You are on page 1of 7

Perhatian kepada semua ibubapa yg masih berada diluar, dipersilakan

masuk ke dlm dewan kerana majlis akan dimulakan sebentar shj lg.
Sebelum majlis bermula, izinkan saya untuk membuat satu
pengumuman.
(perhatian kepada semua hadirin, semasa majlis perasmian sebentar
nanti, anda diminta untuk berdiri bagi menyambut ketibaan YB Senator
Dato Hj Salim bin Sharif. Kerjasama anda amat diharapkan dan
didahului dengan ucapan terima kasih)

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillah .
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada hadiran
hadirat sekalian.Majlis mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa dan
guru ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36.

Bagi meneruskan mesyuarat pada petang ini, Saya menyerahkan majlis


kepada YDP PIBG bagi tahun 2015, En Shamsul Halim bin Othman.
**********************************************************************************
**********************************************************************************

Dimumumkan ketibaan Yang Berhormat Senator Dato Haji Salim bin


Sharif ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36 bagi tahun 2016
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu
Malaysia.
Yang Berhormat Senator Dato Haji Salim bin Sharif
Yang berusaha
En Rosman bin Kadry , pegawai PPD Jempol Jelebu,
En Ahmad bin Mokhtar, Guru Besar SK Palong 4
Pn Norazian Bt Shafei, guru pen kanan kurikulum,
En Wan Amran B Wan Ali, guru pen kanan hal ehwal murid,
Pn Zuleta Bt Mohd Shakrani, guru pen kanan kokurikulum,
En Shamsul Halim bin Othman, YDP PIBG SK Palong 4,
En Abdul Rahman bin Yunus, imam masjid SK Palong 4
Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran yang berhormat datok
ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36 bagi tahun 2016
Pada petang yang indah ini, marilah sama-sama kita memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya
kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Mesyurat Agung PIBG
kali ke 35 tahun 2016. Saya juga melahirkan rasa bangga dan
mengucapkan ribuan terima kasih dengan lehadiran ibu bapa, guru-guru
dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai ahli PIBG.
Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari
kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan
meledakkan kejayaan anak-anak kita.

Hadirin yang dihormati,


Sebagai tanda setia kepada Negara, marilah sama-sama kita
menyanyikan lagu Negaraku bersama iringan muzik. Para hadirin
dipersilakan untuk berdiri.
***************************************************************************
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian yang
dikumandangkan sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,


Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.
Oleh itu, majlis dengan hormatnya menjemput Imam Abdul Rahman Bin
Yunus untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
********************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Imam Abdul Rahman
Bin Yunus atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirian Yang Dihormati Sekalian,
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah asset yang amat
bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuakfakatan antra
ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan
sesebuah institusi pendidikan dlm usaha menjana modal insan yang
berdaya saing dlm dunia yg semakin mencabar ini. Kerjasama dan
komitmen drpd guru dan ibu bapa amat penting dlm melahirkan murid
yang berketrampilan dlm bidng akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Hadirian sekalian,

Majlis pada ptg ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang


Berusaha YDP PIBG SK Palong 4 (F), Encik Shamsul Halim b Othman
untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..
**********************
Demikian tadi ucapan daripada Encik Shamsul Halim. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.
Sidang hadirin yang budiman,
Seorang pemimpin hebat,
Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Mrnjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.
Kini majlis mempersilakan Yang Berusaha guru besar Sk Palong 4, En
Ahmad bin Mokhtar untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.
************************
Demikian tadi ucapan daripada En Ahmad bin Mokhtar. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.
Siding warga dewan sekalian,
Sirih junjung penuh bererti
Indahnya adat tidak terperi
Tibalah saat masa dinanti
Mendengar amanat ucapan rasmi.
Seterusnya majlis mempersilakan YB Senator Dato Haji Salim bin Sharif
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG SK Palong 4 yang ke 36 bagi tahun 2016. Dengan pnuh takzim
majlis dipersilakan.
******************************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepda


Yang Behormat Dato atas kesudian menyempurnakan majlis perasmian
sebentar tadi.
Hadirin sedia maklum bahwa kerajaan telah memperuntukkan sejumlah
wang untuk diserahkan kepada murid sekolah sebagai wang bantuan
persekolahan. Untuk itu, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
wang bantuan RM100 kepada murid-murid tersebut. Sekali lagi majlis
mempersilakn YB Senator Dato; Haji Salim bin Sharif diiringi oleh tn
Guru besar, En Ahmad bin Mokhtar untuk menyampaikan wang bantuan
tersebut. Majlis mempersilakan.
( senarai nama penerima bantuan)

************************************************
Terima kasih diucapkan kepada Yb Senator dan en Ahmad Bin Mokhtar
Atas penyampaian wang bantuan sebentar tadi. Diharapkan ibu bapa
dan menggunakan wang bantuan ini dengan baik dan berhemah.

Majlis seterusnya mempersilakan En Ahmad bin Mokhtar untuk


menyampaikan cenderahati kepada AJK PIBG bagi sesi 2015.
Cenderahati ini adalah sebagai tanda penghargaan atas segala
kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh AJK2 sepanjang tahun 2015
dalam menerajui PIBG sepanjang tahun. Majlis mempersilakan.

( senarai nama AJK PIBG)


********************************************************
Seterusnya majlis mempersilakan Tn
Terima kasih diucapkan kepada En Shamsul Halim bin Othman atas
kesudian menyempurnakan majlis penyampaian cenderahati sebentar
tadi.

Sebagai tanda terima kasih, Majlis seterusnya menjemput tn guru besar,


En Ahmad bin Mokhtar diiringi YDP PIBG, En Shamsul Halim untuk
menyampaikn cenderahati tanda ingatan daripada warga PIBG kepada
tetamu istimewa kita pada hari ini.
Majlis mempersilakan YB Senator Dato; Haji Salim bin Sharif untuk
menerima cenderahati. Seterusnya majlis menjemput En Rosman bin
Kadry , pegawai PPD Jempol Jelebu, dan majlis menjemput Abdul
Rahman bin Yunus iaitu imam masjid SK Palong 4 untuk menerima
cenderahati.

************************************************************
Terima kasih kepada En Ahmad bin Mokhtar dan YDP PIBG, En
Shamsul Halim serta semua tetamu istimewa majlis.
Sebelum tirai dilabuhkan, majlis akan diserikan dengan persembahan
kumpulan nasyid SK Palong 4, di bawah pimpinan Ustaz Nizammudin.
Majlis dengan ini, mempersilakan.
***********************************************
majlis merakamkam ucapan terima kasih atas persembahan yang sanat
menarik sbentar td. Semoga kumpulan nasyid sekolah akan terus
sukses pada masa akan datang.
Kini tibalah masa bagi acara yang dinanti-nantikan iaitu.Cabutan bertuah
khas untuk para ibu bapa dan guru. Hadiah cabutan bertuah kita pada
hari ini telah disumbangkan oleh ________________________
Diminta para hadirin untuk melihat nmbor cabutan masing-masing yang
ada pada buku program yang diterima. Untuk menyempurnakan acara,
sekali lagi majis menjemput
GPK KOKO Pn Zuleta bt Shakrani
GPK HEM En Wan Amran bin Wan Ali
GPK 1 Pn Norazian bt Shafie
Tim YDP baru ______________________________

YDP baru ___________________________________


naik ke pentas untuk membuat 5 cabutan.
Nombor pertama yang bertuah pada hari ini adalah_______

Dengan berakhirnya acara cabutan bertuah tadi, maka berakhirlah


Mesyuarat Agung PIBG ke 35 bagi tahun 2016. Saya bagi pihak ahli
jawatankuasa pelaksana merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis pada
hari ini. Majlis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada para
jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.

Sebarang kelemahan harap dimaafi,


Segala kerjasama sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan indah simpanlah di hati.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

You might also like