You are on page 1of 13

Bekas penyerang Harimau Malaya parah

6 Julai 2015
KOTA KINABALU - Awangku Mohd. Farris Mahmud, 21, yang terlibat dalam kemalangan
bersama penyerang pasukan bola sepak negara, Md. Rozaimi Abd. Rahman, 23, di Kilometer
3.5, Jalan Tuaran petang tadi, disahkan meninggal dunia malam ini.Ketua Polis Daerah Kota
Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra dipetik sebagai berkata, mangsa disahkan meninggal
dunia 8.37 malam tadi selepas menerima rawatan."Mangsa dimasukkan ke Hospital Queen
Elizabeth II (HQE II) petang tadi, selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan
1.30 petang."Pada 8.37 malam tadi, Farris disahkan meninggal dunia," katanya ketika
dihubungi.Sementara itu, Md. Rozaimi dikatakan sudah sedarkan diri dan boleh bercakap serta
dilaporkan stabil.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan
(APJ) 1987.Dalam kejadian 1.30 petang itu, kereta jenis Honda Civic yang dipandu mangsa
bersama bekas penyerang Harimau Muda itu dalam perjalanan dari Inanam menghala ke pusat
bandar raya sebelum terbabas lalu merempuh sebatang pokok, tiang telefon dan tembok
konkrit.Akibat kejadian itu, Farris dan Rozaimi yang mengalami kecederaan parah dibahagian
kepala kemudian dikejarkan ke HEQ II untuk rawatan lanjut.

Tujuh Jam Bertarung Nyawa

Kota Kinabalu: Selepas bertarung nyawa hampir tujuh jam, pemain Piala Presiden Sabah, Ak
Mohd Farris Mahamud, 21, yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 3.5 Jalan Tuaran, Kota
Kinabalu, disahkan meninggal dunia, hari ini.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten
Komisioner M Chandra berkata, mangsa disahkan meninggal dunia 8.37 malam tadi selepas
menerima rawatan."Mangsa dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) petang tadi,
selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan 1.30 petang."Pada 8.37 malam
tadi, Farris disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.Menurutnya, kes disiasat
mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Dalam kejadian 1.30 petang itu,
kereta yang dipandu mangsa bersama bekas penyerang Harimau Muda Md Rozaimi Abdul
Rahman dalam perjalanan dari Inanam menghala ke pusat bandar raya sebelum terbabas lalu
merempuh pokok, tiang telefon dan tembok konkrit.Akibat kejadian itu, Farris dan Rozaimi yang
mengalami kecederaan parah di bahagian kepala kemudian dikejarkan ke HEQ II untuk rawatan
lanjut.

Sunday, July 19, 2015

Bas Ekspres Terjunam ke Gaung

Rawang: Sembilan cedera selepas bas ekspres yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala
Lumpur terjatuh ke gaung di Kilometer 436 Lebuhraya PLUS dekat Jambatan Sungai Buaya di
sini, 6.40 pagi tadi.Bas yang dipercayai membawa tujuh penumpang itu dilaporkan terbabas
dan merempuh besi penghadang jambatan sebelum terjunam dan terbalik ke gaung sedalam
lima meter.Pegawai Operasi Bomba Op Selamat Raya Haizad Morah Abas berkata, bomba
menerima panggilan pada 6.44 pagi dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.
"Sampai di lokasi terdapat seorang lelaki dipercayai pemandu kedua bas ekspres berkenaan
sudah ada di luar bas dan memaklumkan terdapat seorang penumpang tersepit."Seorang
wanita berusia 66 tahun terperangkap dan berjaya dibawa keluar sebelum dibawa ke Hospital
Sungai Buloh," katanya.

Dera anak: Bapa,ibu tiri ditahan reman

PASIR MAS: Sepasang suami isteri hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir
Mas bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan seorang kanak-kanak
perempuan berumur lima tahun.Pendaftar Kanan Mahkamah Rendah Pasir Mas,
Rashid Mustafa memerintahkan kedua-dua suspek menjalani tahanan reman selama
empat hari bermula hari ini.Kedua-dua suspek berkenaan iaitu ibu tiri mangsa berusia,
25 tahun dan bapa kandungnya, 39, ditahan di depan sebuah restoran di Kota Bharu
jam 9 malam tadi.

Buruh binaan jumpa kanak-kanak dua


tahun ketakutan dan kelaparan

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sebulan ditemui dalam
keadaan ketakutan dan kelaparan kira-kira pukul 4 pagi Isnin di tepi jalan berhampiran
stesen minyak Caltex, Jalan Tun Perak, Melaka.Kanak-kanak tersebut yang kelihatan
tidak terurus itu ditemui seorang lelaki yang ketika itu sedang memandu kereta untuk
pulang ke rumah di Taman Ayer Keroh Heights.

Dera Anak: Suami isteri direman 4 hari

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata suspek berusia 25 dan 39 tahun itu ditahan
di sebuah restoran di Jalan Bayam, di sini, kira-kira jam 9 malam tadi. Kes disiasat mengikut
seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera. Pada 25 Jun lalu, seorang ibu
membuat laporan polis mengatakan anaknya yang dijaga oleh ibu tiri serta bekas suaminya
mengalami kesan kecederaan lama dan baru, kesan parut, badan kurus dan berada dalam
keadaan lemah. Kanak-kanak malang itu dijaga oleh ibu tirinya yang berusia 25 tahun selepas
ibu kandung kanak-kanak berkenaan berpisah dengan bapanya sejak tahun 2013. Selepas
mendapati keadaan anaknya itu lemah beliau telah mendapatkan rawatan di hospital di Sungai
Golok, sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab 11 (HRPZII) pada 26 Jun.
Sepasang suami isteri berusia 39 serta 25 tahun direman selama empat hari bermula hari ini
sehingga khamis oleh Pendaftar Mahkamah Seksyen/ Majistret Pasir Mas Rashid Mustapa
berhubung kes penderaan kanak-kanak berusia lima tahun.

Money won't create success, the freedom to make it will.


Nelson Mandela
Anyone who has never made a mistake has never tried anything new.
Albert Einstein
Many of life's failures are people who did not realize how close they were to
success when they gave up.
Thomas Edison
Give me six hours to chop down a tree and I will spend the first four
sharpening the axe.
Abraham Lincoln
True holiness consists in doing God's will with a smile."
Mother Teresa
Its fine to celebrate success, but it is more important to heed the lessons of
failure.
Bill Gates
There are only two forces in the world, the sword and the spirit. In the long
run the sword will always be conquered by the spirit.
Napoleon Bonaparte

Man needs his difficulties because they are necessary to enjoy success.
A. P. J. Abdul Kalam
The roots of education are bitter, but the fruit is sweet.
Aristotle
Wise men speak because they have something to say; Fools because they
have to say something.
Plato

HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama


Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan
Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari
dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah
wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan.
Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaafmaafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah
terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung

( BERMAAFAN DI HARI RAYA )


TAHUN BARU CINA
Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di
Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar
mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar
mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing,
monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan
dan tuahnya tersendiri
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk
makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan
sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi
'Angpau' kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga.
'Angpau' membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya
sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau
mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa
merayakan Tahun Baru Cina

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah
ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang
meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina
ialah perayaan Chap Goh Meh.

( Pemberian Ang pau )

DEEPAVALI
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan
gelap bernama 'Aippasi pada bulan Oktober dan November. Deepavali
bermaksud sebarisan pelita. Dengan memasang pelita, mereka percaya
bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan,
keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di
pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai
sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di
rumah atau dikuil-kuil.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum
keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi
manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara
mereka. Di kebanyakan rumah, Rangoli iaitu lukisan yang dibuat daripada
tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.

PERAYAAN TADAU KEAMATAN


Merupakan perayaan masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan Mei
setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. Untuk menyambut perayaan
Tadau Kaamatan mereka menyediakan kuih-muih dan air tapai. Perayaan ini
kebiasaannya diadakan selama dua malam berturut-turut. Kebiasaannya
malam pertama diadakan upacara magavau atau pemujaan semangat padi
yang diketuai oleh bobohigan dan beberapa orang pembantunya. Pada
malam kedua, upacara habot iaitu beras yang diperam diberikan kepada
'bobohigan' sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. Tetamu akan
dihiburkan dengan tarian Sumazau dan Megalang sambil meminum air
tapai.

KRISMAS
Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember sebagai
mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan
hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni.
Bungkusan-bungkusan hadiah akan diletakkan di bawah pokok untuk dibuka
pada hari tersebut. Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut
Kristian oleh kumpulan koir yang diundang. Tuan rumah akan memberi derma
kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya. Pada malam
tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari. Kanak-kanak
tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa
mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah
kepada mereka. Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari
Krismas mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara
sembahyang.

PERAYAAN GAWAI DAYAK


Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb
Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung
beras, gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan
Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang
sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara miring ini diruai
(beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan
dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu
dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada
pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa
penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat
iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.

You might also like