You are on page 1of 22

ISI KANDUNGAN

TAJUK
PENDAHULUAN
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA

MUKA SURAT
2 -3
4 - 10

PEMBERONTAKAN BOXER

POLITIK
Sokongan dari istana
EKONOMI
Kemerosotan ekonomi
SOSIAL
Bencana alam
Penderitaan hidup orang China
Kemasukan kuasa Barat
Sentiment anti-asing
Sentiment anti-Kristian

Proses Pergerakan Boxer

10 - 15

Protokol Boxer
Kesan Boxer
Kesimpulan
Bibliografi

15 - 18
19
20

PENDAHULUAN
Kesan daripada proses pembahagian China pada abad ke-19, ia bukan sahaja
menimbulkan keresahan dalam kalangan pihak kerajaan tetapi juga rakyat. Kang Yu-wei pernah
memberi amaran bahawa pencerobohan Barat akan membahayakan China dan berkemungkinan

China mengalami nasib yang sama seperti di Burma, Annam, India dan Poland. 1 Maharani Balu
Tzu Hsi yang terkilan dengan sikap kuasa asing yang mencampuri urusan negara China telah
memberi sokongan secara tidak langsung kepada pergerakan Yi Ho Yuan (Gerakan Keadilan dan
Keharmonian) atau lebih dikenali sebagai Boxer.2
Pemberontakan Boxer 1900, merupakan suatu pemberontakan yang disokong oleh masyarakat
petani yang cuba menentang kuasa asing dari China. 3 Boxer adalah satu nama yang diberikan
kepada masyarakat China yang dikenali sebagai I-Ho Chuan iaitu Gerakan Keadilan dan
Keharmonian.4 Perkataan China peninju juga boleh diterjemahkan sebagai Boxer. 5 Gerakan
ini bermula dari Utara China wilayah Shantung dan Chihli di mana adanya kemarau dan
kebuluran serta pengangguran yang berlaku dalam masyarakat wilayah tersebut. Perkataan
Boxer pertama kali muncul dalam surat menyurat rasmi pada Mei 1898 dan Januari 1900 di
mana kandungan surat tersebut menyatakan kebimbangan masyarakat Barat mengenai gerakan
ini. Gerakan ini menampal dan mengisytiharkan moto mereka kepada seluruh masyarakat utara
China iaitu Melindungi Empayar: Menghapuskan Orang Asing. 6 Gerakan ini juga
mengamalkan teknik bertinju dan gerakan badan dengan kepercayaan bahawa ia mampu
memberikan kuasa luar biasa dan kalis peluru atau senjata.7

1Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm. 85-86
2 Ibid. hlm 87
3 Jacob E. Safra, Constantine S. Yannias & James E. Goulka (1768). The New Encyclopaedia Britannica
Voume 2 15th Edition. hlm 442
4 Ibid. hlm. 442
5 Frederic A. Sharf & Peter Harrington (2000). China 1900: The Eyewitnesses Speak. London: Greenhill
Books, London Stackpole Books, Pennsylvania. hlm 11
6 Ibid. hlm. 11
7 Jacob E. Safra, Constantine S. Yannias & James E. Goulka (1768). The New Encyclopaedia Britannica
Voume 2 15th Edition. hlm 442
2

Pemberontakan ini adalah bertujuan untuk menentang pengaruh-pengaruh asing yang berada di
negara China terutamanya yang terlibat dalam bidang-bidang perdagangan, politik, agama dan
teknologi ketika tahun-tahun terakhir semasa pemerintahan Manchu atau juga dikenali sebagai
Dinasti Qing. Pemberontakan ini juga merupakan satu tindak balas orang China terhadap tekanan
kuasa-kuasa asing terutamanya untuk meyelamatkan negara China daripada penceroboh asing.
Selain itu, gerakan Boxer diasaskan sebagai gerakan petani yang anti-kuasa asing dan antiimperialisme terutamanya di bahagian utara. Kebanyakan mereka yang menyertai gerakan ini
adalah untuk menyerang orang asing yang telah membina landasan keretapi dan melanggar
hokum Feng-Shui serta orang Kristian yang didapati bertanggungjawab atas dominasi asing di
China. Keadaan ini dapat dilihat melalui kejadian yang berlaku pada Jun 1990 di mana golongan
Boxer telah pun menceroboh Beijing dan membunuh 230 orang bukan China.8 Berpuluh-puluh
ribu orang China Kristian tanpa mengira mazhab Katolik ataupun Protestan kebanyakannya telah
dibunuh di wilayah Shandong dan Shanxi yang menjadi sebahagian daripada pemberontakan
Boxer dan terdapat pelbagai faktor lagi yang mencetuskan pemberontakan Boxer ini yang
akhirnya gerakan ini kalah di tangan kuasa asing.

8 Peter Harington (2001). Peking 1900, The Boxer Rebellion. United Kingdom: Osprey Publishing. hlm 5
3

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PEMBERONTAKAN BOXER


FAKTOR POLITIK
Sokongan dari Istana
Selepas kejatuhan Pembaharuan Seratus Hari pada 1898, Maharani Dowager telah
menyambung penguasaan kerajaan China.9 Dalam pentadbiran China pula melibatkan Maharani
Dowegar Tzu Hsi yang menjadi insan penting dalam menyokong kebangkitan pemberontakan
Boxer ini. Beliau telah cuba menggunakan semangat patriotik orang China untuk melancarkan
kempen anti kuasa asing yang telah membahagi-bahagikan China. Maharani Dowager Tzu His
terpaksa melaksanakan beberapa pembaharuan dalam pentadbiran China untuk memenuhi
tuntutan kuasa asing dan menyelamatkan dinasti daripada terus jatuh. 10 Maharani Dowager
mempunyai cita-cita tinggi untuk mengusir kuasa asing dan bertindak untuk memulihkan
kerajaan Manchu.
Terdapat dua kumpulan parti iaitu Gerakan Reformasi dan yang bertindak memulihkan
Kuasa Maharani Dowager. Ketua gerakan ini ialah Jung-lo iaitu Komander kepada tentera
terlatih Cina dan juga Konsevatif Ultra yang dianggotai kebanyakannya orang Manchu yang
diketuai oleh Putera Ching adalah pemerintah Tertinggi semua sepanduk Manchu. Maharani
Dowager terperangkap dalam tipu daya istana, tetapi tidak bersedia menyokong mana-mana
pihak. Walau bagaimanapun, tahun 1900 beliau telah menyertai Konsevatif setelah pendapatnya
tidak diterima.11 Sokongan yang padu daripada Maharani Dowagar telah membangkitkan

9 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of
South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 762
10 Suffian Mansor (2003). Tamadun China. Selangor: Dawana Sdn. Bhd. hlm 180
11 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of
South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 762
4

anggota-anggota Boxer bagi menentang kuasa asing.12 Maharani Dowager terkilan dengan sikap
kuasa asing yang mencampuri urusan negara China dan telah menyebabkan beliau menyemai
semangat patriotik dalam masyarakat China.
Perasaan dendam Maharani kepada kuasa asing disebabkan percubaan beliau untuk
membunuh Kang Yu-wei telah dihalang oleh kuasa asing dan juga usaha untuk menggantikan
Maharaja Kuang Hsu dengan anak Putera Tuan juga dihalang oleh kuasa asing. Keadaan ini telah
memberikan sokongan yang tidak langsung kepada pergerakan Yi Ho Yuan (The Righteous and
Harmoninous Fists) atau Boxer.13 Terdapat beberapa pegawai yang benar-benar menunjukkan
sokongan terhadap boxer, antaranya ialah Li Ping Ping bekas gabenor wilayah Shantung dan
penggantinya ialah Yu-hsien (menjadi gabenor dalam tahun 1899). Beliau telah meneruskan
sikap gabenor sebelumnya, Putera Tuan, Putera Chuang dan Kang-i (Grand Secretary).14
FAKTOR EKONOMI
Kemerosotan Ekonomi
Perubahan dasar tutup pintu kepada dasar buka pintu China telah membuka ruang kepada
kuasa asing untuk bertapak di China, sekaligus menyebabkan kedatangan kuasa asing selepas
Perang candu telah mengubah penguasaan China di dalam bidang ekonomi. Cengkaman
ekonomi oleh kuasa asing telah membawa kesan negatif kepada ekonomi domestik China.
Kadar cukai yang rendah (ad valorem) di dalam industri kain kapas iaitu hanya lima peratus telah
mengancam ekonomi China. Kain kapas keluaran asing lebih murah iaitu 1/3 daripada keluaran
tempatan.
Keadaan ini telah menyebabkan industri tempatan terpaksa menutup perkhidmatannya
dan membawa kepada pembuangan pekerja.15 Berlakulah masalah pengangguran yang tinggi
yang sekaligus meningkatkan masalah jenayah di China. China juga terpaksa membayar ganti
12 Lynn E Bodin & Chris Warner (1979). The Boxer Rebellion. United Kingdom : Osprey Military. hlm
5
13 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 87
14 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publications. hlm 133
5

rugi perang yang menyebabkan China meminjam wang dari luar dan menggalakkan kemasukan
pelabur asing. Selain itu, pengenalan sistem pengangkutan moden seperti jalan kereta api dari
Peking ke Hankow dan juga pengenalan kapal wap telah menjejaskan pendapatan penduduk
tempatan yang mengendalikan pengangkutan tradisional. Peningkatan import barangan kapas
dari India, Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun juga memberi kesan kepada industri kecil
tempatan. Barangan kegunaan domestik orang Barat seperti wain, spirit dan cerut pula adalah
bebas cukai. Pada 1899 China mengalami kekurangan perdagangan sebanyak 60 juta tael.16
Kejatuhan ekonomi China disebabkan oleh bencana alam, beban hutang dan ganti rugi
peperangan serta rasuah dalam kalangan pegawai-pegawai China.
FAKTOR SOSIAL
Bencana Alam
Faktor alam juga menjadi penyebab berlakunya kebangkitan Boxer di China. Bencana
alam yang berlaku yang melanda utara dan barat laut China iaitu ancaman kemarau antara 1899
hingga 1900 dan menyebabkan tanaman makanan harian tidak menjadi sekaligus menyebabkan
kebuluran dalam kalangan penduduk China di daerah Yangtze dan wilayah-wilayah utara
China.17 Pada tahun 1898 berlaku banjir berlaku di Shantung akibat daripada sungai kuning 18 dan
sungai Hwang-Ho telah menyebabkan kemusnahan tanaman, binatang ternakan dan kerosakan
harta benda.19 Keadaan ini menggundang kepada berlakunya kebuluran yang tinggi. Bencana

15 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 86
16 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publications. hlm 133
17 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publications. hlm 134
18 Ibid. hlm 134
19 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of
South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 762
6

yang berlaku ini menurut kepercayaan kuno China disebabakan oleh oleh kutukan daripada
Tuhan kerana meninggalkan ajaran nenek moyang mereka.
Disebabakan itu, orang cina diseru menyertai Boxer sebelum tentera dari syurga turun
menentang agama Kristian di China. Mereka juga percaya bahawa pembukaan kawasan
perlombongan dan juga pembinaan jalan kereta api dan telegraf sebagai punca kemurkaan Tuhan
dan telah menyinggung perasaan dewa dewi kerana telah menjejaskan keseimbangan Yin dan
Yang. Aktiviti-aktiviti orang asing ini telah membawa kemurkaan Tuhan. Oleh yang demikian,
bagi mengelakkan kejadian itu berulang, mereka perlu menghapuskan orang asing yang berada
di China.20 Dikatakan banjir telah melanda 3 wilayah, kemarau di 5 wilayah dan kerosakan oleh
belalang ialah 7 wilayah pada tahun itu sahaja.21
Penderitaan Hidup Orang China
Kedatangan orang asing ke China telah memberikan kemajuan teknologi kepada China.
Tetapi malangnya sekejap sahaja kemajuan tersebut telah menimbulkan kesan yang buruk.
Pengenalan penggunaan kereta api dan kapal api secara meluas telah menjejaskan pencarian
orang-orang cina yang sebelum ini menggusahakan pengangkutan secara lama iaitu kereta kuda,
lembu, dan tongkang-tongkang. Penggunaan kereta api telah melumpuhkan pekerjaan secara
lama di Grang Canal dan jalan darat antara Bandar Hankow dengan Peking. 22 Oleh itu, terdapat
kebencian yang amat terhadap aktiviti orang Jerman di Shantung dan orang Itali di sepanjang
pantai di tengah China.23 Berlakunya serangan di Pusat Kawalan dan jurutera kereta api di
Shantung dan Yunan adalah perkara biasa pada masa itu.24 Keadaan ini telah membebankan

20Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 87-88
21 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publications. hlm
134

22 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publications. hlm 134
23 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of
South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 763
7

masyarakat China untuk menyara keluarga, membayar cukai, dan bayaran lain yang dikenakan
oleh kerajaan.25
Kemasukan Kuasa Barat
Sikap anti-Barat China semakin jelas dilihat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada
1899, orang Cina yang marah dengan tindak tanduk asing yang menceroboh wilayah China telah
melancarkan usaha pengusiran orang asing dari bumi China. Sikap anti-asing dalam kalangan
Boxer jelas dilihat daripada tanggapan mereka bahawa orang Barat dan pengikutnya sebagai
raksasa yang harus dihapuskan.26 Selain itu, kemasukan kuasa Barat ini telah menyebabkan
China terpaksa menghadapi beberapa siri peperangan sebelum Pemberontakan Boxer ini berlaku
seperti Perang Candu (1839-1842), Perang Candu II (1856-1860), Perang China-Jepun (18941895), Pemberontakan Taiping (1851-1864), Pemberontakan Muslim (1855-1873) dan
Pemberontakan Tungan (1862-1878).27
Selain itu, kemasukan kuasa asing juga menyebabkan negara China telah kehilangan beberapa
wilayah penting yang terpaksa diberikan kepada kuasa asing ini kekalahan China kepada British
dalam siri peperangan. Antara wilayahnya ialah Kowloon, Hong Kong, Kepulauan Pescodes,
Farmosa dan lain-lain. Kelemahan-kelemahan orang China yang akur dengan kemasukan kuasa
Barat ini telah menyedarkan mereka untuk bangun menentang dan bertanggungawab untuk
memulihkan kembali negara China melalui pengusiran orang-orang asing ini.

Sentimen Anti-Asing

24 Ibid. hlm 763


25 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publications. hlm 134
26 Suffian Mansor (2003). Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 176-177
27 Ibid. hlm 174
8

Sejak awal lagi orang-orang China memasang sikap anti-asing lebih-lebih lagi mereka
diyakinkan bahawa segala masalah yang berlaku di China adalah berpunca daripada kedatangan
orang asing. Sentimen anti-asing ini semakin bertambah semasa perkembangan pengaruh
Maharani Dowegar Tzu His pada akhir abad ke-19. 28 Pencerobohan Barat sejak Perang Candu
(1839-1842) menjejaskan dan menjatuhkan maruah negara China. Maka timbullah keinginan
orang-orang China untuk membalas dendam dan memulihkan kebanggaan nasional China. 29
Keadaan ini secara tidak langsung telah membuatkan perasaan meluap-luap dalam kalangan
orang Cina untuk menentang kuasa asing. Oleh itu dapat dikatakan bahawa gerakan Boxer
merupakan tindakan membalas dendam orang-orang Cina terhadap kuasa-kuasa asing. 30
Perasaan anti-asing bertambah dalam kalangan orang China akibat daripada perkembangan
imperialism asing pada tahun 1890-an selepas kekalahan China dalam Perang China-Jepun
(1894-1895). Kerajaan China juga tidak bersetuju dengan tindakan orang asing yang melindungi
pelarian-pelarian China yang dikehendaki oleh Kerajaan Manchu. Selain itu, tindakan Jepun
yang membenarkan penerbitan Chiang I Pao yang diharamkan di China menambahkan lagi
kemarahaan orang China. Bagi kepentingan China itu sendiri maka orang-orang asing ini perlu
diusir keluar dari negara China.31
Sesetengah pegawai menyimpan perasaan bencinya yang tersendiri. Mereka tidak dapat
melupakan gerakan pembaharuan yang dilakukan oleh Kang Yu-wei yang hampir-hampir
menjejaskan kedudukam mereka. Jika tidak ambil tindakan segera pasti kepentingan politik dan
ekonomi mereka musnah. Tidak dapat dinafikan rancangan-rancangan yang terdapat dalam
gerakan pembaharuan ini adalah diambil dari idea-idea barat. Oleh itu bagi pendapat
mereka, barat turut bertanggungjawab. Sikap tidak mahu bertolak-ansur Dowager dan
28 Maswardi Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publication. hlm 132
29 Peter Harington (2001). Peking 1900, The Boxer Rebillion. United Kingdom: Osprey Publishing. hlm
8
30 Maswardi Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publication. hlm 135
31 Ibid. hlm. 135
9

pemimpin Gina dapat dilihat apabila dia telah menentang percubaan ltali untuk mendapatkan
Teluk San Man di Chekiang dalam Februari 1899. Mereka nampaknya sudah bertekad akan
menentang kuasa-kuasa barat dengan pelbagai cara.32
Sentimen Anti-Kristian
Kemasukan orang Barat ke China juga telah membawa pengaruh yang kuat terutamanya
dari segi agama. Agama Kristian yang dibawa oleh orang Barat telah mengancam kedudukan
agama dan kepercayaan masyarakat China. Antara agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh
masyarakat China seperti Konfusius, Taoism, dan Buddha. 33 Dengan usaha gigih mubaligh
mubaligh dan paderi-paderi Kristian menyebabkan rarnai orang-orang Cina telah rnenukar agarna
nenek moyang mereka lalu dengan memeluk agama Kristian. Orang-orang Cina yang lain
terutamanya yang fanatik telah menuduh mereka sebagai murtad' dan mempersalahkan orang-orang
barat atas berlakunya perkara itu.34
Masyarakat Cina Kristian telah mengasingkan diri seolah-olah mereka masyarakat yang
berasingan dan terlepas dari ikatan-ikatan telah meninggalkan setengah-setengah adat-adat lama.
Agama ini juga dilindungi dengan polisi gun boat. Pada mulanya orang-orang China tidak
bersetuju dengan tindakan mubaligh-mubaligh yang cuba untuk mengkristiankan masyarakat
mereka. Namun selepas Perjanjian Tiensin, golongan mubaligh yang menyebarkan agama
Kristian ini dibenarkan bergerak bebas di China terutamanya di kawasan pedalaman. Hal ini
demikian berlaku kerana melalui Konvensyen Peking 1860 yang telah memberi hak kepada
gerakan mubaligh untuk menyewa dan membeli tanah untuk tujuan pembinaan gereja. Mubalighmubaligh ini berlumba-lumba untuk mengkristiankan orang China dan secara tidak langsung
dapat meluaskan pengaruh wilayah mereka.35
32 Maswardi Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publication. hlm 135
33 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 86
34 Maswardi Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publication. hlm 135
35 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 86
10

Kebencian orang-orang Cina juga disebabkan oleh tindak-tanduk mubaligh-mubaligh itu


sendiri. Mereka sering campurtangan dan cuba melindungi orang-orang Cina Kristian terutama
mereka-mereka yang terlibat dengan kes-kes mahkamah.36 Golongan mubaligh turut membantu
mereka yang terlibat dalam perselisihan penduduk tempatan seperti urusan kampung, perebutan
tanah dan penggunaan kemudahan awam. Perasaan antigolongan mubaligh ini berterusan dengan
tersebarnya khabar angin menerusi risalah dan poster yang membuat pelbagai tuduhan ke atas
ajaran Kristian. Antaranya dinyatakan bahawa golongan mubaligh ini akan mencungkil mata
kanak-kanak bertujuan untuk membuat barangan logam yang berharga. Selain itu, terdapat juga
tuuhan yang menyatakan yang golongan pemeluk agama Kristian dalam kalangan orang China
boleh menyimpan anak perempuan mereka untuk tujuan bersuka-ria.37

PROSES PEMBERONTAKAN BOXER


Nama Boxer diberikan oleh orang asing iaitu mereka mengamalkan yang seni
mempertahankan diri yang berbentuk sama dengan tinju atau Boxer dalam bahasa Inggeris dan
mengikut masyarakat China pula, Boxer dikenali sebagai I-Ho chuan atau Yi Ho Yuan (The
Rightteous and Harmonious). Selain itu, Pada September 1899, kumpulan ini telah muncul di
Shantung dan prinsip yang digunakan oleh mereka ialah membenci orang asing dan juga agama
yang dibawa oleh mereka iaitu agama Kristian. 38 Pertubuhan ini pada asalnya kumpulan ini
menggunakan slogan iaitu Memusnahkan atau menggulingkan dinasti Ching dan orang asing
tetapi mereka telah menukarkannya dengan Hargai dinasti dan musnahkan orang asing. 39 Pada
Mac 1899, Yu-hsien telah dilantik menjadi gabenor di Shantung dan beliau telah menyokong
kumpulan Boxer secara senyap-senyap dan juga menggalakkan kumpulan ini dalam melakukan
36 Maswardi Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publication. hlm 135
37 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 87
38 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of
South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia) LTD. hlm 763
39 Ibid. hlm 763
11

pemberontakan. Pada masa yang sama, orang asing telah memberi tekanan kepada China dengan
aktiviti mengkristiankan orang China paksaan, membakar rumah jika orang China tidak
memeluk agama Kristian. Selain itu, Yu-hsien juga tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan
ini setelah mereka melakukan keganasan di Tsinan, Chining dan juga di beberapa bandar yang
lain.40 Kesan daripada sokongan yang diberikan oleh Yu-hsien kepada kumpulan Boxer
menyebabkan beliau telah dipecat oleh kerajaan China pada Disember 1899 dan disebabkan
beliau juga memberikan laporan yang tidak tepat tentang kumpulan Boxer telah menimbulkan
kemarahan kerajaan China tambah lagi kerajaan China didesak oleh kuasa asing untuk memecat
Yu-hsien.41
Yu-hsien telah digantikan oleh Yuan Shih Kai sebagai gabenor Shantung yang baru yang
tidak sehaluan dengan Yu-hsien kerana dia menentang pemberontakan Boxer dan sementara itu,
Yu-hsein telah dilantik sebagai gabenor di Shansi. Walaupun Yuah Shih Kai menentang Boxer,
ini tidak menunjukkan bahawa beliau menyokong kuasa asing kerana dia juga memberi amaran
kepada kuasa asing agar tidak membuat sebarang provokasi atau kekacauan. Selain itu, Yuah
Shih Kai telah diberikan arahan agar tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan Boxer, tetapi
beliau tidak mendengar arahan tersebut dan beliau tetap menentang kumpulan tersebut. 42 Sebagai
contoh, Yuah Shih Kai telah menggunakan kekuatan tenteranya untuk menyingkirkan
pemberontakan Boxer dan menyebabkan pergerakan Boxer telah berpindah ke Chihli dan
bergabung dengan kumpulan Boxer yang lain.43 Di wilayah Shantung pergerakan Boxer dikawal
oleh tentera Yuah Shih Kai, tetapi pergerakan ini wujud secara perlahan dan ia merupakan
pergerakan yang aktif. Sebagai contoh, pada 31 Disember 1899, paderi pertama iaitu S.M Brooke
berketurunan Inggeris telah dibunuh di Fiechang iaitu di semenanjung Shantung. 44
Pemberontakan Boxer semakin berleluasa iaitu di wilayah Chihli mereka semakin berani kerana
40 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 88
41 K Gilbert & L Doronthy (1977). Asian Transformation, A History Of South-East, South and East
Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) LTD. hlm 763
42 Robert A. Bicker & R.G Tiedemann. (2007). The Boxer, China and the World. United Kingdom:
Rowman & Littlefield. hlm 43
43 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 88
12

kumpulan mereka kelihatan berkeliaran di wilayah tersebut dan juga melakukan kekacauan.
Selain itu, tentera Manchu juga terlibat dalam peperangan ini iaitu dengan melancarkan atau
menyertai pemberontakan iaitu dengan membakar, merosakkan harta benda dan juga membunuh
orang China yang beragama Kristian dan jurutera keretapi asing.45
Pada 13 hingga 14 Jun 1900, berlaku rompakan di bandar Peking dan Tientsin dan
pembunuhan ke atas orang China Kristian yang menyebabkan orang China Kristian melarikan
diri ke kem pelarian yang disediakan oleh Putera Su yang tidak sehaluan dengan pemberontakan
Boxer. Di Peking, duta-duta asing tidak menyedari bahawa kerajaan China telah memberikan
sokongan kepada pemberontakan ini kerana pada Januari 1900, satu kenyataan yang dikeluarkan
oleh kerajaan China yang mengatakan bahawa rakyat China yang berlatih mempertahankan diri
iaitu Boxer bukan untuk melakukan pemberontakan ataupun penjahat. Oleh itu, kita dapat lihat
bahawa kerajaan China menyokong pemberontakan tersebut. Selain itu, Maharani Dowager telah
menaungi atau menyokong ahli-ahli Boxer dan juga mengarahkan istana agar mendapatkan
khidmat ahli Boxer menjaga kediaman mereka dari diceroboh oleh kuasa asing. 46 Maharani
Dowager juga mengarahkan agar gabenor di setiap daerah agar memberikan sokongan
kepadanya untuk menentang orang asing, tetapi arahan tersebut tidak dipedulikan oleh gabenor
kerana mereka menganggap orang asing tidak mendatangkan bahaya.47
Keadaan bertambah buruk kerana rusuhan berlaku di merata-rata tempat seperti di
Shantung dan contohnya pada Mei 1990, 68 orang China yang beragama Kristian telah telah
menjadi mangsa dan 75 buah rumah telah dibakar di kampung Kaolo dan Chihli. 48
44 Ibid. hlm 88
45 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of
South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 763
46 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of
South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 764
47 Ibid. hlm. 764
48 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publications. hlm 173
13

Pemberontakan Boxer berterusan iaitu pada 11 Jun 1900 menyaksikan Canselor Jepun iaitu
Sugiyama telah dibunuh di pintu utama ke bandar Peking dan pada 20 Jun 1990, Menteri
German iaitu Baron von Ketteler juga turut dibunuh semasa sedang menuju ke Tsungli Yamen. 49
Kekuatan kumpulan Boxer semakin bertambah kuat di Shansi kerana gabenor Shansi iaitu Yuhsien sentiasa menyokong kumpulan tersebut dan pergerakan kumpulan semakin kuat di luar
Peking yang menyebabkan situasi menjadi semakin berbahaya. Sebagai contoh, kedutaan asing
di Peking telah dikepung dan dikelilingi oleh ahli-ahli Boxer dan jalan kereta api yang
menghubungkan Peking dengan Tientsin telah dipotong. 50 Keadaan ini menyebabkan pasukan
pengaman antarabangsa dihantar ke wilayah tersebut yang diketuai oleh penasihat British iaitu
bernama Seymour cuba untuk membebaskan tawanan tersebut.
Pada pertengahan Jun 1900, kerajaan Peking telah mengeluarkan kenyataan bahawa
mereka secara terbuka menyokong kumpulan Boxer dan mereka juga telah memasuki Peking
pada 13 Jun 1900 dengan memotong wayar telegraf dan keadaan ini menunjukkan bahawa
mereka mula mengamalkan dasar pengasingan dari dunia luar.

51

Pada 21 Jun 1900, Maharani

Balu Tzu telah mengisytiharkan perang ke atas kuasa asing kerana beliau yakin dengan kejayaan
Boxer dan beliau juga berpendapat semua rakyat China perlu bersatu untuk menghapuskan kuasa
asing. Kesannya, harta yang dimiliki oleh orang asing telah musnah dan pejabat kedutaan juga
dibakar kecuali kedutaan British, Perancis dan Jerman. 52 Seterusnya ialah kumpulan Boxer telah
memecah masuk ke Tientsin dan pihak pentadbiran tidak memeriksa atau menyedari keganasan
itu berlaku. Hal ini menyebabkan ahli-ahli boxer menyerang secara ganas dan tiada belas kasihan
ke atas orang asing dan juga rakyat China yang menjadi tali barut orang asing dibunuh serta
dibuang mayat ke dalam sungai.53 Di Manchuria, Keretapi China Timur telah diserang dan Boxer

49 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 89
50 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of
South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 764
51 Ibid. hlm. 764
52 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 89
14

juga mengusir Rusia dari kawasan Mukden dan mereka berjaya mengepung kawasan Russia iaitu
Harbin. Pada Oktober 1900, Manchuria berada di bawah kawalan Boxer sepenuhnya.54
Walau bagaimanapun, pemberontakan ini tidak berjaya sepenuhnya kerana keputusan
yang di buat oleh Maharani Balu Tzu tidak disokong oleh pemerintahan tempatan contohnya
seperti Li Hung-chang (gabenor general di canton), Liu Kun i (gabenor jeneral Nanking) dan
juga Gang Chih-tung.55. Mereka bertindak melindungi wilayah dan menghalang kekacauan yang
berlaku dan mereka juga memberi jaminan untuk melindungi warganegara asing. Selain itu,
Justeru, terdapat beberapa wilayah sahaja yang terlibat dalam pemberontakan Boxer iaitu di
Peking, Teintsin, Manchuria, Mongolia dan Shansi.
Kekacauan yang dicetuskan oleh kumpulan Boxer menyebabkan John Hay telah memberi
cadangan iaitu kuasa-kuasa Barat termasuk Jepun perlu bersatu dalam menghadapi
Pemberontakan Boxer.56 Hasilnya, Tentera asing di bawah pimpinan Admiral Edward Seymour
telah mara ke Peking tetapi telah ditentang oleh kumpulan Boxer, akan tetapi Kumpulan Boxer
dibantu oleh tentera Ching yang menyebabkan mereka terpaksa berundur ke Tientsin. Pada 17
Jun 1900, tentera asing mara ke kubu China dan berjaya menawannya manakala mereka juga
berjaya membebaskan diplomat asing yang telah ditawan oleh kumpulan Boxer di Tientsin.
Kejayaan ini menyebabkan mereka bergabung dan telah mara ke Peking dan berjaya menawan
Peking pada 13 Ogos 1900. Tentera asing atau bersekutu ini menjadi bertambah kuat, sebagai
contoh, bantuan ketenteraan asing yang berjumlah 20,000 telah tiba pada 14 Ogos 1900 di China
yang terdiri daripada 8000 orang tentera Jepun, 4500 tentera Russia, 3000 tentera British, 2500
tentera Amerika dan 800 orang tentera Perancis.57 Tentera German pula menunggu di belakang
untuk menjaga Kiaochow. Di bawah serangan bersepadu yang dilakukan oleh tentera asing ini
53 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of
South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 764
54 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of
South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia) LTD. hlm 765
55 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publications. Hlm 174
56 Ibid. hlm 173
15

menyebabkan kumpulan Boxer ini dapat ditumpaskan. Menjelang akhir tahun 1900, tentera asing
bertambah kuat kerana ahli tentera mereka bertambah iaitu menjadi 45,000 orang anggota.
Setelah China mengalami kekalahan, Maharani Dowager telah melarikan diri ke Sian melalui
Shansi manakala Li Hung Chang di anggap sebagai wira yang menyelamatkan China.58
Kekalahan China kepada kuasa asing telah mencemarkan maruah negara itu sendiri
kerana China menganggap negara mereka sebagai Middle of the Kingdom . Setelah
mengalami kekalahan, China juga tidak dihormat kerana kuasa asing mula mengadakan
rundingan sesama mereka untuk membahagikan wilayah untuk ditakluk yang akan memberi
keuntungan kepada mereka. Sebagai contoh, Russia cuba untuk mendapatkan Manchuria dan
wilayah Chihli dan keadaan menimbulkan rasa cemburu kuasa asing lain seterusnya
mewujudkan sebuah protokol yang bernama Protokol Boxer. Putera Ching dan Li hung Chang
menjadi wakil China untuk menandatangani perjanjian tersebut dengan kuasa asing pada 7
September 1901.
PROTOKOL BOXER
Antara syarat-syarat perjanjian tersebut ialah seperti berikut :
1. China bersetuju memohon maaf kepada Jerman dan Jepun atas pembunuhan Menteri
Jerman dan Canselor diplomatik Jepun. Satu tugu peringatan Von Ketteler di bina di
tempat dia dibunuh.
2. Hukuman mati ke atas 10 pegawai tinggi dan hukuman ke atas 100 orang yang
terlibat dalam Pemberontakan Boxer.
3. Tentera asing dibenarkan bertapak di 12 kawasan strategi sepanjang jalan kereta api
dari Peking hingga ke Shanhaikuan. Kubu tentera di Taku dan Peking harus
dimusnahkan.
4. China membenarkan kuasa asing untuk meletakkan tenteranya di Peking bertujuan
mengawal kedutaan mereka.
5. Kerajaan China juga bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 450 juta tahil secara
ansuran selama 39 tahun.
57 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of
South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 765
58Ibid. hlm 765
16

6. China tidak boleh mengimport senjata api selama 2 tahun.


7. China bersetuju untuk mengadakan hubungan perdagangan yang lebih pesat dan juga
bersetuju untuk menjaga dan mengurus pembangunan sungai iaitu Sungai Haiho dan
Huangpu.

Setelah menandatangani Protokol Boxer, sekali lagi imej kerajaan China tercalar dan di
pandang rendah kerana tunduk kepada perintah asing. Oleh itu, kegagalan dalam menangani
kuasa Barat melalui Pemberontakan Boxer telah memalukan pihak istana dan kerajaan Manchu
juga tidak dapat bertahan lama.

KESAN-KESAN PEMBERONTAKAN BOXER


Kekalahan China dalam pemberontakan Boxer telah memberi kesan kepada aspek ekonomi,
politik dan sosial. Pemberontakan Boxer telah banyak meninggalkan kesan yang amat
mendalam terhadap China. Walaupun negara China merupakan sebuah negara yang sangat
digeruni oleh negara-negara dan penjajah lain, namun setelah mengalami beberapa peperangan
dan masalah-masalah yang timbul dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, politik dan juga sosial
telah menyebabkan negara China menjadi sebuah negara yang berkeadaan huru-hara.
Dalam aspek ekonomi, sebelum pemberontakan Boxer lagi ekonomi China telah pun
terjejas akibat bencana alam seperti kemarau, peperangan, pemberontakan dan tuntutan ganti
rugi yang dikenakan. Setelah berlaku pemberontakan Boxer, kedudukan ekonomi China semakin
tenat. Dalam Protokol Boxer, China dikehendaki membayar 450 juta tael jika gagal berbuat
demikian dalam masa 40 tahun jumlah ini akan meningkat 2 kali ganda. Selepas kekalahan
Boxer, ekonomi China terus dikuasai oleh kuasa asing. Penguasaan asing dalam ekonomi dapat
dilihat dalam sektor perkapalan, perusahaan menenun benang kapas 34 peratus, dalam
pengeluaran besi 100 peratus dan dalam perkhidmatan keretapi 93 peratus. Kekalalahan ini juga
membawa kepada kejatuhan Kerajaan Manchu.
Pemberontakan Boxer telah menyatukan kuasa-kuasa asing untuk menghantar tentera ke
negara China. Pada 1900, terdapat lebih kurang 45,000 tentera bersekutu di utara China dan
17

sebahagian besarnya dari negara Jepun, British, Rusia, British, Amerika Syarikat dan juga
Perancis.59 Setelah berjaya menawan Peking dan Tien-tsin, tentera-tentera asing telah
mengeledah dan merosakkan bandar maharaja. Jelaslah ini menunjukkan bahawa kesan
pemberontakan Boxer telah menyebabkan kemusnahan bandar-bandar di China terutamanya
bandar maharaja.
Selain itu, kesan penentangan daripada pemberontakan Boxer ini juga telah menyebabkan
British menerima 400,000 tael dan utusan meminta maaf daripada kerajaan China akibat
daripada kebangkitan yang berlaku di Tien-tsin.

60

Hal ini disebabkan oleh berlaku banyak

kerugian akibat daripada pemberontakan boxer ini. Manakala keluarga Margary pula dibayar 200
000 tael dan Britain menerima wakil meminta maaf daripad kerajaan China akibat daripada
peristiwa Margary.61 Peristiwa Margary ini merupakan peristiwa pembunuhan dua orang warga
British yang menyebabkan kemarahan orang-orang British. Seterusnya ramai yang terkorban
dalam serangan yang telah di lancarkan oleh kumpulan boxer akibat daripada kebangkitan boxer.
Serangan yang dilakukan oleh orang-orang Boxer telah mengalami kekalahan disebabkan
serangan ini dapat dipatahkan oleh pasukan tentera asing.
Di samping itu, usaha-usaha banyak dilakukan bagi mencari pendamaian setelah
tamatnya kebangkitan Boxer. Pihak istana telah menghantar wakil untuk berunding dengan kuasa
barat. Maharani Dowager dan Maharaja Kuang Hsu di minta pulang ke Peking oleh kuasa barat
dan perundingan tidak akan berjalan atau dibuat jika kedua-duanya tidak pulang. Syarat syarat
yang ketat telah dikenakan oleh kuasa barat membimbangkan Maharani Dweger dan keluarga
diraja untuk pulang ke Peking.
Pelbagai masalah yang dihadapi oleh perwakilan barat di Peking. Oleh itu, dua belas nota
bersama telah diisytiharkan pada 24 Disember 1900, hasil daripada perbincangan yang dibuat
oleh semua perwakilan asing. Pada Januari 1901, nota ini terpaksa di terima kerajaan China.
Antara isi kandungan utama bagi penyelesaian akhir ini ialah hukuman ke atas yang bersalah.
59 Werner Levi (1953). Modern Chinas Foreign Policy. Great Britain: University of Minnesota. hlm 61
60 Joseph W. Esherick (1987). The Origins of Boxers Uprising. London: University of California. hlm 15
61 Young Hum Kim (1966). East Asias Turbulent Century. New York: Meredith Corporatio. hlm 104
18

Seterusnya berkenaan ganti rugi. Kerajaan China juga akan membayar sejumlah bayaran ganti
rugi sebanyak 450 juta tahil atau 67.5 juta pound sterling secara ansuran selama 39 tahun. 62
Seterusnya antara syarat lain sebagai tambahan kepada dua perkara sebelum ini, beberapa syarat
lain dipersetujui iaitu menghantar utusan maaf ke Jerman dan Jepun.
Pada 11 September 1901, sebelas wakil kuasa-kuasa barat telah menandatangani protokol
Boxer. Kerajaan China di wakili oleh Li Hung Chang dan putera Ching. Syarat-syarat telah
disesuaikan dengan protokol ini. Kuasa-kuasa Barat mulai bimbang terhadap sesama sendiri
tentang peluang peluang perdagangan, persamaan hak, dan masa depan kepentingan mereka di
China selepas kebangkitan Boxer. Pada 3 Julai 1900, Amerika Syarikat telah mengisytiharkan
dasar buka pintu yang kedua kali. Pada 16 Oktober 1900, perjanjian British-Jerman telah
ditandatangani dan kuasa-kuasa asing bersetuju mengakui kewujudan pentadbiran dan hak
negara China.
Sehubungan itu, kesan pemberontakan Boxer juga menyebabkan kedaulatan China telah
tercabar dengan protokol Boxer yang telah dibuat oleh kuasa kuasa barat. Hal ini demikian
kerana, mereka merasa tercabar disebabkan oleh maruah mereka akan jatuh kerana protokol
Boxer yang akan dibuat. Hal ini menyebabkan kuasa kuasa barat mengambil kesempatan ke
atas China dan membahagikan wilayah wilayah dan pentadbiran di China kepada beberapa
wilayah. Ekonomi negara China juga terjejas akibat pengaliran wang keluar kerana terpaksa
membayar hutang kepada negara-negara barat dengan menggunakan mata wang barat atau
asing.63 Hutang sebenar China ialah 450 juta tael tetapi meningkat sekali ganda apabila jumlah
keseluruhan yang perlu di bayar ialah 982 238 150 tael kerana dikenakan kadar empat peratus
setahun dalam tempoh 39 tahun.64
Selain itu, kesan pemberontakan juga menyebabkan maruah negara China telah tercemar
akibat daripada kekalahan dalam kebangkitan Boxer. Kekalahan ini juga turut menjejaskan
62 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaysia. hlm 90
63 Robert A. Bicker & R.G. Tiedemann. (2007). The Boxer, China and The World. United States of
America: Rowman & Littlefield Publishers. hlm 52
64 Lynn Bodin (1979). The Boxer Rebellion. Great Britain: Osprey Publishing. hlm 22
19

kepimpinan Manchu dan usaha untuk menggulingkan dinasti Manchu telah dijalankan di bawah
pimpinan Dr. Sun Yat Sen. Akhirnya, pada 1911 dinasti Manchu berjaya digulingkan oleh
golongan revolusioner. Jelaslah disini pemberontakan yang dilakukan akan memberi
kemudaratan kepada masyarakat apabila sesuatu pemberontakan gagal menguasai kuasa barat.

20

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, dapatlah dijelaskan bahawa pemberontakan Boxer yang berlaku di
China adalah bertujuan untuk menentang perubahan dasar yang telah dilaksanakan oleh pihak
British dan kuasa-kuasa asing lain serta terhadap sistem pemerintahan Dinasti Qing itu sendiri.
Pemberontakan ini telah dipelopori oleh ahli-ahli kongsi gelap dan para peninju yang berusaha
menentang penguasaan British dan kuasa-kuasa asing lain di negara China. Di samping itu,
adanya penyebaran agama Kristian oleh mubaligh Kristian dari negara asing turut
membangkitkan kemarahan rakyat China yang seterusnya gerakan ini menjadi asas kepada
perkembangan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat China untuk menentang penjajahan
barat.
Kekalahan China dalam pemberontakan Boxer telah memberi kesan kepada negara China
terutamanya dari aspek ekonomi dan pentadbiran. Kegagalan kebangkitan Boxer ini juga sesuatu
yang memalukan pihak istana dan imej pemerintah Manchu menjadi bertambah teruk.

21

BIBLIOGRAFI
Bicker, Robert A. & Tiedemann, R. G. 2007. The Boxer, China and The World. United States of
America: Rowman & Littlefield Publishers.
Bodin, Lynn E & Warner, Chris .1979. The Boxer Rebellion. United Kingdom : Osprey Military.
Esherick, Joseph W. 1987. The Origins of Boxers Uprising. London: University of California.
Frederic A. Sharf & Peter Harrington. 2000. China 1900: The Eyewitnesses Speak. London:
Greenhill Books, London Stackpole Books, Pennsylvania.
Harington, Peter. 2001. Peking 1900, The Boxer Rebillion. United Kingdom: Osprey Publishing.
Jacob E. Safra, Constantine S. Yannias & James E. Goulka. 1768. The New Encyclopaedia
Britannica Voume 2 15th Edition.
K Gilbert & L Dorothy. 1977. The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History
of South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational
Books(Asia)LTD.
Levi, Werner. 1953. Modern Chinas Foreign Policy. Great Britain: University of Minnesota.
Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publications.
Suffian Mansor. 2003. Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Young, Hum Kim. 1966. East Asias Turbulent Century. New York: Meredith Corporation.

22

You might also like