You are on page 1of 13

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucap terima kasih kepada Tuan Haji A.Bakar bin A.Rahim,
Pengetua SMK Taman Melawati kerana memberi kerjasama dan nasihat kepada kami
sepanjang menjalankan tugasan ini.

Ribuan terima kasih kepada guru sejarah yang telah banyak mencurah ilmu serta
membimbing untuk menyiapkan tugasan ini.

Juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu saya Puan Naliny A/P
Munusamy yang banyak membantu saya dan ayah saya Encik G.Parasuraman A/L
K.Ganapathy yang sentiasa mendorong saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak lain termasuklah rakan-rakan saya
Kishinni, Shalini, dan Nadine Naveena yang telah membantu saya untuk menyiapkan
tugasan ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu perayaan tradisi kaum di

Malaysia merangkumi objektik-objektif berikut:

a. Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya
membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

b. Menambah pengetahuan saya tentang perayaan tradisi kaum di Malaysia

c. Menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi

muda melalui kajian ini.


KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini seperti

a. Rujukan

Saya telah menjalankan rujukan terhadap surat khabar, majalah, dan buku-
buku yang berkaitan. Saya juga telah mengunjungi rumah-rumah jiran saya yang
berbangsa India bagi mendapat maklumat tentang Perayaan Deepavali.

b. Pemerhatian

Kaedah ini dilakukan sekitar rumah jiran saya yang berbangsa India.
Kaedah ini dipilih bertujuan melihat keadaan dan suasana sambutan Perayaan
Deepavali.

c. Penyelidikan

Saya telah menjalankan penyelidkan di perpustakaan sekolah, melawat


laman web yang berkaitan Perayaan Deepavali dan merujuk majalah yang
berkaitan. Semua maklumat ini saya analisis agar ia bersesuaian dengan kajian
yang dijalankan.
RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam
tempoh masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak
pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Perayaan Deepavali, saya rasa amat
bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi kaum
yang terdapat di negara yang tercinta ini. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak
pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Selain itu, saya juga telah mempelajari
tentang keistimewaan dan keunikan perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai
pelancong asing. Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga dapat menguasai
kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi.

Disamping itu, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran,
memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan - rakan semasa menjalankan
dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan
saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus
ini.
ELEMEN 3
Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan
mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan


perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek. Antaranya ialah
dengan menganjurkan rumah terbuka kerana Rumah Terbuka bagi sesuatu perayaan
mampu mengabungkan beberapa suku kaum di bawah satu bumbung. Sebagai contoh,
Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh pemimpin sesuatu kawasan akan
menjadi tumpuan rakyat berbilang bangsa.

Media massa juga memainkan peranan dalam memperkukuh dan mengekalkan


perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana media massa adalah salah satu sumber
informasi yang terkini dan berguna untuk masyarakat. Media massa juga merupakan
wadah penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat. Pihak media
hendaklah sentiasa peka kepada keadaan disekeliling agar maklumat dapat disampaikan
dengan serta merta dengan berkesan. Tidaklah masyarakat menjadi seperti katak dibawah
tempurung yang tidak mengetahui perkembangan di sekelilingnya. Setiap sambutan
perayaan perlulah mendapat liputan meluas daripada media.

Seterusnya dengan pertunkan kesenian sesuatu kaum kerana keseniaan sesuatu kaum
kini bukan sahaja menjadi tumpuan kaum tersebut sahaja malahan turut menjadi tumpuan
suku kaum lain. Sebagai contoh, Perayaan Tahun Baru Cina akan menarik pelbagai kaum
untuk turut memeriahkannya kerana unsur kesenian Tahun Baru Cina iaitu Tarian Singa
menjadi kegemaran suku kaum lain.

Akhir kata, sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia dapat merealisasikan


impian Perdana Menteri kita dalam memacu konsep 1Malaysia. Hal in sebab melalui
pelbgai perayaan, perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dapat ditingkatkan.
RUJUKAN
1. Internet:

- http://mstar.com.my/variasi/manusia_...usia_peristiwa

2. Orang Sumber:

3. Akhbar:
Maksud tersirat di sebalik perayaan Deepavali

Masyarakat Hindu yang menyalakan pelita di hadapan patung dewa Krishna

DEEPAVALI atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India

yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.

Perayaan itu jatuh pada 17 Oktober pada tahun ini.

Masyarakat Hindu menggunakan cahaya sebagai makna simbolik untuk menyatakan

kebaikan akan mengatasi kejahatan.

Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad

dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi.

Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah

yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya)

Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan
sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat

selama-lamanya akan disedari.

Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia

daripada berbuat jahat.


Masyarakat Hindu biasanya menyalakan pelita dihadapan rumah pada hari Deepavali.

Ada dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Deepavali iaitu:

PEMBUNUHAN NARAGASURA

Perayaan Deepavali disambut pada hari yang dimana salah seorang dewa Hindu, Krishna

membunuh makluk jahat Naragasura sehari sebelum perayaan Deepavali.

Masyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan kebaikan

akan mengatasi kejahatan.-Untuk meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kuasa kejahatan

perayaan Deepavali diraikan.

KISAH RAMA BALIK KE AYODHYA

Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama

pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun.

Rama pulang ke negaranya dengan isterinya Sita dan Lakshamana selepas membunuh
Ravana, seorang yang jahat.

Sepanjang perjalanan, apabila Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, menuju ke arah

utara India dari selatan, orang yang tinggal disitu menyalakan pelita minyak sapi yang

menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana.

Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Rama kembali ke tanah

jajahannya.

SAMBUTAN DEEPAVALI OLEH KAUM SIKH

Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan

mereka di atas sebab yang berbeza.

Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu telah

dipenjarakan oleh seorang Raja.

Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa.

Sejurus itu , barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara

dengan memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskan Guru Nanak.

Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya.

Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang

raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak.


Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali.

PERSIAPAN UNTUK HARI DEEPAVALI

Masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-muih,

membersihkan rumah dan membeli pakai baru untuk dipakai pada hari tersebut.

Muruku, Neiurundai dan Atherasam merupakan kuih-muih tradisional orang India.

Tetapi pada masa kini, mereka juga membuat biskut dan kek selain makanan tradisional

mereka. Ronggoli Kolam adalah lukisan diatas lantai yang diperbuat daripada beras

berwarna.

Kolam yang dihasilkan daripada beras berwarna. Adalah tradisi masyarakarat India yang
beragama Hindu untuk membuat Kolam dihadapan rumah mereka untuk sambutan hari
Deepavali. - Foto THE STAR oleh AHMAD AZMAIL AWANG
Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini
adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut.

Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat Kolam tersebut.

Lampu-lampu pelita dinyalakan pada malam Deepavali.

PAGI DEEPAVALI

Pada pagi Deepavali, masyarakat India akan menggunakan minyak bijian sebelum mandi
sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri.

Selepas itu, mereka sekeluarga akan berpakaian serba baru dan sembayang.

Sejurus itu, anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam
rumah mereka untuk meminta restu.

Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak mestilah
“vegetarian” hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak galakkan).

Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini.

SEHARI SEBELUM DEEPAVALI

Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara
sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selam-lamanya.

Makananan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan
mereka.

Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya
akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan.

You might also like