You are on page 1of 4

Soalan: Cara-cara memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Pada zaman pascakemerdekaan ini, semangat perpaduan dalam kalangan


masyarakat kita tidak lagi dipandang serius. Kebanyakan rakyat Malaysia gemar untuk
bergaul secara berkelompok iaitu dari bangsa dan juga agama yang sama sahaja tanpa
mengambil peduli kesan buruk akibat daripada perbuatan mereka. Sekiranya masalah
ini berterusan adakah Wawasan 2020 yang memungkinkan negara kita mempunyai
status maju akan tercapai? Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu
materialistik dan individulistik marcapada ini, kita sebagai rakyat Malaysia sayugianya
memahami maksud semangat perpaduan yang perlu dititikberatkan di negara kita.
Perpaduan merujuk satu suasana atau ikatan yang mesra antara rakyat sesebuah
negara itu. Antara impak yang timbul akibat ketiadaan perpaduan ialah peperangan,
sikap saling bergaduh sesama sendiri dan juga ketiadaan pertumbuhan ekonomi yang
stabil di sesebuah negara itu. Kenapakah masyarakat di negara ini masih tidak akna
dengan situasi ini? Artikel dan kempen mengenai kepentingan perpaduan telah banyak
kali diketengahkan oleh pihak media massa di negara ini lalu membuktikan betapa
seriusnya konsep ini kepada masyarakat kita. Isu perpaduan kaum merupakan satu
usaha berterusan yang perlu diberi perhatian yang khusus bersama-sama oleh semua
pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat,
nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya kepada negara
kita. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar
perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekali gus
mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali bak kata pepatah
menyesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. Bertitik tolak daripada hal ini,
pelbagai prakarsa yang komprehensif dan drastik perlu diambil dengan segera kerana
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Pelbagai cara dapat dikenalpasti untuk mengukuhkan lagi semangat perpaduan


yang semakin terhakis di negara kita. Semua pihak memainkan peranan penting untuk
menjayakan hasrat ini dan bukan hanya seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Salah
satu langkah dominan yang perlu diberi perhatian adalah mengadakan aktiviti gotong
royong dalam masyarakat setempat. Aktiviti gotong-royong merupakan salah satu
peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan
mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat
bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat
kediaman mereka sesuai dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat. Sebagai
contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan
kawasan perumahan, taman permainan, kawasan sekolah dan sebagainya. Dengan
berbuat demikian, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja
yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing dan juga ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni. Sebagaimana yang kita

maklum juga dengan melakukan aktiviti gotong royong bukan sahaja dapat
mengukuhkan ikatan silaturahim dalam kalangan masyarakat bahkan dapat
menyihatkan badan dan mengelakkan penyakit berjangkit daripada terus berleluasa
misalnya penyakit denggi dan penyakit taun. Usaha ini akan membawa impak kepada
sesebuah masyarakat setempat itu sendiri kerana mereka berpeluang mengenali lebih
rapat dan beramah mesra dengan orang lain yang berlainan bangsa dan agama. Oleh
hal yang demikian, kita dapat mengetahui bahawa dengan melakukan aktiviti gotong
royong membersihkan kawasan bersama-sama, semangat perpaduan dapat dieratkan
dalam kalangan masyarakat.

Prakarsa yang tidak kurang pentingnya untuk dibincangkan adalah dengan


menganjurkan aktiviti sukan dan permainan dalam sesuatu kawasan perumahan. Pihak
kerajaan hendaklah mengambil inisiatif untuk menyediakan lebih banyak lagi
gelanggang permainan yang dapat digunakan oleh orang awam dan bukannya hanya
terdapat di institusi pendidikan sahaja bak kata pepatah hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali
penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini,
satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan
permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang,
ping pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita hendaklah berusaha untuk
merealisasikan impian iaitu pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara
misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh
kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki juga dapat
dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan
dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat
antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara. Hal ini
membawa konotasi bahawa dengan menyertai aktiviti sukan dan permainan yang
dianjurkan, kita dapat menjalani gaya hidup yang sihat dan bebas dari penyakit
berbahaya seperti penyakit jantung, strok dan sebagainya selain dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat kita. Berdasarkan huraian tadi, jelaslah bahawa
penganjuran sukan dan permainan kepada masyarakat dapat mengukuhkan perpaduan
rakyat negara Malaysia.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan meraikan hari perayaan yang
pelbagai di negara Malaysia, kita dapat mengeratkan silaturahim sesama sendiri tanpa
mengenal warna kulit. Melalui amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat
mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum.
Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari
Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan
perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap

adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan
perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia. Pada masa
yang sama, konsep rumah terbuka yang diuar-uarkan di negara Malaysia dapat kita
ikuti kerana setiap kaum mempunyai perayaan yang tersendiri. Rumah terbuka ketika
musim perayaan membolehkan sesiapa sahaja melawat rumah jiran mereka lalu
mewujudkan satu persefahaman tentang kehidupan mereka tanpa disedari. Lamakelamaan budaya kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi sebegini memberikan
satu pandangan yang positif tentang jiran tetangga yang kemudiannya turut
mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang wujud dalam jiwa masyarakat mereka itu.
Kesannya, perpaduan masyarakat berbilang kaum boleh dicapai melalui perluasan
konsep rumah terbuka di negara ini. Sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan ziarahmenziarahi pada musim perayaan dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat negara kita.

Salah satu langkah yang penting yang harus dilaksanakan dengan menjadikan
perayaan Hari Kemerdekaan negara Malaysia disambut dengan meriahnya pada setiap
tahun. Sebagaimana yang kita semua tahu tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh
keramat kemerdekaan negara. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlu menghargai
jasa pejuang tanah air terdahulu untuk mendapatkan keamanan yang kita kecapi
selama ini dengan menanam sikap patriotisme kepada negara kita. Sambutan Hari
Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk
perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara
sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya
dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya
Keranamu Malaysia dan tema pada tahun 2015 ini iaitu Sehati Sejiwa diharap dapat
menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Peribahasa hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri, perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar
perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai
Wawasan 2020. Rentetan itu, jelaslah bahawa kita sebagai rakyat Malaysia yang
berwawasan perlu mengambil langkah sederap iaitu dengan menyambut Hari
Kemerdekaan yang hanya datang sekali sahaja pada setiap tahun.

Secara tuntasnya, perkara yang dibincangkan diatas amat perlu diberikan


penekanan dan perhatian kepada setiap rakyat Malaysia demi kebahagian dan
kesejahteraan kita bersama. Semua pihak yang meliputi golongan pemimpin dan juga
golongan yang dipimpin perlu bersama-sama berganding bahu dan bersatu hati untuk
memastikan negara tidak terdedah dari penjajahan kuasa asing lagi. Usah lagi
penderitaan yang dilalui oleh nenek moyang kita terdahulu daripada berulang kembali.
Sentiasalah memperingati jasa-jasa dan titik peluh perajurit-perajurit negara kita yang

bersusah payah merampas semula keamanan yang telah dicuri oleh penjajah pada
suatu ketika dahulu. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng
akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita
berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi
menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun
terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang
gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh
tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian,
perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai. Pendek kata, kita haruslah
bersikap sehati sejiwa dan sehilir semudik dalam usaha merealisasikan perpaduan
kaum dalam kalangan rakyat Malaysia yang berlainan kaum, agama dan latar belakang
kehidupan bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat. Jelaslah bahawa perpaduan rakyat dapat membangunkan dan
memakmurkan bangsa dan negara.

You might also like