You are on page 1of 1

9 CABARAN WAWASAN 2020

1. Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat


dikongsi bersama.
2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang
ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang
matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang,
demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi
contoh kepada banyak negara membangun.
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
5. Mewujudkan masyarakt liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai
kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan
agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan
kesetiaan mereka kepada satu negara.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja
pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada
tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu
sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat,
kebajikan insan tidak akan berkisar kepada Negara atau orang
perseorangan, tetapi sekeliling sitem keluarga yang kukuh.
8. Memastikan masyarakat yang adail dalam bidang ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi
bersaing, dinamik, giat dan kental.

You might also like