You are on page 1of 8

28 Sep 2004

Pada masa ini para penyelidik sudah dapat membuktikan antara faktor-faktor yang
membezakan orang-orang
yang cemerlang dengan orang yang biasa-biasa sahaja ialah ialah cara mereka berfikir.
Pengurusan dan keusahawanan ialah aktiviti berfikir. Para pengurus dan ahli perniagaan yang
berjaya bukanlah terdiri daripada orang- orang yang kuat tenaga kudratnya, sebaliknya
mereka adalah orang-orang yang cekap dan mahir berfikir. Otak manusia ialah satu-satunya
komputer am yang dapat dijalankan dengan menggunakan glukos sebagai bahan tenaganya.
Bukan itu sahaja, otak ialah satu-satunya komputer yang dapat dijalankan oleh operator yang
tiada ke-mahiran menggunakannya. Tetapi sayangnya, komputer ini diberikan kepada
manusia tanpa disertakan buku panduan cara-cara menggunakannya.
Pakar-pakar bidang berfikir telah mencipta dan meng-gunakan pelbagai istilah bagi
menerangkan pelbagai jenis dan gaya berfikir. Banyak daripada istilah-istilah itu merujuk
kepada konsep-konsep pemikiran yang serupa ataupun yang bertindan antara satu dengan
yang lain.

Pemikiran Logikal
Pemikiran logikal ditandai oleh daya usaha bagi mengenal pasti apa yang betul dan apa yang
salah daripada segi logiknya. Logik terbahagi kepada dua jenis (a) Logik ciptaan akal
manusia semata-mata. Contoh logik jenis ini ialah matematik. Logik jenis ini disebut logik
akal. (b) Logik yang berdasarkan realiti alam sebenar. Logik jenis ini disebut logik natural
ataupun logik alam. Banyak pemikiran yang betul daripada segi logik akal terbukti salah
apabila dilihat daripada sudut realiti alam dan kehidupan sebenar.
Logik berguna bagi melakukan kerja-kerja seperti (a) Mencari kaitan sebab-akibat antara satu
perkara dengan perkara lain, ataupun antara satu peristiwa dengan satu peristiwa lain. (b)
Bagi membuat kesimpulan ataupun deduksi. (c) Bagi mempertahan hujah-hujah kita bagi
menyokong ataupun menolak sesuatu idea, cadangan ataupun pandangan.
Logik akal bersifat nyata dan langsung, oleh itu dapat dilihat. Logik akal terdiri daripada
suatu set peraturan. Oleh itu kesilapan logik terjadi apabila peraturan itu tidak dipatuhi.
Peraturan permainan bola ialah contoh suatu jenis logik akal. Matematik ialah contoh logik
akal yang terbaik, dalam erti kata lain, matematik ialah sistem logik yang sempurna. Logik
ialah alat memproses maklumat yang diterima. Logik berguna bagi menjelaskan perkara yang
tersirat. Proses ini penting di dalam matematik. Kita menggunakan matematik supaya kita
dapat `melihat dengan jelas kaitan antara maklumat yang terdapat di dalam masalah
matematik yang diberikan kepada kita.
Proses berfikir berlaku di dalam dua tahap. Tahap pertama ialah tahap apabila otak kita
membuat persepsi, iaitu tanggapan. Tahap kedua ialah tahap memproses, iaitu apabila otak
menggunakan logik. Pemikiran logikal mementingkan maklumat dan fakta. Kemahiran

berfikir secara logikal mempunyai kaitan dengan pemikiran analitikal dan pemikiran kritikal.
Walaupun pemikiran-pemikiran ini penting tetapi ia tidak dapat menerbitkan idea-idea baru.
Pemikiran Kritikal
Perkataan `kritik berasal daripada bahasa Yunani `kritikos yang bermakna `mampu menilai.
Pada masa ini perkataan `kritik mempunyai konotasi negatif. Kegiatan mengkritik sentiasa
bermakna membuat kritikan negatif, iaitu mencari kesalahan, kesilapan dan kelemahan.
Ketiga-tiga aktiviti itu adalah aktiviti serangan, cemuhan dan kutukan.
Pemikiran kritikal berfungsi seperti perbuatan membuang antah daripada beras. Pada asalnya
pemikiran kritikal dicipta untuk membuang kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang
salah. Dengan membuang semua antah dalam beras, yang tinggal ialah beras belaka, oleh hal
yang demikian, pemikiran kritikal memang tidak dicipta bagi menerbitkan klon-klon beras
yang lebih baik, mahupun untuk menokok beras itu supaya menjadi lebih banyak. Bayangkan
lima orang pemikir kritikal duduk di dalam sebuah pasukan petugas. Mereka diarahkan
membuat sebuah masjid. Disebabkan pemikiran kritikal bersifat reaktif mereka tidak dapat
berfikir sehinggalah ada orang lain membawa pelan masjid tersebut, barulah mereka dapat
mengkritik pelan itu.
Mencari kesilapan memang berguna kerana ia dapat menghindarkan kesilapan itu daripada
diulang, dan kesilapan itu dapat dibetulkan. Begitu juga dengan aktiviti mencari kelemahan,
yang dapat digunakan bagi memperbaiki kelemahan itu, supaya idea tersebut menjadi lebih
sempurna. Tetapi pemikiran yang hanya mampu mencari kesilapan dan ke-lemahan tidak
cukup bagi membolehkan seseorang mencapai keberkesanan intelektual. Pemikiran ini adalah
berdasarkan andaian yang berbahaya, iaitu segala-gala keperluan hidup dapat dipenuhi
jikalau seseorang itu mahir mencari pelbagaikesilap-an. Andaian ini percaya kalau seseorang
itu dapat menghindari semua kesalahan dia dapat mencipta kebaikan. Ini seperti percaya
jikalau kita dapat mencari kelemahan-kelemahan pada kereta lembu, kita dapat mencipta
kereta bermotor!
Pemikiran kritikal percaya dengan cara membuang semua faktor-faktor kesalahan dan
kelemahan, maka yang tinggal ialah faktor-faktor yang betul dan baik. Bagaimanakah
caranya dengan membuang faktor-faktor kelemahan dan kesalahan pada sebuah kereta lembu,
yang tinggal ialah sebuah kereta bermotor? Ini seperti mengatakan dengan membuang semua
kelemahan dapur kayu, yang tinggal ialah dapur gas. Buang apa-apa yang tidak betul, yang
tinggal ialah semua yang betul. Namun inilah andaian yang dianuti oleh pemikiran kritikal. Ia
percaya dengan membuang yang salah sudah cukup bagi mencipta sesuatu yang baru. Ini
seperti percaya dengan mendalamkan lubang yang ada dengan sendirinya lubang-lubang baru
akan muncul.
Pemikiran kritikal berguna bagi memperbaiki idea yang sudah sedia ada. Dengan berfikir
secara kritikal, kita dapat memperbaiki kereta lembu yang sudah ada, tetapi hasilnya tidak
lebih daripada sebuah kereta lembu yang lebih baik. Ia tidak menghasilkan kereta bermotor
kerana kereta bermotor bukan-lah kereta lembu yang sudah diperbaiki. Dengan membaiki
lilin, kita mendapat lilin yang lebih baik, tetapi kita tidak mendapat mentol, kerana mentol
bukanlah lilin yang sudah diperbaiki.

Penggunaan pemikiran kritikal mempunyai banyak kesan negatif. Pertama ia membunuh


pertumbuhan idea-idea baru dengan mematahkan semangat orang yang cuba menerbitkan
idea-idea tersebut. Idea-idea baru terkeluar daripada paradigma yang sedia ada dan ia
mencipta paradigma baru, tetapi pemikiran kritikal menilai idea-idea baru itu dalam konteks
paradigma lama. Sudah pastilah idea-idea baru itu menerima penilaian negatif oleh pemikiran
kritikal. Berfikir stail kritikal ditandai oleh keupayaan melihat kesilapan, kesalahan,
kelemahan dan kecacatan pada cara-cara berfikir seseorang, ataupun pada idea dan cadangan
yang dikemukakan.
Berfikir dengan menggunakan stail kritikal terfokus pada hasrat hendak membuktikan idea
orang lain salah. Walaupun begitu, cara berfikir kritikal berguna bagi membantu seseorang itu
mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan. Ini juga bererti, kemahiran berfikir secara
kritikal tidak berguna kalau seseorang itu tidak melakukan apa-apa. Dengan erti lain,
memiliki pisau tidak berguna kalau pisau itu tidak digunakan. Apabila seseorang itu
mempunyai idea, barulah kemahiran berfikir secara kritikal dapat digunakan bagi mencari
pelbagai kelemahan dan kesilapan yang ada pada idea itu supaya dapat diperbaiki.
Sayangnya, pemikiran kritikal tidak menerbitkan idea. Ia hanya dapat digunakan bagi
membuktikan sesuatu idea itu salah ataupun betul.

Pemikiran Kreatif
Pemikiran kreatif ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Stail ini
juga menghasilkan pelbagai cara bagi melakukan sesuatu. Apabila berfikir dengan menggunakan stail kreatif, matlamat berfikir ialah menerbitkan pelbagai persepsi, konsep, idea,
cara menyelesaikan masalah, meleraikan konflik, reka cipta, strategi dan taktik, prosedur
kerja, teori, hipotesis, peraturan dan hasil perundingan.
Bagi setiap perkara yang dilihat, ada bermacam-macam cara lain melihatnya. Bagi setiap cara
melakukan sesuatu, ada bermacam-macam cara lain melakukannya. Pemikiran kreatif
menunjukkan ciri-ciri berikut:
1. Sengaja menghasilkan idea baru, konsep baru dan tanggapan baru. Maksudnya idea yang
dikemukakan menyimpang jauh daripada idea yang ada sekarang. Ada kalanya idea itu
seolah-olah `gila-gila dan mencabar fikiran logik.
2. Mengutamakan cara lain bagi melihat sesuatu yang sedang difikirkan. Maksudnya, ia cuba
lari daripada cara biasa melihat sesuatu. Semakin banyak sudut pandangan yang digunakan,
semakin baik.
3. Memberi fokus pada usaha mahu mengubah idea yang ada pada masa ini. Maksudnya,
tujuan utama pemikiran ini ialah bagi membawa perubahan, bukan bagi menerus-kan idea
sekarang.

4. Mencari cara baru bagi menggantikan penyelesaian yang sedang digunakan sekarang.
Maksudnya, pemikiran ini cuba membuang cara kerja yang ada hari ini dan menggantikannya
dengan yang baru.
5. Pemikiran ini tidak pernah berpuas hati dengan jawapan yang digunakan sekarang.
6. Pemikiran ini sengaja menghasilkan idea-idea yang dapat memeranjatkan fikiran-fikiran
biasa.
7. Pemikiran ini mengganggap idea yang baik tidak perlu kelihatan logik pada awalnya. Ia
gemar menggunakan logik songsang. Sebagai contoh, biasanya orang menyapu garam pada
ikan sebelum digoreng. Logik songsang mengatakan goreng ikan dahulu, baru sapu garam.
8. Menumpukan perhatian kepada pelbagai kemungkinan yang mungkin berlaku pada masa
akan datang, maksud-nya, pemikiran ini gemar membayangkan apa yang akan terjadi akibat
adanya idea yang `gila-gila itu.
Pemikiran kreatif digunakan bagi menyelesaikan masalah, mencipta peluang-peluang baru,
dan menyokong idea yang ber-tentangan dengan fikiran semasa.
Pemikiran Analitikal
Berfikir secara analitikal ditandai oleh daya usaha hendak melihat sesuatu itu secara lebih
terperinci. Analisis ialah proses memecah-mecahkan masalah besar kepada bahagiannya yang
lebih kecil supaya dapat ditangani. Analisis ialah proses mencari punca-punca. Analisis ialah
usaha memahami sesuatu yang kompleks dengan cuba melihat situasi itu melalui unsurunsurnya. Yang menjadi masalah bukanlah sama ada analisis berguna ataupun tidak, tetapi
sama ada analisis sahaja sudah cukup. Kalau sesebuah meja mempunyai dua batang kaki,
setiap batang kaki berguna, tetapi dua batang kaki belum cukup. Meja itu memerlukan empat
batang kaki.
Seseorang itu melakukan pelbagai analisis kerana mahu menjawab soalan-soalan: Apa?
Mengapa? Bila? Bagaimana? Siapa? dan Di mana? Ada sangkaan analisis terperinci dapat
membantu penyelesaian masalah. Ada jenis-jenis masalah yang dapat diselesaikan dengan
cara menganalisis punca-punca masalah tersebut; tetapi kebanyakan masalah tidak dapat
diselesaikan dengan menggunakan analisis. Kalau suara radio sudah tidak kuat lagi, kita
dapat dengan cepat membuat analisis apa puncanya, dan membuang punca itu dengan
memasang bateri baru. Kalau nasi hangus, kalau lampu padam, kalau tayar basikal kempis,
semua masalah itu dapat diselesaikan dengan menganalisis punca-puncanya dan membuang
punca-punca itu.
Jenis-jenis masalah yang berpunca daripada sifat-sifat semula jadi tabiat manusia ialah
contoh masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan cara analisis. Banyak masalah tidak
dapat diselesaikan dengan cara mencari dan membuang puncanya. Jikalau seseorang itu tidak

dapat melintas kerana ada sungai di depannya, dia tidak dapat membuang sungai itu. Kalau
hari hujan dan dia basah, dia tidak dapat membuang hujan tersebut. Kalau matanya rabun,
dan dia sukar membaca, tetapi dia tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah itu dengan
cara mem-buang puncanya, kerana hal itu tidak dapat dilakukan.
Banyak jenis masalah adalah terdiri daripada jenis yang hanya dapat diselesaikan dengan
menggunakan teknik pemikiran `reka cipta, selain daripada analisis. Bagi menyelesaikan
masalah itu kita mereka cipta penyelesaiannya, bukan menganalisis punca-puncanya.
Pemikiran desain atau reka cipta mengkehendaki kita supaya melakukan itu ini, semata-mata
kerana hendak mendapatkan penyelesaian. Kita bukan cuba membuang punca, malah kita
tidak peduli pada apa punca masalah, sebaliknya kita mereka cipta penyelesaiannya.
Apabila berfikir dengan menggunakan stail analitikal matlamatnya ialah membuat huraian
terperinci berkenaan sesuatu idea ataupun perkara, mencari persamaan, perbezaan, mencari
punca-punca sesuatu masalah ataupun kejadian, menyusun maklumat-maklumat ke dalam
kumpulan-kumpulan, membuat pelbagai tafsiran, mencari perhubungan antara perkaraperkara, dan mencari kaitan sebab-akibat antara perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa.
Berfikir secara analitikal ialah salah satu aktiviti pemikiran logikal. Analisis memerlukan
maklumat dan fakta-fakta. Reka cipta yang bermutu tinggi adalah berdasarkan idea kreatif
serta maklumat yang betul. Idea yang baik ialah apabila faktanya betul. Kalau faktanya salah,
idea itu tidak mungkin baik. Stail ini kita gunakan bagi melakukan perkara-perkara berikut:
Memahami sesuatu dengan lebih mendalam, memahami kaitan antara satu perkara dengan
yang lain, dan memahami punca-punca kejadian.
Analisis, apabila digunakan dengan banyaknya, dapat menimbulkan kesan seperti orang yang
menggali perigi: semakin dia menggali, semakin dalam perigi itu. Ada risiko dia jatuh ke
dalam perigi yang dia sendiri gali dan tidak dapat keluar daripada perigi tersebut. Analisis
yang berjela-jela dapat menyebabkan minda menjadi tepok, maksudnya, seseorang menjadi
sesat dalam perincian yang tetek-bengek. Kerja-kerja analisis adalah aktiviti yang berguna.
Analisis membantu seseorang itu memahami situasi-situasi yang kompleks dan rumit.
Dengan itu dia dapat memahami apa yang sebenarnya berlaku di dalam situasi begitu.
Aktiviti analisis dapat digolongkan ke dalam tiga jenis. Pertama, analisis yang cuba
memahami sesuatu keadaan kompleks dengan cara memecah-mecahkan keadaan itu ke dalam
unsur-unsurnya yang lebih kecil, sebagai contoh seseorang itu dapat mengambil sebuah
basikal dan membuka basikal itu bagi memahami bahagian-bahagiannya. Kedua, analisis
yang cuba memahami hubungan sebab-akibat antara suatu peristiwa dengan peristiwa lain. Ia
cuba memahami jenis-jenis dan sifat-sifat interaksi yang berlaku, sebagai contoh analisis bagi
memahami apa kaitan antara perbuatan menghisap rokok dengan kejadian barah paru-paru.
Ketiga analisis yang cuba memahami persamaan dan perbezaan antara dua benda, perkara
ataupun peristiwa, sebagai contoh analisis bagi membandingkan antara faedah dan
keuntungan, ataupun antara hadiah dan rasuah.
Melalui aktiviti analisis seseorang itu dapat memahami keadaan yang sukar difahami;
memahami perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yang baru berlaku; membuat ramalan-

ramalan apa yang mungkin berlaku pada masa hadapan; dan dapat membuat perancangan
bagi mengawal kejadian, oleh itu aktiviti analisis sangat bermanfaat. Yang menjadi masalah
pada hari ini ialah kita terlalu memberi tumpuan pada aktiviti analisis. Membuat analisis dan
menghasilkan huraian adalah kerja intelektual yang mudah. Cuba ambil sebuah botol kicap.
Di atas sekali adalah tutupnya. Ada lubang yang ditutup oleh penutup itu. Ada leher botol.
Ada badan botol. Pada badan botol itu ada label kicap. Di bawah sekali ada tapak botol yang
membolehkan botol itu berdiri tegak. Antara leher botol dengan badan botol ada bahagian
yang boleh dipanggil bahu botol. Pada lubang botol itu ada bahagian yang boleh dipanggil
bibir lubang botol. Pada tutup botol itu ada bahagian yang mencekam bibir botol yang boleh
dipanggil. Apabila seseorang itu pandai membuat analisis, dia dapat menghasilkan huraian
yang semakan terperinci hingga tidak ada kesudahnnya. Dan di sebelah dalam tutup botol itu
ada pelapik gabus untuk. Tesis-tesis yang dihasilkan oleh mahasiswa-mahasiswa adalah
huraian-huraian hasil analisis yang mereka lakukan. Semuanya menjawab soalan Apa?
Semuanya mempunyai matlamat mahu menjumpai kebenaran.

Pemikiran Objektif
Tujuan berfikir secara objektif ialah mendapatkan maklumat dan fakta semata-mata. Tidak
dinafikan maklumat dan analisis adalah alat yang dapat memainkan peranan penting dalam
pengurusan, tetapi analisis tidak menjamin akan timbul jawapan YA ataupun TIDAK, oleh itu
apabila para pengurus hendak membuat keputusan, mereka sering mendapati analisis tidak
dapat meyakinkan hati mereka keputusan yang diambil itu keputusan yang tepat. Proses
mengumpul maklumat ialah proses yang amat lambat, manakala dunia perniagaan berubah
dengan begitu cepatnya. Maklumat yang dikumpulkan segera menjadi ketinggalan waktu dan
tidak sah lagi. Bagaimana pula dengan maklumat yang tidak disangka perlu dikutip dan dianalisis? Begitu pula dengan maklumat yang tidak berdaya didapat untuk dianalisis? Tanpa
kedua-dua jenis maklumat itu, dapatkah analisis ke atas maklumat-maklumat yang terhad
dijadikan asas keputusan?
Seseorang itu perlu memastikan idea yang sedang dinilai adalah berdasarkan maklumat dan
fakta yang betul. Berfikir secara objektif bererti seseorang itu tidak menggunakan unsurunsur emosi, cita rasa, prasangka mahupun nilai. Maklumat penting bagi memastikan sesuatu
idea itu adalah berdasarkan fakta yang betul. Maklumat penting bagi membuat keputusan
yang bermutu. Anggapan bahawa lebih banyak maklumat dapat menghasilkan lebih banyak
idea adalah tidak benar. Malah maklumat yang terlalu banyak boleh menyebabkan pemikir
tidak berupaya mencipta idea.Apabila berfikir secara objektif, seseorang itu tidak
mengemukakan sebarang cadangan, idea, pandangan, kritikan ataupun penilaian. Seseorang
itu hanya mencari maklumat semata-mata. Berfikir secara objektif ialah suatu kegiatan
berfikir secara logikal. Ia adalah berdasarkan maklumat dan fakta. Reka cipta yang bermutu
tinggi adalah berdasarkan fakta-fakta dan maklumat-maklumat yang betul. Anggapan bahawa
dengan memiliki lebih banyak maklumat maka keputusan yang dibuat lebih tepat adalah juga
tidak semestinya benar kerana pemikir mungkin terkeliru berkenaan maklumat mana yang
penting, yang berkaitan dan sebagainya. Oleh sebab itu, keputusan mungkin dibuat
berdasarkan maklumat yang salah, yang tidak penting ataupun yang tidak relevan.

Maklumat adalah penting. Ia sangat berguna. Tetapi maklumat tidak dapat menggantikan
kemahiran berfikir. Oleh kerana maklumat adalah perkara yang baik, kita sangka lebih
banyak maklumat tentulah lebih baik. Ramai orang percaya lebih banyak maklumat dapat
membantu seseorang itu mem-buat keputusan yang lebih tepat. Tetapi ini tidak semestinya
benar. Maklumat yang banyak dapat menyebabkan sistem menjadi sarat dengan maklumat
yang berkecamuk antara yang relevan dengan yang tidak relevan. Keadaan ini dapat menyebabkan keputusan menjadi lambat, malah ada kalanya salah. Ia juga dapat menyebabkan
sistem menjadi ketat dan tidak fleksibel. Kalau seseorang itu mesti mendapatkan segala-gala
maklumat terperinci berkenaan setiap makanan yang dimakan, lama-lama dia lapar dan
mungkin tidak berani makan. Semua jenis makanan mengandungi jenis-jenis bahan yang
dapat men-datangkan penyakit merbahaya.
Ada kepercayaan yang mengatakan maklumat dapat mem-bantu seseorang itu menemui
kebenaran. Lebih banyak maklumat yang kita temui, lebih dekat dia kepada kebenaran.
Selepas menjumpai kebenaran dia dapat membuat keputusan yang betul. Ada juga
kepercayaan yang yakin bahawa maklumat adalah kuasa. Makin banyak maklumat yang
dikumpulkan dan miliki semakin seseorang itu berkuasa. Pada hari ini pun ramai orang yakin
aktiviti menganalisis maklumat dengan sendirinya menghasilkan idea-idea baru. Tetapi minda
seseorang itu hanya dapat melihat apa yang hendak dilihatnya. Memang betul dengan
menganalisis maklumat seseorang itu dapat me-nerbitkan idea, tetapi idea itu mirip idea lama
sahaja, bukan idea-idea baru. Bagi menerbitkan idea baru seseorang itu perlu memandang ke
depan dengan menggunakan proses imaginasi dan spekulasi. Menganalisis maklumat ialah
aktiviti yang me-mandang ke belakang, kepada apa yang berlaku pada masa lalu kerana
maklumat muncul selepas sesuatu berlaku, tidak sebelumnya. Dengan demikian jikalau
analisis menghasilkan idea, idea itu mempunyai kaitan rapat dengan maklumat yang
dianalisis, oleh itu idea tersebut tidak bersifat idea baru, tetapi pembaikan idea lama yang
sedia ada sahaja.

tetapi itu tidak dianggap pendidikan penting. Kanak-kanak tidak diajar berimaginasi; malah
berimaginasi dianggap salah di sekolah. Malah pada peringkat universiti pun mahasiswa tahu
bahawa cara-cara untuk lulus dengan cemerlang ialah dengan memberi apa yang pensyarah
mahu.
Sistem pendidikan kita menghendaki para pelajar supaya menjadi pemikir yang analitikal,
logikal dan kritikal. Ketiga-tiga cara berfikir itu adalah ciri pemikiran akademik. Imaginasi
dan kreativiti, iaitu kegiatan otak kanan dan unsur pemikiran divergen, dianggap bukan ciri
pemikiran akademik. Jumlah orang-orang yang terlalu berotak kanan adalah sangat-sangat
sedikit. Biasanya mereka tidak tamat persekolahan, disangka tidak pintar oleh guru-guru
mereka, malah mungkin dikategorikan sebagai pelajar sederhana. Mereka menjadi mangsa
sistem pendidikan yang hanya memberi tempat pada murid-murid yang pandai mencari
`jawapan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh guru dan kertas soalan peperiksaan. Di
dalam sistem pendidikan sekarang, jawapan yang tidak `tepat adalah `salah.Semua individu
mempunyai keupayaan berfikir secara divergen kerana semua individu memiliki otak sebelah
kanan. Terdapat individu-individu divergen yang belajar `bermain permainan konvergen dan
menjadi pandai dalam permainan itu. Ini kerana pemikiran konvergen adalah mudah

dipelajari. Ia adalah pemikiran sistem tertutup, manakala pemikiran divergen adalah lebih
sukar kerana ia adalah pemikiran sistem terbuka.

You might also like