You are on page 1of 3

MESYUARAT PANITIA

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


1/2016
Tarikh
: 15 Februari 2016
Hari
: Isnin
Masa
: 1.45 petang
Tempat: Makmal Komputer Sekolah
Kehadiran
:
1. En. Helmi b. Mat Noh (Ketua Panitia)
2. Puan Suraya bt Zakaria
3. En. Muhd Afiq b. Tajudin
4. En. Faizal b. Hashim
5. Puan Rusniza bt Sidik
Agenda Mesyuarat
1. Ucapan En. Helmi b. Mat Noh
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan ucapan terima kasih di atas kehadiran
guru yang hadir pada mesyuarat kali ini.
1.2 En. Helmi b. Mat Noh mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana berjaya
melaksanakan tugas sepanjang tahun 2015.
1.3 Meminta guru mengajar mengikut DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran) yang telah ditetapkan oleh kementerian.
Makluman : Semua guru
2. Ucapan Pengerusi
2.1 Ketua Panitia meminta guru-guru mematuhi dan menepati masa. Mata pelajaran
TMK dijalankan secara bergilir dengan mata pelajaran RBT. Oleh yang demikian,
diharap guru-guru mematuhi peruntukan masa yang telah ditetapkan.
2.2 Guru-guru perlu menggunakan komputer dan modul yang telah dibekalkan dengan
sebaik mungkin. Untuk makluman bekalan komputer masih tidak mencukupi untuk
penggunaan murid. Walaubagaimanapun guru boleh mengambil inisiatif untuk
meminta murid menggunakan secara bergilir-gilir.
Tindakan dan Makluman : Semua guru
3. Biodata Guru dan Jadual Waktu
3.1 Ketua Panitia meminta guru-guru memberikan salinan biodata guru dan jadual waktu
kepadanya untuk dimasukkan ke dalam fail panitia.
Tindakan dan Makluman : Semua guru

4. Jadual Waktu Makmal Komputer


4.1 Ketua Panitia meminta guru-guru saling bertolak ansur menggunakan Makmal
Komputer. Ini kerana terdapat pertindihan waktu semasa waktu Teknologi Maklumat
dan Komunikasi.
4.2 Senarai nama guru dan kelas yang diajar adalah seperti berikut:
Bil. Nama Guru
Kelas Yang Diajar
1 Pn. Rusniza bt Sidik
4DLP
2 Pn. Suraya bt Zakaria
4A,4B,5A,5B
3 En. Faizal b. Hashim
6A,6B
4 En. Muhd Afiq b. Tajudin
5C
4.3 Jadual waktu guru-guru yang mengajar TMK adalah seperti di Lampiran.
Tindakan dan Makluman : Semua guru
5. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
5.1 Guru-guru yang memerlukan tapak perekodan offline KSSR Tahun 4,5 dan 6 boleh
meminta dari En. Helmi b. Mat Noh
5.2 Sekiranya guru-guru mempunyai masalah berkenaan PBS, sila rujuk En. Helmi b.
Mat Noh.
Tindakan dan Makluman : Semua guru
6. Pengajaran dan Pembelajaran
6.1 Untuk mata pelajaran TMK, murid perlu menyediakan sebuah buku tulis garis satu
yang besar/kecil dan buku aktiviti yang dibeli dari kedai buku sekolah.
6.2 Guru-guru perlu mengenal pasti modul dan perisian yang diperlukan sebelum waktu
Pdp.
6.3 Guru-guru perlu bijak mengatur masa untuk Pdp.
6.4 Senarai tajuk pengajaran yang perlu dipatuhi oleh semua guru yang mengajar TMK
adalah seperti berikut:
Bil. Tahun Modul Tajuk
1
4
1
Dunia Komputer
2
Eksplorasi Multimedia
2
5
1
Sistem Rangkaian dan Dunia Internet
2
Dunia Pangkalan Data
3
6
1
Pengaturcaraan
2
Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir
3
Penghasilan dan Pengujian Atur Cara
4
Projek Pengaturcaraan
6.5 Ketua panitia berharap semua guru dapat melaksanakan semua rancangan pengajaran
yang telah disenaraikan mengikut masa yang telah ditetapkan dengan merujuk buku
teks dan modul TMK.
Tindakan dan Makluman : Semua guru
2

7. Hal-hal lain
7.1 Makmal komputer telah dikemaskini. Struktur organisasi akan dikemaskini dari masa
ke masa. Diharapkan guru-guru dapat saling bekerjasama untuk memastikan
kebersihan dan keceriaan makmal terjamin.
7.2 Pengerusi turut meminta supaya semua guru sentiasa mengingatkan murid-murid
tentang keselamatan diri dan peraturan semasa berada di Makmal Komputer.
Tindakan dan Makluman : Semua guru
8. Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan mengharapkan
agar semua yang hadir dan mengharapkan agar semua keputusan mesyuarat kali ini
dipatuhi demi kepentingan murid dan meningkatkan pencapaian murid dan
profesionalisme semua guru.
Makluman : Semua guru
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.50 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

______________________
(SURAYA BT ZAKARIA)
Setiausaha
Panitia Teknologi Maklumat dan
Komunikasi/RBT

_______________________
(EN. HELMI B. MAT NOH)
Ketua Panitia
Panitia Teknologi Maklumat dan
Komunikasi/RBT

You might also like