You are on page 1of 18

PERMAINAN TING-TING KAPAL TERBANG

PENDAHULUAN
Ting-ting adalah permainan tradisional yang agak popular pada
zaman dahulu. Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Ting-ting
sebenarnya dimain oleh anak-anak perempuan tetapi kaum lelaki juga
boleh bermain sama.
Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada
kanak-kanak lelaki. kerana disebabkan permainan ting-ting ini tidak begitu
lasak

serta

memerlukan

tenaga

yang

banyak

dan

ianya

hanya

memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.


Di kampung-kampung gelanggang di buat dengan mengoreskan
garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanakkanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan
yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis
tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.
Ting-ting dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua
hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan
jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat
pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran
bagi setiap pemain untuk berteng teng.
Permainan ting-ting tidak mempunyai batas dalam berapa ramai
orang boleh main. Ia boleh dimain oleh semua peringkat masyarakat,
tidak kira mudah atau tua. Permainan ini boleh dimain secara individual
ataupun berkumpulan. Jika berkumpulan, pemain-pemain boleh dicapai
sehingga empat orang atau lebih. Tetapi permainan ini bagus dimain oleh
empat orang supaya mereka tidak keliru apabila giliran mereka tiba.
Ting-ting sekurang-kurangnya mempunyai sembilan rumah yang
dilukis sendiri berbentuk kotak. Anak itu harus mencampak batu atau
barang kecil ke dalam rumah bermula daripada kotak pertama.
Jika campakan itu kena, pemain boleh lompat ke lapan kotak yang
lain

dan

tidak

boleh

memijak

kotak

yang

mempunyai

batu

itu,

menggunakan satu kaki sahaja. Jika dia selesai, dia boleh campak batunya
ke kotak kedua dan seterusnya sehingga habis satu pusingan.

TUJUAN PERMAINAN
Permainan ini bertujuan menguji kecekapan pemain mengagak jarak
dengan menggunakan kaki sambil mengimbang badan. Permainan ini
lebih digemari oleh kanak-kanak perempuan.

Rajah 1 : Jenis permainan Ketingting Kapal Terbang


PENEROKAAN
Meneroka merupakan suatu situasi pembelajaran. Guru tidak digalakkan
menilai sebaliknya membimbing kanak-kanak untuk menemui sesuatu
yang

lebih

spesifik

tentang

diri

mereka.

Meneroka

bermaksud

menggunakan pelbagai bahan dan kaedah seperti membuat eksperimen,


menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Ini akan
menjadikan

anda

lebih

imaginatif.

Pelbagai

cara

digunakan untuk

meneroka. Antaranya ialah inkuiri, mencari pengetahuan, membuat


eksperimen, mencari, mencipta, ingin tahu, manipulasi dan mengkaji.
a Meneroka alat dan bahan

Di peringkat prakawalan boleh memulakan program latihan


dengan cara berjalan-jalan di sepanjang palang atau bangku

ii

yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah.
Tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat
penyesuaian menggunakan peralatan yang sebenar. Mereka
boleh mencuba pelbagai cara untuk bergerak di atas palang,
bergayut di atas palang atau tali, melompat dari atas meja atau

iii

kerusi.
Tahap aplikasi bolehlah mencuba pelbagai cara untuk masuk ke
dalam

sesuatu

membuat

ruang

alat,

bentuk-bentuk

melompat,

dengan

melintasinya

menggunakan

dan

anggota-

anggota semasa beraksi.


BAHAN DAN ALAT UNTUK MEMBUAT TING-TING
Ting-ting merupakan suatu permainan tradisional yang sangat
mudah untuk mendapatkan bahan dan alat untuk membuatnya. Ia hanya
boleh dibuat dengan melukis di atas tanah. Alat yang digunakan hanyalah
kapur yang boleh dilukis di atas tanah tersebut.
Permainan ini tidak perlu mempunyai bahan-bahan yang banyak
dan mengelirukan. Ia hanya perlu dilukis di gelanggan kecil dengan
menggunakan kapur tetapi harus mempunyai barang kecil atau gundu
untuk memulakan permainan tersebut.
Dengan menggunakan kapur, lukis sembilan buah berbentuk
kotak dan nomborkan kotak-kotak tersebut. Gundu pula, hanyalah sebagai
tanda bagi para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di kotakkotak gelanggang.
GELANGGANG DAN GUNDU
Gelanggang ting-ting hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah
sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.
Permainan dijalankan mengikut urutan seperti rajah di bawah.
Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan
penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk
leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja,
seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.
2

Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan
kedudukan mereka di petak-petak gelangang.

Rajah 3 : Gelanggang dan gundu.


b Meneroka cara pengolahan dan manipulasi
Pelajar sudah bersedia untuk meneroka cara pengolahan sesuatu
aktiviti dan cuba memanipulasi tubuh mereka supaya boleh
melakukan
mencabar

aktiviti
lagi

gimnastik

seperti

dirian

atau

pergerakan

tangan,

roda

dengan

kereta,

lebih

gulingan,

imbangan dan sebagainya.


c Meneroka idea dan isi kandungan
Aktiviti mengguling ialah perlakuan memindahkan beban berat bahagianbahagian anggota lain di sekeliling sesuatu paksi. Menggabungkan
perlakuan-perlakuan mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti
pergerakan lokomotor atau perlakuan menangkap dan mengguling.

MEMPEROLEH PENGALAMAN
Pengalaman dalam seni visual, muzik dan pergerakan akan menjana
pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Bagi perkembangan
kognitif, kanak-kanak menggunakan seni untuk meluahkan fikiran dan
idea mereka.
Pengalaman seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran
kinestatik yang mendalam, kepintaran menggunakan tubuh badan dan
penajaman persepsi sebagai satu pengalaman estetik. Aktiviti yang
membentuk pengalaman ini akan member peluang supaya terlibat dalam
operasi kognitif. Operasi kognitif ialah operasi yang melibatkan proses
3

pemikiran kritis, kreatif, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan


manakala operasi meta kognitif pula ialah proses refleksi yang dilakukan
oleh individu pada proses pemikirannya (Azizi Yahaya et. al., 2005).
a Pelbagai strategi memperoleh pengalaman
persepsi, membina konsep, pemahaman, penemuan, pengetahuan,
hasil, proses, kemahiran untuk menyelesaikan maslaah, membuat
eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara
kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan. Dalam hal
ini, Ibn Khaldun (1332-1406) dalam kitabnya Al Muqaddimah
(Rosenthal, 1978) begitu menekankan betapa pentingnya sesuatu
pembelajaran

itu

berasaskan

sumber

yang

pelbagai

bagi

merangsang kreativiti dan mengelakkan sifat jumud.


b Aktiviti memperoleh pengalaman
Permainan merupakan nilai riadah yang sungguh menakjubkan, nilai
kecergasan yang tinggi dan bertindak sebagai alat yang amat
ampuh untuk menyalurkan rasa ketahanan semulajadi di dalam jiwa
pelajar pelbagai peringkat.
Apabila pelajar sudah memperolehi kemahiran yang membolehkan
mereka bermain
dengan cekap mereka haruslah diberi peluang untuk
mempraktikkan kemahiran
mereka

itu dalam keadaan serupa seperti dalam keadaan

permainan sebenarnya.
i

Pengalaman bermain permainan


Dengan adanya aktiviti bermain boleh membantu mereka
menghayati rasa keseronokan, kepuasan, kegembiraan dan
kejayaan.

KEPENTINGAN PERMAINAN TING-TING DARI ASPEK FIZIKAL,


EMOSI, INTELEK DAN SOSIAL
Sememangnya terdapat banyak jenis permainan sukan rakyat di
negara kita, Malaysia. Antaranya ialah permainan ting-ting, permainan
congkak,

permainan

batu

seremban,
4

permainan

gasing,

wau

dan

sebagainya. Permainan ini bukan sahaja sekadar permainan biasa malah,


ia juga mempunyai kepentingan yang tersendiri kepada sesiapa yang
melibatkan diri dalam sukan rakyat ini.
Selain

itu,

terdapat

banyak

faedah

yang

diperolehi

melalui

permainan sukan rakyat di Malaysia. Faedah-faedah yang diperolehi ini


merangkumi

beberapa

aspek

perkembangan

iaitu

pertama

ialah

perkembangan dari segi fizikal, kedua ialah perkembangan dari segi


pendidikan kerohanian dan moral (emosi), ketiga ialah perkembangan dari
segi kognitif (intelek), dan keempat ialah perkembangan dari segi sosial.
PERKEMBANGAN FIZIKAL
Melalui permainan fizikal yang aktif kanak-kanak dapat bersenam dan
membina otot. Ia juga adalah saluran

mengeluarkan tenaga yang

berlebihan yang mana apabila disimpan ia menyebabkan kanak-kanak


tegang, gementar, meragam dan terlalu aktif. Permainan fizikal dapat
meningkatkan kemahiran koordinasi badan, menggalakkan kematangan
motor halus dan kasar serta mempelajari konsep ruang.
Terdapat banyak kepentingan bermain dalam perkembangan fizikal
antara ialah dapat menggerakkan psikomotor murid-murid iaitu motor
kasar, motor halus, koordinasi mata-tangan, pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor. Kemahiran fizikal yang berkenaan termasuk berlari,
melompat, menendang, memanjat, mengimbang, menyambut bola dan
membaling bola. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang
berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor
kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka.
Kanak-kanak
menggunakan

berasa

bahagian-

seronok
bahagian

dan

gembira

anggota

badan

sewaktu
mereka

aktif
untuk

bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang


membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh
berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan,
keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat
diperlukan. Menerusi aspek ini, murid dapat menggunakan otot-otot halus
5

untuk menggerakkan sesuatu. Menerusi bermain juga, ianya dapat


meningkatkan kemahiran fizikal kanak-kanak seperti berlari, melompat,
memanjat dan sebagainya.
ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL (JASMANI)
Permainan

sukan

rakyat

iaitu

permainan

ting-ting

ini

dapat

mengembangkan perkembangan dari aspek fizikal ataupun lebih dikenali


sebagai aspek perkembangan jasmani. Permainan ting-ting ini dapat
mengembangkan

kemahiran

mengimbang

badan

dengan

berdiri

menggunakan sebelah kaki tanpa bantuan. Ia juga memerlukan pemain


bergerak

melompat

dari

petak

ke

petak

serta

mencampak

atau

membaling buah.
PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI
Dalam kehidupan dan perkembangan emosi kanak-kanak, bermain
adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran
emosi kanak-kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu
bersosialisasi dan beremosi, sebagai penyumbang dalam kebudayaan
masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk,
1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka
dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri.
Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya
untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan
keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan
juga boleh berkongsi kuasa. Terdapat banyak lagi kepentingan main
contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika bermain setakat
untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak
akan

meninggalkan

kesan

positif

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran kanak-kanak. Kami sebagai guru kelak harus memainkan


peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar
6

melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanakkanak.


Kepentingan bermain dalam aspek emosi juga berupaya untuk
membina kemahiran kendiri yang positif dalam kalangan kanak-kanak.
Jika permainan diterapkan dengan cara yang bijak, ia akan dapat
melahirkan individu yang baik pada masa akan datang. Sebagai contoh,
murid yang boleh berkomunikasi ketika bermaina sedikit sebanyak dapat
mempengaruhi cara mereka bersosial apabila dewasa kelak dengan bijak
dan bagus dalam memberi arahan dan mengeluarkan idea atau pendapat
ketika dewasa kelak. Jika kita lihat kepentingan bermain secara ringkas,
kita dapat lihat bahawa murid atau kanak- kanak dapat belajar konsep
meningkatkan keupayaan kognitif, memupuk pemikiran yang inovatif,
kritis, dan kreatif, memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan,
membantu dalam menyelesaikan masalah, membina kemahiran sosial
dan banyak lagi kepentingan-kepentingan yang dapat diserapkan melalui
aktiviti permainan.
Bermain membolehkan kanak-kanak melepaskan ketegangan yang
disebakan oleh halangan daripada persekitaran terhadap tingkah laku
mereka. Dengan bermain bersama kanak-kanak lain, kanak-kanak belajar
bagaimana

mengadakan

perhubungan

sosial

dan

bagaimana

menyelesaikan masalah sosial yang berlaku. Mereka juga belajar menjadi


pemimpin dan pengikut di samping belajar bertoleransi dan bekerjasama.

ASPEK PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KEROHANIAN DAN MORAL


(EMOSI)
Selain itu, permainan ting-ting ini juga dapat mengembangkan
perkembangan diri seseorang individu itu iaitu dari aspek pendidikan
kerohanian dan moral ataupun lebih difahami oleh semua orang dengan
menggunakan istilah emosi. Dengan melibatkan diri dalam permainan ini,
para pemain hendaklah mempunyai sikap sabar di dalam diri masingmasing. Hal ini demikian kerana para pemain perlu bersabar apabila
7

menunggu giliran mereka dan memahami peraturan permainan semasa


permainan berlangsung.
Permainan sukan rakyat ini juga dapat memenuhi masa lapang para
pemain khususnya kanak-kanak dengan baik. Dengan ini, mereka dapat
mengelakkan diri mereka daripada melakukan aktiviti yang tidak bermoral
tetapi sebaliknya, kanak-kanak ini dapat belajar mengenai pengurusan
masa yang teratur.
PERKEMBANGAN KOGNITIF
Perkembangan kognitif merupakan satu aspek yang penting dalam
perkembangan individu.Mendengar,membaca,berbincang dan bertutur
amat

membantu

dalam

perkembangan

kognitif.Melalui

bermain,melakonkan semula apa yang dibaca atau cerita yang didengar


akan

mempercepat

amnya.Terdapat

penguasaan

banyak

bahasa

kepentingan

dan

bermain

kognitif

dalam

secara

kanak-kanak

antaranya melalui aspek perkembangan kognitif,murid dapat mengetahui


tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar.
Melalui

bermain,murid

dapat

berusaha

untuk

menjayakan

permainan tersebut dan meningkatkan daya keintelektualan muridmurid.Menerusi bermain juga murid dapat berfikir sejauh manakah tahap
murid dalam memastikan sesuatu permainan tersebut berjalan dengan
lancar dan berkesan.Melalui bermain,perkembangan minda kanak-kanak
akan berkembang dan mencapai satu potensi di mana kanak-kanak dapat
mengaplikasikannya

dalam

sesebuah

atau

sesuatu

aktiviti

permainan.Menerusi perkembangan kognitif,murid dapat mengetahui


pelbagai kemahiran yang ada pada dirinya.Ketika inilah murid akan
berusaha untuk menonjolkan diri seterusnya menarik perhatian orang di
sekitarnya.Di

samping

itu,kepentingan

bermain

dalam

aspek

perkembangan kognitif ialah membantu murid-murid berfikir dengan lebih


kreatif dan logik.

Menerusi permainan,murid dapat belajar mengenai syarat dan


peraturan

permainan.Seterusnya

hal

ini

akan

membuatkan

murid

mengikuti segala peraturan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu


permainan.Hal ini bukan sahaja dapat menajamkan minda kanak-kanak
malah hal ini akan melahirkan suatu pemikiran baru kanak-kanak untuk
membentuk suatu permainan yang baharu.Melalui bermain,murid juga
mendapat maklumat tambahan serta mendedahkan murid-murid tentang
cara menyelesaikan masalah.
Dalam aspek kognitif ini,penekanan kepada minda murid-murid
ditekankan.Murid-murid
permainan

dapat

akan

dapat

menimbulkan

berfikir

keseronokan

bagaimana
dan

sesuatu

gurauan

sesama

rakan.Aspek kognitif yang utama menerusi bermain ialah murid dapat


mendengar dengan teliti serta berbahasa dengan betul dan fasih.Melalui
bermain,murid

dapat

memahami

arahan

yang

diberi

seterusnya

berbincang untuk melakukan sesuatu aktiviti bermain.


Bagi

perkembangan

kognitif,

permainan

Ting-ting

ini

dapat

membantu dalam perkembangan intelek seperti konsep memahami


undang-undang

permainan,

konsep

pramatematik

dan

konsep

pemerhatian. Selain itu juga, permainan ini juga mengajar kanak-kanak


berfikir dan menerapkan kemahiran merancang strategi semasa bermain.
Bermain juga membantu mengembangkan daya kreatif kanak-kanak
kerana ia memberi peluang daya cipta tanpa had. Seperti yang kita tahu,
kanak-kanak gemar untuk melakukan dan mencipta sesuatu yang baru.
ASPEK PERKEMBANGAN KOGNITIF (INTELEK)
Di samping itu, permainan ini cukup terkenal dengan keberkesanan
dalam membantu kanak-kanak mengenal simbol nombor dan turutan
nombor menaik iaitu nombor satu hingga tujuh. Permainan ting-ting ini
juga membantu kanak-kanak memahami turutan nombor menurun tujuh,
enam, lima, empat, tiga, dua dan satu.

Apabila kanak-kanak melibatkan diri mereka dalam permainan


rakyat ini, tahap pemikiran mereka dapat berkembang dengan baik dan
dapat menjadikan otak mereka lebih sihat serta mereka akan mempunyai
akal fikiran yang cerdas sekaligus mempunyai tubuh badan yang cergas.
Malahan juga, mereka akan mudah dan senang untuk memahami
dan menerima ilmu pengetahuan yang mereka pelajari semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
PERKEMBANGAN KOMUNIKASI DAN BAHASA
Untuk bermain dengan jayannya kanak-kanak perlu berkomunikasi
dengan orang lain dalam cara yang dapat difahami, di samping
memahami apa yang cuba disampaikan oleh orang lain kepadanya.
Komunikasi melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal jawab. Komunikasi
membantu kanak-kanak membina ayat yang kompleks, menambah kosa
kata, belajar memberi arahan dan memahami peraturan.

ASPEK PERKEMBANGAN SOSIAL


Menerusi

perkembangan

sosial,

kepentingan

bermain

lebih

menjurus kepada kanak- kanak dapat belajar berinteraksi secara positif.


Melalui bermain, murid dapat menyampaikan sesuatu arahan dengan
bertatasusila tanpa menyinggung perasaan orang lain. Selain dapat
menambah kenalan melalui diskusi yang positif, kanak- kanak juga dapat
mengeratkan

hubungan

silaturahim

sesama

rakan

sebaya.

Melalui

perkembangan sosial juga,murid berupaya untuk belajar menghormati


hak orang lain.Kanak-kanak juga akan mempelajari nilai menghargai alam
sekitar,memelihara persekitaran serta mengenal dan menghormati nilai
budaya.
Menurut teori instinct(naluri),alam kanak-kanak merupakan tempoh
persediaan diri untuk ke alam dewasa. Pengalaman bermain memberikan
10

latihan kearah kedewasaan.Pengalaman bermain seperi main peranan dan


main

imaginatif

dapat

membantu

kanak-kanak

mencapai

kematangan.Melalui permainan imaginatif seperti main pondok-pondok


dan doktor-doktor,kanak-kanak belajar peranan sebagai orang dewasa.
Menerusi bermain,murid dapat menerima kekalahan sesuatu permainan
dengan perasaan yang berusaha untuk bangkit semula pada masa akan
datang.
Melalui bermain dalam aspek sosial juga murid dapat menghargai
alam sekitar sekeliling. Ketika ini,tahap berfikir murid murid mencapai
aras yang tinggi. Menerusi bermain murid dapat mengetahui betapa
pentingnya

alam

sekitar

kepada

kehidupan

manusia.

Selain

itu,kepentingan bermain dalam aspek perkembangan sosial juga murid


berupaya untuk menghormati nilai budaya serta menghargai nilai estetika
dalam sesuatu aktiviti bermain.
Dari segi sosial pula, para pemain dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim di antara mereka. Apabila mereka bermain, secara tidak
langsung mereka dapat mengenali antara satu sama lain dan dapat
mewujudkan

suasana

yang

menyeronokkan

sepanjang

permainan

dijalankan sekaligus mereka dapat berkomunikasi dan berinteraksi di


antara mereka dengan baik.
Tambahan pula, permainan sukan rakyat ini dapat memupuk
semangat kerjasama dalam kalangan pemain. Ini dapat dibuktikan apabila
mereka menunggu giliran untuk meneruskan permainan. Oleh itu, kanakkanak lain yang tidak bermain dapat memberikan sokongan dan
semangat kepada rakan-rakan mereka yang sedang bermain.

EKSPRESI
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik
dengan member peluang kepada kanak-kanak untuk menemui potensi
ekspresif diri melalui perkataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka.

11

Bahasa-bahasa symbol digunakan untuk membuat eskpresi dalam


aktiviti-aktiviti

seni.

Ini

membantu

kanak-kanak

untuk

merasa,

menyentuh, dan mendengar serta melihat secara langsung dunia mereka


dengan cara tersendiri. Kanak-kanak meluahkan pandangan mereka
dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan
difahami oleh orang lain.
Media-media ekspresi boleh dilihat dalam bentuk catan, tubuh
badan, suara atau bunyi. Apabila ia digabungkan

secara harmoni,

ekspresi yang terhasil menjadi estetik.


i. Bentuk Ekspresi :
a
b
c
d
e
f
g
h

Perasaan
Lisan
Reaksi
Emosi
Bukan Lisan
Idea
Menggambarkan
Menghasilkan

ii. Unsur Perasaan dalam Ekspresi


Reaksi

badan

terhadap

rangsangan

yang

ia

tidak

bersedia

menghadapinya atau yang memberikan sumber manfaat dan kerugian


yang mungkin kepada seseorang ibu bapa dan guru yang menjadi model,
penguatkuasa dan penilai terhadap pembentukan tingkah laku.
iii. Penyampaian yang Berekspresif
Guru mahupun sekolah perlulah bersifat ekspresif. Oleh itu, gaya
pembelajaran perlulah dirangsang kepada setiap pelajar.
Rangsangan Persekitaran (Bunyi, cahaya, suhu, susun atur bilik)
Rangsangan Emosi (Motivasi, keazaman, tanggungjawab, struktur)
Rangsangan Sosiologi (diri sendiri, pasangan, rakan sebaya,
kelompok)
Rangsangan fisiologi (Kekuatan persepsi yang merangkumi auditori,
visual, kinestatik, makanan / minuman, waktu belajar, pergerakan)
Rangsangan psikologi (Analitik atau global, pemproses otak kiri dan
kanan, dan impulsif atau reflektif)
iv. Aktiviti
Melaksanakan permainan yang bersifat koperatif dan sukan
12

SOROTAN KAJIAN KEMAHIRAN DI KALANGAN KANAK-KANAK


Menurut Martin (2001), kemahiran yang boleh dikuasai oleh kanak-kanak
merangkumi

beberapa

jenis

kemahiran

utama

iaitu

membuat

pemerhatian, perbandingan, jangkaan, pengelasan, pengukuran secara


kuantitatif dan berkomunikasi dengan cara menamakan, mencatat dan
berkongsi maklumat tentang sesuatu dapatan. Di dalam buku garis
panduan kurikulum kebangsaan pendidikan awal kanak-kanak Britain,
The Early Learning Goals kemahiran diletakkan di bawah satu bidang
pembelajaran yang dikenali sebagai Knowledge and Understanding of
The World dan ia merangkumi perkara-perkara berikut :
a Meneroka dan menyiasat
i

Mempertingkatkan perasaan ingin tahu dan kemahiran


membuat pemerhatian.

ii
iii

Memanipulasi objek.
Membuat gambaran atau memperjelaskan tentang ciri-ciri
sesuatu objek.

iv

Mencari dan mengetahui lebih lanjut tentang benda


menggunakan pancaindera.

Mengenalpasti bagaimana sesuatu benda itu berfungsi.

vi

Melihat dari segi persamaan, perbezaan dan perubahan.

b Merekacipta dan merekabentuk


i

Mendalami

dan

menggunakan

pelbagai

cara

untuk

membina sesuatu.
ii

Memahami tujuan sesuatu alat dibina dan bagaimana


menggunakannya dengan selamat.

iii

Menyambungkan dua bahan yang dibina dengan pelbagai


cara yang berlainan.

iv

Memilih sumber dan alat yang sesuai.


13

Mencuba dan menyesuaikan alat.

c ICT
i

Bermain dengan pelbagai sumber ICT

ii

Mempelajari bagaimana sesuatu peralatan itu beroperasi


dengan mudah.

iii

Menerokai kepelbagaian penggunaan dan tujuan ICT.

iv

Menggunakan komputer.

d Merasai perjalanan waktu


i Mendapat pengalaman tentang sesuatu yang lepas dan
ii
iii
iv

waktu sekarang.
Bercakap tentang rasional dan signifikasi sesuatu perkara
yang telah berlaku.
Menunjukkan rasa minat terhadap kehidupan manusia.
Memerhati perubahan dalam persekitaran. Contoh

pertukaran cuaca, pembesaran pokok dan sebagainya.


e Merasai konsep ruang / tempat
i Melihat kehidupan sekitar dan alam keseluruhannya.
ii Bertanya soalan tentang kejadian alam.
iii Menyedari tentang perbezaan kriteria yang terdapat di
alam persekitaran.
f

Kebudayaan dan kepercayaan


i Mencurah perasaan tentang
ii

sesuatu

peristiwa

yang

berlaku dan bercerita atau menggambarkannya.


Mula mengetahui tentang perbezaan kebudayaan dan
kepercayaan di kalangan manusia melalui cerita, muzik,
pergerakan, main peranan, festival dan perayaan.

14

KESIMPULAN
Permainan

merupakan

aktiviti

yang

paling

penting

untuk

perkembangan kanak-kanak terutamanya dalam aspek kognitif, fizikal dan


afektif.

Kanak-kanak

merupakan

cara

belajar

semula

melalui

jadi

permainan

kanak-kanak

kerana

mengenal

permainan
dunia

dan

persekitarannya.
Ada pelbagai teori tentang tujuan dan fungsi permainan. Melalui
permainan, mereka dapat mempelajari peranan-peranan individu mereka.
Aktiviti secara permainan ini dapat mengeratkan lagi hubungan mesra
guru dan murid. Murid tidak lagi merasa takut untuk berkongsi sejarah
salasilah keluarga sambil bermain.
Dengan ini saya telah dapat menanamkan keyakinan diri dan
merasakan dirinya benar-benar berguna dan dihargai . Sesungguhnya
aktiviti yang tidak membosankan ini telah menggalakkan murid untuk
mencuba dan terus mencuba, untuk terus menghabiskan permainan dan
memperoleh ganjaran sama ada dalam bentuk material atau non material
(pujian dan sanjungan).
RUJUKAN
Azizi Yahaya dan Zurihanmi Zakaria. 2005. Aplikasi Kognitif dalam
Pendidikan. PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
http: // www. ncrel.org
http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/
Katz, L. G. 2003. The Right of the Child to Develop and Learn in Quality
Environments.

15

International Journal or Early Years Education. 35(2). 13-25 Lindon,


J., Kelman,
K. &Sharp, A. 2001. Play and Learning for the Under 3s, TSL
Education Limited,
London.

Martin, D. J. 2001. Constructing Early Childhood Science. Albany: Delmar


Thomson

16

You might also like