You are on page 1of 16

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK GADONG

JALAN YADI
41250 KLANG
SELANGOR

KERJA CADANGAN
TRANSFORMASI KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN DAN RUMAH
SUKAN
SKTG 2016

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN
Sejarah Dan Latar Belakang SKTG
LATAR BELAKANG KEJOHANAN DAN RUMAH SUKAN SKTG
Latar Belakang Kejohanan Padang Dan Balapan
Latar Belakang Rumah Sukan

CADANGAN TRANSFORMASI
Penjenamaan Semula Rumah Sukan
a. Cadangan Nama Rumah Sukan dan Rasional Pemilihan Nama
b. Cadangan Rekaan Baju Sukan
c. Cadangan Komposisi Guru dan Murid Rumah Sukan
d. Cadangan Logo dan Cogankata
Penambahbaikan Kejohanan Padang Dan Balapan
a. Peraturan dan undang-undang permainan
b. Penyertaan dan sekretariat pertandingan
c. Venue dan tarikh kejohanan
Perubahan Komposisi Murid Dan Guru Rumah Sukan
RASIONAL TRANSFORMASI
RANGKA MASA DAN PROSES TRANSFORMASI KEJOHANAN & RUMAH
SUKAN SKTG 2016
PENUTUP

PENDAHULUAN
Sejarah dan Latar Belakang Sekolah Kebangsaan Telok Gadong
Sekolah Kebangsaan Telok Gadong adalah diantara sekolah yang tertua kedua di
Selangor. Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1897. Sekolah ini ditubuhkan di sebuah
bangunan hospital lama yang terletak di persimpangan Jalan Sungai Bertik dan Jalan
Pelabuhan Klang. Pada masa pembukaan, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu
Telok Gadong. Nama ini diambil sempena nama tempat tersebut.

Bangunan asal sekolah iaitu bangunan hospital lama yang diubahsuai dengan tiga
bilik darjah yang menampung 50 orang murid. Pada masa itu, Guru Besar yang bertugas
ialah Encik Hitan bin Abdul Samad (1896 - 1909). Pada tahun 1926, sebuah bangunan
baru didirikan untuk menampung bilik darjah. Pada tahun 1935, sebuah bangsal
tambahan dibina bagi menampung 300 orang murid.
Sekolah Melayu Telok Gadong tidak kekal di tapak bangunan hospital tersebut. Ia
telah dipindahkan ke lokasi baru iaitu bangunan sekolah yang ada sekarang ini iaitu di
Jalan Yadi pada 5 Disember 1964. Bangunan lama sekolah ini telah dirobohkan dan
dibina jalan raya serta rumah.
Sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Telok Gadong. Pada mulanya,
sekolah ini mempunyai dua buah bangunan sahaja iaitu blok A dan blok B yang
menampung sejumlah 600 orang murid. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh YB
Dato' Harun bin Idris pada tahun 1965 iaitu Menteri Besar Selangor pada masa itu.
Sekolah ini hanya mempunyai 10 bilik darjah, sebuah pejabat, padang bola sepak,
gelanggang badminton, tandas, tempat letak basikal, bekalan air dan elektrik.
Pada tahun 1975, sekolah ini mendapat bangunan baru empat tingkat,. Bangunan ini
telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Alhaj ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah pada tahun 1977. Pembinaan
bangunan tersebut telah menelan belanja sebanyak setengah juta ringgit. Pada tahun
1983, sekolah ini mendapat lagi dua buah bangunan baru iaitu blok D dan blok E.
Pada tahun 1987, sekolah ini telah dijadikan dua buah sekolah dengan dua
pentadbiran yang berasingan iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dan Sekolah
Kebangsaan Telok Gadong Dua. Pada tahun 1990, Sekolah Kebangsaan Telok Gadong
Dua dipindahkan ke sekolah baru yang dibina bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan
Telok Gadong dan diberi nama Sekolah Rendah Sungai Udang.
Kini, Sekolah Kebangsaan Telok Gadong mempunyai sebuah bangunan baru setinggi
tiga tingkat iaitu blok F yang telah siap pada tahun 1998. Bangunan tersebut disediakan

satu makmal sains dan 13 buah bilik. Pada tahun 2001, sebuah makmal komputer telah
didirikan di sebelah blok F dan siap digunakan pada tahun 2002. Makmal ini dapat
menampung seramai 80 orang murid dalam satu masa.
Pada tahun 2003, Pendidikan Prasekolah bermula menggunakan dua kelas di blok F dan
menempatkan 50 orang murid. Sebuah blok baru telah dibina untuk Prasekolah
Pendidikan Khas yang bermula pada tahun 2008.
Pada tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Telok Gadong memiliki 841 pelajar lelaki dan
757 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1598 orang. Ia
mempunyai seramai 112 orang guru.
Kini, Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dibawah pentadbiran En.Md.Zohri bin
Saluki terus bergerak maju dan mengorak langkah menyahut transformasi pendidikan
Malaysia. Pihak pentadbiran sekolah sentiasa berusaha meneroka inisiatif baru bagi
mencorakkan setiap anak-anak SKTG tanpa mengira latar belakang sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara.

LATAR BELAKANG KEJOHANAN DAN RUMAH SUKAN SKTG


Latar Belakang Kejohanan Padang Dan Balapan
Setiap tahun, Sekolah Kebangsaan Telok Gadong menganjurkan Kejohanan Padang
dan Balapan yang melibatkan semua murid. Kejohanan ini menghimpunkan semua murid
untuk bertanding mengikut rumah sukan masing-masing. Setiap murid berpeluang
bertanding di dalam acara yang telah ditetapkan dan sebelumnya kekuatan dan kelebihan
setiap murid diukur menerusi sukantara yang dijalankan sebelumnya. Setiap guru rumah

sukan berpeluang menilai kelebihan murid dan kekuatan rumah sukan untuk bertanding
di hari kejohanan. Kejohanan ini secara tradisinya mewujudkan persaingan yang sihat di
antara rumah sukan dan secara keseluruhannya ia merupakan acara yang paling ditunggutunggu oleh setiap warga SKTG pada setiap tahun. Disamping itu, kejohanan ini juga
menarik minat ibubapa dan komuniti untuk menyaksikan penglibatan anak-anak mereka.
Secara tidak langsung ia juga berjaya merapatkan hubungan sekolah dan komuniti
menerusi sokongan dan penglibatan mereka sepanjang hari kemuncak kejohanan.
Setiap tahun kejohanan ini juga merupakan acara sukan kedua dijalankan selepas
acara merentas desa. Kejohanan sukan ini merupakan acara yang wajib dijalankan di
semua sekolah dalam daerah Klang. Ia bagi mewujudkan dan melahirkan murid yang
bukan sahaja cerdas dalam akademik tetapi juga cergas dalam bidang sukan sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Mulai tahun 2012, murid tahap 1 mula terlibat dalam acara mini Olimpik seperti 60
meter, 60 meter berpagar, lontar peluru, lompat jauh dan larian berganti-ganti. Acara ini
dijalankan sewal murid berada di tahun satu bagi melatih psikomotor dan perkembangan
fizikal sebagai persediaan ke tahap 2 kelak. Di samping itu, tujuan perubahan ini juga
adalah untuk menerapkan sifat persaingan yang lebih pasif di kalangan murid agar
mereka lebih terdedah kepada persaingan yang profesional dan berdisiplin. Setiap tahun,
peningkatan kemampuan murid dapat dilihat menerusi perkembangan teknik-teknik
larian dan lontaran yang telah diterapkan semasa latihan.
Secara keseluruhannya perkembangan murid secara fizikalnya adalah amat
menggalakkan dan dengan sokongan berterusan daripada guru serta jurulatih, muridmurid SKTG berpeluang meningkatkan kebolehan dan kemahiran apabila terpilih
mewakili sekolah dalam sebarang acara sukan peringkat MSSD dan MSSS.
Latar Belakang Rumah Sukan
Secara tradisinya, seperti kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia, murid-murid
dibahagikan mengikut rumah sukan yang telah ditetapkan. Di SKTG, murid-murid
dibahagikan kepada 4 rumah sukan yang berlainan iaitu:

i.

Rumah Merah (Hang Tuah)

ii. Rumah Kuning (Hang Jebat)


iii. Rumah Hijau (Hang Kasturi)
iv. Rumah Biru (Hang Lekir)
Setiap rumah sukan akan disertai oleh guru-guru yang telah ditetapkan mengikut sesi
persekolahan iaitu sesi pagi dan petang.

CADANGAN TRANSFORMASI
Penjenamaan Semula Rumah Sukan
Sejajar dengan pelbagai dasar transformasi oleh KPM dan perubahan semasa di
sekolah, langkah penjenamaan semula rumah sukan dilihat wajar demi memupuk
semangat baru dikalangan murid-murid serta guru bagi menghadapi kejohanan sukan
ulung sekolah ini. Cadangan perubahan ini bukan bertujuan untuk menghakis dan
menghapuskan nostalgia dan sejarah sukan yang telah wujud selama ini, tetapi ianya
secara jelas bertujuan untuk mewujudkan suatu nama dan identiti rumah sukan yang

melambangkan negeri Selangor. Secara psikologinya, murid akan lebih bersemangat bila
identiti yang bersifat kenegerian digunakan sebagai nama dan panji rumah sukan.
Cadangan Nama Rumah Sukan dan Rasional Pemilihan Nama
Berikut merupakan nama rumah sukan yang dicadangkan mengikut warna rumah
yang masih dikekalkan.
Nama Rumah
Sukan Semasa

Warna Rumah
Sukan Semasa

Hang Tuah
Hang Jebat
Hang Kasturi
Hang Lekir

Cadangan
Nama Rumah
Sukan
Melawati
Jugra
Broga
Saga

Cadangan
Warna Rumah
Sukan

Nama rumah sukan yang dicadangkan ini adalah nama-nama bukit yang terkenal
di dalam negeri Selangor. Bukit-bukit ini terkenal dari segi sejarah dan destinasi
pelancongan bagi pengunjung baik dari Selangor dan juga luar negeri. Bukit Melawati
terkenal dengan sejarah sebagi kota pemerintahan negeri Selangor pada zaman dahulu
sebelum berpindah ke Bukit Jugra. Selain itu Bukit Jugra juga terkenal sebagai destinasi
pelancongan dan sukan luncur udara. Bukit Broga dan Bukit Saga terkenal sebagai
destinasi tumpuan bagi pendaki-pendaki dari seluruh negara. Selain itu, pemandangan
yang menakjubkan dari puncak Bukit Broga dan kesegaran alam semulajadi di Bukit
Saga juga menjadikan Selangor sebagai landskap menarik bagi aktiviti luar yang lasak.
Selain itu juga, pemilihan nama bukit ini adalah simbolik kepada puncak yang
yang terdapat pada setiap bukit ini. Seperti yang kita sedia maklum,puncak bukit adalah
tumpuan ataupun sasaran bagi setiap pendaki bagi mencapai kepuasan diri setelah
mengharungi tempoh pendakian yang mencabar. Ini juga adalah simbolik kepada usaha
murid yang bertanding yang sememangnya berusaha untuk mencapai puncak kejayaan
mewakili rumah sukan mereka.
Cadangan Rekaan Baju Sukan
Pada 2016, setiap rekaan baju rumah sukan juga bakal didatangkan dengan rekaan

yang baru. Rekaan baju ini masih lagi dalam peringkat pemilihan rekaan. Warna bagi
setiap baju rumah sukan ini juga akan mengalami perubahan dimana setiap warna akan
didatangkan dengan sentuhan yang striking agar ia dapat menyuntik semangat muridmurid yang bertanding. Walaubagaimanapun, harga bagi setiap baju rumah sukan masih
lagi dikekalkan mengikut tahun sebelumnya.

*cadangan

rekabentuk.
**warna akan diubah kepada warna striking

Cadangan Komposisi Guru dan Murid Rumah Sukan


Rumah Sukan
Guru
Merah
16
Kuning
17
Biru
17
Hijau
15
JUMLAH
55
*tertakluk pada perubahan keluar/masuk murid ke/dari SKTG

Murid
246
245
245
238
974

Penambahbaikan Kejohanan Padang Dan Balapan


Selaras dengan perubahan yang dicadangkan, unit sukan SKTG melakukan beberapa
perubahan kecil untuk kejohanan yang bakal berlangsung.
Peraturan Dan Undang-Undang Permainan
Peraturan pertandingan yang digunapakai adalah sama seperti tahun sebelumnya
dimana ia tiada perubahan yang drastik. Ini adalah rentetan daripada pelan perubahan
yang telah dilaksanakan secara berperingkat dan proses percubaan yang dijalankan sejak

tahun 2013. Perubahan ini dilakukan dari awal iaitu pada 2013 kerana ia perlu melalui
proses pengujian iaitu pada kejohanan sebenar bagi memastikan pihak penganjur dapat
melihat lompong dan keberhasilan perubahan yang dilakukan.
Pada 2016, hanya akan berlaku perubahan pada skala yang kecil mengikut beberapa
perbincangan ahli Mjlis Sukan SKTG dalam siri mesyuarat yang akan ditentukan
kemudian.
Penyertaan Dan Sekretariat Pertandingan
Pada 2016, pihak unit sukan berhasrat melihat penglibatan yang maksimum daripada
murid-murid SKTG. Setiap murid berhak dan digalakkan menyertai acara bermula dari
sesi pemilihan dan sukantara. Ini adalah bagi menyahut dasar 1 Murid 1 Sukan serta
program MyTid oleh kerjasama KPM dan KBS.
Sejajar dengan penglibatan menyeluruh dari semua pihak ini, unit sukan berhasrat
mewujudkan sekretariat pertandingan bagi melancarkan perjalanan kejohanan dan
mengenalpasti bakat-bakat baru dikalangan murid-murid SKTG. Sekretariat ini bukan
sahaja terlibat ketika kejohanan berlangsung, sebaliknya ia adalah suatu proses yang
berterusan sepanjang tahun bagi kelangsungan pencapaian keberhasilan murid dalam
bidang sukan khususnya bagi sukan padang dan balapan.

Venue Dan Tarikh Kejohanan


Seperti tahun sebelumnya, venue kejohanan adalah di Padang SKTG. Pemilihan
venue di padang sekolah adalah kerana ia bersifat lebih meriah dan sambutan yang amat
menggalakkan dari pihak ibubapa. Walaupun fasiliti padang dan trek tidak sebaik di
Stadium Kota Raja (venue pilihan), namun penyertaan dan sokongan murid terhadap
rakan dan rumah sukan masing-masing begitu memberangsangkan.
Tarikh kejohanan belum diputuskan secara rasmi. Pihak unit sukan mencadangkan
agar kejohanan ini diadakan sekitar April-Mei 2016 dimana pada tempoh ini,kejohanan

MSSD Klang telah selesai berlangsung dan keadaan cuaca dijangka baik.

RASIONAL TRANSFORMASI
Secara keseluruhannya, cadangan transformasi ini adalah bertujuan mewujudkan
suatu sistem pertandingan dan penyertaan rumah sukan yang kompeten, adil dan holistik
di kalangan warga SKTG baik guru mahupun murid. Sebagai perbandingan, dalam dunia
pendidikan yang semakin maju ke hadapan dan pelbagai perubahan dalam iklim
pendidikan, sukan lebih memainkan peranan penting dalam mewujudkan aspek-aspek di
luar bilik darjah seperti disiplin, persaingan dan kecergasan di kalangan murid.
Menerusi perancangan transformasi ini, murid-murid SKTG dijangka akan lebih

berdaya saing dan memberikan sepenuh komitmen dalam aspek penyertaan dan
pertandingan. Naluri kanak-kanak, mereka akan lebih bersemangat apabila mempunyai
sesuatu yang baru. Dengan warna,rekabentuk,motto serta ahli rumah sukan yang baru,
suasana ini pastinya lebih meriah dan kejuaraan pastinya adalah sesuatu yang lebih sukar
berbanding sebelumnya.
Selain itu, rasional pelan transformasi ini adalah sebagai suatu titik tolak baru dalam
perancangan sukan setelah lebih 10 tahun guru dan murid berada dalam pola rumah sukan
yang sama. Ia juga bertujuan menyegarkan kembali elemen-elemen pertandingan yang
suram dan ketinggalan.
Dalam aspek ibubapa dan komuniti, transformasi ini juga menunjukkan bahawa
pihak sekolah sentiasa mempunyai perancangan yang berkualiti bagi anak-anak SKTG.
Ibubapa pastinya gembira dan mampu memberi lebih sokongan pada anak mereka yang
bersaing dibawah panji rumah sukan yang baru.
Perubahan ini walaupun mengambil sedikit ruang masa namun ia juga
menggambarkan penzahiran SKTG yang senantiasa mahu memberi yang terbaik dalam
pengalaman pendidikan yang menyeluruh.

RANGKA MASA DAN PROSES TRANSFORMASI KEJOHANAN & RUMAH


SUKAN SKTG 2016

DEC 2015

JAN 2016 FEB 2016

Proses saringan dan penyusunan semula rumah sukan bagi


murid dan guru.
Rekaan logo,motto dan nama baru rumah sukan.
Penyusunan nama murid baru tahun 1 2016.
Pemurnian susun atur kejohanan dan undang-undang.

Taklimat awal perubahan rumah sukan dan transformasi


kejohanan.
Pelancaran program transformasi kejohanan dan rumah
sukan.
Perjumpaan/taklimat mengikut rumah sukan baru.
4. Tempahan baju rumah sukan.

MAC 2016

APRIL 2016

MEI DISEMBER
2016

Mesyuarat ahli Majlis Sukan mengenai kejohanan.


Respon dan pandangan awal tentang proses transformasi.
Cadangan dan pendapat tentang kejohanan.
Pelan alternatif kejohanan.
Tindakan susulan oleh Setiausaha Sukan.
Penyerahan baju rumah sukan.

Latihan rumah sukan.


Sukantara dan acara akhir padang.
Taklimat kejohanan kepada semua warga SKTG.
Pembahagian tugas dan komitmen pada hari kejohanan.
Persiapan teknikal padang dan trek larian.

Proses analisis prestasi atlet dan perjalanan kejohanan.


Percambahan idea proses penambahbaikan.
Saringan awal atlet bagi mewakili sekolah.
Pendedahan awal KATMO.
Latihan sepanjang tahun.

PENUTUP
Seiring dengan kehendak dan keperluan pendidikan yang semakin maju, kemajuan
dan potensi murid juga perlu dipupuk agar mereka tidak ketinggalan dari arus moden
pendidikan kini. Pembinaan sahsiah serta pembangunan fizikal murid dalam aspek sukan
juga tidak terkecuali. Setiap murid kini lebih berhak menikmati pembelajaran di luar bilik
darjah iaitu kepelbagaian aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditawarkan di SKTG.
Dalam aspek sukan, pihak Unit Sukan SKTG sentiasa merangka dan meneroka
penambahbaikan agar setiap perkembangan dalam bidang sukan dapat dinikmati oleh
murid seawal mereka di peringkat rendah persekolahan. Pendedahan awal ini membantu

murid-murid mengembangkan bakat dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian


mereka. Aspek jasmani sentiasa menjadi asas kepada murid agar mereka lebih sihat dan
cergas dalam proses pembelajaran baik didalam mahupun diluar bilik darjah.
Program transformasi yang dicadangkan ini adalah merupakan suatu proses awal dan
salah satu dari beberapa program Transformasi Sukan SKTG yang akan dibangunkan
secara berperingkat. Program ini bertujuan untuk melahirkan murid SKTG yang bukan
sahaja mampu bersaing malah membangunkan aspek perkembangan diri agar mereka
lebih terdedah kepada suasana pertandingan yang kompetitif dan pembawaan serta
disiplin diri.
Menerusi program transformasi ini, pergerakan murid dalam setiap acara lebih
tersusun dan berdaya saing. Pembahagian rumah sukan lebih adil dan murid serta guru
juga berdepan dengan suasana baru dalam setiap rumah sukan. Ia seolah-olah kelahiran
semula organisasi rumah sukan dan ia diharapkan dapat menyutik semangat baru di
kalangan warga SKTG. Dengan pembaharuan nama pasukan serta perubahan warna,
kecemerlangan tradisi sukan SKTG dapat diteruskan lagi.
Akhir kata, pihak Unit Sukan sedaya upaya untuk akan terus memberikan program
sukan yang terbaik kepada setiap warga SKTG dan terus bersama-sama berganding bahu
kearah kecemerlangan. We March On!

CADANGAN DAN SOKONGAN

Disediakan oleh

Disemak oleh
: ..........................................................

: .........................................................
Mohd Fitri Abdul Murad
Setiausaha Sukan
Sekolah Kebangsaan Telok Gadong

Mohd Rozaidi Bin Azizan


Penolong Kanan Ko Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Telok Gadong

Disahkan oleh
: ..........................................................
Mohd Zohri Bin Saluki
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Telok Gadong

You might also like