You are on page 1of 5

BOLA TAMPAR - SPASM KE-20

2013

1.1 BOLA TAMPAR BERPASUKAN (LELAKI & WANITA)


1.1.1 PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung
dalam peraturan SVA, MAVA, kejohanan ini akan dijalankan
mengikut Undang-Undang Bola Tampar Antarabangsa FIVB
yang sedang berkuatkuasa.
Sekiranya timbul sebarang masalah penafsirannya, undangundang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.
1.1.2

SISTEM PERTANDINGAN
Perlawanan dilakukan secara
KALAH SINGKIR (KALAH MATI).

LIGA

KUMPULAN

dan

Perlawanan akan dibahagikan kepada 4 KUMPULAN iaitu A,B,C


& D.
Perlawanan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A,B,C
& D. Pasukan yang berjaya menjadi Johan, Naib Johan dan
Tempat Ke-3 pada kejohanan SPASM tahun 2010 akan
diletakkan sebagai Kumpulan Seeded.
Selaku Tuan Rumah (Selangor), secara automatic akan
diletakkan di dalam Kumpulan Seeded juga.
Kumpulan Seeded akan terdiri dari 4 pasukan negeri termasuk
Tuan Rumah (Selangor). Mereka akan di undi untuk menentukan
tempat di kumpulan mana yang akan mereka ketuai sebagai
pasukan seeded. Bagi pasukan-pasukan negeri yang lain pula,
undian secara biasa akan dilakukan untuk menentukan tempat
didalam pasukan mana yang akan mereka bertanding.
Dua pasukan terbaik daripada keempat-empat kumpulan layak
ke peringkat suku akhir. Pada peringkat ini, pemenang akan
meneruskan perlawanan ke peringkat separuh akhir. Pemenang
peringkat separuh akhir akan meneruskan perlawanan ke
peringkat akhir untuk merebut juara pertandingan.
Pada peringkat Liga Kumpulan (Lelaki dan Wanita), perlawanan
akan dijalankan secara TIGA SET TERBAIK (Best of 3) dengan
kiraan mata 25 mata. Pemenang akan ditentukan sekiranya
menang dua (2) set berturut-turut dan sekiranya seri, set
penentuan akan dijalankan dengan kiraan mata 15 mata.

BOLA TAMPAR - SPASM KE-20

2013

Permainan secara Kalah Singkir (kalah mati) akan bermula


pada peringkat Suku Akhir hingga ke Peringkat Akhir.
Pada Peringkat Akhir, perlawanan akan dijalankan secara LIMA
SET TERBAIK (Best Of 5) dengan kiraan 25 mata. Pasukan yang
memenangi 3 set terdahulu daripada 5 set dikira memenangi
perlawanan.
Pertandingan dijalankan secara
daripada 10 hingga 12 pemain

berpasukan

yang

terdiri

Setiap pasukan dikehendaki berada di gelanggang permainan


SEPULUH (10) MINIT lebih awal dari masa yang telah dijadualkan.
Penangguhan masa selama SEPULUH (10) MINIT hanya akan
diberi kepada pasukan yang masih lagi lewat hadir dan apabila
tamat tempoh masa penangguhan tersebut, maka pihak
pengadil berkuasa untuk memberikan kemenangan percuma
kepada pasukan yang telah hadir mengikut jadual.
1.1.3

PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PEMAIN


Setiap Perpustakaan Negeri hanya dibenarkan menghantar
satu (1) pasukan lelaki dan satu (1) pasukan wanita.
Setiap pasukan mestilah terdiri daripada;
PEMAIN
- 10 / 12 Orang
Sekiranya Pengurus Pasukan adalah terdiri daripada pemain
didalam pasukan itu, pasukan itu adalah layak menyertai
pertandingan ini.
Pengurus pasukan dibenarkan untuk bermain bagi pasukan
tersebut.
Atlet berdaftar bagi setiap perpustakaan negeri terdiri daripada
kakitangan perpustakaan awam (LANTIKAN TETAP, KONTRAK,
SAMBILAN, SAMBILAN HARIAN DAN PEGAWAI KHIDMAT SINGKAT
(PKS) SAHAJA) dan tempoh perkhimdmatannya mesti melebihi
ENAM (6) bulan dari sebelum tarikh perlawanan.
Sekiranya didapati terdapat walaupun seorang pemain
IMPORT didalam pasukan
tersebut, pasukan itu akan
dibatalkan penyertaannya serta-merta.

BOLA TAMPAR - SPASM KE-20

2013

Setiap pasukan hendaklah mengisi Borang Pendaftaran Pasukan


(Lampiran A)

1.1.4

PAKAIAN
Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi (baju) yang seragam.
Pemain Libero hendaklah menggunakan jersi
berlainan warna daripada warna jersi pasukannya.

yang

Jersi hendaklah bernombor saiz tidak kurang daripada 10 cm


tingginya di depan dan 20 cm di belakang.
Nombor yang digunakan adalah dari 1 hingga 99 sahaja.
Garis nombor hendaklah tidak kurang daripada 2 cm tebal.
Sekiranya terdapat jersi yang sama warna diantara kedua-dua
pasukan, pihak pengadil akan menggunakan Bip untuk
membezakan kedua-dua pasukan tersebut.
1.1.5

ALATAN/BOLA PERMAINAN
Bola Rasmi perlawanan adalah
(Tournament Ball) Biru/Kuning.

1.1.6

Bola

Mikasa

MVA

300

PEMBATALAN/WALKOVER
Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan
dibenarkan meneruskan.
Perlawanan seterusnya dan semua keputusan perlawanannya
dibatalkan.
Pengelola akan menyediakan laporan tentang penarikan
diri ini kepada Pengarah Perlawanan.

1.1.7

BANTAHAN
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan
dirujuk kepada Jawatankuasa Teknik Bola Tampar MSN Selangor
dan keputusannya adalah dihormati.

BOLA TAMPAR - SPASM KE-20

2013

Pasukan yang ingin membuat bantahan hendaklah


mengemukakannya secara lisan kepada pengadil bertugas
pada ketika insiden itu berlaku melalui Ketua Pasukan
semasa dan Pengadil akan mencatatkan Ingin Bantah di
dalam Score Sheet serta-merta.
BANTAHAN RASMI secara bertulis hendaklah dikemukakan
kepada pihak pengelola dalam masa 30 MINIT selepas
perlawanannya
tamat
supaya
bantahannya
dapat
dipertimbangkan.
Semua bantahan hendaklah disertakan dengan wang
pendahuluan sebanyak RM200.00 (Dua Ratus Ringgit Malaysia
Sahaja).
Wang pendahuluan tidak akan dikembalikan apabila
bantahan tersebut didapati tidak mengikut peraturan atau
munasabah.
Wang pendahuluan akan dikembalikan semula sebanyak 80%
/ RM160.00 daripada nilai wang bantahan tersebut apabila
bantahan tersebut didapati munasabah dan meyakinkan.
Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta
dimaklumkan kepada yang berkenaan dan keputusannya
adalah muktamad.
1.1.8

PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan
diputuskan oleh JAWATANKUASA PENGELOLA PERLAWANAN
yang berkenaan dan keputusan adalah MUKTAMAD.

BOLA TAMPAR - SPASM KE-20

2013

FORMAT PERLAWANAN BOLA TAMPAR BERPASUKAN (LELAKI & WANITA)


A1

(SEEDED)
JOHAN A

A2)
N/JOHAN C
A3)
S/AKHIR 1
S/AKHIR 1
B1)

(SEEDED)
JOHAN B

B2)
N/JOHAN D
B3)

AKHIR
AKHIR

C1)

AKHIR

(SEEDED)
JOHAN C

C2)
N/JOHAN A
C3)

S/AKHIR 2
S/AKHIR 2

D1)

(SEEDED)
JOHAN D

JUARA

: 5 MARKAH

N/JOHAN B

N/JUARA

: 3 MARKAH

KETIGA

: 1 MARKAH

KEEMPAT

: 1 MARKAH

D2)
D3)
D4)

You might also like