You are on page 1of 22

EDU3105

TAJUK 7

T7-ASAS FOTOGRAFI

ASAS FOTOGRAFI

SINOPSIS
Tajuk ini memperkenalkan tentang asas fotografi di mana pelajar akan dapat
mengetahui beberapa teknik pengambaran yang telah dipelbagaikan. Dengan
mempelajari asas fotografi pelajar juga dapat mengenali bahagian-bahagian kamera
dengan era digital terkini yang kian mencabar bagi kegunaan fotografi dalam
pendidikan.
KERANGKA TAJUK
7.1 Sejarah perkembangan fotografi
7.2 Bahagian-bahagian asas dan fungsi kamera
7.3 Jenis-jenis dan aksesori kamera
7.4 Jenis-jenis filem
7.5 Teknik penggambaran
7.6 Komposisi
7.7 Fotografi digital
7.1 Sejarah Perkembangan Fotografi
Sejarah menunjukkan kewujudan fotografi sejak abad ke-19

di mana foto

pertama dibuat pada tahun 1826 selama 8 jam. Istilah fotografi diambil dari
perkataan photography yang berasal daripada perkataan greek yang membawa
maksud cahaya (phos) dan menulis (graphien) Louis Jacques Mande Daquerre
merupakan orang yang mula-mula sekali memperkenalkan fotografi dan ia juga
dikenali sebagai bapa fotografi dunia (1837). Kamera Obcura merupakan kamera
yang pertama kali yang dipakai untuk menggambar kemudian memotret. Kamera
Kodak (Eastmant Kodak) pertama kali ditemukan oleh Snapshooter 1888 di
Amerika. Konstribusi fotografi ke dunia filem pertama kali dipelopori oleh Edward
Muybridge. Flash atau lampu kilat pertama kali ditemukan oleh Harold E.Edgerton
pada tahun 1938. Memotret benda-benda mati disebut dengan still life. Penemuan
filem negatif oleh John Hendri Fox Talbot yang telah dibuat selama 40 detik di
bawah terik matahari.

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Asas Fotografi

Cuba anda fikirkan.

Sejauh manakah fotografi penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajaran
dan pembelajaran?
Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah mahupun yang
mahal.

Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang mempunyai lubang

untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai ruang untuk
meletakkan filem dibahagian yang lainnya. Lubang ini membolehkan cahaya masuk
ke dalam kotak dan menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentuk
imej.
Semakin

kompleks

binaan/struktur

sesebuah

kamera,

semakin

lengkap

mekanismanya. Kelengkapan serta kecekapan mekanisma ini akan turut memberi


kesan terhadap hasil fotograf yang dihasilkan.
Untuk menghasilkan kerja yang sempurna, sesebuah kamera mestilah mempunyai :
i.

Satu alat memandang yang membolehkan pengguna mengarahkan


kamera itu kepada sasarannya. Bahagian ini dinamakan tingkap penilik
pandang.

ii.

Lubang yang dipanggil aperture untuk membolehkan cahaya masuk ke


dalam kamera.

iii.

Lensa untuk menerima cahaya dan memancarkan imej ke atas filem.

iv.

Alat penutup dan pembuka lensa yang boleh diubahsuai dinamakan


shutter.

v.

Satu punat yang dinamakan pelepas shutter, yang apabila ditekan, akan
dibuka sekejap, cukup untuk membolehkan cahaya masuk bagi membuat
imej ke atas filem.
2

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

vi.

Filem dengan permukaannya yang sensitif mengadap lensa.

vii.

Alat untuk menggulung filem.

viii.

Mekanisma fokus untuk mengubah lensa ke belakang dan ke depan


supaya ia dapat memancar imej dengan terang.

7.2 Bahagian-Bahagian Kamera


Binaan sebuah kamera terdiri daripada beberapa komponen utama.

Rajah 1: Bahagian-bahagian Asas Kamera


Sumber (Buku): Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
7.2.1 Kanta (Lensa)

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Kanta digunakan untuk membentuk imej yang jelas di atas permukaan filem di dalam
kamera. Ciri utama sesebuah kamera ialah jarak fokusnya. Kanta yang berlainan
jarak fokus digunakan untuk membentuk imej yang berlainan saiz di atas filem.
Jarak fokus kanta disukat dalam unit mm. Jarak fokus normal akan membentuk satu
saiz imej biasa pada mana-mana jenis kamera yang digunakan. Jarak fokus normal
adalah berbeza mengikut saiz filem masing-masing:
Saiz filem
110
126/127
35
120

Jarak fokus normal


25 mm
45 mm
50 mm
75 mm

Jenis-jenis kanta
i. Lensa Bidang Luas ( Wide Angle Lens)
Ukurannya 6 mm 45 mm. Digunakan untuk pengambaran pemandangan
atau tempat-tempat keluasannya terhad bagi jurukamera.

Pemandangan

jauh yang luas.


ii. Lensa biasa ( Standard/ Normal Lens)
Ukurannya 43 mm 50 mm. Paling banyak digunakan. Sudut pandangan
disesuaikan dengan pandangan biasa mata.
iii. Lensa Foto Jauh ( Telefoto)
85 mm 120 mm

Untuk gambar potret.

135 mm 200 mm

Sesuai untuk sukan

300 mm 600 mm

pergerakan, alam semulajadi, penghidupan liar

iv. Lensa Zoom


Lensa zoom ialah kanta yang mengandungi gabungan beberapa jenis kanta
pada satu unit sama ada gabungan sudut luas ke normal ataupuan normal ke
sudut jauh. Kanta zoom berguna pada subjek-subjek yang berubah dengan
cepat dan jurugambar tidak ada masa untuk menukarkan kepada kanta-kanta
yang berlainan pada kameranya.
28 mm - 50 mm

sudut luas ke normal

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

50 mm 100 mm

normal ke sederhana

70 mm 200 mm

normal ke jauh

135 mm 300 mm

sederhana ke jauh

Rajah 2 : Lensa Zoom


Sumber : Canon Marketing Malaysia
7.2.2 Pengatup / shutter
Penngatup atau shutter adalah sebuah tingkap yang menutup permukaan filem
daripada terkena cahaya. Tingkap pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa
dedahan tertentu yang sesuai untuk mendapatkan gambarfoto yang baik.
Indeks kelajuan pengatup ditunjukkan dengan nagka-angka B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60,
125, 250, 500, 1000 dan 2000 yang memberi maksud setiap tanda 1 menunjukkan
kecepatan 1/1 saat kelajuan pengatup untuk membenarkan cahaya daripada apertur
masuk ke adalam filem.

Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa

dedahan dibenarkan dan lebih kecil indeks kelajuan pengatup maka lebih lama
dedahan dibenarkan.

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 3 : Pelepas shutter/Kelajuan pelapas

7.2.3 Apertur ( Dedahan Cahaya)


Apertur

ialah gegelang yang boleh membesar dan mengecil, berfungsi untuk

mengawal kemasukan cahaya yang akan menuju ke filem. Skil di gelang apertur ini
berukuran / ditanda dengan f atau f/stops. Skil pada gegelang akan ditanda dengan
2.8/3.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, 22.

Skil bergantung kepada lensa yang digunakan.

Nombor yang kecil saiz bukaannya besar, sementara nombor yang besar (f22) zaiz
bukaannya kecil.

F2.8/3.8

f4

f5.6

f8

f11

f16

f22

Rajah 4 : Aperture (Dedahan Cahaya)

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 5 : Skala Apertur

7.2.4 Fokus
Fokus adalah satu proses untuk mengubah jarak kanta dari permukaan filem supaya
satu imej subjek yang jelas akan terbentuk di atas permukaan filem.

Proses ini

dilakukan dengan cara memutar pelaras fokus kanta ke kiri atau ke kanan, sambil
jurugambar melihat subjek pada pemidang tilik.

Jenis imej bertindan akan

menunjukan dua imej sekiranya kanta berada di luar fokus. Imej akan menjadi satu
apabila fokusnya tepat.

Rajah 6 : Skala Fokus

7.3 Jenis-jenis Kamera

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Ada beberapa jenis kamera yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah kamera piring
(disk), kamera segera (instant), kamera katrij (cartridge), kamera pembalikan
(reflects) dan kamera format besar (large format view).
7.3.1 Kamera fokus tetap
Kamera jenis ini tidak mempunyai mekanisma fokus. Yang ada hanya sebuah penilik
pandangan yang kedudukannya jauh sedikit dari lensa. Kebanyakan kamera jenis ini
mempunyai aperture tetap dan tak boleh diubahsuai. Tetapi ada juga kamera jenis
ini yang mempunyai aperture pelaras yang mudah yang ditandakan dengan
lambang-lambang seperti berikut:

Untuk mengambil gambar dalam cahaya matahari terang


dan bayang- bayang yang nyata.

Untuk mengambil gambar dalam cahaya terang


bermega dengan bayang-bayang samar

Untuk mengambil gambar dalam cahaya mendung


dengan sedikit bayang-bayang

Rajah 7 : Kamera Fokus tetap


Latihan 7.1

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai jenis-jenis kamera dan bahagianbahagian asas kamera. Kemudian anda bincangkan dengan rakan anda jenis-jenis
kamera yang terdapat di pasaran masa kini.

7.3.2 Kamera pencari jarak padu


Kamera ini mempunyai mekanisma fokus pada lensa dan bentuknya hampir sama
dengan kemara fokus tetap. Mekanisma fokus membolehkan jurufoto mengubahsuai
lensa untuk mendapkan imej yang jelas dan tajam.

7.3.3 Kamera satu lensa refleks (SLR)


Kamera SLR tidak mempunyai tingkap penilik pandang disebelah depannya.

Ia

hanya mempunyai tingkap menenang di sebelah belakang. Imej yang dilihat pada
tingkap penilik pandangan masuk melalui lensa yang memancarkan imej ke filem. Ia
dilengkapkan dengan sistem lensa yang boleh ditukar ganti. Lensa boleh ditukar
walau pun kamera sudah diisi filem, tanpa merosakkan filem.

Ia juga boleh

menggunakan lensa telefoto, lensa sudut luas ( wide angle lens), lensa mikro ( micro
lens), dan alat tambahan lain.

Rajah 8 (i),(ii) : Kamera Satu Lensa Refleks


Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

7.3.4 Kamera format sederhana


9

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Kamera jenis ini menggunakan filem saiz 120 atau 220 yang mempunyai ukuran
bidang 60 mm x 60 mm. Bentuk kamera adalah besar dan berat. Ia boleh terdapat
dalam jenis SLR dan TLR ( Twin Lens Reflex). Jenis TLR mempunyai dua kanta
serupa yang dipasang di atas satu sama lain. Kanta teratas digunakan sebagai
pemidang tilik dan kanta dibawahnya bertugas sebagai kanta objektif.

Rajah 9 : Kamera Format Sederhana


Sumber : Razali Nor (1996 )

Rajah 10 : Kamera Format Sederhana


Sumber : Razali Nor (1996)
7.3.5 Kamera format besar

10

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Kamera format besar ialah kamera yang menggunakan filem yang lebih besar
daripada 120/220. Oleh kerana bentuk kameranya besar, maka kamera jenis ini
selalunya digunakan oleh jurugambar profesional dalam studio untuk mendapatkan
kualiti gambarfoto yang maksimum.

Rajah 11 : Kamera Format Besar


7.3.6 Kamera segera
Kamera jenis ini boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa yang singkat,
iaitu antara satu hingga dua minit sahaja.

Permukaan filem khas untuk kamera ini

disaluti oleh satu bentuk bahan kimia yang dapat memproseskan imej menjadi positif
dengan capat.

Rajah 12 : Kamera Segera ( Polaroid)


Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

11

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Latihan 7.2

Bincang dengan rakan anda kelebihan-kelebihan yang ada pada setiap jenis kamera.
Berdasarkan bacaan anda, kenalpasti sejauh manakah perbezaan antara fungsifungsi kamera format sederhana dengan kamera format besar?

7.4 Jenis-jenis Filem


Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia
peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan
jatuh ke atasnya. Kepekaan filem disukat berdasarkan beberapa skala seperti ASA
( American Standard Association), JIS ( Japan Industrial Standards), DIN ( Deutche
Industrie Norme) dan ISO ( International Standards organisations).

Rajah 13 : Jenis Filem


7.2.5.1 Jenis-jenis Filem
Filem hitam-putih
Filem Warna

Negatif hitam putih membuat gambar hitam putih


Negatif warna untuk membuat gambar foto

Filem Slaid

berwarna warni atau hitam putih


Juga dipanggil filem Positif. Untuk mendapatkan
slaid berwarna dan boleh dicetak.

7.2.5.2 Kepekaan Filem

12

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Filem sangat peka kepada cahaya. Kadar kepekaan filem yang berlainan
ukuran adalah tidak sama. Semakin nombornya tinggi kepekaannya semakin
tinggi dan sebaliknya sekiranya nombor kecil kepekaannya semakin rendah.
Jika mengambil gambar dalam cahaya matahari terang/terik, filem yang
mempunyai kadar kepekaan yang rendah atau sederhana adalah sesuai.
Filem ASA 100, 125 atau kurang adalah sesuai. Jika mengambil gambar
dibilik gelap, cahaya lampu biasa ( lilin, pelita, lampu warna atau mengambil
gambar dengan cahaya imbasan bagi pementasan, filem dengan kepekaan
tinggi perlu digunakan. Misalnya Filem ASA 400 hingga 1000

1000

500

250

125

64

32

16

4 ASA

31

28

25

22

19

16

13

10

7 DIN

ISO
Kelajuan Tinggi

Kelajuan rendah

Rajah 14 : Kepekaan Filem


7.2.6 Meter dedahan
Cara yang tepat untuk menentukan pendedahan ialah dengan menggunakan jangka
cahaya. Jangka cahaya ialah alat yang kecil yang terdiri dari sel fotoelektrik, skala
cahaya dan skala pelaras kamera.

Rajah 15 : Meter Dedahan


Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff
7.5 Teknik Penggambaran

13

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Terdapat pelbagai jenis teknik pengambaran seni foto. Berikut adalah contoh-contoh
teknik fotografi:

Rajah 16.1 : Teknik Jarak Dekat (Close-up)

Rajah 16.2 : Fokus Jarak Sederhana

Rajah 16.3 : Fokus Jarak Jauh

14

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 16.4 : Teknik Aksi

Rajah 16.5 : Teknik Makro

Rajah 16.6 : Teknik Potret

15

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 16.7 : Teknik Perspektif

Rajah 16.8 : Teknik Pembekuan

Rajah 16.9 : Teknik Lanskap

16

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 16.10 : Teknik Simetri

Rajah 16.11 : Teknik Silhouttes

Latihan 7.3

Anda dikehendaki mengambil gambar dengan menggunakan teknik B-Stop, Imej


tindanan, fokus sederhana, fokus jauh dan fokus dekat. Bincang bersama rakan
untuk memudahkan anda mempelajari kaedah pengambilan gambar.

7.6 Komposisi

17

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam seni fotografi,


antaranya komposisi. Berikut adalah berkaitan dengan komposisi:

Menegaskan lagi impak komunikasi visual yang hendak


disampaikan

Menentukan subjek matter yang hendak ditonjolkan dan


kaitannya dengan latar

Menentukan mud dan mesej yang hendak disampaikan

Komposisi imej digital/ foto boleh dibaiki atau diubah dengan


teknik cropping dalam perisian aplikasi grafik- photo retouching
atau pengimbas

Ada banyak teknik komposisi, tetapi apa yang perlu diberi perhatian
adalah pengamalan Aturan Sepertiga atau The Rule Of Thirds dalam
fotografi.
Apakah Rule Of Thirds? Menurut Bryan F. Paterson; The rule states that
an image should be imagined as divided into nine equal parts by two
equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines, and
that important compositional elements should be placed along these lines
or their intersections. (Artikel : Fotografi N8 / 808 Pureview: Teknik
Komposisi Aturan Sepertiga, 11 Okt. 2012)
Aturan sepertiga adalah sebuah teknik komposisi yang membahagikan
kawasan foto menjadi tiga bahagian, baik secara vertikal maupun
horizontal. Lihat ilustrasi seperti dalam rajah berikut:

18

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 17 : Pembahagian kawasan Aturan Sepertiga

7.7 Fotografi Digital


Pengenalan mengenai Kamera Digital

Tidak menggunakan filem, tetapi menyimpan gambar /imej


secara elektronik; melalui mikrocip yang sensitive pada cahaya yang
dikenali sebagai CCD (Charged Coupled Device)

Membolehkan gambar diambil dan review terus pada kamera

Memindahkan imej ke komputer, crop mengikut ukuran yang


dikehendaki, menyesuaikan warna dan terang gelap imej; mencetak
imej yang dikehendaki mengikut ukuran yang diperlukan

Gambar/imej digital boleh di e-mail, hantar ke web site, atau


boleh tunjukkan gambar kepada rakan melalui organizer tangan

Cepat dan fleksibel (versatile)

Boleh didapati dalam mega piksel 2 hingga 6 mega piksel; lebih


besar piksel lebih besar gambar boleh dicetak

Setiap gambar disimpan sebesar setem

Boleh merakam gambar sebanyak mana yang mungkin


mengikut keupayaan CCD dan kad penyimpan memori.
Penyimpan Memori/ Imej

Menggunakan stail memori seperti komputer; kamera bukan digital


menggunakan filem

Lebih banyak memori, lebih banyak imej yang boleh disimpan

imej boleh disimpan dalam 3 bentuk memori imej iaitu:


19

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Kad memori yang boleh di tukar ganti


o dimasukkan ke dalam kamera untuk menyimpan imej. Kad
memori dimasukkan ke dalam komputer dengan bantuan
adapter, atau kabel untuk memindahkan maklumat (imej) dari
kamera ke komputer. Kad memori boleh didapati dalam bentuk:
i.

Kad SmartMedia

- kapasiti memori 8 MB,16 Mb, 32

MB,
64MB,128 MB
ii.

Kad CompactFlash - kapasiti memori lebih tinggi, dari


175
MB 1040 MB; harganya lebih mahal

iii.

Kad PCMCIA - untuk kamera yang tertentu sahaja`


Menggunakan kamera digital yang menggunakan cakera liut
untuk menyimpan imej, terus boleh digunakan pada komputer;
jumlah imej yang disimpan adalah terhad

Jenis jenis kad memori :


CompactFlash, PCMCIA,
dan SmartMedia

Resolusi Imej Kamera Digital

Diukur dalam unit piksel

Piksel menentukan kualiti imej yang dicetak

Lebih tinggi piksel, lagi kurang imej yang disimpan

Kamera Digital Resolusi Rendah


o

320 x240 piksel

20

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Kamera Digital Resolusi Sederhana


o

dari 640 x 480 piksels (VGA - Kamera Video Graphic Array) hingga
800 x 600 piksel (SGVA- Kamera Super VGA ) dan 1024 x 768 piksel
(XGA- Extended GA camera)

Kamera Digital Resolusi Tinggi


o

dikategorikan sebagai megapiksel

mencapai tahap jutaan piksel

sesuai untuk menghasilkan imej untuk produksi penerbitan kerana


berupaya menghasilkan warna yang terang dan jelas.

Kamera Digital. diperolehi dalam pilihan megapiksel yang berikut:


Mega piksel

Ukuran cetakan imej

Sub-m.p
(VGA)

Pada paparan komputer ,web site, e-mail

1 m.p
2 m.p

3 in X 5 in
5 in X 7 in

3 m.p

8in X 10 in

6 m.p

13 in X 19 in

RUMUSAN
Pembelajaran fotografi adalah penting dikalangan guru khasnya kerana kita dapat
mendokumentasikan hasil sejarah ataupun aktiviti harian kita supaya dapat
dimanafaatkan kemudian hari. Sejauhmana jenis kamera digunakan adalah tidak
penting tetapi yang paling penting ialah mutu dan mekanisma gambar yang jelas.
Modul ini akan membantu anda mempelajari secara asas pengenalan dan teknik
fotografi.
BIBLIOGRAFI
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996). Instructional media
and technologies for learning. Edisi ke 5. New Jersey: Prentice-Hall.

21

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan (1996). Pengurusan
sumber pengajaran pembelajaran 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Razali Nor (1995). Teknologi pendidikan: media unjuran dan media elektronik.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber: komponen teknologi
pendidikan.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2008). Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer
(MPV) Teknik Pemerolehan Grafik: Kementerian Pelajaran Malaysia.
http://www.symbianku.my/fotografi-n8-808-pureview-teknik-komposisi-aturansepertiga/

22

You might also like