You are on page 1of 6

Tuesday, March 22, 2016

Berita Sarawak

Sukan menyihatkan badan, erat perpaduan


masyarakat
December 6, 2012, Thursday
Share this:

TAHNIAH: Delin (dua kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang acara sukan tahunan
berkenaan sambil diperhatikan oleh Rickado (kanan).
SRI AMAN: Sukan bukan sahaja menyihatkan badan, malah mampu mengeratkan perpaduan dan
silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri (JPNIN) Sarawak Delin
Liet Blaun berkata, penglibatan ahli masyarakat dalam pelbagai jenis sukan amat penting dalam
memperkukuhkan perpaduan kaum.
Biasanya sukan akan terbuka kepada semua kaum, justeru aspek perpaduan dapat diperkukuhkan.
Menerusi aktiviti sukan kita juga boleh meningkatkan kesihatan diri masing-masing.
Ini penting kerana dengan penglibatan semua kaum dalam aktiviti sukan akan menjayakan gagasan
1Malaysia, ujarnya.
Beliau berkata demikian pada penutupan rasmi Sukan Tahunan Tabika Perpaduan Bahagian Sri
Aman anjuran JPNIN Bahagian Sri Aman di Kompleks Sukan Bahagian Sri Aman di sini baru-baru
ini.
Delin turut memuji usaha JPNIN Bahagian Sri Aman kerana menganjurkan sukan tahunan yang
disifatkannya sebagai platform terbaik untuk mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang sukan.
Kanak-kanak tabika bukan sahaja harus didedahkan dengan sesi pembelajaran dalam kelas malah
mereka juga harus digalak terlibat dalam acara-acara yang boleh menyihatkan tubuh badan, ujarnya
lagi.
Selain itu, katanya, integrasi nasional menerusi acara sukan dalam kalangan kanak-kanak juga dapat
disemai kerana mereka dapat bergaul antara satu sama lain.
Bukan setakat itu sahaja, ibu bapa yang terlibat juga dapat bertukar-tukar pendapat serta bertemu
dengan guru-guru anak mereka untuk mengetahui prestasi dan perkembangan pelajaran mereka,
jelasnya.
Oleh yang demikian, beliau menyeru agar acara sukan tahunan itu diteruskan dari tahun ke tahun
dalam usaha memupuk perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Hadir sama Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Rickado Dorlen.

Tuesday, March 22, 2016

Berita Sarawak

Selain menyihatkan badan, sukan turut erat


perpaduan, silaturahim
November 15, 2012, Thursday
Share this:

KENANGAN: Shairena (duduk tengah) bergambar bersama para pemenang larian selepas majlis
penyampaian hadiah program berkenaan baru-baru ini.
SRI AMAN: Sukan bukan sahaja menyihatkan badan, malah ia dilihat mampu mengeratkan
perpaduan dan silaturahim antara satu sama lain.

Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh berkata, penglibatan ahli masyarakat dalam pelbagai jenis
sukan amat penting dalam merapatkan lagi perpaduan kaum.
Penglibatan anggota masyarakat dalam sesuatu aktiviti sukan terbabit bukan hanya tertumpu kepada
sesuatu kaum sahaja tetapi ia terbuka kepada semua kaum dan menerusi aktiviti sukan yang kita
sertai mampu mempertingkatkan kesihatan diri masing- masing.
Ini penting sekali kerana dengan penglibatan semua kaum dalam sesebuah aktiviti sukan maka
hubungan silaturahim kita dapat terjalin dengan lebih erat lagi dan kita dapat mengetahui kelebihan
diri masing-masing menerusi sukan yang kita sertai, ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menutup rasmi Program Larian Pusat Aktiviti Kanak-kanak
(PAKK), Kampung Hilir, Bahagian Sri Aman di Padang Pembangunan Sosial dan Urbanisasi
(KPSU) Lama, Sri Aman dekat sini baru-baru ini.
Menurutnya, bola keranjang contohnya bukanlah sukan yang dikhaskan kepada masyarakat Cina
sahaja tetapi ia terbuka kepada semua kaum dan kini bukan lelaki sahaja berminat dengan bola
keranjang malah wanita sudah mula menunjukkan minat bermain bola keranjang.
Ramai yang berpendapat penglibatan semua anggota masyarakat dalam bidang sukan hanya untuk
suka-suka sahaja tetapi ramai atlet kita telah berjaya mengharumkan nama negara menerusi
kejohanan sukan di peringkat negeri mahupun antarabangsa.
Berdasarkan penglibatan lebih ramai anggota masyarakat dalam sukan, pihak kerajaan
mempertingkatkan lagi kemudahan infrastruktur sukan bagi kemudahan para atlet negeri
mempersiapkan diri mereka menyertai acara sukan yang lebih besar, jelasnya.
Menyentuh aktiviti Larian PAKK yang dianjurkan ini, beliau mengharapkan aktiviti seperti ini dapat
dijadikan acara tahunan selepas ini.
Aktiviti seperti ini cukup baik untuk masyarakat kita agar masyarakat kita sentiasa mengamalkan
cara hidup sihat selain menyertai aktiviti bersenam, ujarnya.
Hadir sama pada majlis penutupan program berkenaan, Pegawai Kebajikan Bahagian Sri Aman
Shairena Jeryin, Pemanca Mas Shamsiah Maslem dan Penghulu Abdul Samad Abdul Rahim.
Dalam pada itu, lebih 300 masyarakat setempat di sekitar Sri Aman menyertai larian berkenaan
dalam pelbagai kategori.

Our Sites
More
LEBIH DEKAT, LEBIH PADAT

Maans United Run 2015


Pupuk Semangat Patriotisme,
Cintakan Keamanan
UTAMA

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 5:31 PM

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) bergambar bersama para penaja
selepas merasmikan 'Malaysian United Run' di Kementerian Pertahanan, Selasa. Larian itu merupakan
anjuran Institut Onn Jaafar (IOJ) pada 1 November depan di Padang Merbok.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjuran Malaysians United Run 2015 bagi memupuk


semangat patriotisme dan cintakan keamanan di kalangan generasi muda, sekali
gus menepis perasaan benci, peperangan serta ego yang disemai dalam diri
rakyat negara ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, seramai
15,000 pelajar berusia 18 hingga 24 tahun dari 27 institusi pengajian tinggi (IPT)
tempatan akan terbabit dalam larian itu.
Katanya, program itu juga akan melakar nama dalam Malaysia Book of Records
sebagai larian sukarela membabitkan penyertaan terbesar pelajar IPT.
"Program ini bagi merapatkan hubungan sesama kaum di negara ini dalam
suasana harmoni," katanya pada sidang media program anjuran Instirut Onn
Jaafar (IOJ) di Wisma Pertahanan di sini, Selasa.
Larian sejauh empat kilometer itu akan diadakan sempena ulang tahun pertama
institut itu di Padang Merbok, Kuala Lumpur, 1 November ini bermula pukul 6.30
pagi.
Menurut Hishammuddin yang akan menyertai larian itu, aras maksimum bacaan
Indeks Pencemaran Udara bagi program itu akan ditetapkan bagi memastikan ia
tidak menjejaskan kesihatan peserta
Tags / Kata Kunci:Malaysians United Run , Padang Merbok

You might also like