You are on page 1of 4

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN GURU

CEMERLANG
Guru cemerlang yang dipilih di sekolah SJK(T) Jalan Bukit Renggam ialah Dr.Vasu A/L
Dorasamy. Beliau merupakan guru cemerlang bahasa Inggeris yang dipilih pada tahun 2010
hingga sekarang. Satu temu bual telah dilaksanakan pada 06 Ogos 2015 untuk
mendapatkan maklumat tentang diri beliau serta pangkat beliau sebagai guru cemerlang.
Beberapa soalan telah dikemukakan kepada beliau untuk mendapatkan maklumatmaklumat tersebut. Pertama sekali, dalam proses pemilihan sebagai guru cemerlang beliau
telah menerangkan tentang beberapa langkah yang telah beliau lalui.
Mula-mula sekali beliau telah memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) dan seterusnya dipanggil untuk satu ceramah. Dalam ceramah tersebut beliau telah
dinilai tentang kriteria-kriteria yang terdapat pada beliau untuk menjadi sebagai guru
cemerlang. Selepas itu, beliau telah dilawati oleh Jemaah Nazir yang bernama
En.Mohammad Nazir dan seorang pegawai dari KPM. Mereka telah menyelia beliau semasa
beliau mengajar subjek bahasa Inggeris kepada murid-murid tahun 6. Selepas penilaian
tersebut mereka telah menyemak modul-modul yang telah disediakan oleh Dr.Vasu. Dr.
Vasu telah menyatakan bahawa modul merupakan salah satu kriteria penting kerana modul
memberi 30 markah. Kemudian itu, sesi temuduga bersama dengan guru besar dan rakan
sejawat serta murid-murid diadakan secara rambang untuk mendapatkan maklumat tentang
ciri-ciri dan tingkah laku beliau. Akhirnya beliau telah dipilih sebagai guru cemerlang
berdasarkan markah yang diperoleh.
Soalan seterusnya yang ditujukan adalah tentang sebab beliau memohon untuk
menjadi sebagai seorang guru cemerlang. Dalam konteks soalan ini, beliau telah
menyatakan bahawa minat beliau setelah melihat guru-guru cemerlang bidang bahasa
Inggeris di beberapa taklimat dan mesyuarat. Sokongan rakan sejawat dan sokongan guru
besar En.Maniam juga menjadi dorongan utama dalam memohon jawatan sebagai guru
cemerlang. Seterusnya beliau telah berkongsi tentang sumbangan beliau sebagai guru
cemerlang. Beliau telah memberi sumbangan dari segi peningkatan kualiti dari segi kualiti
murid, kualiti keputusan dan kualiti pentadbiran sekolah dimana pada tahun 2008, SJK(T)
Bukit Renggam telah dianugerahkan sebagai sekolah cemerlang luar bandar. Pada masa
yang sama selepas beliau mendapat anugerah guru cemerlang, guru besar sekolah tersebut
telah mendapat anugerah guru besar cemerlang. Dr.Vasu juga telah menghasilkan modul
dan terlibat dalam pembinaan soalan bahasa Inggeris. Beliau memainkan peranan sebagai
penyelia JSI untuk sekolah SJK(T) DAN SJK(C) serta membantu dari segi sistem fail dalam

sistem pentadbiran. Satu lagi sumbangan beliau adalah menjadi salah seorang panel
penulis buku teks bahasa Inggeris tahun 4 dan 5.
Di samping itu, beliau telah berkongsi maklumat tentang kriteria yang akan
dipertimbangkan untuk menjadi seorang guru cemerlang. Salah satu kriteria yang telah
dinyatakan oleh beliau ialah penglibatan diri sebagai jurulatih peringkat Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dan KPM. Keberhasilan dari segi pengajaran merupakan aspek utama untuk
menjadi guru cemerlang. Pada masa yang sama menghasilkan modul-modul yang perlu
diiktiraf juga merupakan salah satu kriteria yang akan dipertimbangkan untuk menjadi
seorang guru cemerlang. Beliau menyatakan bahawa seseorang guru cemerlang perlulah
menjadi promoter serta mempunyai ciri-ciri guru penyayang. Dr. Vasu juga menyatakan
teladan untuk beliau menjadi seorang guru cemerlang. Pn. K.Jayanti, guru bahasa Inggeris
serta En. Pandiraj, Jemaah Nazir merupakan antara suri teladan yang mendorong beliau
untuk menjadi guru cemerlang. Mereka berdua telah memberikan banyak idea dan nasihat
kepada beliau.
Terdapat beberapa inovasi pedagogi yang disumbangkan oleh Dr.Vasu kepada pihak
sekolah. Beliau telah menghasilkan 87 modul bahasa Inggeris untuk proses pengajaran
murid-murid tahun 5 dan tahun 6. Beliau juga merupakan Ketua Panel Mid bahasa Inggeris
kertas 2. Beliau juga telah memberi sumbangan kepada pedagogi dengan menjadi Ketua
Unit Penilaian Pembinaan Item UPPM serta membuat kajian tindakan pengajaran abad ke21 peringkat jabatan. Beliau sentiasa berkongsi maklumat yang beliau dapat melalui
peranan-peranan tersebut kepada para guru di sekolah. Sebagai seorang guru cemerlang,
Dr.Vasu menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang cabaran yang negatif dan hanya
menitikberatkan ciri-ciri keberanian untuk memberi cadangan kepada pihak atasan. Pada
pendapat beliau guru yang ingin menjadi guru cemerlang juga perlu melibatkan diri dalam
semua aktiviti sekolah dengan penuh dedikasi.
Seterusnya, beliau menyatakan pendapat bahawa terdapat beberapa jawatan yang
boleh disandang oleh seorang guru cemerlang. Antaranya ialah jawatan sebagai guru besar,
pegawai bahasa, school improvement specialist, pegawai bahasa di PPD dan KPM. Akhir
sekali, beliau juga berkongsi tanggungjawab beliau kepada pihak sekolah, murid dan
penduduk. Beliau menyatakan tanggungjawab beliau kepada pihak sekolah adalah dalam
memastikan kualiti kurikulum dan kokorikulum serta membantu menyelesaikan masalah
yang berkaitan dengan pengajaran khususnya dalam pengajaran bahasa Inggeris. Beliau
juga memainkan peranan sebagai agen menyebarkan peruntukkan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Untuk murid pula beliau memainkan peranan sebagai pakar rujuk
bahasa

Inggeris.

Untuk

masyarakat

setempat

pula

beliau

menjadi

agen

yang

mempromosikan sekolah. Kesimpulannya, guru cemerlang merupakan satu tanggungjawab


yang harus dipikul oleh semua guru.

Gambar 1: Guru Cemerlang

Gambar 2: Anugerah Yang Diperoleh

Gambar 3: Cenderahati Yang Diperoleh

Disediakan Oleh,
_____Revathi_________
(REVATHI A/P VETRIVEL)
Setiausaha BIG Fasa 6
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor.

9 Ogos 2015

You might also like