You are on page 1of 17

FACULTY OF NURSING AND ALLIED HEALTH SCIENCES

SEMESTER SEPTEMBER 2013

MPW 2133

MALAYSIAN STUDIES

SEMESTER : SEPTEMBER 2013

NAMA

HARTATI BT MAT NUPIH

NO. MATRIKULASI

801211095012001

NO. KAD PENGENALAN

801211095012

NO. TELEFON

017-3927334

E-MAIL

sntati_fast@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM PETALING JAYA

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

1.

1.0 Objektif

2.

2.0 Tujuan Pelaksanaan Program Belia, Sekolah Wawasan


Pelan Integrasi Nasional
2.1 Program Belia

MUKA SURAT
3
dan
4-6

2.2 Sekolah Wawasan


2.3 Pelan Integrasi Nasional

3.

3.0 Strategi dan Keberkesanan Pelaksanaan


3.1 Program Belia

7-10

2.2 Sekolah Wawasan


3.3 Pelan Integrasi Nasional

4.

4.0 Pencapaian

11-13

4.1 Program belia


4.2 Sekolah Wawasan
4.3 Pelan Integrasi Nasional
4.4 Pencapaian ketiga-tiga program

5.

5.0 Kesimpulan

14

6.

6.0 Rujukan

15-16

1.0 Objektif

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang meletakkan perpaduan dan
keharmonian antara kaum sebagai salah satu misi utama kerajaan. Oleh itu, isu perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan suatu topik yang sentiasa dibincangkan secara
terperinci oleh kerajaan Malaysia. Perpaduan boleh disamakan dengan perkataan
penggabungan yang membawa maksud menjadi satu atau persatuan (Erti dan Kepentingan
Perpaduan Negara, 2012). Melalu definisi ini, perpaduan nyata merupakan suatu nilai murni
yang wajib dipupuk dalam jiwa setiap rakyat Malaysia demi menjanjikan keamanan dalam
Negara yang berbilang kaum ini.
Demi menjamin keharmonian dan perpaduan sentiasa menjadi nilai utama dalam
masyarakat, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perpaduan dan Pembangunan
Masyarakat pada tahun 1990 bagi menjalankan aktiviti-aktivi yang memupuk perpaduan.
Program-program yang direncanakan oleh kementerian ini bertujuan memupuk nilai-nilai
murni yang berasaskan perpaduan masyarakat Malaysia. Walaubagaimanapun, cabaran
sentiasa dihadapi sekiranya objektif utama program ini gagal dicapai. Kadangkala, kejayaan
dan kesan program-program tersebut hanya akan terhasil dalam jangkamasa panjang. Oleh
itu, pelan yang terperinci bagi menjanjikan kejayaan adalah perlu supaya ia tidak gagal di
pertengahan jalan. Antara program yang akan dibincangkan ialah Program Belia, Sekolah
Wawasan dan Pelan Integrasi Nasional. Setiap program kerajaan ini akan dibincangkan bagi
mengenalpasti kelemahan dan kebaikan serta cara untuk meningkatkan lagi keberkesanan
program-program ini dalam menguatkan perpaduan dan integrasi nasional.

2.0 Tujuan Pelaksanaan Program Belia, Sekolah Wawasan dan Pelan Integrasi Nasional

2.1 Program Belia


Belia merupakan aset negara yang penting kerana mereka merupakan penggerak kemajuan
serta penentu masa depan negara. Kepentingan golongan belia bagi kerajaan dapat dilihat
melalui penggubalan Dasar Pembangunan Belia Negara pada tahun 1997 (Dasar
Pembangunan Belia Negara, 2013). Secara definisi, belia dikategorikan berumur antara 15
hingga 40 tahun (Dasar Pembangunan Belia Negara, 2013). Namun, usaha dan aktiviti
serta program belia difokuskan kepada mereka yang berumur di antara 18-25 tahun. Ini
bermakna bahawa kategori belia adalah mereka yang dapat menyumbang secara aktif
terhadap pembangunan negara samada secara ekonomi, mental atau cara lain melalui aktivitiaktiviti yang dilakukan mereka.
Menurut Dasar Pembangunan Belia Negara, matlamat utama program yang melibatkan belia
ialah untuk mewujudkan belia yang berkebolehan dalam pelbagai bidang termasuk dari aspek
rohani dan jasmani serta mempunyai semangat sukarelawan dan patriotik yang tinggi. Secara
khususnya, antara objektif utama ialah untuk memupuk gaya hidup sihat; Membangunkan
sifat keusahawanan dan kemahiran; Serta meningkatkan jaringan antarabangsa (Dasar
Pembangunan Belia Negara, 2013). Tiga objektif yang telah disebutkan menjadi asas kepada
pembangunan nilai-nilai murni dalam diri belia yang membawa kepada perpaduan serta
keharmonian negara.
Belia yang mengamalkan gaya hidup sihat menjadi aset kepada negara kerana gaya hidup
sihat merangkumi pelbagai aspek seperti kesihatan fizikal dan mental yang menyeluruh.
Dengan penglibatan belia dalam pelbagai aktiviti sihat seperti sukan, mereka tidak akan
terjebak dalam kegiatan negatif yang boleh merosakkan perpaduan negara seperti
gangsterisme, vandalisme dan aktiviti-aktiviti lain. Selain itu, matlamat kerajaan untuk
mendidik belia agar mempunyai semangat keusahawanan dan kemahiran dapat dibuktikan
melalui penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara yang terletak di beberapa negeri di
Malaysia di mana pelbagai kemahiran boleh dipelajari di sini seperti kemahiran menyediakan
makanan, menjahit, kecantikan , fotografi, kejuruteraan dan berbagai-bagai lagi kursus yang
ditawarkan (Senarai Portal Rasmi IKBN, 2013). Tambahan pula, penglibatan belia di
peringkat antarabangsa digalakan dengan mengadakan program seperti program-program
pertukaran pelajar antara negara-negara asing dan pertandingan yang melibatkan negaranegara luar. Usaha-usaha yang dilakukan kerajaan bagi meningkatkan nilai belia kepada

negara juga secara lansung menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian negara
Malaysia.
2.2 Sekolah Wawasan
Selain program belia, Sekolah Wawasan adalah satu lagi usaha kerajaan dalam memangkin
perpaduan yang harmoni bagi rakyat Malaysia. Penubuhan Sekolah Wawasan dilaksanakan
dengan meletakkan tiga atau dua sekolah rendah yang berbeza aliran seperti SK, SJKC atau
SJKC dalam satu kawasan dan mengekalkan bahasa pengantar bagi tiap-tiap aliran tetapi
pada masa yang sama berkongsi infrastruktur seperti perpustakaan, kantin dan padang
sekolah (Norwati binti Abdul Manaf, 2013). Inisiatif kerajaan untuk menubuhkan Sekolah
Wawasan nyata adalah usaha yang baik bagi mengukuhkan perpaduan. Menurut Norwati
binti Abdul Manaf (2013), antara objektif utama sekolah wawasan ditubuhkan ialah untuk
menanamkan sifat integrasi antara kaum walaupun berbeza aliran,bangsa dan agama;
Membina negara yang mempunyai perpaduan tinggi melalui ketinggian toleransi rakyatnya;
Serta menggalakkan komunikasi yang positif dari semua kaum melaui perkongsian pelbagai
infrastruktur sekolah yang disediakan.
Sekolah wawasan merupakan antara cadangan kerajaan yang bertujuan untuk menyatukan
pelbagai kaum di Malaysia dalam satu suasana yang harmoni. Bagi menanam sifat integrasi
antara kaum, setiap budaya dan agama kaun tersebut dihormati dengan mengekalkan identiti
kaum masing-masing di sekolah tersebut tetapi pada masa yang sama, tetap menjalankan
beberapa aktiviti sekolah secara bekerjasama. Warga sekolah juga diajar bertoleransi dengan
mengamalkan konsep berkongsi fasiliti sekolah untuk kegunaan dalam pembelajaran dan
aktiviti-aktiviti sekolah. Langkah-langkah sebegini nyata dapat mengeratkan lagi
kesefahaman di antara kaum-kaum di Malaysia sekiranya setiap kaum itu memahami tujuan,
konsep dan kebaikan sekolah wawasan.

2.3 Pelan Integrasi Nasional

Kerajaan juga menubuhkan Pelan Integriti Nasional yang merupakan salah satu inisiatif
kerajaan yang dilancarkan pada tahun 2004 bagi merapatkan jurang antara kaum dan
menambah kesefahaman antara pelbagai kaum di negara ini. Tujuan utama program ini ialah
bagi memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia
(Norazah binti Abdul Hamid, 2013). Secara khusus, antara objektif Pelan Integriti Nasional
(PIN) ialah bagi meningkatkan kesedaran serta kerjasama agar menjadi budaya dalam
pelbagai sektor dan bidang dalam negara; Mengukuhkan nilai-nilai moral dalam diri
masyarakat melalui pelbagai usaha kerajaan; Serta menggalakkan persaingan yang sihat bagi
menambah ketahanan Malaysia dalam menghadapi cabaran yang semakin tinggi pada abad
ke-21 (Pelan Integriti Nasional: Edisi Ringkas, 2006).

3.0 Strategi dan Keberkesanan Pelaksanaan

3.1 Program Belia


Beberapa strategi telah disusun oleh kerajaan dalam program pembangunan belia. Pelbagai
program belia telah dilaksanakan oleh kerajaan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan
nilai perpaduan dalam kalangan belia Malaysia. Antaranya ialah pertubuhan Belia 1 Wawasan
yang bertujuan untuk melaksanakan pelbagai program yang melibatkan belia berdasarkan
moto Wawasan Satu Belia Satu Malaysia (Pertubuhan Belia Satu Wawasan, n.d.).
Pertubuhan ini telah melaksanakan pelbagai aktiviti positif yang memupuk nilai-nilai murni
seperti mengadakan Youth International Tour pada tahun 2009 serta mengadakan pelbagai
program dan bengkel untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran para belia. Selain itu,
pertubuhan ini turut aktif menjalankan aktiviti kebajikan dengan membantu golongan yang
kurang bernasib baik seperti golongan miskin, ibu tunggal yatim piatu dan lain-lan. Ini dilihat
sebagai usaha yang sangat baik dalam meningkatkan kesedaran belia akan kepentingan nilainilai murni perpaduan dan kerjasama bagi membantu golongan ini.
Tambahan, program Rakan Muda Fasa II telah dilancarkan pada tahun 2008 bagi memupuk
fokus belia lebih kepada komuniti berbanding individu (Portal Rasmi Kementerian Belia
dan Sukan Malaysia, 2012). Kelab ini mempromosikan 8 gaya hidup Rakan Muda yang
melibatkan cinta terhadap alam, inovasi, kecergasan, masyarakat, seni budaya, wajadiri,
wirausaha dan siber. Lapan gaya hidup ini melibatkan penerapan nilai-nilai murni dalam
menjalani kehidupan seharian para belia. Secara tidak lansung, gaya hidup begini membawa
kepada keharmonian dan perpaduan negara melalui pembinaan asas dalam menghasilkan
insan dan pemimpin yang berjaya.
Program Belia 1 Malaysia juga merupakan usaha dari pihak kerajaan dalam membentuk
golongan belia yang mempunyai nilai-nilai positif yang dapat menyumbang kepada
keharmonian negara. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan di bawah program ini
termasuk program Program Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah, Program Pembangunan
Usahawan serta Program Pertukaran Belia Antarabangsa. Program pertukaran Belia
Antarabangsa membabitkan pertukaran antara dua buah negara (Program Pertukaran Belia
Antarabangsa, 2013). Antara negara-negara yang telah terlibat dalam program ini termasuk
Korea, Jepun, Thailand, Singapura dan Indonesia. Program yang dirancang untuk diadakan
setiap tahun ini diharap dapat mengembangkan minda belia terhadap pelbagai budaya yang
wujud serta menambahkan semangat patriotisme dalam kalangan belia ini.

3.2 Sekolah Wawasan


Penubuhan sekolah wawasan juga dibarisi beberapa program yang diharap dapat
merealisasikan objektif utama penubuhannya iaitu memupuk keharmonian dalam kehidupan
masyarakat berbilangkaum. Antara program bagi memupuk perpaduan yang dilaksanakan di
Sekolah Wawasan ialah seperti pengekalan identiti setiap kaum utama di Malaysia seperti
kaum Cina, India dan Melayu. Ini dilaksanakan dengan membolehkan menggunakan bahasa
pengantar kaum masing-masing dalam melaksanakan pembelajaran secara rasmi di sekolah.
Dengan pelaksanaan ini, setiap kaum akan mendapat kelebihan dalam usaha mengekalkan
identiti bangsa masing-masing agar generasi hadapan dapat meneruskan legasi bangsa
mereka.
Selain itu, perkongsian kemudahan sekolah antara sekolah berbeza aliran dapat meningkatkan
kerjasama dan kesefahaman antara mereka. Komunikasi antara pelbagai kaum dibina melalui
interaksi yang dilakukan sesama mereka sepanjang menggunakan kemudahan-kemudahan
sekolah yang disediakan kerajaan. Malah, penggunaan kemudahan yang sama dapat
meningkatkan perasaan kesamarataan antara setiap kaum. Ini kerana kerajaan dilihat sebagai
adil dalam menyediakan infrastruktur buat setiap kaum.
Tambahan pula, setiap bulan, perhimpunan Sekolah Wawasan akan menggabungkan setiap
aliran sekolah serta menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi bagi perhimpunan
(Norwati binti Abdul Manaf, 2013). Ini dapat memastikan kelansungan bahasa Malaysia
sebagai bahasa rasmi dan bagi meningkatkan interaksi serta kerjasama antara setiap sekolah
tersebut. Langkah ini juga dilihat sebagai salah satu cara untuk tidak membelakangkan
kpentingan bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian kaum-kaum di Malaysia.
Antara strategi lain yang dilakukan bagi memupuk nilai murni perpaduan ialah dengan
menggalakkan Sekolah Wawasan untuk sambutan-sambutan di peringkat sekolah secara
bersama seperti sambutan Hari Guru, Hari Sukan, Hari Kebangsaan dan lain-lain sambutan
secara bersama (Norwati binti Abdul Manaf, 2013). Sambutan di peringkat sekolah
memerlukan kerjasama yang tinggi antara guru-guru dan pelajar setiap sekolah tersebut. Ini
secara tidak lansung menghapuskan sifat perkauman yang negatif dalam kalangan
masyarakat.

3.3 Pelan Integriti Nasional


Dalam pelaksanaan Pelan Integriti Nasional(PIN), kerajaan telah menamakan ia sebagai
Agenda Integriti. Agenda ini akan menghuraikan secara terperinci aktiviti-aktiviti yang
dilakukan sebagai strategi dalam memastikan pelaksanaan dan keberkesanan PIN.
Dalam agenda ini, beberapa institusi-institusi penting yang terlibat termasuk institusi
sosiobudaya, institusi ekonomi dan institusi politik (Pelan Integrasi Nasional: Edisi
Ringkas, 2013).
Institusi sosiobudaya melibatkan usaha kerajaan memupuk perpaduan dan keharmonian
melalui pendidikan, kesihatan, media massa, sastera dan warisan (Pelan Integrasi Nasional:
Edisi Ringkas, 2013). Dari aspek pendidikan, ia merangkumi pelbagai peringkat termasuk
peringkat sekolah dan kolej serta universiti. Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti sambutan
Hari Kebangsaan, Hari Sukan, serta aktiviti-aktiviti lain di institusi-institusi pendidikan ini
merupakan cara yag sangat efektif dalam membangkitkan semangat kerjasama harmoni bagi
pelajar-pelajar. Selain itu, penggunaan media massa dalam menyebarkan mesej-mesej yang
mengandungi nilai-nilai murni perpaduan juga dilihat sebagai langkah yang berkesan dalam
jangkamasa panjang. Dengan kukuhnya institusi sosiobudaya, kukuhla semangat
kemasyarakatan tidak mengira kaum di Malaysia.
Dari sudut institusi ekonomi, kemajuannya dapat memberikan kemakmuran kepada rakyat
dan negara dengan menambah peluang untuk mendapatkan pekerjaan serta peningkatan
ekonomi masyarakat. Dengan peningkatan ekonomi masyarakat, gejala-gejala negatif seperti
merompak, melepak, aktiviti social dan lain-lain dapat dikurangkan dan menyumbang kepada
keharmonian negara. Setiap kaum juga diberi peluang yang samara dalam menyumbang
kepada pembangunan ekonomi negara.
Kemantapan institusi politik pula merupakan antara punca utama keruntuhan atau kejayaan
usaha kerajaan dalam melaksanakan aktiviti memupuk perpaduan. Sistem demokrasi yang
diamalkan Malaysia melalui pilihanraya antara usaha agar keadilan dapat dilaksanakan
kerana rakyat tanpa mengira kaum mempunyai peluang untuk memilih calon pemimpin
mereka mengikut majoriti. Terbukti bahawa sistem yang dipraktikkan sejak merdeka ini dapat
menjanjikan keharmonian antara pelbagai kaum di Malaysia (Pelan Integrasi Nasional: Edisi
Ringkas, 2013).
9

4.0 Pencapaian

10

Keberkesanan pelaksanaan ketiga-tiga program ini iaitu Program Belia, Sekolah Wawasan
dan Pelan Integrasi Nasional dapat diperhatikan melalui penerimaan dan kesedaran
masyarakat akan kewujudan serta objektif program-program ini.
4.1 Program belia
Pelbagai program belia yang telah dilaksanakan membabitkan perkembangan belia dari
pelbagai aspek termasuk fizikal dan mental. Antara aktiviti yang biasa dilakukan oleh para
belia serta menghasilkan impak yang positif ialah penyertaan mereka dalam aktiviti
kokurikukulum di sekolah. Aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti perkemahan,
pertandingan dan sukan, dipercayai penyumbang besar dalam melahirkan integrasi kaum
yang baik (Fahmi Aziz, 2009). Ini adalah kerana aktiviti-aktiviti seperti ini melibatkan
pelbagai kaum di mana mereka perlu bekerjasama bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ini.
Antara program belia yang menunjukkan kejayaan ialah Rakan Muda di mana Kelab yang
disertai para belia ini menganjurkan pelbagai aktiviti yang dapat mengeratkan perpaduan
yang melibatkan kesukanan, kesenian serta kemasyarakatan (Fahmi Aziz, 2009). Aktivitiaktiviti ini yang dilakukan bersama dan memberi manfaat kepada masyarakat seluruhnya
tanpa mengira kaum pasti menimbulkan semangat perpaduan yang tinggi kepada rakyat
Malaysia.

4.2 Sekolah Wawasan


Pada awal cadangan penubuhan sekolah wawasan, ia telah mendapat tentang beberapa pihak
termasuk sebuah persatuan guru-guru sekolah cina yang bernama Dong Jiao Zhong (Azizi
Yahaya & Amir Hamzah Abdul Sanif Sapaat, n.d.). Antara kekhuatiran persatuan tersebut
ialah tentang kemungkinan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) akan hilang
identiti bangsanya dan mengakibatkan generasi muda mereka mengabaikan penggunaan
bahasa cina. Lama-kelamaan, mereka khuatir bahawa bahasa cina tidak akan digunakan lagi
oleh generasi yang lebih muda. Namun apabila dibincangkan dengan lebih teliti dan jika
konsep sekolah wawasan itu dipraktikkan secara berkesan, masalah kemusnahan identiti
sesuatu bangsa itu dilihat mustahil berlaku. Ini kerana dalam konsep sekolah wawasan, setiap
bangsa masih mengamalkan cara pembelajaran yang sama. Apa yang berbeza cumalah
persekitaran belajar dan penglibatan komuniti yang lebih luas.

11

Banyak manfaat yang diperoleh dengan melaksanakan sekolah wawasan seperti


menimbulkan suasana persaingan dari segi akademik dan sosial yang sihat, meningkatkan
penguasaan bahasa Malaysia bagi pelajar SRJKC, memupuk sifat saling bertoleransi dan
berkongsi sesame kaum dan banyak lagi (Azizi Yahaya & Amir Hamzah Abdul Sanif Sapaat,
n.d.).
Dari segi pelaksanaan, didapati bahawa bilangan sekolah wawasan yang telah ditubuhkan
tidak begitu banyak kerana kesukaran dalam mendapatkan lokasi yang sesuai yang
mempunyai komposisi kaum majoriti yang sesuai (Sekolah wawasan diyakini dicapai
matlamat perpaduan, 2011). Masalah ini timbul kerana pelaksanaan konsep sekolah 1
sekolah kadangkala tidak begitu praktikal sekiranya penjadualan penggunaan kemudahan
tersebut tidak dirancang secara teliti (Kamaruzzaman Yahya, 2011). Berkongsi kemudahan
seperti kantin sekolah, dewan sekolah dan padang sekolah yang sama dilihat sebagai langkah
yang positif tetapi perancangan dan persefahaman yang tinggi amat diperlukan dari semua
pihak. Oleh itu, jelas bahawa pelaksanaan sekolah wawasan belum begitu menyeluruh serta
belum menampakkan hasil yang begitu nyata. Ini mungkin kerana ia mengambil jangkamasa
yang lebih panjang untuk mencapai matlamat utama. Namun begitu, sekolah wawasan dilihat
mempunyai potensi yang besar untuk mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia sekiranya
pelaksanaannya disusuli dengan pelan tindakan yang terperinci.

4.3 Pelan Integriti Nasional


Dalam pelaksanaan PIN, beberapa faktor memainkan peranan yang penting dalam
kejayaannya termasuk persekitaran budaya yang sesuai, kerjasama dari pelbagai pihak,
sumber yang mencukupi dan cekap, pemimpin yang memberi contoh yang baik, keinginan
individu untuk berubah dan lain-lain faktor (Pelan Integriti Nasional, 2011). Secara
khususnya, dalam usaha mencapai integriti, didapati bahawa tiga faktor utama
mempengaruhinya iaitu faktor individu, kepimpinan dan budaya (Abdul Rashid, 2008).
Faktor individu yang mempengaruhi integriti perlu diambilkira dalam pelaksanaan PIN.
Sikap-sikap negatif yang terdapat pada seseorang individu seperti kurangnya pendidikan, dan
tekanan hidup boleh menyebabkan kesukaran dalam mewujudkan integriti. Oleh itu, usaha
untuk mencapai integriti hendaklah melibatkan pemantapan nilai diri bagi seseorang.
Beberapa program yang dianjurkan berasaskan PIN bertujuan untuk mempengaruhi nilai-nilai
12

diri dalam individu secara positif. Contohnya seperti Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang
menggalakkan individu menjadi sukarelawan dalam komuniti masing-masing bagi
membanteras jenayah. Antara kejayaan yang telah dicatat dalam PIN dalam pelaksanaan SRS
di mana lebih kurang 4,000 kes-kes mambabitkan jenayah seperti vandalisme dan kecurian
berjaya diselesaikan (Pelan tindakan perpaduan dan integrasi nasional dikaji semula, 2013).
Sekiranya lebih banyak aktiviti-aktiviti seperti ini dianjurkan, pasti kes-kes jenayah seperti ini
dapat dikurangkan secara signifikan.
Selain itu, gejala rasuah dilihat sebagai suatu gejala yang perlu dibanteras bagi mencapai
integriti. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam mencegah rasuah, Badan Pencegah
Rasuah (BPR) telah distruktur semula supaya membentuk sebuah suruhanjaya bebas yang
dinamakan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (Saifulizam Mohamad, 2008). Dengan
peningkatan taraf ini, suruhanjaya ini dapat menjanjikan ketelusan yang lebih dalam usaha
kerajaan bagi menghapuskan jenayah berbahaya ini.

4.4 Pencapaian ketiga-tiga program


Ketiga-tiga program yang menjadi inisiatif kerajaan bagi mencapai integriti mempunyai cara
masing-masing dalam mencapai matlamat utama yang sama iaitu perpaduan rakyat Malaysia.
Setiap aktiviti yang disusun mempunyai matlamat khusus iaitu menyelesaikan masalahmasalah yang menjadi halangan utama kepada pembentukan perpaduan iaitu dari segi
individu, budaya dan kepimpimpinan. Maka, semua program ini patut diusahakan secara
bersama-sama dan bukan hanya berfungsi secara individu untuk mencapai matlamat utama
yang sama.

5.0 Kesimpulan

13

Melalui perbincangan yang telah dilakukan, didapati bahawa ketiga-tiga usaha kerajaan
dalam menjana perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai
kelebihan masing-masing. Program belia, sekolah wawasan dan Pelan Integrasi Nasional
nyata memberi impak yang positif terhadap penyatuan rakyat Malaysia. Namun, masih
terdapat ruang untuk memperbaiki program-program ini melalui pelaksanaan yang lebih
berkesan dan terperinci. Setiap program ini jika dilaksanakan secara bersama dan efektif,
pasti akan memberi impak yang signifikan terhadap kebangkitan semangat patriotik rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Oleh itu, kerajaan perlu meningkatkan usaha untuk
mengembangkan lagi idea rogram-program ini serta menjalankan aktiviti-aktiviti yang
dirancang secara lebih menyeluruh. Contohnya, pembinaan sekolah wawasan patut ditambah
di samping mengkaji saiz kemudahan sekolah yang perlu dibina bagi menampung jumlah
pelajarnya. Program-program belia yang positif pula boleh ditingkatkan dengan menambah
peruntukan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian . Bagi Pelan Integrasi
Nasional, adalah wajar untuk kerajaan menjalankan usaha untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat akan kewujudannya serta tujuan pelaksanaannya. Secara kesimpulannya,
perpaduan serta keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia akan dapat
direalisasikan dengan perancangan dan pelan pelaksanaan yang berkesan serta penglibatan
dan sokongan dari semua pihak teutamanya rakyat Malaysia sendiri.
(2, 804 words)

6.0 RUJUKAN

14

Abdul Rashid (2008). Individu, Kepimpinan dan Budaya: Tiga faktor yang
menjejaskan perlaksanaan Integriti. Retrieved 0ctober 28, 2013 from
http://kiasan.blogspot.com/2008/05/individu-kepimpinan-dan-budaya-tiga.html
Azizi Yahaya & Amir Hamzah Abdul Sanif Sapaat (n.d.). Sekolah Wawasan: Sejauh
manakah ia mampu melahirkan generasi bersatu padu di masa akan datang. Retrieved
October 28, 2013 from
http://eprints.utm.my/2291/1/Aziziyahaya__sekolah_Wawasan.pdf
Dasar Pembangunan Belia Negara (2013) Retrieved October 28, 2013 from
http://www.kbs.gov.my/dokumen2011/belia/Dasar%20Pembangunan%20Belia
%20Negara.pdf
Erti dan Kepentingan Perpaduan Negara (2012, February 19) Retrieved November 2 , 2013
from
http://spmbahasamelayu.blogspot.com/2012/02/erti-dan-kepentingan-perpaduannegara.html
Fahmi Aziz (2009). 1 Malaysia: Belia berwawasan penggerak kejayaan. Retrieved October
29 from http://aspirasifahmi.blogspot.com/2009/06/1-malaysiabelia-berwawasanpenggerak.html
Kamaruzzaman Yahya (2011). Keberkesanan penggunaan prasarana di kompleks sekolah
wawasan Subang Jaya dalam usaha menggalakkan interaksi antara semua murid warga
sekolah. Unpublished Thesis.
Norazah binti Abdul Hamid (2013) Retrieved November 1, 2013 from
http://www.mdks.gov.my/c/document_library/get_file;jsessionid=0FFCAACC6D158B4B40
D72427CE

FF1831?uuid=ac4537f0-7258-41de-a83c-15d5d062a2b5&groupId=504217

Norwati binti Abdul Manaf (2013). Retrieved November 1, 2013 from

15

http://bpkupg.blogspot.com/2009/07/konsep-dan-pelaksanaan-sekolah-wawasan.html

Pelan Integriti Nasional ( 2011) Retrieved October 28, 2013 from


http://www.slideshare.net/guestd56616/pelan-integriti-nasional
Pelan tindakan perpaduan dan integrasi nasional dikaji semula (2013) Retrieved November 1,
2013 from http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=425830
Pelan Integriti Nasional: Edisi Ringkas (2006, January) Retrieved October 29, 2013 from
http://www.moa.gov.my/documents/10157/3f63ccea-c336-4f7f-8958-bf486c08836e
Pertubuhan Belia 1 Wawasan (n.d.) Retrieved November 2, 2013 from
http://pertubuhanbelia1wawasan.page.tl/PROGRAM-BELIA-1-WAWASAN.htm
Program Pertukaran Belia Antarabangsa (2013) Retrieved October 28, 2013 from
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/669-program-pertukaran-beliaantarabangsa.html
Portal Rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (2012, September 27) Retrieved
November 1 from http://www.kbs.gov.my/index.php/bm/component/content/article/69
Saifulizam Mohamad (2008). BPR jadi suruhanjaya bagi meningkatkan keberkesanan,
ketelusan perangi rasuah. Retrieved November 3 from
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Sekolah Wawasan diyakini dicapai matlamat perpaduan (2011) Retrieved November 2
from

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2011&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_04.htm

16

17

You might also like