You are on page 1of 3

BERI PERHATIAN!!

KESILAPAN LAZIM SAINS BAHAGIAN B


(KERTAS 2)
(A)

Soalan corak perubahan

Kesalahan lazim
1.

Calon menyatakan lebih daripada satu pola/corak untuk pembolehubah


yang mempunyai satu corak sahaja.

2.

Tidak dapat membaca corak perubahan dengan betul seperti yang


dipaparkan dalam rangsangan soalan.

Nota : Cara membaca corak daripada rangsangan soalan (jadual/carta


palang) daripada kanan ke kiri atau bawah ke atas.
Skema

: bertambah

Contoh 1

: bertambah dan bertambah

(BETUL)

Contoh 2

: bertambah dan (berkurang)

(SALAH)

Contoh 3

: bertambah, bertambah dan bertambah

(BETUL)

Contoh 4

: bertambah, (berkurang) dan bertambah

(SALAH)

(B)

Soalan tujuan penyiasatan

Kesalahan lazim
1.

Tertinggal perkataan HUBUNGAN.

2.

Pola/corak perubahan ditulis bersama pembolehubah.

Nota: Mengkaji/menyiasat hubungan (pb.dimanipulasi) dengan/dan


(pb.bergerak balas).
Contoh kesalahan:
1.

Untuk mengkaji hubungan bilangan hari dengan bilangan daun yang


tinggal. tiada perkataan antara.

2.

Menyiasat antara malam dan kecerahan bulan tiada perkataan


hubungan.

(C)

Soalan ramalan

Kesalahan lazim
1.

Menyatakan ramalan dalam bentuk julat.

Skema

: 30

Contoh 1

: 21 45

Contoh 2

: 25 hingga 45 (SALAH)

(SALAH)

2. Tertinggal perkataan PALING/LEBIH DARIPADA/KURANG


DARIPADA/ANTARA untuk meramal pada set data bukan nombor.
2. Menyatakan unit yang salah.
Nota: Unit tidak perlu ditulis.
(D)

Soalan kesimpulan dan hipotesis

Kesalahan lazim
1.

Tidak menyatakan pola/corak perubahan.

2.

Silap menyatakan pola/corak perubahan.

3.

Pola/corak perubahan terkalih.

4.

Menulis jawapan untuk soalan tujuan penyiasatan.

Contoh kesalahan
1.

Semakin bertambah masa pemanasan, semakin berkurang suhu air.


silap corak perubahan suhu air.

2.

Jika bertambah kuantiti yis, maka saiz belon mengembang. tiada


corak perubahan pada pembolehubah.

(E)
1.

Soalan pembolehubah/maklumat

Pembolehubah tiada parameter.

2.

Pembolehubah ditulis bersama pola/corak perubahan.

3.

Calon keliru/tidak tahu kedudukan pembolehubah dalam rangsangan


soalan.

4.

Untuk soalan berikan satu maklumat, calon menyatakan lebih


daripada satu jawapan. Jawapan pertama sahaja disemak.

5.

Untuk soalan berikan maklumat, calon tidak menyatakan


pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas atau
calon hanya menyatakan satu pembolehubah sahaja.

(F)

Soalan inferens

1.

Menyatakan pemerhatian.

2.

Memberikan inferens pada objek/rujukan lain.

3.

Tiada perbandingan. (paling/lebih daripada/lebih


berbanding/berbanding)

4.

Membuat pernyataan LEBIH DARIPADA pada objek bersifat mutlak


lebih lelaki, lebih neutral.

5.

Membuat perbandingan bagi soalan menyatakan dua inferens pada


ruang jawapan kedua.

You might also like