You are on page 1of 17

Soalan Percubaan Pengajian Am STPM Penggal 2 SMK Dato Said NilaiSumbangan Cikgu Amran

Bahagian A
[15 markah]
Jawab semua soalan.
1. Nyatakan empat teras utama Dasar Wawasan Negara [4]
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

..
..
..
...
2.

(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Dasar Alam Sekitar Negara telah diwujudkan untuk mengharmonikan matlamat


pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar. Nyatakan empat prinsip
pelaksanaan untuk mencapai matlamat tersebut. [4]
...
...
...
...

3. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah mengenalpasti beberapa


bidang utama untuk dicapai dalam tempoh tersebut. Nyatakan empat bidang tersebut. [4]
(i)
...
...
(ii)
...

(iii)

(iv)

...
4.
(i)
(ii)
(iii)

Nyatakan tiga kesan daripada pelaksanaan Dasar Penswastaan. [3]

...
...
...

Bahagian B
[20 markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
5.
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang
sesuai bagi menunjukkan hasil eksport industri berasaskan pertanian di Malaysia pada tahuntahun yang dinyatakan.
Sumbangan hasil eksport sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) menurun dari 7.0 peratus pada tahun 2005 kepada hanya 6.8 peratus pada tahun
2010. Namun demikian, sumbangan KDNK industri berasaskan pertanian meningkat dari 7.0
peratus kepada 7.6 peratus pada tahun 2010. Peningkatan ini adalah disokong oleh galakan
yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan mengurangkan duti eksport komoditi tersebut.
Maka tidak menghairankan apabila berlakunya peningkatan nilai eksport industri makanan
berasaskan pertanian daripada RM 8 627 juta pada tahun 2005 kepada RM 15 803 juta pada
tahun 2010. Hasil eksport industri minuman dan tembakau juga telah meningkat kepada RM
2 446 juta pada tahun 2010 berbanding RM 1 755 juta pada tahun 2005.
Dalam masa yang sama kerajaan menggalakkan keluaran perabut yang berinovatif
dan mempelbagaikan jenis keluaran perabut yang berkualiti tinggi. Hal ini telah
menyebabkan peningkatan hasil eksport keluaran kayu dan perabut. Hasil eksport industri
keluaran kayu meningkat sebanyak RM 4244 juta kepada RM 13 909 juta pada tahun 2010.
Sementara hasil eksport industri perabut pula menyumbang sebanyak RM 8 454 juta pada
tahun 2005 dan mengalami peningkatan sebanyak 69.56 peratus kepada RM 14 335 juta pada
tahun 2010.
Dalam tempoh masa yang sama, hasil eksport industri keluaran getah telah meningkat
daripada RM 6 923 juta kepada RM 11 368 juta. Hal ini berlaku lanjutan dari langkah
kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri hiliran untuk menghasilkan barangan sekunder
berasaskan bahan mentah tempatan. Hasil eksport industri kertas pula mencatatkan
peningkatan sebanyak RM 781 juta kepada RM 2 799 juta pada tahun 2010. Peningkatan
hasil eksport industri berasaskan pertanian menggambarkan pertumbuhan yang baik bagi
industri pertanian di negara ini.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Rancangan Malaysia ke Sembilan, 2006 2010)

6.
Berdasarkan petikan di bawah, lukiskan graf yang sesuai untuk menunjukkan keadaan
nilai indeks pengeluaran perindustrian bagi barangan pembuatan di Malaysia bagi tahun 2003
hingga 2006.
Dalam tempoh 2004 hingga 2006, eksport Malaysia telah meningkat dengan pesat
pada kadar purata yang memberangsangkan setiap tahun. Walau bagaimanapun, kadar
pertambahan pendapatan eksport menurun kepada 6.3 peratus pada tahun 2004 dan 2.7
peratus pada tahun 2005.
Sepanjang tempoh 2003 hingga 2006, keseluruhan indeks pengeluaran perindustrian
mengalami perubahan yang tidak menentu dengan beberapa indeks memperlihatkan
peningkatan yang agak ketara. Indeks perabot dan barangan elektrik memperlihatkan nilai
yang tertinggi bagi tahun 2006 iaitu 145.2 mata dan 1140.6 mata. Manakala nilai indeks yang
paling rendah ialah bagi indeks papan lapis iaitu sebanyak 90.8 mata dan diikuti industri
minuman sebanyak 97.9 mata. Indeks tembakau dan produk kelapa sawit, masing-masing
mencatat sebanyak 107.7 mata dan 131.8 mata pada tahun yang sama.
Pada tahun 2003, indeks pengeluaran barangan perindustrian mencatatkan nilai
tertinggi ialah barangan elektrik iaitu sebanyak 118.0 mata, diikuti oleh barangan perabot
sebanyak 117.3 mata. Indeks bagi barangan elektrik terus meningkat pada tahun 2004 kepada
126.5 mata, seterusnya mencatatkan sebanyak 130.6 mata bagi tahun 2005. Keadaan yang
sama juga ditunjukkan oleh industri perabot yang mencatatkan sebanyak 124.1 mata pada
tahun 2004 dan 134.8 mata bagi tahun 2005.
Indeks papan lapis juga mencatatkan sedikit peningkatan sepanjang tempoh tersebut.
Pada tahun 2003 nilai indeksnya sebanyak 97.1 mata, kemudian meningkat sebanyak 3.8
mata kepada 100.8 mata. seterusnya meningkat lagi kepada 101.5 mata pada tahun
berikutnya. Manakala indeks bagi barangan tembakau memperlihatkan sedikit penurunan.
Pada tahun 2003, indeks tembakau mencatat nilai 110.9 mata, sebelum menurun lagi kepada
109.1 mata pada tahun 2004. Nilai indeks ini terus menurun ke paras 103.7 mata pada tahun
2005.
Produk kelapa sawit memperlihatkan peningkatan. Pada tahun 2003, nilai indeks
sebanyak 105.8 mata, meningkat sebanyak 25.5 mata pada tahun 2005. Manakala pada tahun
2004, nilai indeks ialah 122.8 mata iaitu peningkatan sebanyak 17 mata berbanding tahun
sebelumnya. Barangan perindustrian yang memperlihatkan nilaian indeks yang tidak menentu
ialah industri minuman. Pada tahun 2003, nilai indeks ialah 88.7 mata, meningkat kepada
94.3 mata pada tahun 2004. Seterusnya menurun sebanyak 8.5 mata kepada 85.8 mata pada
tahun 2005 sebelum meningkat semula pada tahun 2006.
(Dipetik dan disesuaikan daripada Kementerian Kewangan , 2007)

Bahagian C
[25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.

7.
Perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang penting
dalam pembangunan ekonomi negara. Pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan
IKS di Malaysia. Bincangkan.
8.
Pengangkutan awam dapat memberikan faedah kepada pengguna jalan raya di
Malaysia. Namun, masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Bincangkan.

Disediakan oleh
Disahkan oleh

Disemak oleh

(EN. AMRAN SHARUDIN )


ZULAIHA BT
Guru Mata Pelajaran
MOKLAS )

( HJH. YUSLINA BT YUSOF )


Ketua Unit Sains Sosial

Penolong Kanan Ting.6

( HJH.SITI
MOHAMED

Skema Jawapan
Bahagian A
Soalan 1.
Nyatakan empat teras utama Dasar Wawasan Negara 2001-2010. [4]
a. Membina bangsa yang berdaya tahan
b. Membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang ekonomi antara kaum
c. Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi
d. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
e. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia
f. Membangunkan alam sekitar yang mampan
Soalan 2.
Dasar Alam Sekitar Negara telah diwujudkan untuk mengharmonikan matlamat
pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar. Nyatakan empat prinsip
pelaksanaan untuk mencapai matlamat tersebut. [4]
a. Pengawasan alam sekitar
b. Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam
c. Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar
d. Penggunaan mapan sumber-sumber asli
e. Membuat keputusan bersepadu
f. Peranan sektor swasta
g. Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa
Soalan 3.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah mengenalpasti beberapa
bidang utama untuk dicapai dalam tempoh tersebut. Nyatakan empat bidang tersebut.
a. Memartabatkan profesion perguruan
b. Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah
c. Meningkatkan kualiti sekolah
d. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran
e. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
f. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi
dalam pendididikan (program sarana sekolah)
g. Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran
kerja
h. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber
i. Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan

Soalan 4.
Nyatakan dua kesan daripada pelaksanaan Dasar Penswastaan. [3] - isi + huraian
a. Mengurangkan beban kewangan kerajaan mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
b. Meningkatkan kecekapan dan penghasilan kerja / mutu produktiviti dan perkhidmatan
c. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kekesanan Negara
d. Pembahagian sumber serta kecekapan

Bahagian B
Soalan 5.
MALAYSIA : INDEKS PENGELUARAN PERINDUSTRIAN BAGI BARANGAN
PEMBUATAN BAGI TAHUN 2003 HINGGA 2006
Barang
Perabut
Elektrik
Papan lapis
Minuman
Tembakau
Kelapa sawit

2003
(Mata)
117.3
118.0
97.1
88.7
110.9
105.8

2004
(Mata)
124.1
126.5
+3.8 = 100.8
94.3
109.1
122.8

2005
(Mata)
134.8
130.6
101.5
-8.5 = 85.8
103.7
+25.5 = 131.3

2006
(Mata)
145.2
1140.6
90.8
97.9
107.7
131.8

Skala: 1 cm = 90 mata
Graf garis kompaun / biasa
Soalan 6.
PERINCIAN PEMARKAHAN BAGI SOALAN 5:

A. MEDIA
1
2

Media tepat: Graf Bar Kompoun( 6 Bar )


Salah media (rujuk jadual)
Garisan lain-lain

PA

KT

KI

KJ

JUMLAH

20

01

4
3

4
3

4
3

3
1

15
10

2
2
2

2
2
2

2
2
2

2
2
2

08
08
08

B. PERSEMBAHAN
1
2

a. Bar siap hanya separuh (3 4 sahaja)


b. Bar siap kurang separuh (1- 2 sahaja)

C. MAKLUMAT SALAH
1
2
3

Tiada tajuk/ salah tajuk/ tiada tahun pada tajuk


Tiada petunjuk/ petunjuk pada muka surat lain
Tiada peratus/ salah nilai atau unit pada paksi y/ jumlah

besar
Tidak tulis istilah Peratus perubahan di paksi y dan di
dalam tajuk
Tidak tulis istilah Peratus perubahan di paksi y tetapi ada
di dalam tajuk
Sumber tidak lengkap
Tiada sumber
Jika jawapan hanya jadual sahaja
Butiran = 2
Tajuk =
Sumber =

4
5
6
7
8

08

16

5
5

5
5

4
4

3
3

18
17

03

MALAYSIA: HASIL EKSPORT INDUSTRI BERASASKAN PERTANIAN PADA TAHUN


2005 DAN TAHUN 2010
Bil
1
2
3
4
5
6

Jenis industri
Makanan
Minuman dan tembakau
Keluaran kayu
Perabut
Keluaran getah
Kertas

2005
(RMjuta)
8627
1755
9665
8454
6923
2018

2010
(RMjuta)
15803
2446
13909
14335
11368
2799

Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia ke 9, 2006 2010)

Skala : 1 cm : RM 1500 juta


Graf bar kompaun.
Bahagian C
Soalan 7.

Perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan ekonomi. Pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan IKS di
Malaysia. Jelaskan.
Bil
1

Idea
Menghasilkan input kepada
industri utama

Mewujudkan peluang
pekerjaan

Membasmikan kemiskinan

Membantu perkembangan

Huraian
Membekal input kepada industri utama-komponen /
barang separuh siap-mengurangkan import komponen
IKS menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada
penduduk khususnya di kawasan di mana IKS
terbina. Banyak industri kecil dibina di luar-luar
bandar dan memberi peluang pekerjaan kepada ramai
orang
IKS
membantu
kerajaan
mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi negara. Sumbangan IKS
kepada perkembangan industri Negara semakin
penting. Kadar pertumbuhan ekonomi melebihi 8%
setahun sejak 1989
Menggalakan perkembangan perusahaan

kepakaran tradisional
/warisan tradisi
5

Pemindahan teknologi

Meningkatkan jumlah
tabungan

Langkah-langkah
Mewujudkan rantaian

Mewujudkan pasaran

Menyediakan tenaga buruh


yang mencukupi

10

Penggunaan teknologi

11

Penawaran insentif / galakan

12

Mempelbagai produk IKS

ukiran, kraf tangan dan industri yang berkaitan.


Latihan kemahiran untuk pengusaha, pekerja dan
bakal-bakal pengusaha.
Pemindahan teknologi melalui latihan, khidmat
latihan, khidmat nasihat, kemahiran pekerja
Kebanyakkan pengusaha IKS menggunakan modal
dari sumber tabungan sendiri. Amalan ini
meningkatkan jumlah tabungan penduduk dalam
negara.
Mewujudkan kerjasama lebih erat antara industri
besar dengan IKS. Memindahkan kepakaran, dan
bimbingan kepada IKS
Mencari pasaran baru barangan IKS dalam / luar
negara
meluaskan pasaran bagi produk IKS khususnya bagi
IKS yang baru.
Latihan untuk menyediakan tenaga kerja bagi
keperluan IKS. Penubuhan institusi latihan dan
sekolah-sekolah vokasional
Penggunaan teknologi moden dalam proses
penghasilan / pengeluaran produk IKS untuk
memenuhi keperluan pasaran tempatan dan luar
negeri. Berskala besar
Bantuan: kredit (pinjaman kewangan), bantuan /
subsidi Pengecualian cukai bagi menggalakkan
pengeluaran produk IKS. Mengurangkan kos produk,
lebih kompetitif dan dapat bersaing dengan produk di
pasaran antara bangsa
Kepelbagaian produk dapat menjamin kelangsungan
sesebuah IKS untuk terus berada di pasaran.

Jawapan: 3 + 2
Skema jawapan
Soalan 8.
Tajuk : Pengangkutan awam dapat memberikan faedah kepada pengguna jalan raya di
Malaysia. Namun, masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Bincangkan.
Pendahuluan :
Pengangkutan awam merujuk pada kenderaan perkhidmatan awam, yang digunakan untuk
mengangkut penumpang, dan dibayar sejumlah wang tertentu sebagai perkhidmatan untuk
sesuatu perjalanan. Kemudahan pengangkutan awam ini sangat baik tetapi kebanyakan
masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakannya.

Bil

1.

Idea

Huraian

A: Kebaikan

Menjimatkan kos /
perbelanjaan

2.

Mengurangkan masalah
kesesakan lalu lintas

3.

4.

Mengurangkan kadar
kemalangan

Mewujudkan interaksi
sosial

B. Punca kurang berminat


Mutu perkhidmatan yang
tidak memuaskan

5.

Sistem aliran pengangkutan

Harga tambang yang berpatutan, membolehkan


pengguna pergi ke mana-mana destinasi dengan mudah.
Tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli
bahan api / minyak, yang harganya semakin meningkat.
Tidak perlu membayar tol dan bil parkir untuk bergerak
dari satu tempat ke satu tempat.
Perkhidmatan pengangkutan awam akan mengurangkan
bilangan kenderaan persendirian terutamanya di
bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Apabila masyarakat menggunakan pengangkutan awam
dalam urusan seharian, mereka dapat mengurangkan
jumlah kenderaan di jalan raya.
Hal ini menyebabkan pergerakan trafik lebih lancar,
terutama di bandar-bandar besar.
Pengurangan kenderaan di jalan raya, mengurangkan
risiko kemalangan terutamanya semasa musim perayaan
dan pada waktu puncak.
Penggunaan pengangkutan awam, seperti bas, kereta
api, LRT atau monorel, dapat meminimakan kes
kemalangan di jalan raya.
Masyarakat pelbagai kaum akan menaiki pengangkutan
awam ke pelbagai destinasi.
Interaksi sosial, secara tidak langsung akan berlaku
sepanjang perjalanan itu.
Penggunaan pengangkutan awam yang berterusan oleh
masyarakat majmuk di negara kita, sudah tentu dapat
mengeratkan silaturahim.
Sesetengah pemandu pengangkutan awam tidak
mematuhi jadual perjalanan menyebabkan pengguna
sukar untuk merancang dan menjangka tempoh
perjalanan yang bakal dihadapi oleh mereka.
Hal ini menyebabkan mereka tidak mahu menanggung
risiko untuk sampai lewat ke tempat kerja atau ke manamana destinasi.
Bilangan penumpang yang terlalu ramai, menimbulkan
kesesakan dalam bas dan monorel, menyebabkan
penumpang tidak selesa.
Kekerapan jadual perjalanan bas yang terlalu lama,
tiada kemudahan penyaman udara atau rosak, kusyen
yang rosak, menyebabkan pengguna tidak selesa dan
enggan menggunakan perkhidmatan awam.
Rangkaian pengangkutan awam di negara kita terdiri
daripada pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren

awam tidak bersepadu

6.

7.

Risiko menjadi mangsa


jenayah

Sikap negatif masyarakat


8.

Ringan (LRT) dan monorel


Penumpang terpaksa bergerak ke stesyen yang lain
untuk meneruskan perjalanan.
Hal ini menyukarkan penumpang terutamanya warga
tua dan orang kelainan upaya (OKU).
Sikap sesetengah penumpang lelaki dan segelintir
pemandu bas atau teksi yang tidak sopan, dan
keterlaluan, sehingga melakukan pelbagai jenis jenayah
seksual, menyebabkan golongan wanita takut atau
trauma untuk menggunakan pengangkutan awam.
Wujud aktiviti seluk saku dalam kalangan
penumpang.
Sesetengah masyarakat menganggap mereka yang
menggunakan perkhidmatan ini berstatus rendah, tidak
berkemampuan atau miskin.
Hal ini menyebabkan mereka malu untuk menggunakan
pengangkutan awam.

Kesimpulan
Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam menyumbang banyak manfaat. Oleh itu,
masyarakat digalakkan mengguna pengangkutan awam.
Pilihan Jawapan : Mana-mana 3 + 2/2+3
Pemarkahan:
Idea
Huraian
Bahasa
Format
Jumlah

:
:
:
:
:

5
15
4
1
25

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan pola perubahan nilai pelaburan asing di Malaysia mengikut sektor-sektor
terpilih bagi tempoh tahun 2005 hingga tahun 2008.
Pelaburan asing bagi sektor-sektor terpilih di negara ini menujukkan peningkatan
sepanjang tahun 2005 hingga tahun 2008. Antara sektor yang terpilih terlibat dalam pelaburan
pembangunan di negara ini melalui pelaburan asing ialah perkilangan, perlombongan,
pelancongan dan perhotelan, pembinaan serta pengangkutan dan perhubungan.

Pada tahun 2005, pelaburan dalam sektor perkilangan ialah berjumlah RM2668 bilion
daripada jumlah keseluruhan pelaburan asing bagi sektor terpilih di negara ini, iaitu RM6514

bilion. Pelaburan sektor ini adalah besar berbanding dengan pelaburan sektor perlombongan
yang berjumlah RM108 bilion. Sektor pelancongan dan perhotelan pula, menunjukkan nilai
pelaburan yang lebih tinggi daripada sektor perlombongan sebanyak RM398 bilion. Sektor
pembinaan dan sektor pengangkutan dan perhubungan pula menyumbang pelaburan asing di
negara ini sebanyak RM3232 bilion dan 25.56 % daripada jumlah itu adalah pelaburan asing
dari sektor pembinaan.

Bagi tahun 2006 pula, jumlah pelaburan sektor perkilangan adalah berkurang kepada
RM2182 bilion manakala pelaburan asing dari sektor perlombongan pula menunjukkan
peningkatan menjadi RM120 bilion berbanding dengan nilai pelaburan pada tahun 2005.
Pelaburan asing bagi sektor terpilih di negara ini yang melibatkan sektor pelancongan dan
perhotelan menunjukkan pengurangan sebanyak RM166 bilion berbanding dengan tahun
sebelumnya. Sektor pembinaan serta sektor pengangkutan dan perhubungan pula, masingmasing menyumbang pelaburan asing di Malaysia sejumlah RM1120 bilion dan RM1295
bilion.

Bagi tahun 2007, pelaburan asing bagi sektor perkilangan di Malaysia ialah RM1059
bilion, iaitu lebih tinggi berbanding dengan pelaburan sektor perlombongan serta sektor
pelancongan dan perhotelan masing-masing berjumlah RM170 bilion dan RM990 bilion.
Sektor pembinaan pula menyumbang pelaburan sejumlah RM940 bilion daripada jumlah
keseluruhan pada tahun ini, iaitu RM4829 bilion. Selebihnya merupakan pelaburan untuk
sektor pengangkutan dan perhubungan.

Pada tahun 2008, jumlah pelaburan asing untuk sektor terpilih di Malaysia ialah
RM6416 bilion. Pelaburan daripada sektor perkilangan menunjukkan peningkatan sebanyak
RM1096 bilion berbanding dengan tahun sebelumnya. Sektor perlombongan pula meningkat
kepada RM240 bilion. Sektor pelancongan dan perhotelan pula berkurangan pelaburannya
kepada R680 bilion berbanding tahun 2007. Sektor pembinaan dan sektor pengangkutan serta
perhubungan pula masing-masing menunjukkan peningkatan pelaburan kepada RM1227
bilion dan RM2114 bilion pada tahun 2008.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia, 2009)

Jawapan : Graf Garis Kompaun / Bar Kompaun


Jadual Persediaan :
Malaysia : Nilai Pelaburan Asing Mengikut Sektor-Sektor Terpilih
bagi Tempoh Tahun 2005 hingga 2008

(Dipetik

Nilai Pelaburan Asing


(RM / bilion)
200 200 200 200
5
6
7
8

Tahun
Sektor
Perkilangan

266
8
108
506
826

218 105
2
9
Perlombongan
120 170
Pelancongan dan Perhotelan
340 990
Pembinaan
112 940
0
Pengangkutan dan perhubungan
240 129 167
6
5
0
Jumlah
651 505 482
4
7
9
diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia, 2009)
Skala : 1cm = RM 230 bilion atau 1cm = RM 240 bilion

dan

215
5
240
680
122
7
211
4
641
6

Tajuk : Pembudayaan teknologi hijau di Malaysia amat penting untuk kelestarian hidupan.
Jelaskan.
Pendahuluan :
Sudah sampai masanya kita membudayakan penggunaan teknologi hijau demi memulihara
kelangsungan hidupan di muka bumi.
Bil.

Idea

Huraian

KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU :

Kelestarian hidupan
1.

2.

Pemuliharaan alam sekitar


semakin meningkat

3.

Teknologi mesra alam

Menjaga dan meningkatkan kelestarian alam.


Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran.
Penggunaan segala sumber secara berhemah.
Menjamin pengekalan alam semulajadi.

Teknologi rendah karbon seperti penggunaan solar


dan hidro.
Pembebasan gas rumah hijau yang rendah.
Mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara.

Memulihara persekitaran semulajadi untuk


mengurangkan kesan negatif pengeluarannya ke atas
aktiviti-aktiviti manusia.

Teknologi selamat digunakan.


Penggunaan enjin hibrid dan LPG sebagai bahan
bakar kenderaan.
Menyediakan persekitaran yang sihat.

Jimat tenaga dan 4.


boleh diperbaharui

Bil.

Idea

Penyelidikan dan5.Pembangunan

Huraian

6.

Penghasilan produk

7.

Menjimatkan tenaga dan sumber asli.


Membangunkan sumber tenaga alternatif (tenaga
solar, angin dan biogas).
Banyak inovasi dilaksanakan.
Mengembangkan penggunaan enjin hibrid.
Pembuatan peralatan atau mesin yang menggunakan
tenaga pada tahap optimum serta mesra alam.
Industri tenaga boleh diperbaharui dan sedang
dibangunkan oleh Malaysia seperti industri solar
photovoltaic.

Melambatkan proses perubahan

cuaca

Membuka ruang kepada para penyelidik untuk


meneroka dan memantapkan lagi penyelidikan.
Hasilkan teknologi yang mengurangkan pembaziran
sumber.
Produk yang bersih dan mesra alam.
Sebagai contoh, sarung tangan getah ialah produk
terbiodegradasikan (bio-degradable) mudah reput
dan mesra persekitaran.
Penghasilan pinggan dan bata berasaskan sekam padi.
USM membangunkan beg plastik daripada kulit
rambutan.
Kurang pelepasan gas rumah hijau.
Masalah pemanasan global dapat dikurangkan.
Bencana alam lain seperti ribut, pencairan ais di
kutub, kenaikan paras air laut dan sebagainya dapat
diminimakan.

Kesimpulan :
Pembangunan teknologi hijau di Malaysia sepatutnya mendapat sokongan penuh daripada
semua pihak.

1. Pendekatan Menjawab : 4 + 0
2. Semua isi mesti berkaitan Kepentingan Teknologi Hijau.

Nyatakan tiga kepentingan Penyelidikan dan Pembangunan kepada negara kita.


Kepentingan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) ialah
a. Penghasilan barangan yang kreatif dan inovatif.
b. Peningkatan produktiviti, cth : MARDI menghasilkan baka padi yang bermutu tinggi,
c. berkualiti dan daya tahan yang tinggi terhadap penyakit.
d. Mewujudkan tenaga kerja yang berkemampuan untuk memantapkan hasil P&P.
e. Memperkukuhkan ekonomi dalam pelbagai bidang.
f. Meminimakan kos pengeluaran.
Huraikan dua punca kemusnahan dan perubahan habitat hidupan marin.
a. Penerokaan kawasan pinggir pantai untuk tujuan pembangunan.
b. Pencemaran laut - akibat tumpahan minyak dan pembuangan sisa domestik.
c. Fenomena El-Nino menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak.
d. Aktiviti penangkapan ikan secara berleluasa - penggunaan pukat tunda dan bom.
e. Ujian senjata nuklear.
Graf Bar Piramid
MALAYSIA : JUMLAH ENROLMEN PELAJAR DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
AWAM DAN SWASTA MENGIKUT NEGARA-NEGARA ASAL TERPILIH
BAGI TEMPOH 2006 DAN 2007
Negara-Negara Asal
Thailand
Iran
Indonesia
China
Bangladesh
Jumlah

IPTA
464
736
1850
373
230
3653

2006 (orang)
IPTS
480
1048
5691
6937
6287
20443

Jumlah
944
1784
7541
7310
6517
24096

IPTA
719
2049
3000
1160
309
7237

2007 (orang)
IPTS
429
1629
5454
5308
2197
15017

Jumlah
1148
3678
8454
6468
2506
22254

Disesuaikan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia 2008.

Nota :
1. Jawapan hanya graf bar piramid.
2. Sekiranya tiada perkataan Terpilih dalam tajuk - salah tajuk ( 06 m )
anya tahun menjadi petunjuk - 01 m

Tajuk : Perpaduan merupakan pemangkin pembangunan sesebuah negara. Usaha yang berterusan
perlu diambil oleh semua pihak bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Bincangkan.
Pendahuluan:
Sebagai sebuah negara berbilang kaum, perpaduan merupakan agenda penting menentukan
keberkesanan usaha membangunkan negara. Usaha mewujudkan perpaduan merupakan objektif
utama dalam konsep 1Malaysia.
BIL

ISI

HURAIAN ISI

Kepentingan perpaduan:

Rakyat berasa selamat menjalani kehidupan harian


Bebas melakukan aktiviti tanpa sekatan
Semua dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan
Tanpa perpaduan keamanan mudah tergugat dan ini
menimbulkan ketakutan kepada rakyat seperti yang berlaku
di Iraq dan Palestin

Menjamin keamanan dan


kestabilan negara

Meningkatkan ekonomi negara

Imej negara yang aman menarik pelancong asing


Pelabur asing rasa terjamin dan menambahkan pelaburan
mereka, memberi peluang pekerjaan kepada semua lapisan
rakyat
Keadaan yang sebaliknya tidak menggalakkan pelaburan
asing
Kerjasama dgn negara luar menjadi lebih mudah

Menjamin kedaulatan bangsa dan


negara

4.

Imej negara

Perpaduan yang jitu dapat menangkis ancaman musuh dari


dalam dan luar negara
Rakyat tidak mudah diperalatkan oleh anasir luar, tidak
mudah memperkotak-katik keputusan dan dasar negara
Kemerdekaan dapat dikekalkan
negara yang aman damai dipandang mulia oleh negara luar.
Akan wujud rasa hormat dalam kalangan penduduk negara
asing.
Masy dunia akan berlumba-lumba untuk datang ke negara ini
Menambah kepercayaan masy a/bangsa

Langkah mewujudkan perpaduan


Melalui sistem pendidikan

Sukatan pelajaran menitik-beratkan semanagt perpaduan;


matapelajaran Sejarah dan Sivik

kebangsaan

Program khas kerajaan

Aktiviti kemasyarakatan

8.
9.

Acara Sukan
Kempen

Nilai-nilai murni diterapkan sejak awal dalam semua


matapelajaran terutamanya Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral yang menjadi matapelajaran teras
Aktiviti kokurikulum menggalakkan kerjasama dalam
kalangan pelajar dan meningkatkan jati diri
Mewujudkan Sekolah Wawasan, Rancangan Integrasi Murid
Untuk Perpaduan ( RIMUP)
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Dasar ekonomi Baru (DEB) dibentuk bagi merapatkan jurang
ekonomi antara kaum
Kerajaan berusaha supaya bidang ekonomi tidak dimonopoli
oleh satu kaum sahaja
Kekayaan diagihkan sama rata antara kaum untuk tidak
menimbulkan rasa tidak puas hati
Integrasi wilayah antara negeri dengan kerajaan pusat,
penduduk di wilayah yang jauh/ pendalaman tidak rasa
terpinggir
Pelaksanaan PLKN, 1M, MEB adalah bermatlamatkan
peraduan
Pelbagai program pemuafakatan dianjur pada setiap lapisan
masyarakat bagi menggalakan interaksi dan kerjasama
Program pemuafakatan ini dapat membolehkan masyarakat
lebih mengenali antara satu sama lain seterusnya
mengurangkan perbezaan pendapat antara mereka
Penglibatan secara kumpulan merapatkan hubungan dan
meningkatkan lagi pemahaman budaya, cth; program Rukun
Tetangga, gotong-royong, Hari terbuka perayaan

Penutup:
Perpaduan adalah syarat utama dalam kehidupan yang aman dan harmoni. Justeru, semua
rakyat perlu mengutamakan usaha untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu

You might also like