You are on page 1of 14

Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014: Da'wah & Ethnicity: Multidisciplinary Perspective

Disunting oleh: Anuar Puteh & Ahmad Irdha Mokhtar.


Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan Pribumi, UKM, Bangi, Selangor.

PENDEKATAN DAKWAH UNITED SABAH ISLAMIC ASSOCIATION (USIA)


TERHADAP PERIBUMI DI NEGERI SABAH: TINJAUAN DARI SEGI EKONOMI
Nur Athiroh Masyaail Tan Binti Abdullah @ Tan Ai Pao
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam, UKM
Email: athiroh@hotmail.com
Abdul Imam Basirun
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam, UKM
Email: abdulimambasirun@yahoo.com

ABSTRAK
Dakwah merupakan medium utama penyebaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad
S.A.W(SAW) menjana masyarakat Muslim yang ideal dan mempunyai daya saing yang tinggi.
Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kaedah USIA dalam menyampaikan
dakwah di negeri Sabah merupakan satu metodologi yang unik kerana mampu memberi
satu perubahan dalam struktur politik dan sosial di negeri Sabah. Kajian ini
membincangkan modus operandi yang dijalankan oleh USIA yang telah memberi natijah
positif kepada pengetahuan Agama Islam, pemahaman, penghayatan dan pengalaman Agama
Islam dalam masyarakat. Terdapat tiga objektif kajian yang telah di gariskan iaitu mengkaji
penubuhan organisasi USIA dalam konteks dakwah di negeri Sabah, mengkaji metodologi
dakwah USIA terhadap masyarakat dan mengenal pasti masalah dakwah yang dihadapi oleh
USIA. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian lapangan (fieldwork research) dan kajian
perpustakaan serta pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa USIA telah melaksanakan
pendekatan yang proaktif dengan menggabungkan beberapa kaedah seperti pendekatan dari
aspek ekonomi, pendidikan, sosial dan politik dalam menyampaikan dakwah di negeri
Sabah.walau bagaimanapun,aspek pendidikan merupakan kaedah terbaik dalam memberi
kesan yang mendalam terhadap penyebaran Islam bagi mencapai kesejahteraan hidup ke tahap
mutmainnah.

Abstrak ini dikemukakan untuk Regional Seminar On Dawah and Ethnicity(RSDE). Pada 2021 Nov 2014 di Universiti Malaysia Sabah. Anjuran Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan
Peribumi UKM.

PENDAHULUAN

United Sabah Islamic Association atau USIA yang kemunculannya ditengah-tengah


masyarakat bukan sahaja didorong oleh perkembangan yang lalu tetapi juga perkembangan
semasa dari segi keagamaan di Sabah. Pertubuhan USIA merupakan salah sebuah dari badanbadan dakwah yang terkenal di negara ini yang mempunyai kekuatan dan kemudahan yang
cukup sebagai sebuah organisasi. Dorongan dari segi inilah membolehkan USIA melancarkan
gerakan secara besar-besaran dan membawa pelbagai kesan kepada masyarakat dan
perkembangan Islam di Sabah.

Dakwah dapat ditafsirkan usaha menyeru serta menggemarkan manusia ke jalan Allah
SWT. Selain itu, ia merupakan satu inisiatif pendakwah untuk mengajar kepada masyarakat
tentang perkara yang berkaitan keagamaan dan soal dunia yang boleh memberi kesedaran
kepada mereka sekadar mampu untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan damai.

Dakwah merupakan suatu keperluan asas bagi mencetus kemajuan dan kesejahteraan
umat Islam selain menjadi agen perubahan untuk masyarakat terutama rakyat Sabah yang jauh
ketinggalan berbanding kemajuan yang telah dicapai di Semenanjung Malaysia. Langkah
demi langkah yang telah di laksanakan, akhirnya menunjukkan hasil apabila wujudnya
pelbagai agensi dalam menyebarkan agama Islam di Sabah, antaranya badan bukan kerajaan
(NGO) yang berperanan dalam mengatur aktiviti dan program secara berkala untuk
menjadikan masyarakat memahami dan menghayati ajaran Islam yang suci serta memperbaiki
kehidupan mereka ke arah keredhaan Allah SWT.

United Sabah Islamic Association merupakan NGO terulung di negeri Sabah yang
berperanan dalam menyebaran agama Islam serta berperanan dalam usaha pengislaman yang
dilaksanakan terutama kaum asli yang terdapat di pedalaman Sabah. Selain itu, ia juga
menjaga kebajikan masyarakat Muslim dengan menjalankan dakwah kepada Muslim dan
bukan Muslim. Dalam masa yang sama, USIA juga menyediakan kelas-kelas bimbingan
agama kepada saudara baru dan masyarakat Muslim lainnya. Langkah ini digariskan dalam
urus takbir USIA adalah untuk mengenali, mendalami, memahami, menghayati seterusnya
mengamalkan cara hidup Islam yang syumul dalam konteks kehidupan seharian mereka.

Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji metodologi dakwah USIA terhadap masyarakat
di negeri Sabah.

LATARBELAKANG UNITED SABAH ISLAMIC ASSOCIATION (USIA)

USIA atau United Sabah Islamic Association merupakan salah satu NGO atau Pertubuhan
Badan Bukan Kerajaan menjalankan dakwah Islamiah di Negeri Sabah. USIA telah
memainkan peranan yang penting sebagai salah satu organisasi dakwah yang berusaha untuk
menyampaikan dakwah kepada masyarakat Negeri Sabah khasnya. Penubuhan USIA untuk
mengurus dan mentadbir Hal Ehwal Islam di Negeri Sabah sebelum MUIS ditubuhkan. USIA
telah memainkan peranan yang penting dalam pengembangan Islam di Sabah.

Peranan ulama dan pertubuhan-pertubuhan serta persatuan-persatuan Islam di Sabah


iaitu Persatuan Islam Putatan ( PIP ), Persatua Islam Tawau ( PIT ) dan Peratuan Islam Sabah
( PIS ) menyebarkan agama Islam kepada masyarakat Islam dan masyarakat Non Muslim di
bandar dan luar bandar Sabah membolehkan mereka mengenali, memahami dan
mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan serta membentuk sifat hormat menghormati
antara satu kaum dengan kaum lain terutama dalam soal beragama.

Usaha dakwah Islamiah ini berterusan sejak abad ke-10M iaitu ketika kedatangan
pedagang Arab ke kepulauan Sulu yang terletak tidak berapa jauh dari Sabah pada tahun
982M ( Datuk Jamdin Buyong, 2003: 185 ) hingga ke hari ini. Seperti yang dimaklumkan,
tiga persatuan utama di awal dakwah Islamiah di Sabah iaitu Persatuan Islam Putatan ( PIP )
yang diasaskan oleh Datuk Hj Awang Sahari bin Abdul Latif dan rakan-rakannya, Persatuan
Islam Tawau ( PIT ) yang diketuai oleh OKK Zainal Kerahu dan rakan-rakannya dan
Persatuan Islam Sabah ( PIS ) yang dipimpin oleh YBhg. Datuk Hj Mohd Kassim bin Hj
Hashim telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perjumpaan dengan YAB Tun Datuk Hj
Mustapha bin Datu Harun di tempat kediamannya di Tanjung Aru pada tahun 1968 untuk
membincangkan masalah kedudukan umat Islam di Sabah (Datuk Hj Awang Sahari bin Abdul
Latif: t.th:7-8). Menurut Datuk Hj Awang Sahari dalam kertas kerja yang bertajuk Peranan
USIA Dalam Membina Kepentingan Agama Islam di Sabah dan hasil dari perbincangan
tersebut, ketiga-tiga pemimpin persatuan awal di Negeri Sabah telah mengambil kata sepakat
bersedia untuk mengorbankan jawatan yang dipegang dalam persatuan masing demi

mengutamakan kepentingan umat Islam Sabah dan membentuk sebuah persatuan Islam yang
lebih besar dan kuat bagi menjamin kedudukan dan kepentingan umat Islam di Sabah. Ketigatiga pemimpin tersebut bersetuju memberi mandat kepada YAB Tun Datu Hj Mustapha bin
Datu Harun untuk mengadakan satu Kongres Islam di Sabah.

Merujuk kepada kertas kerja yang ditulis oleh Datuk Hj Awang Sahari bin Abdul Latif
( t.th: 8-9 ), Kongres Islam yang pertama di Sabah adalah bertujuan untuk menubuhkan
Persatuan Islam Seluruh Sabah atau United Sabah Islamic Association ( USIA ). Kongres
selama dua hari ini telah diadakan pada 16 Ogos 1969. Ia dipengerusikan oleh Tuan Hj
Lokman Bin Musa iaitu Pengarah Pendidikan Sabah ketika itu. Setiap daerah di negeri Sabah
masing-masing menghantar perwakilan untuk menghadiri kongres tersebut. Kongres Islam
pertama ini telah mencapai beberapa keputusan yang membanggakan. Di mana nama
persatuan yang dipilih ialah: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah dengan nama ringkasnya USIA
( United Sabah Islamic Association ). Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun dilantik
sebagai Yang Dipertua Agung USIA yang pertama. Seramai 17 orang ahli-ahli ADUN Sabah,
10 orang Pegawai Tinggi, 14 orang tokoh-tokoh masyarakat yang berpengaruh dilantik untuk
menerajui Majlis Tertinggi USIA. Dalam masa enam bulan selepas penubuhan USIA,
sebanyak 22 bahagian dan 376 cawangan USIA telah didaftarkan di seluruh Negeri Sabah.
USIA dalam masa yang sama membentuk Jawatankuasa-jawatankuasa kecilnya untuk
membolehkan USIA bergerak dengan lebih sistematik. Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut
terdiri daripada Badan Kewangan, Badan Kebajikan, Badan Penerbitan, Badan Pelajaran,
Badan Masjid, Badan Zakat Fitrah dan Badan Dakwah. Merujuk kepada penulis Muhiddin
Yusin ( 1990 ) dalam bukunya Islam di Sabah, Kongres tersebut telah berjaya mewujudkan
United Sabah Islamic Association ( USIA ) atau Persatuan Islam Seluruh Sabah dan telah
didaftarkan pada 10 Oktober 1969 dan ibu pejabat pertamanya adalah sebuah kedai di Kg.
Air, Kota Kinabalu. YTM Tunku Abdul Rahman al-Haj kemudiannya telah merasmikan
bangunan empat tingkat Ibu Pejabat USIA di Jalan Sembulan pada 30 Julai 1972 bersamaan
19 Jamadil Akhir 1392H. USIA kini mempunyai 23 bahagian di seluruh Negeri Sabah.

Matlamat penubuhan USIA merujuk Johari Hj. Alias ( 1977 ) adalah untuk
menyatupadukan umat Islam di Sabah. Kedua, untuk merealisasikan kepentingan umat Islam
dalam semua bidang agar tidak ketinggalan dalam arus arus semasa . Seterusnya ia
bermatlamat untuk mewujudkan masyarakat yang sejati dan mempunyai akhlak budi pekerti

yang tinggi. Selain daripada itu, ia juga bersedia menyediakan segala kemudahan untuk
pengajian Islam dan memberi ilmu pengetahuan Islam kepada umat Islam di Negeri Sabah
sebagai usaha untuk mengembangkan dakwah Islamiah. pada awalnya dalam menggerakkan
usaha dakwah, USIA telah mengambil alih sebanyak 68 buah madrasah dan sekolah agama
rakyat dengan mengambil tenaga pengajar dari Semenanjung Malaysia. Walaupun keadaan
sekolah dan madrasah tersebut belum teratur sistem pengajian dan sebagainya dan
sebahagiannya masih menumpang di balai raya dan masjid-masjid. Ini jelas membuktikan
USIA ditubuhkan untuk menjaga kepentingan umat Islam di Sabah terutamanya dalam bidang
pendidikan, kebajikan dan ekonomi dan jua hal-hal berkaitan keagamaan ( Muhiddin Yusin:
1990 ).

VISI DAN MISI ORGANISASI USIA

Sebagai sebuah organisasi, USIA mempunyai misi yang secara tidak langsung
menggambarkan secara menyeluruh aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan baik kepada
ahlinya mahupun pada masyarakat Sabah umumnya. Berikut adalah misi dan visi organisasi
dalam menyampaikan metod, risalah Dakwah Islamiah kepada masyarakat di negeri Sabah (
Najion Jamil 2010 ).

Visi USIA
i.

Memelihara kepentingan-kepentingan agama Islam.

ii. Menanamkan kefahaman tauhid di kalangan umat Islam demi membentuk satu budi
pekerti dan akhlak yang mulia.
iii. Menganjurkan dakwah Islamiah kepada segenap lapisan masyarakat di Negeri Sabah,
berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
iv. Menyediakan kemudahan pengajian dan pembelajaran Islam di seluruh Negeri Sabah.
v. Menentukan kepentingan dan hak masyarakat Islam di negeri ini, khasnya dan Malaysia
amnya sentiasa terpelihara dalam mana-mana undang-undang dan amalan.
vi. Menjalankan kerja kebajikan dan amal jariah seperti sumbangan derma dan
biasiswa/dermasiswa kepada orang-orang Islam yang memerlukan.

vii. Menyemai perasaan persaudaraan, muhibbah dan toleransi di kalangan sesama Islam dan
di antara masyarakat Islam dan bukan Islam.
viii. Memperbaiki serta mempertingkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat Islam di negeri ini.

Misi USIA
1.

Meningkatkan penglibatan umat Islam sebagai ahli USIA,

2.

Mengukuhkan kedudukan USIA di mata segenap lapisan masyarakat, khususnya di


Negeri Sabah dan Malaysia amnya.

3.

Mempelbagaikan kegiatan sosiol terutama penglibatan generasi muda.

4.

Memainkan peranan dalam arus perdana dakwah dan pengislahan umat dan Negara
melalui penyebaran dakwah kepada semua golongan masyarakat serta berusaha
meningkatkan penghayatan Islam di kalangan Saudara Kita.

5.

Meningkatkan kefahaman masyarakat bukan Islam di Negara ini terhadap Islam,


disamping berazam untuk membangunkan Modal Insan yang menyeluruh melalui
penjanaan sosio ekonomi umat serta pembinaan kemahiran teknologi maklumat serta
komunikasi mutakhir.

OBJEKTIF USIA

USIA telah mengariskan beberapa objektif dalam mengembangkan syiar Islam di negeri
Sabah, sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Pertubuhan Islam seluruh Sabah
(USIA) :
1.

Memelihara kepentingan-kepentingan Agama Islam.

2.

Menanam kefahaman Tauhid kepada Allah dikalangan umat Islam demi membentuk
satu budi pekerti dan akhlak yang mulia.

3.

Menganjurkan Dakwah Islamiah kepada segenap lapisan masyarakat di Sabah ini


berpandukan firman dan Hadis (Al-Quran dan Sunnah Rasul).

4.

Menyediakan kemudahan-kemudahan pengajian dan pembelajaran Islam di seluruh


Negeri Sabah.

5.

Menentukan agar kepentingan-kepentingan dan hak-hak masyarakat Islam di Sabah


khasnya dan Malaysia amnya terpelihara dalam mana-mana

undang-undang dan

amalan.
6.

Menjalankan kerja-kerja kebajikan dan amal jariah pemberian derma, biasiswa atau
dermasiswa kepada orang-orang Islam yang memerlukan bantuan tersebut.

7.

Menyemaikan perasaan persaudaraan, muhibbah dan toleransi di kalangan sesama Islam


dan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

8.

Memperbaiki dan meningkatkan taraf sosio ekonomi orang-orang Islam.

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI (USIA)

USIA membentuk struktur organisasi bagi melancarkan pentadbiran agar lebih sistematik dan
dinamik. Menurut Datuk Hj Awang Sahari bin Abdul Latif (t.th:8-9), YAB Tun Datu Hj
Mustapha bin Datu Harun dilantik sebagai Yang Dipertua Agung USIA yang pertama.
Seramai 17 orang ahli-ahli ADUN Sabah, sepuluh orang Pegawai-pegawai Tinggi, 14 orang
tokoh-tokoh masyarakat yang mempunyai pengaruh dalam masyarakatnya telah dilantik
untuk menjawat jawatan di Majlis Tertinggi USIA di awal penubuhan USIA.

Menurut beliau , sebanyak 22 bahagian dan 376 cawangan USIA telah didaftarkan
setelah enam bulan penubuhannya. Dalam tempoh tersebut juga, USIA telah membentuk
Jawatankuasa-jawatankuasa kecilnya untuk menjalankan tugas masing-masing di setiap
bahagian dan cawangan. Klasifikasi tugas tersebut adalah seperti berikut;
a.

Badan Kewangan: Mencari sumber kewangan untuk tujuan pembayaran gaji pekerjapekerja pentadbiran, guru-guru agama dan pendakwah.

b.

Badan Kebajikan: Membantu masyarakat yang dalam kesusahan, menyediakan


kemudahan pengangkutan jenazah dan lain-lain bantuan yang berkaitan kebajikan
masyarakat.

c.

Badan Penerbitan: Menerbitkan majalah Sinar USIA dan menyediakan kemudahan


perpustakaan.

d.

Badan Pelajaran: Mengambilalih dan menguruskan sekolah-sekolah agama rakyat


yang wujud di awal sebelum terbentuknya USIA.

e.

Badan Masjid: Bertanggungjawab mengurus masjid-masjid dan surau-surau dan


mendirikan masjid seperti Masjid Bandar Kota Kinabalu.

f.

Badan Zakat Fitrah: Mengutip zakat fitrah pada setiap tahun.

g.

Badan Dakwah: Menyampaikan dakwah Islamiah kepada masyarakat di Sabah.


Usaha penyusunan struktur organisasi dan pembahagian tugasan dalam USIA telah

membolehkan USIA mendekati masyarakat Islam dan masyarakat Non Muslim di Sabah
dalam usaha penyebaran dakwah Islamiah

METODOLOGI DAKWAH UNITED SABAH ISLAMIC ASSOCIATION (USIA):


TINJAUAN DARI SEGI PENDIDKAN

Sejak penubuhan sehingga kini, USIA giat menjalankan aktiviti-aktiviti atau programprogram yang berunsur dakwah Islamiah kepada masyarakat di Sabah. Datuk Hj. Awang
Sahari bin Abdul Latif ( t.th: 10-11 ), Pada tahun 1970 USIA telah melancarkan gerakan
dakwahnya ke seluruh Negeri Sabah. Sasaran dakwahnya terdiri daripada kaum Dusun dan
Murut di daerah-daerah pendalaman yang tidak mempunyai sebarang anutan agama (Pagan).
Hasil usaha ini seramai lebih daripada 50,000 orang dewasa lelaki dan dewasa perempuan
telah memeluk agama Islam. Bilangan saudara baru hampir menjangkau 100,000 orang jika
dijumlahkan bersama kanak-kanak. Secara tidak langsung, bilangan umat Islam di Negeri
Sabah pada ketika itu meningkat kepada 52 peratus daripada seluruh jumlah penduduk Sabah
yang menganut pelbagai agama dan fahaman. Selain daripada itu juga, bilangan Ahli Dewan
Undangan Negeri juga telah meningkat kepada 2/3 majoriti. Ini kerana ADUN ini juga
merupakan pendakwah dan juga pemimpin-pemimpin dalam USIA. Akhirnya dengan
kerasionalan peningkatan ADUN Negeri Sabah kepada 2/3 majoriti terdiri daripada orang
Islam, maka MAIS atau Majlis Agama Islam Sabah ditubuhkan dan telah diluluskan oleh
Dewan Undangan Negeri pada 26 April 1972.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh USIA kepada masyarakat di Sabah. Dakwah
Islamiah tidak hanya terhad kepada umat Islam sahaja, malah masyarakat Non Muslim juga
merasa tempias usaha dakwah yang dijalankan oleh USIA melalui dakwah fardiah dan

dakwah jamai. Merujuk kepada Projek Ilmiah yang ditulis oleh Muhamad Hilmi bin Idris (
2009: 11 ), pelbagai aktiviti dakwah telah diambil perhatian oleh pendakwah-pendakwah
USIA kepada sasarannya. Aktiviti-aktiviti dakwah mereka mengutamakan pandangan dan
pengetahuan dari khidmat para ustaz yang setia menjalankan dakwah di setiap daerah dan
bahagian di Sabah. Selain daripada itu, aktiviti dakwah melalui penerbitan bahan bacaan iaitu
Sinar USIA dan mengedarkannya di sekitar masjid-masjid sekitar Sabah. Penubuhan BaitunNur di bawah tajaan USIA telah berjaya menempatkan Saudara Baru untuk mendalami ilmuilmu agama Islam. Baitun-Nur telah melahirkan ramai qari dan qariah dari golongan Saudara
Baru. Aktiviti-aktiviti kebajikan juga merupakan salah satu metod dakwah USIA kepada
masyarakat di Negeri Sabah. 15 Mei 2010. Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Terawih
dan Forum Agama juga merupakan antara aktiviti yang dijalankan oleh USIA untuk manfaat
umat Islam di Sabah.

Sebagai pertubuhan Islam yang terbesar di negeri ini, USIA akan terus membantu
kerajaan memperhebat program-program dakwahnya berlandaskan konsep Islam yang
syumul. Pelancaran Blue Print Memperkasa Dakwah USIA merupakan satu lagi usaha
USIA dalam membangunkan modal insan melalui pemantapan gerakan dakwah yang
bersepadu kearah menegakkan dakwah di negeri ini bertunjangkan Mardatilah. Blue Print ini
akan menumpukan kepada empat sasaran bidang utama iaitu dakwah, ekonomi, teknologi
maklumat dan komunikasi serta pembangunan sumber manusia. Pelan strategik dakwah USIA
atau Blue Print telah menjadi teras utama halatuju pembangunan dakwah USIA. Sehubungan
dengan itu, dalam usaha kita memastikan strategi dakwah Islamiah mencapai objektifnya
USIA perlu mengamalkan system pengurusan yang berkualiti agar semua perancangan dan
program yang dikendalikan dapat dilaksanakan dengan lancar.

USIA telah berusaha dengan penuh pengorbanan dari pelbagai segi untuk memastikan
umat Islam dan masyarakat Non Muslim di Sabah dapat mengenali Islam, mempelajari ajaran
Islam, memahami dan seterusnya dapat menjadikan Islam sebagai cara hidup. Metod dakwah
Islamiah yang dibawa oleh USIA melihatkan kesungguhan, kesedaran, kehebatan dan
kesatuan serta pengorbanan umat Islam ketika itu untuk memberi warisan kemuliaan Islam
sebagai agama yang benar di sisi Allah SWT kepada genarasi kini dan seterusnya. Fokus
utama pendekatan Dakwah USIA iaitu metod Dakwah melalui pendidikan, ekonomi, khidmat
sosial, kebajikan dan politik.

Pendekatan Dakwah Melalui Penjanaan Ekonomi


[

Dalam perspektif Islam, aktiviti ekonomi dan pembinaan kewangan bahkan menjadi
kewajipan,ini kerana ia membawa kemakmuran dan kekuatan kepada ummah iaitu kekuatan
untuk membebaskan diri daripada taklukkan dan telunjuk mana-mana pihak. USIA harus
berupaya memantau strategik musuh dalam usaha mereka untuk melumpuhkan keutuhan
negara melalui keteguhan ekonomi dan kebijaksanaan USIA membaca perancangan musuh
agar mampu berjuang dan melangkah dengan semangat berdikari dalam kelestarian ekonomi.
USIA perlu melangkah setapak lagi dalam dunia ekonomi khasnya dalam bidang pelaburan di
hadapan aset-asetnya yang boleh menjadi sumber kekuatan ekonomi sehingga dengan
kekuatan itu kita mampu melaksanakan pelbagai program dakwah dan pembangunan ummah.

Sejajar dengan usaha maju dalam aspek ekonomi, USIA telah melancarkan majlis
USIA Niaga baru-baru ini. Langkah ini adalah satu jejak awal untuk kita melangkah
membawa USIA maju bersama tunjang kekuatan ekonomi. Dalam hal ini, kita tidak hanya
sekadar pendayung tetapi sebagai pengemudi yang mempunyai sikap dinamik, pro aktif dan
jelas tentang matlamat perjuangan. Perkara ini mampu membawa atau menentukan hala tuju
perjuangan dan masa depan USIA secara lebih berkesan.

Dalam penyebaran dakwah, USIA telah berusaha untuk mencari pendekatan dakwah
yang lebih up to date seiring perubahan semasa dalam menggiatkan usaha-usaha murni demi
meningkatkan kefahaman dan memantapkan amalan dalam kehidupan seharian masyarakat.
Pertubuhan Islam seluruh Sabah (USIA) berusaha bersungguh-sungguh dengan menggunakan
beberapa pendekatan perlu dan sesuai digunakan bagi mencapai matlamat penubuhan. USIA
juga mengambil langkah dan mengambil berat berkaitan ekonomi. Peranan USIA dalam
membina kepentingan ekonomi umat Islam di Sabah dengan membentuk jawatankuasa yang
bertugas mencari dana sebagai sumber kewangan bagi menampung guru-guru dan pekerja
lainnya.

Oleh yang demikian, USIA kini mengambil pendekatan baru dalam usaha
membangunkan perekonomian umat Islam di negeri Sabah. Setiausaha Agung USIA, Datuk
Haji Dahli Mohd Elias berkata, antara pendekatan baru itu termasuk menceburkan diri dalam
bidang pembangunan hartanah. Langkah ini diambil sebagai satu strategi jangka panjang

untuk kepentingan masyarakat Islam khususnya ahli-ahli USIA. Selain itu, ia bertujuan bagi
mengurangkan pergantungan kepada kerajaan dalam usaha menegakkan syiar Islam.

Dalam masa yang lain. USIA telah menjalankan usaha sama dengan syarikat swasta
untuk membina bangunan USIA Plaza setinggi empat tingkat di Lahad Datu. Selain itu, USIA
juga mengadakan lawatan bagi usahawan atau ahli perniagaan bagi melihat perkembangan
ekonomi di negara lain seperti lawatan ke Brunei dan ianya mampu mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim.

Buletin USIA edisi 03/2009 Sempena sambutan ulang tahun ke-40 USIA (2009: 24)
telah menekankan bahawa idea yang ditimbulkan semasa Perhimpunan Agong Tahunan USIA
pada tahun 2006 telah membangkitkan gagasan agar USIA menubuhkan Koperasi Khusus
untuk ahli-ahlinya yang bertujuan untuk membantu mempertingkatkan ekonomi masyarakat
Islam khususnya ahli-ahli USIA.

Pada 24 Mac 2009 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan


pendaftaran Koperasi USIA dengan nama Koperasi United Sabah Islamic Association Berhad
di bawah nombor pendaftaran S-4-0848. Koperasi ini beroperasi di Ibu Pejabatnya sendiri di
tingkat 4, bangunan ibu pejabat USIA.

Antara visi dan misi koperasi ini ditubuhkan ialah berusaha merancang dan
melaksanakan projek-projek yang membawa ahli-ahlinya keluar dari kemiskinan dan
membimbing ahli-ahlinya melalui program dan kursus khususnya yang boleh membantu
meningkatkan taraf sosioekonomi ahli-ahlinya dengan beberapa aktiviti yang telah
dicadangkan bagi menyumbangkan kepada peningkatan pendapatan ahli koperasinya iaitu
dalam bidang pertanian (contrac farming) berasaskan tanaman pokok gaharu, serai wangi dan
tanaman lain yang berasaskan herba seperti pokok kantin, perniagaan hard ware, kedai runcit
(save more), bidang pemborong, pengedar dan peruncitan.

Dengan adanya koperasi yang telah ditubuhkan oleh USIA mampu berdaya saing
dengan perkembangan ekonomi semasa. Selaras dengan keperluan semasa, USIA telah
memajukan aktiviti pertanian bagi memenuhi pasaran semasa. Selain, menyediakan lebih
banyak peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan terutamanya penduduk negeri Sabah ia
juga menjadi medan dalam menyebarkan dakwah dalam aspek ekonomi serta meningkatkan

ekonomi penduduk tempatan. Usia juga menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti


komersial yang mampu memberikan sumber kewangan bagi membiayai aktiviti dakwahnya
serta program-program kemasyarakatan.

Dalam melangkah ke era Globalisasi, tuntutan persaingan yang turut mendominasi


zaman berkenaan ialah teknologi maklumat. USIA seharusnya tidak terkebelakang dalam
menguasai bidang yang menjadi mercu tanda era globalisasi ini. Sehubungan dengan itu,
USIA perlu menjana kekuatannya menerusi pengukuhan R&D yang perlu sebagai data untuk
membolehkan kita melakukan tindakan berdasarkan kajian dan penyelidikan yang sistematik.
Kemajuan ini dapat dicapai andai kita mempunyai kekuatan ekonomi kerana kemajuan ini
mampu membawa USIA bersaing di persada antarabangsa.

KESIMPULAN

USIA adalah sebuah organisasi dakwah yang memiliki sistem pentadbiran yang sangat
professional, kemas dan tersusun. Kejayaan yang dicapai pada masa kini bukan sahaja
bergantung kepada aktiviti yang dijalankan oleh USIA itu sendiri tapi penglibatan dari semua
lapisan pentadbiran. Malah sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum
menjadikan ianya dapat diterima dalam masa yang sama mampu berkembang sehingga ke
kawasan luar Bandar. Penekanan dari aspek bimbingan dan kebajikan ahlinya,

ia juga

bertindak sebagai penyebar risalah islam terhadap seluruh negeri Sabah samaada muslim atau
No-muslim. Secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama Muslim,
perpaduan atas nama muslim juga dapat dipupuk.

Metod dakwah yang disampaikan melalaui penjanaan bagi melahirkan masyarakat


yang maju jaya dalam tuntutan Islam pada masa akan datang merupakan langkah yang terbaik
untuk pembangunan dakwah Islam di Sabah khasnya. Perubahan kaedah yang dilaksanakan
seiring dengan perubahan teknologi satu pendekatan yang terbaik agar umat Islam di Sabah
tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara dalam merealisasikan wawasan 2020
negara. Sejarah USIA telah membuktikan bahawa USIA telah melahirkan ramai pemimpin
Islam yang cemerlang dalam arena politik, ekonomi dan juga pendidikan.

Tuntasnya, berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan berkaitan metod dalam
penyampaian dakwah oleh USIA yang merupakan badan bukan kerajaan yang
bertanggungjawab dalam menyebarkan Islam di Sabah. Walaubagaimanapun, hala tuju yang
menjadi keutamaan dalam melaksanakan dakwah ialah melalui ekonomi dan pendidikan.
Tetapi ia bukanlah pelengkap tunggal dalam mencapai kejayaan dakwah di Sabah, tapi hala
tuju kebajikan tidak boleh diabaikan kerana masih ramai rakyat Sabah yakni Orang Asli
masih dibawa garis kemiskinan.

Usaha yang berterusan sangat diperlukan agar dakwah yang disampaikan itu dapat
mendatangkan kesan yang mendalam terhadap diri masyarakat. Walau bagaimanapun, segala
usaha USIA kini menampakkan keberkesanannya melalui penerimaan masyarakat yang
menerima islah dan dakwah yang dijalankan secara positif. USIA turut mengalami beberapa
masalah dalam pergerakan islah dan dakwahnya yang mungkin serba-sedikit mempengaruhi
keberkesanan perlaksanaannya seperti masalah kewangan dan kekurangan tenaga penggerak.
Namun, usaha-usaha tersebut tetap diteruskan oleh pihak USIA dengan penuh keikhlasan
kerana Allah S.W.T.

RUJUKAN

Hj Awang Sahari Abd Latif: 2001. Kecemerlangan Ummah abad ke-21. Buletin USIA. Ogos:
1-3
Najion Jamil. 2010. Pembentukan Malaysia dan Impaknya terhadap Perkembangan Islam di
Sabah. April:14-50.
Jamdin Buyong: 1980. Perjuamgan Peribumi menentang penjajahan di Sabah: Protes terhadap
nilai barat. Kertas kerja Seminar Sejarah dan masyarakat Sabah, anjuran Yayasan
Sabah dan Persatuan Sejarah Malaysia, Kota Kinabalu.
Muhidin Yusin@ Mohd Anas: 1990. Perkembangan Islam di Sabah. Kota Kinabalu: Nurin
Enterprise.
Johari Alias: 1983. Sejarah kedatangan Islam dan penyebaran Islam di Sabah. Kertas Kerja
Seminar Pembangunan Islam Sabah, anjuran Persatuan Mahasiswa/i Sabah (PERMIS)
Universiti Kebangsaan Malaysia. Kota Kinabalu, 11-12 Jun.

Buletin USIA edisi 03/2009 Sempena sambutan ulang tahun ke-40 USIA

You might also like