You are on page 1of 3

Diskusi Bedah Buku

SCHOOL OF ISLAMIC THOUGHT

Agenda to Change Our Condition karya Hamza Yusuf & Zaid Shakir
Sebuah refleksi oleh: Amin Adnan
Abstract
What is our current state? This question either will be make you to think deeply
or justlet this question behind and just follow the flow of this life cycle. No one
will argue if someone said that Muslim nowadays are powerless, morally
bankrupt, less productive and oppressed. Actually, our Prophet always seek
refuge from these state in his noble prayer in every morning.Now, we face
another massive question: how did we reach this state? Before responding to this
question, we should ask a more important one: How do we get out of this state?
We find a powerful ayah in the Quran that give a very clear answers regarding these
questions. Two questions have been cater by one verse from twofold meaning. First,
it means that Allah does not remove blessings that He has bestowed upon a people
until they transgress from obedience to disobedience. This is the answer for the first
question. The second meaning of this verse is that Allah does not change a peoples
outward state of abasement, humiliation, and abjection until they change what is in
themselves. The second question also was settle.
Our condition become worst, after Muslims tend to imitate all of aspects of
life from wake up in the morning until go to bed. We can see clearly, in our
appearance today slowly, the dress of Muslims changed; the scarves fell from the
heads of our women and the beards from the faces of our men. Robes and modest
dress were replaced first by ridiculous brimmed hats, starched suits and ties, and
finally by jeans and T-shirts, causing Muslims to appear not as caliph of Allah but as
wage-slaves of Western-styled factories that sprouted up all over the world. Muslims
also now consume techno-food, fast food and pathogenic food replace with pure and
natural food. It totally destroy the barakah in the food. Houses once filled with
remembrance of Allah, love of His Prophet, and the love of Prophets family and
sahabahs, are now filled with empty films and the sound of television programming
antithetical to the values and morals that buttressed the Islamic civilizational
enterprise. Schools, where the love of Allah and His Prophet was instilled in the
hearts of the students was slit by secular institution. So, we cannot reach themarifat
to Allah through knowledge yet.
In a nut shell, lets turn back to our truly living Islam and automatically our
greatness would dispel any influence from the West in the traditional lands of Islam.
So, we need the inner and outer transformation. The inner transformation through
spiritual struggle with the soul and then the outer transformation through struggle
with the vices and degrading aspects of society. For the society, we start from our
family because it is most important unit of society.
Ulasan Buku
Keadaan yang amat tenat yang sedang dihadapi oleh Muslim di serantau dunia sudah tidak boleh
dinafikan lagi kesahihannya. Kondisi kita ini bagaikan ditelan mati emak diluah mati bapak dan
itulah hakikat pahit yang terpaksa kita telan. Bermula dari meja makan sehinggalah ke meja
pengadilan, kita sepertinya sudah kehilangan identiti diri. Selain itu, kita dikecam dengan pelbagai
penindasan dan kezaliman seperti sistem pinjaman kewangan yang represif, yang sama sekali tidak
memberikan jalan penyelesaian, bahkan pada masa yang sama membebankan. Belum sentuh lagi
berkenaan dengan sahsiah, akhlak dan adab yang seakan sudah tidak wujud lagi dalam kamus hidup
seorang Muslim.

Diskusi Bedah Buku

SCHOOL OF ISLAMIC THOUGHT

Dalam kebingungan mencari ikhtiar memikirkan solusi yang sejahtera buat umat kita ini, penulis
berbetulan bertemu dengan sebuah buku menarik yang berjudul Agenda to Change Our Condition,
yang dikarang oleh Shaykh Hamza Yusuf dan Imam Zaid Shakir. Buku ini dilihat hadir sebagai
pemecah kebuntuan dan panduan mengenai langkah-langkah bagaimana untuk keluar dari situasi yang
berkecamuk dan berantakan ini.
Dalam banyak hal, kita sering dituntut untuk sentiasa kembali kepada tujuan asal. Kerana dengan
mencari tujuan sebenar hidup, barulah kita akan sedar di mana kondisi yang sepatutnya kita berada.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh penulis buku ini, tujuan utama seorang Muslim adalah untuk
mencapai Taqwa kepada Allah Taala. Ini adalah berdasarkan kepada panduan daripada Surah alBaqarah ayat 21. Jelas menunjukkan bahawa tujuan Allah menciptakan sekalian makhluk adalah
untuk memberikan sepenuh pengabdian dan mencapai erti sebenar Taqwa.
Taqwa menurut Sidi Abd al-Wahid bin Ashir ialah mencegah diri daripada melakukan pelanggaran
terhadap laranganNya serta melakukan perkara yang diperintahkan dari sudut zahir dan batin.
Kelebihan sifat taqwa yang begitu banyak telah dijelaskan dalam al-Quran. Sila rujuk 31:17, 4:9,
7:96, 65:2, 27:53, 16:128, 24:52, 38:49, 19:63. Demikianlah banyaknya ayat yang mengisyaratkan
mengenai kepentingan dan keutamaan Taqwa. Kelebihan-kelebihan ini menjadikan orang yang
beriman pemangkin dalam mencapai taqwa kepada Allah.
Mengakui bahawa hati adalah raja bagi manusia tetapi mengabaikan tentang penjagaannya melebihi
tahap hamba adalah satu perkara yang aneh yang berlaku dalam kalangan muslimin pada hari ini.
Pada masa kini, di samping kebejatan intelektual, kita juga sudah hilang hati yang suci murni.
Kerosakan yang berlaku pada hati inilah yang menyebabkan keruntuhan akhlak, kemunduran,
korupsi, dan kezaliman. Hatilah tempat terpancarnya kekuatan tawhid dan keikhlasan.
Buku ini mempersembahkan cara-cara pembaik pulihan hati dengan metodologi yang disusun oleh
Qadi Abu Bakar. Para ulama sufi menyusun dan berijtihad tentang jalan- jalan penyucian jiwa dan
bermujahadah dalam cara mendidik nafsu. Sebelum berjalan di atas jalan penyucian, terlebih penting
untuk kita mencapai keikhlasan. Hal ini jelas, kerana Allah berfirman di dalam al-Quran,
dan mereka diperintahkan untuk hanya menyembah Allah dengan ikhlas... (98:5).
Cara yang paling efektif dalam mencapai keikhlasan adalah dengan menjaga dan sentiasa bercakap
benar. Firman Allah dalam al-Quran,
Wahai orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang
benar. Nescaya Dia memperbaiki untuk kamu segala amalan kamu dan dia mengampunkan bagi
kamu dosa-dosa kamu (33:70-71).
Menyedari hakikat kepentingan menjaga lidah dan percakapan, Islam telah memberikan isyarat yang
jelas mengenai bahaya penyalahgunaan organ tidak bertulang ini. Menurut hemat penulis, terdapat
empat faktor utama yang dapat menjejaskan dan merosakkan lidah:
1. Berbohong
2. Mengumpat
3. Berdebat perkara yang tidak perlu.
Selepas kita membersihkan hati, kita susuli dengan langkah seterusnya iaitu menggalas
tanggungjawab kita dengan ikhlas. Tanggungjawab yang dimaksudkan ialah:
1. Lima perkara asasi/rukun islam
2. Jauhkan diri dari dosa-dosa besar

Diskusi Bedah Buku

SCHOOL OF ISLAMIC THOUGHT

Berbalik kepada topik asal kita, bagaimanakah caranya untuk mencapai al-Taqwa, maka di sini
disenaraikan beberapa agenda yang praktikal yang perlu dijalani. Tempoh berjalanan riadah
mujahadah ini mengambil masa selama 40 hari, mengambil panduan dalam al-Quran tentang
perjanjian Allah untuk bertemu dengan Nabi Musa AS selepas 40 hari. Dan Nabi Musa melakukan
bersiapan dalam masa 40 hari untuk pertemuan dengan Allah. Latihan-latihan mencapai darjah taqwa:

Pelihara solat
Jaga lidah
Jaga mata
Jaga telinga
Jaga perut
Jaga kemaluan
Jaga tangan
Jaga kaki

Agenda ini tidaklah terhenti atau tertumpu kepada pembersihan dalaman insan semata-mata akan
tetapi terjelma daripada sudut luaran dan tadbir urus kehidupan duniawi. Jelaslah bahawa, Islam
bukanlah agama yang pasif dan mementingkan diri sendiri malah ia amat bertentangan dengan slogan
itu. Pembersihan dalaman tanpa mengabaikan perkara pokok agama yang bersifat luaran seperti
pembelajaran tawhid, pengetahuan fundamental solat, zakat, puasadan haji dan juga fardhu ain yang
lain, apabila mereka telah terlibat secara langsung dengannya adalah gagasan Islam.
Anutan kita terhadap Islam juga bukanlah untuk dinikmati oleh komuniti Muslim sahaja, akan tetapi
dakwah kepada bukan Muslim perlu diperhebatkan. Aktiviti kemasyarakatan, gotong-royong,
pendidikan kepada yang tidak mampu, memberi makan dan yang sama waktu dengannya mestilah
diberikan perhatian. Kita sepatutnya mempersembahkan ajaran Islam yang menyeluruh dan bukan
mengamalkan sebahagian-sebahagian sahaja.
Selain perubahan diri, kita juga menuntut perubahan dunia. Dalam melakukan perubahan, mestilah
berfokus kepada apa yang diinginkan. Kita tidak perlu mengambil tanggungjawab untuk melakukan
semua perubahan. Sebagai contohnya, kita seorang yang mengambil berat tentang pendidikan, maka
tidak perlu pada masa yang sama mengambil tugas sebagai penggubal ekonomi, pembaikan sistem
pembankan, penggiatan tanaman asasi, pembangunan sosial dan sebagainya. Yang diperlukan adalah
kerjasama sesama organisasi serta menjauhkan diri daripada perbalahan sektarianisme.
Setiap Muslim juga perlu fokus kepada pembentukan individu yang unggul, dan ini boleh dicapai
menerusi mekanisme-mekanisme seperti:
Mempunyai sahsiah yang baik
Hubungan yang baik
Memperkasakan institusi kekeluargaan
Komitmen dalam bersedekah
Intim dengan al-Quran
Sentiasa mengingati Allah dan berdoa
Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran
Menjaga kesihatan fizikal tubuh badan
Menguruskan masa dengan baik
Sentiasa dalam ketaqwaan kepada Allah
Persoalan: Bagaimanakah kita mampu berpartisipasi dalam memberi impak yang baik kepada UIA?
Inilah agenda yang diikhtiar untuk mengubah situasi yang membarah dalam masyarakat pada hari ini.
Semoga Allah memberikan kemudahan untuk kita dalam melakukan perubahan.
Semoga rahmat Allah bersama kita.
Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi mulia.

You might also like