You are on page 1of 13

SJK (T) KAMPUNG BARU BATU MATANG,

34750 MATANG.
UJIAN BULANAN MAC 2016
BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
NAMA : ____________________

TAHUN : 6
BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 12
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Datuk Husni tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana
______________sedang menunaikan umrah di tanah Suci Mekah.
A
kami
B
beliau
C
Kalian
D
Mereka
2 Apakah tujuan _______________ datang kemari? tanya Tun Mamat
kepada Daeng Pirani.
A
anda
B
hamba
C
tuanku
D
tuan hamba
3 Suzi pergi __________ kedai untuk membeli gula-gula.
A. ke
B. di
C. kepada
D. Dari
4 Monica memasukkan botol kosong ke ______________ tong sampah.
A. bawah
B. dalam
C. tengah
D. atas
5 Pak Tamin begitu __________________ memikirkan anaknya yang
belum
pulang , apatah lagi hari sudah larut malam.
A. terkilan
B. runsing
C. murung
D. sengsara

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Pemain pasukan Sabah itu sedang melakukan ________ sudut untuk


pasukannya.
A
pukulan
B
sepakan
C
hayunan
D
hantaran
7 Pegawai kesihatan ______________kempen membasmi tempat
pembiakan nyamuk aedes dalam kalangan penduduk di taman
itu.
A
terhebat
B
memperhebatkan
C
memperhebat
D
kehebatan
8 Anda boleh cuba membela beberapa ekor ikan pelaga atau gapi
untuk mengelakkan pembiakkan_______________ di takung air.
A
lelabah
B
kekuda
C
jejentik
D
pepijat
9 Pak Bon memikul se_____________ pisang raja di bahu kirinya
sambil memakan se____________ pisang .
A
biji .. tandan
B
tandan sikat
C
sisir biji
D
tandan biji
10 Azman murid yang sangat aktif dalam bidang kokurikulum.
__________,
pihak sekolah telah menganugerahinya Murid Cemerlang semasa
Hari Kecemerlangan
Kokurikulum.
A
Sejak itu
B
Jika begitu
C
Namun begitu
D
Lantaran itu
11
_________________ syarikat itu bercuti pada hari Sabtu minggu
pertama dan minggu ketiga.
A
Kakitangan

B
C
D

Suruhanjaya
Urus setia
Urus niaga

12

Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah
_______________.
A
tajam
B
tumpul
C
kasar
D
kesat

13

_______________ hutan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab telah


merosakkan ekosistem kawasan hutan.
A
Penanaman
B
Pemuliharaan
C
Penebangan
D
Pemeliharaan

14

Bapa menyekolahkan anak-anaknya hingga ke universiti hasil


daripada ______________nya di sawah.
A
ringan tulang
B
jejak langkah
C
panjang akal
D
titik peluh

15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Bengkel motivasi selama seminggu itu banyak memberikan
pengalaman baharu kepada para peserta.
A
Bengkel motivasi banyak memberikan pengalaman baharu
selama seminggu kepada para peserta.
B
Para peserta memperoleh pengalaman baharu selama
seminggu dalam bengkel motivasi.
C
Para bengkel motivasi banyak memberikan pengalaman
baharu
kepada peserta selama seminggu.
D
Para peserta yang menyertai bengkel motivasi selama
seminggu itu banyak memperoleh pengalaman baharu.

16
.

Pilih ayat yang betul.


i Pelajar-pelajar memang digalakkan belajar secara berkumpulan.
ii Lebuh Raya Pantai Timur itu menyingkatkan masa perjalanan dari
Kuala Lumpur ke Kuantan.

iii Masalah penagihan dadah di negara kita masih dalam keadaan


terkawal.
iv Persembahan pelajar-pelajar kolej itu telah tertarik perhatian
penonton yang hadir.
A
i dan ii
C
i, ii, dan iii
B
ii dan iii
D
ii, iii, dan iv

Soalan 17 hingga Soalan 20


Baca rencana di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Air sangat penting dalam kehidupan kita seharian. Walaupun kita
beranggapan 70 % daripada bumi ini diliputi air dan 30% sahaja yang
terdiri daripada daratan, kita sebenarnya lupa bahawa daripada sejumlah
air yang sebegitu banyak, hanya 2.5 % adalah air tawar yang dapat
diminum dan digunakan manakala selebihnya adalah air masin.
Oleh sebab itu, kita mestilah berjimat ketika menggunakan air.
Jangan mandi terlalu lama kerana ini melibatkan pembaziran air yang
banyak. Selain itu, kita juga dinasihatkan agar menggunakan mesin basuh
hanya apabila membasuh banyak pakaian. Bagi menyiram pokok,
mencuci longkang dan kereta pula, gunakanlah air hujan yang ditadah di
dalam tempayan atau bekas plastik besar.
Ada banyak faktor mengapa kita harus berjimat ketika
menggunakan air. Misalnya pertambahan penduduk yang pesat
menyebabkan permintaan air meningkat secara mendadak dan
kemungkinan besar empangan akan cepat surut terutamanya ketika
musim kemarau panjang. Mungkin pada waktu itulah kita akan mulai
terngadah kerana kekurangan air.
Secara puratanya kita banyak menggunakan air untuk kegiatan
harian seperti mandi, mengepam tandas, mencuci pakaian, pinggan
mangkuk, kenderaan dan sebagainya termasuklah permaidani, jika
dibandingkan dengan air yang kita gunakan untuk minum, iaitu hanya 2
hingga 5 liter sehari.
Selain itu, pili bocor atau pili yang tidak diputar ketat turut
menyebabkan pembaziran air. Sekiranya dibiarkan menitis sehari suntuk,
kita telah membuang antara 70 hingga 80 liter air. Bayangkanlah berapa
banyak pembaziran air akibat sikap manusia yang tidak prihatin.
Oleh itu, apabila berlaku kebocoran air, teruslah membuat laporan
ke Jabatan Bekalan Air yang terdekat. Air amat penting, jadi berjimatlah
ketika menggunakan air walau di mana-mana sahaja. Jadilah warga yang

bertanggungjawab.
17

Apakah tujuan utama rencana ini ?


A
B
C

Memberitahu masyarakat tentang aktiviti yang menggunakan


air
Menegur sikap orang ramai yang tidak tahu memanfaatkan air
Menyedarkan masyarakat bahawa negara hampir kehabisan

air
D
18

Cara-cara berikut mampu menjimatkan air kecuali...


A
B
C
D

19

menutup pili air dengan sempurna


menyiram pokok bunga seminggu sekali
membersihkan kawasan luar rumah dengan air hujan
menggunakan mesin cuci ketika membasuh pakaian yang
banyak

Penulis menyentuh tentang peratus kandungan air yang boleh


diminum di bumi ini bagi menunjukkan...
A
B
C
D

20

Memupuk sikap berjimat cermat dan menghargai air dalam


Kalangan pengguna

sumber air yang terhad


kegiatan manusia yang membazirkan air
kehilangan air terutama pada musim kemarau
pertambahan penduduk yang semakin pesat

Air hujan digalakkan digunakan juga dalam aktiviti


pembersihan bertujuan memupuk sikap...
A
B
C
D

berhati-hati
berjaga-jaga
beringat-ingat
berjimat cermat

BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21
Pilih perkataan yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.
dari / di / terlalu / betul / sejak / apabila / sambil / pernah / belum

Suasana di dalam kelas itu sangat bising seperti di pasar . Guru mata
pelajaran Bahasa Melayu ______________ masuk ke dalam kelas . Namun,
tiba-tiba semua murid diam _______________ Cikgu Amin , guru disiplin
yang sangat garang masuk ke dalam kelas. Cikgu Amin ____________ tegas
sehingga semua murid takut dengannya. Selepas beberapa minit, Cikgu
Amin pun keluar __________________ kelas itu.

[ 4 markah
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya :
____________________________________________________________________
Jawapan : Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.
[ 2 markah ]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Jangan bermain di luar


rumah!

____________________________________________________________________
(2 markah )
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Tulis ayat majmuk berdasarkan gambar


_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
(2 markah )

Soalan 23
a.

Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai dengan gambar di atas.

[ 2 markah ]

b.

Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peri bahasa yang sesuai dengan gambar di atas.

[ 2 markah ]

Soalan 23
Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
1 Januari 2016
Kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jerantut.
Perjalanan selama lima jam terasa begitu pantas kerana kami begitu
teruja untuk mendaki Gunung Tahan. Kami menaiki kereta pacuan empat
roda dari Jerantut ke Kuala Tembeling. Kami melalui jalan lori balak yang
becak dan berlopak-lopak.
2 Januari 2016
Berehat seketika di Kuala Tembeling sebelum meneruskan
perjalanan ke Kuala Tahan. Perjalanan tergendala beberapa kali kerana air
sungai cetek. Kami terpaksa turun dan menolak bot . Letihnya bukan

kepalang .
3 Januari 2016
Seterusnya dari Kuala Tahan kami ke Kuala Bantal dengan mendaki
beberapa buah bukit dan sebuah gunung, iaitu Gunung Putih . Perjalanan
sangat sukar dan paling jauh. Kami mengambil masa sehari suntuk tiba ke
puncak Gunung Putih.
4 Januari 2016
Kami berpatah balik dari Gunung Putih ke Kuala Bantal melalui jalan
yang lain. Kami terpaksa mengharungi sungai dengan bersusah payah.
Arusnya amat deras dan banyak jeram. Keadaan ini benar-benar menguji
daya tahan fizikal dan minda kami.
5 Januari 2016
Keindahan hutan dan bunyi mergastua menghiburkan hati
sepanjang perjalanan dari Kuala Bantal ke puncak Gunung Tahan . Kami
sempat bergambar dan merakamkan segala keindahan di situ. Pada
penghujung pendakian, hujan turun dengan lebatnya. Keadaan sekeliling
gelap seperti malam . Tambahan pula, kami sedang melewati curam yang
dalam. Ketua ekspedisi menggunakan segala pengalaman dan
kemahirannya untuk membolehkan kami meneruskan perjalanan. Ketika
itu peralatan yang kami bawa seperti tali dan lampu suluh menjadi sangat
berguna. Seteah lima jam kehujanan barulah kami sampai di puncak
Gunung Tahan. Kami memacakkan bendera pasukan dan mengukir nama
masing-masing pada batu besar.
6 Januari 2016
Kami bertolak meninggalkan puncak Gunung Tahan . Perjalanan
menjadi lebih mudah kerana kami hanya perlu mengikut tanda-tanda
yang kami buat ketika mendaki.
Kami besyukur kerana berjaya menamatkan ekspedisi mendaki puncak
Gunung Tahan.
a.

Gunung Tahan terletak di negeri ___________________________________


[ 1markah ]

b.

Apakah yang dilakukan oleh para pendaki setelah mereka sampai di


puncak Gunung Tahan ?

___________________________________________________________________________
[2
markah ]

Soalan 24
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.
Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

a. Apakah maksud perkataan resam dalam pantun di atas?


___________________________________________________________________________
[ 1 markah]
b. Kemukakan dua pengajaran yang boleh didapati dari pantun di atas.

[ 2 markah ]
c. Apakah tema pantun di atas?

[ 1 markah ]
d. Terangkan maksud baris- baris pantun di bawah.
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenangkenangan.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[ 3 markah ]
Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anakanak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalaukalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk
Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk
kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi
mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu.
"Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu
malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh.
Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ujar Pak Mail.
Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam
itu turut bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh.
Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual
yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang
berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua
mereka.
Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam
digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang
daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala
anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak
mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu
tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk
meneruskan rondaan.
Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak
buahnya membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi,
mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya
Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan
melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung
Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga
lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang
selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan
menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga
penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke
muka pengadilan.

a.

Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak


buahnya supaya berwaspada setiap masa ?

___________________________________________________________________________

[ 2 markah ]
b.

Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya dalam


untuk menangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah
rumah di kampung itu ?

[2
markah ]
c.
Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?
___________________________________________________________________________

[ 2 markah ]
d.

Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk


Mat dan anak buahnya ?

__________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT


Disediakan oleh:
..

(Puan Helen )
)

Disemak oleh :

(Pn.R.Suganeswari)

You might also like