You are on page 1of 2

Choco Cheese Berries

Untuk lapisan kek coklat ( lapisan bawah)


1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/3 cawan serbuk koko
1sk baking soda -hana buh baking powder 1/2sk, soda 1/2sk
1 biji telur
1/2 cawan butter@ minyak masak 1/2 cawan buttermilk@ susu segar 1sk esen vanila
1/2 cawan air panas
1/4 cawan susu pekat Cara-cara

Panaskan oven 170 c. Griskan loyang 7x11inci dengan butter.


Ayak tepung dan baking soda@powder ke dalam mangkuk.Ketepikan.
Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan pukul lagi.
Masukkan buttermilk/susu dan serbuk koko. Kacau sebati.
Masukkan air panas dan esen vanila.
Akhir sekali masukkan tepung yang di ayak tadi dan mix sebati.
Masukkan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 20-25min atau sehingga
kek 3/4 masak.

Untuk lapisan tengah (blueberry cheese cake)


300g cream cheese
300cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
4 sudu besar tepung gandum
3 biji telur
135 g gula
boleh masukkan buah blueberry jika suka

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blender. Mix biar sampai
jadi cream
2. Masukkan ke dalam loyang yang dibawahnya kek coklat yang telah dimasak
tadi dan bakar 170 c selama 30-40minit
3. Setelah hampir masak atau selepas 20 minit bolehlah letak aluminium foil
untuk mengelakkan permukaan hangus.
4. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese
cake yang sedap
lapisan ke 3 Blueberry sause
100 g blue berry jam
50 ml air
1/2 sudu serbuk agar-agar.

cara-cara
1. Masukkan semua bahan diatas didalam periuk yang sesuai dan masak dengan api
yang perlahan sehingga sebati.
2. setelah kek telah sejuk dan bolehla adunan lapisan ke tiga dituang diatas kek tadi.
3. simpan didalam peti sejuk
4. setelah lapisan 3 nampak keras boleh la dihias dengan hiasan yang sesuai.

You might also like