You are on page 1of 1

Marble Chocolate Cheese Cake-loyang 8"x 8"

http://yatiememories.blogspot.my/2010/11/marble-chocolate-cheese-cake.html

Bahan A:
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak mazola
semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati
Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
semua bahan di atas diayak
Bahan C:
4 biji telur - dipukul hingga kembang
Bahan D:
250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Cara membuat:
Panaskan pengukus terlebih dahulu.
Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn
senduk aje hingga sebati.Ketepikan dahulu.
Dalam bekas lain masukkan cream cheese, esen vanila dan gula kemudian putar
hingga sebati.
Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati (berkrim).
Sediakan loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
Masukkan adunan coklat diikuti adunan cheese (D) dan diakhiri adunan coklat.
Lorekkan sket dgn lidi sate.
Kukus selama 11/2 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses
mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.

You might also like