You are on page 1of 2

PSV3113E PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN & PENILAIAN


PENGERTIAN PENTAKSIRAN
Merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi
sesuatu tujuan.
DEFINISI
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu
proses pendidikan.
KONSEP PENTAKSIRAN
1.
2.
3.
4.

Keobjektifan- ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.


Kebolehantadbiran- kelicinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat
atau berasaskan sekolah.
Kemudahtafsiran- maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan
calon,menepati tujuan mengadakan satu ujian dan pentaksiran.
Kekomprehensifan- mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang
penting.

Pengukuran- melibatkan data sistematik yang dikumpulkan mengikut peraturan.


Pengujian- satu bentuk pengukuran spesifik.
Penilaian- memberikan penghakiman ke atas pengumpulan data.
Pentaksiran- pengintegrasian data kualitatif dan kuantitatif yang dikumpulkan untuk menyediakan
maklumat mengenai pembelajaran, apa yang diajar dan bagaimana ianya di ajar.
Pentaksiran= Pengukuran + Pengujian + Penilaian
PENGUJIAN
TUCKMAN(1975) Ujian ialah satu jenis atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk
mengetahui tentang seseorang.
Menentukan perubahan tingkah laku murid.
Menentukan pencapaian murid dalam pembelajaran tertentu.
Menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian.
Memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran.
Melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat.
Gagne (1970) mendefinisikan adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang
individu (perkaitan dengan pembelajaran).

Pn.Nor Azizah/PSV3113E/23/6/2015

PENGUKURAN
Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik .
Tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai suatu ciri yang diukur dengan menggunakan
alat tertentu.
Untuk menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki prestasi/ ciri-ciri tertentu.
Menempatkan murid ke aliran yang sesuai.
Membuat penganalisaan, penterjemahan dan kesimpulan bagi kajian tertentu.
Pensijilan dalam bentuk pencapaian akademik bagi tahap persekolahan tertentu.
Digunakan sebagai kriteria oleh penguatkuasa tertentu untuk tujuan tertentu.

PENILAIAN
Gay (1985)
Membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran.
Stufflebeam (1971)
Penilaian adalah proses mengenal pasti, memperolehi dan menyediakan maklumat berguna.
Mengumpul maklumat mengenai pencapaian murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran pembelajaran bagi
membolehkan aktiviti pengayaan dan pemulihan.
Menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi membolehkan perancangan
strategi pengajaran yang lebih berkesan
Merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi membolehkan
aktiviti rujukan dijalankan jika diperlukan.
Mentaksir keberkesanan pelaksanaan program seperti KBSR/KSSR dan KBSM.

Pn.Nor Azizah/PSV3113E/23/6/2015

You might also like