You are on page 1of 5

PATRIOTIK KAH KAUM BUKAN

MELAYU ? | Military of Malaysia:


http://www.militaryofmalaysia.net/2010/11/pa
triotik-kah-kaum-bukan-melayu/
PATRIOTIK KAH KAUM BUKAN
MELAYU ?
November 24, 2010 by Admin 156 Comments
1. Saya rasa lucu apabila ramai pihak yang melenting sebaik sahaja Menteri Pertahanan Datuk
Seri Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan bahawa kaum bukan bumiputera di negara ini tidak
patriotik berdasarkan bilangan mereka yang kurang dalam Angkatan Tentara Malaysia (ATM)
khususnya tentera darat.
2. Sebagai seorang yang terpelajar dan bijak berpolitik, saya tidak rasa beliau mahu menuduh
bukan bumiputera di negara ini tidak patriotik apabila membuat kenyataan itu semasa
menghuraikan sebab-sebab bilangan bukan Melayu (khususnya Cina dan India) hanya berjumlah
2 peratus dalam tentera darat.
3. Bagi saya Zahid mahu mencabar. Beliau mahu ramai orang bukan bumiputera menyertai
tentera tetapi kita gagal melihat perkara ini.
4. Cabaran itu bermakna, kedatangan kaum bukan bumiputara dialu-alukan dan amat diperlukan
tetapi mungkin, Zahid mempunyai fakta dalam isu ini dan fakta itu akan didedahkan tidak lama
lagi.
5. Kita disekat dengan mentaliti bahawa kerjaya dalam tentera tidak mempunyai masa hadapan
tetapi tahukah anda bahawa gaji yang paling lumayan adalah gaji seorang anggota atau pegawai
tentera dan berada pada tempat nombor satu dalam keseluruhan gaji perkhidmatan kerajaan.
7. Pernahkah anda mendengar kerajaan umumkan elaun tentera atau gaji tentera? Kalau polis kita
selalu dengar.
8. Sebenarnya kerajaan tidak perlu umum kenaikan elaun dan gaji tentera kerana setiap kali
pengumuman kenaikan elaun dan gaji polis dibuat, elaun dan gaji tentera secara automatik akan
dinaikkan.

9. Kerana itu kita tidak pernah mendengar Panglima Angkatan Tentera memohon kenaikan gaji.
Jadi sebenarnya sangat bertuah menjadi tentera ini, pagi berkawat, petang menembak. Time
lunch boleh balik ke berek untuk makan bersama anak isteri.
10.Saya mungkin silap dalam perkara ini kerana perkara di atas diberitahu oleh kawan-kawan
saya yang berkhidmat di dalam tentera.
11.Sebenarnya tidaklah ramai yang melenting secara terang-terangnya kecuali dua orang bekas
pegawai tentera iaitu bekas Laksamana (B) K Thanabalasingam dan veteran tentera darat Brig
Jen (B) Datuk Goh Seng Toh.
12.Saya tidak menyalahkan mereka apabila kedua-dua pahlawan ini melenting semasa
diwawancara oleh pemberita Malaysiakini, dari jawapan dan stail penulisan yang digarap oleh
akhbar online itu, nyata penulis artikel itu berniat mahu mempolitikkan isu itu.
13.Saya lebih suka jika pandangan orang ramai dari kaum bukan bumiputera (bukan dari
kalangan tentera) di masukkan sekali jika kita mahu mengkaji isu kurangnya penyertaan dari
mereka ini.
14.Mungkin kenyataan Zahid ada benarnya kerana tinjauan rambang saya, maaf, ramai orang
bukan Melayu yang tidak kenal negara sendiri dan ini mungkin dikaitkan dengan sistem
pembelajaran mereka.
15.Saya amat menyokong jika projek sekolah wawasan yang mengabungkan sekolah Melayu,
India dan Cina dalam satu kawasan dijadikan kenyataan tetapi ia mendapat tentangan dari MCA
dan DAP sedangkan ia sangat baik untuk negara.
16.Bagaimanapun bukan semua rakyat dari kaum Cina dan India ini tidak patriotik, orang
Melayu juga bersepah yang tidak patriotik dan sanggup memburuk-burukkan negara sendiri
hanya disebabkan pegangan politik yang berbeza.
17. Anda kenal NameWee yang terang-terang menghina lagu Negaraku dan Kawanku/My
Friends yang terang-terangan menghina kaum Melayu.
BUKAN BUMIPUTERA TERLALU MANJA
18. Beberapa tahun yang lepas saya ada menyertai satu mesyuarat khas berkenaan penubuhan
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kementerian Pertahanan, bersama dalam
mesyuarat itu adalah wakil-wakil masyarakat bukan bumiputera terutama dari para editor akhbar
Inggeris ina.
19. Tidak banyak persoalan, rungutan dan komplen yang datang dari wakil Melayu tetapi
bermacam-macam isu yang dibangkitkan oleh wakil-wakil bukan bumiputera tetapi ini bukan
bermakna mereka mewakili majoriti masyarakat kaum bukan bumiputera. (pandangan mereka
mungkin bersifat peribadi)

20. Hati saya terasa panas juga kerana mereka ini terlalu banyak mempertikaikan tujuan program
tersebut, mereka sebenarnya rasa sangat bertuah kerana kerajaan sekurang-kurangnya telah
memanggil mereka untuk mengetahui pandangan dari masyarakat bukan bumiputera.
21. Dalam hati saya, sepatutnya tidak perlu dipanggil kami ini dalam mesyuarat tersebut kerana
apabila sesebuah pemerintah, memanggil rakyatnya berkhidmat untuk negara, sepatutnya tidak
perlu ada banyak soal atau perbincangan di antara rakyat dan kerajaan.
22.Saya berharap supaya satu hari nanti, PLKN akan ditukar menjadi Khidmat Negara dan
penyertaannya adalah wajib, sesiapa yang meninggalkannya, saya harap sangat jika mereka ini di
hukum dan dibicarakan dalam Mahkamah Tentera.
RAKYAT BUKAN BUMIPUTERA PATRIOTIK
KES PERTAMA
23. Beberapa tahun yang lepas iaitu pada sekitar 2004 dan 2005, saya diperkenalkan kepada
Kapten Lim oleh seorang kawan saya, Kolonel Kamal.
24.Sebelum itu, Kolonel Kamal menjadi tempat rujukan saya untuk mengetahui isu-isu yang
berkaitan dengan dunia ketenteraan dan Kolonel Kamal pernah menulis laporan penuh kepada
Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengenai penilaian
peribadinya terhadap pembelian PT-91.
25.Dari pengalaman beliau sebagai pegawai dalam Kor Amor, beliau menolak sekali pemakaian
PT-91 dalam tentera darat, dan mahukan ATM memilih kereta kebal K1 dari Hyundai sebagai
Main Battle Tank Malaysia.
26.Oklah kita lupakan cerita itu, isu yang pernah saya tanya ialah sejauh mana sikap patriotik
kaum Cina terhadap negara dan ketika itu, Kolonel Kamal hanya tersenyum dan berjanji akan
membawa saya bertemu dengan seorang kawan beliau.
27.Hari yang dijanjikan tiba, saya dan Kolonel Kamal pergi ke Pusat Bandar Damansara untuk
bertemu dengan Kapten (B) Lim yang ketika itu sudah memulakan kerja sebagai pegawai
prosedur sekuriti di syarikat minyak antarabangsa Caltex di Millineum Tower.
28.Kapten (B) Lim berusia lewat 40an dan bersara awal dari Kor Amor beberapa tahun sebelum
itu untuk menyertai Caltex dengan gaji lima angka sebulan.
29.Saya, Kolonel Kamal dan Kapten (B) Lim berbual mengenai banyak perkara pada petang itu
dan saya cuma tercengang-cengang mendengar mereka berbual mengenai operasi ketenteraan
yang pernah mereka sertai.
30.Cerita Kapten (B) Lim, semasa beliau mahu menyertai ATM, keluarga beliau yang merupakan
keluarga Cina dari golongan sederhana sangat menentang minat dan hasratnya itu.

31.Bagi keluarga kapten itu, tentera darat terutamanya adalah institusi yang dikuasai oleh kaum
Melayu dan seperkara lagi, adalah tidak ekonomik untuk menyertai tentera darat berbanding
pendapatan lumayan yang bakal diperolehi dari pihak swasta dan perniagaan.
32.Kapten Lim mempunyai minat yang mendalam, beliau terus berdegil dan akhirnya menyertai
tentera darat sebagai wakil tunggal dalam rangkaian keluarganya pada sekitar tahun 80an.
33.Saya membuat kesilapan besar pada petang itu kerana bertanya sama ada orang Cina tidak
patriotik terhadap negara ini, jawapan beliau yang diberikan dengan nada yang tinggi
membuatkan saya terkedu.
34.You tidak sepatutnya mempertikaikan semangat patriotik orang Cina. Saya dipulaukan
keluarga kerana mahu berkhidmat untuk negara. Saya juga sanggup menembak mati orang Cina
yang menyertai komunisdan you kata kita tidak patriotik, katanya.
35.Kapten Lim akhirnya meninggalkan tentera darat kerana tersinggung dengan satu insiden
yang mencabar kewibawaan beliau sebagai seorang pegawai tentera bukan Melayu.
36.Selepas bertahun memasuki tentera darat, akhirnya nasihat dan kutukan dari keluarga beliau
yang pernah diterima semasa mahu memasuki ATM dahulu menjadi kenyataan.
37.Pada satu hari beliau ditunjukkan satu memo, apa yang terkandung dalam memo itu, saya rasa
tidak wajar untuk saya nyatakan dalam blog ini kerana ia mungkin satu kes terpencil dan bukan
hasrat atau prinsip kepada ATM.
38.Seperti biasa, ATM adalah badan yang profesional tetapi segelintir dari pegawainya telah
terlibat dalam salah laku, rasuah termasuklah mengedarkan memo yang tidak sepatutnya dibaca
oleh Kapten (B) Lim sehingga melukakan hatinya.
39.Memo ini telah menyebabkan Kapten Lim berasa teramat kecewa sehingga beliau memilih
opsyen untuk bersara awal.
KES KEDUA
40.Saya mempunyai seorang kawan baik dari kaum Cina, namanya Lee dan beliau baru berusia
30an, orangnya kurus, memakai spek mata dan sangat meminati komando terutamanya PASKAL
dan tinggal di Wangsa Maju untuk menjaga ibunya yang sudah tua.
41.Beliau hanyalah seorang teknisyen di pejabat saya, setiap kali saya balik dari eksesais
tentera, beliau akan berjumpa dengan saya untuk mengetahui pengalaman saya dan melihat
gambar-gambar saya bersama pasukan tentera dengan penuh minat.
42.Lee sudah beberapa kali merayu kepada saya untuk mengikut saya menyertai eksesais tentera
tetapi jawapan yang saya boleh bagi, Insya Allah nanti aku bawak lah kau. (Sehingga Lee
berhenti, saya masih gagal untuk membawa beliau menyertai eksesais tentera atau pergi
menembak).

43.Lee mengakui sebenarnya beliau sangat patriotik dan amat menyintai negara ini, bagi saya
mudah, sesiapa yang meminati tentera, jiwanya pasti patriotik hahaha dalam pada itu saya selalu
mengutuk beliau, sudahlah kalau perang, orang Cina lari dulu (secara gurauan).
44.Satu hari, Lee menunjukkan saya satu surat, surat dari Majlis Keselamatan Negara (MKN)
yang menunjukkan permohonan Lee untuk menyertai MKN sudah berjaya.
45.Saya tidak ingat jawatan yang tertera tetapi kalau tidak silap saya, ia berbunyi macam perisik.
46.Menceritakan pengalaman Lee semasa ditemuduga dan menjalani latihan asas, beliau ruparupanya telah menjalani latihan ala tentera yang mendera mental dan fizikal selama dua minggu.
Patutlah saya tidak nampak Lee selama dua minggu dipejabat.
47.Kata Lee, dari 2,000 borang permohonan yang diedarkan, hanya 800 yang disenarai tetapi
tidak sampai 200 yang dipilih untuk menyertai MKN.
48.Selain diberi latihan menembak, beliau diberi elaun minum (minum arak untuk bukan Islamtujuan untuk korek maklumat) dan kata kunci untuk akaun Swiss Bank, syarat lain mestilah
bujang dan menguasai 3 bahasa iaitu Melayu, Inggeris atau satu lagi bahasa.
49.Saya terus terputus hubungan dengan Lee sebaik sahaja beliau berhenti dan menyertai MKN.
50.Dalam lapan tahun, saya cuma menjumpai beliau dua kali sahaja iaitu semasa beliau
memasuki kumpulan pro pembangkang yang diketuai Ten Chua dan sekali lagi, apabila beliau
menyamar sebagai teknisyen bunyi untuk satu majlis anjuran Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung.
51.Setiap kali kami terserempak, beliau akan meletakkan jarinya ke mulut sambil membunyikan
Shhhhhh (signal supaya saya tidak mendedahkan identitinya).

You might also like