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa
banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Proses ulangan imej
daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses di
mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. Imej atau gambar yang
dihasilkan dengan menggunakan acuan plat.
Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata. Proses menggambar atau mencorak
yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan
menggunakan dakwat. Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu
permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Cetakan bererti mengecap corak atau
gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan tertentu.

Teknik menghasilkan Gosokan


Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel,
menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk
menggosok.proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang
berjalinan. Cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada
sesuatu permukaan ialah dengan membuat gosokan. Hasil cetakan dibuat dengan
menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas
suatu permukaan yang berjalinan. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat
dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok
menggunakan bahan tertentu.
Teknik gosokan
Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama

secara berulang kali


Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
Gosokan secara pusingan
Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.
Gosokan potongan kertas
Teknik menghasilkan Resis

Satu aktiviti penghasilan produk seni yang dihasilkan dari warna basah dan
contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.
Resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke
permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat
atau diwarnakan. Dengan itu ia merupakan penghasilan produk seni yang dihasilkan
dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan
kertas yang disapu lilin. Teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat
untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya.
Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap
warna dan dalam keadaan warna asal. Resis boleh juga dijalankan dengan cara
menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke
peringkat warna gelap.

Teknik menghasilkan Percikan

Satu aktiviti penghasilan produk seni dalam kerja-kerja seni dengan mendetik,
mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a
speckled granite style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna
yang lain. Percik-percik halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan
kesan antik. Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan
menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata.
Dalam buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan
titik pada lukisan cat. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik
air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas
ke suatu permukaan.Dengan ini percikan adalah aktiviti menghambur ke sana sini,
memantul berselerak ke sana sini atau satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan
atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan
seperti permukaan batu atau marble.. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana
cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain. Alatan penting yang digunakan
untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan
kertas. Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble
yang menarik. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap,
tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.

Teknik menghasilkan Mozek


Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau
gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar.
Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan
seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau
permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan /kilauan. Satu imej yang
berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan. Foto mozek adalah
gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk.
Mozek merupakan satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau
seramik disusun di bahagian latar yang di plaster. Satu corak seni yang dihasilkan

dengan menekan kepingan batu, kaca, seramik atau tessera. Satu seni dekoratif lama
dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu, tessera di permukaan dinding, siling dan
lantai. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada
asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Orang
Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada
permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada abad
ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek.

Alat dan Bahan: gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam atau gam
simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat cebisan kertas,
pensel, kertas latar.
Cara-cara:
1. Buat satu lakaran pensil tentang tema atau tajuk yang hendak dibuat di atas
permukaan kertas.
2. Potong kertas warna dalam rupa bentuk yang sama. Potongan kertas yang
berlainan warna perlu diasingkan supaya senang diperolehi dan boleh
menjimatkan masa semasa proses menampal dijalankan.
3. Letak gam atau pelekat pada cebisan kertas dan di atas permukaan
kertas
yang mempunyai lakaran. Lekat potongan kertas berwarna tersebut pada
kawasan lakaran tersebut. Tinggalkan ruang di antara cebisan-cebisan
kertas supaya tindihan tidak berlaku.

Prosedur mengguna alat dan bahan


Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni

Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan mengikut
tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan bantu dengan
cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak.
Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan
sebelum disimpan supaya tidak rosak
Prosedur penyediaan alat dan bahan.
- Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran
- Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan
- Menentukan bahan dan teknik.
- Menyediakan alat dan bahan.
- Kesesuaian pemilihan alat dan bahan mengikut umur.
- Keselamatan murid perlu diutamakan.
Penggunaan alat dan bahan.
- Mengambil pertimbangan yang diperlukan bagaimana alat dan bahan itu
diagihkan atau diedarkan.
- Mengambil langkah-langkah keselamatan
- Mengambil kira bilangan yang mencukupi
- Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan mengutip.
Prosedur Pengurusan Alat dan Bahan
Para guru boleh menggunakan prosedur berikut untuk pengurusan alat dan bahan
dalam bilik
pendidikan seni:
- Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan.
- Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah.
- Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkannya.
- Membuat inventori dalam buku stor.
- Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan.

Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan bahan
yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk
tujuan membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula boleh
dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut:
A)

Alat dan bahan untuk penghasilan


Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:
Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat.
Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij.
Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai alas meja.

B)

Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran:


Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan pengalaman
sedia ada murid. Contohnya :
Bola,baju,kasut,kotak ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg,
jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek
harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket
Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara
langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid. Contohnya:
Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dan kad
ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan
gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana.

(iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya.

You might also like