You are on page 1of 11

PENYELIDIKAN PERAHU DAN KAPAL LAYAR DI SELANGOR : KAJIAN

JUMPAAN PERAHU SEBATANG DI PANTAI KELANANG, JUGRA, KUALA


LANGAT.

1. Pengenalan Perahu Sebatang.


Perahu jalur atau dikenali sebangai perahu sebatang dipercayai antara
kenderaan di air yang terawal dibina oleh manusia untuk tujuan pengangkutan.
Apabila pengetahuan mengenai penggunaan alatan batu atau benda tajam
telah berkembang di dalam masyarakat dahulu kala, mereka mula membuat
kenderaan pengangkutan di air dengan menggunakan sebatang kayu yang
dikeruk atau ditebuk. Perahu seperti ini diperbuat daripada sebatang kayu
keras yang dibelah dua dan dipotong mengikut bentuk sebuah perahu.
Permukaan pada bahagian tengahnya ditebuk hingga menghasilkan suatu
ruang yang luas dari bahagian haluan hingga ke bahagian butiran. Ruang yang
dihasilkan boleh memuatkan sehingga empat atau lima orang. Ia digunakan
peleh penduduk kampung pesisir sungai sebagai alat pengangkutan untuk
membawa penumpang dan membawa barang keperluan harian.
2. Jumpaaan Perahu Sebatang di Pantai Kelanang, Jugra, Kuala Langat.
Perahu atau sampan yang dijumpai di kawasan Pantai Kelanang, Jugra, Kuala
Langat di percayai merupakan sebuah perahu sebatang. Ia dijumpai pada 14
Ogos 2207 oleh seorang penduduk kampung dikawasan pesisir pantai yang
tempatnya merupakan kawasan longgokkan kayu-kayu lama dan hanyut. Hasil
daripada jumpaan tersebut dan keprihatinan penduduk kampung untuk
memelihara khazanah lama ini, mereka telah melaporkannya kepada pihak
Lembaga Muzium Selangor. Pada 18 Ogos 2007 jumpaan perahu tersebut
telah dibawa ke Muzium Insitu Jugra.
Berdasarkan maklumat dan respon daripada penduduk dan nelayan tempatan
mereka mempercayai perahu tersebut bukanlah berasal dari daerah atau
sekitar Kuala Langat. Berkemungkinan ia dari penduduk asli Mahmeri atau
perahu yang hanyut daripada negeri seperti Sabah, Sarawak.
Berkemungkinan perahu ini juga dipercayai daripada kepulauan- kepulauan
Indonesia yang berdekatan dengan perairan Selat Melaka.
Mereka
mempercayai perahu sebatang ini mungkin berusia dalam lingkungan 50 tahun
berdasarkan keadaannya yang lama rosak.
3. Tujuan Kajian Perahu Sebatang Jumpaan di Pantai Kelanang, Jugra, Kuala
Langat.
3.1

Mendapatkan maklumat-maklumat atau data-data mengenai


penggunaan pengangkutan sampan dan perahu khususnya perahu
sebatang di Selangor yang suatu ketika dahulu begitu terkenal di negerinegeri Semenanjung Malaysia.

3.2

Menjejaki asal usul jumpaan perahu sebatang


tersebut, cara
penggunaan dan pembuatannya serta aktiviti komuniti di kawasan
tersebut.

3.3

Menjalankan kajian perbandingan dan persamaan dengan perahuperahu sebatang dari negeri- negeri Semenanjung Malaysia seperti
Johor, Pahang, Perak dan Terengganu.

3.4

Membuat dokumentasi agar bahan bersejarah ini tidak terus dilupakan


dan sebagai pengetahuan untuk generasi akan datang.

4. Methodologi kajian
4.1

Melalui kajian perpustakaan dan arkib, maklumat-maklumat ini juga akan


diperolehi dengan merujuk kepada bahab-bahan bacaan seperti bukubuku, jurnal dan lain-lain penulisan yang telah dihasilkan oleh pengkajipengkaji dahulu. Maklumat-maklumat secara bertulis atau lisan seperti
latar belakang dan sejarah kawasan kajian akan turut di ambil kira.

5. Perlaksanaan Kajian.
5.1

Perlaksanaan kajian ini akan dijalankan pada Ogos Disember 2008


dan dijangka akan dilaksanakan berterusan pada masa akan datang.

6. Implikasi Kewangan, senarai staff dan jadual perlaksanaan kajian.


6.1

Jumlah kewangan yang diperlukan bagi perlaksanaan kajian ini adalah


berjumlah RM 2300.00 .Kos ini adalah bagi tujuan elaun makan, elaun
logging, elaun harian dan elaun milage bagi perjalanan kereta
persendirian dan kenderaan Jabatan.

6.2
Anggaran kewangan yang di perlukan seperti yang terdapat di
Lampiran
A.
6.3

Senarai staf-staf yang terlibat dan jadual kerja seperti yang terdapat di
Lampiran B dan C.

7. Penutup
Kajian perahu dan sampan ini perlu dijalankan kerana khazanah lama ini telah
pupus ditelan oleh arus kemodenan dan kemajuan yang semakin rancak
khususnya di Selangor. Dokumentasi yang di jalankan dapat memelihara
khazanah lama ini dari terus hilang dari memori masyarakat kita.

Keadaan rupa bentuk jumpaan Perahu Sebatang di Pantai Kelanang, Jugra,


Kuala Langat.
Keadaan rupa bentuk perahu sebatang ini mempunyai ciri-ciri yang telah
diubahsuai. Terdapat tetulang atau rangka lapik papan lantai di letakkan
berlainan sekali dengan rupa asal perahu sebatang. Ciri-ciri ubahsuai yang
ketara juga adalah terdapat penambahan papan bagi meninggikan badan
perahu. Malah penggunaan paku juga telah ada dalam unsur-unsur ubahsuai
tersebut.
Perahu yang dijumpai berkeadaan rosak teruk tapi masih menyerupai perahu
sebatang. Terdapat elemen atau unsur-unsur yang tidak dikenali pada
bahagian badan luar perahu yang berwarna kemerahan. Ia juga mempunyai
sisa-sisa cat dan penggunaan gegala (campuran damar dengan bahan-bahan
lain yang digunakan untuk merekatkan kayu dll). Di jumpai sekali dengan
perahu tersebut adalah beberapa keping serpihan kayu yag dipercayai dari
serpihan perahu yang lain.
Panjang perahu yang dijumpai adalah 571 cm dan lebar 66 cm. Ukuran
belakang pula berkelebaran 63 cm. Manakala ketebalan belakang adalah 8 cm.
(sila rujuk foto yang dilampirkan). Analisis kayu dan unsur-unsur yg tidak
dikenalpasti telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
dan Agensi Nucklear Malaysia (MINT).

Kajian kerosakkan pada perahu sebatang

Unsur atau benda asing yang terdapat pada perahu sebatang.

Lapisan selaput cat atau fiber glass dan gegala

Kesan penggunaan paku dan bekas tapak bekas tulang rangka lantai.

Lakaran bentuk perahu sebatang dan ukurannya.

Lakaran pandangan belakang

Lakaran pandangan hadapan

Serpihan kayu perahu sebatang yang kedua

Laporan jenis kayu perahu sebatang.


Sebanyak dua sampel kayu telah dihantar kepada Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Agensi Nuclear Negara (MINT). Dua sa,pel
tersebut adalah dari perahu pertama yang masih elok berupa perahu dan yang
kedua adalah sampel kayu dari serpihan yang dipercayai perahu kedua.
Kedua-dua sampel tersebut telah dikenalpasti oleh Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (FRIM) berasal dari kayu jenis dark red meranti.
5.1 Jenis kayu Meranti Merah Tua (Dark red meranti).
Meranti merah tua (dark red meranti) mempunyai keistimewaan yang
tersendiri. Kayu Meranti merah tua (dark red meranti) adalah dari kategori
kayu keras dan berat di mana purata kering udaranya adalah sekitar 700 kg/m3
dengan 15% kandungan lembapan. Kayu Meranti merah tua (dark red meranti)
dikelaskan dalam kumpulan C iaitu kayu keras ringan, di mana ketumpatannya
adalah 705 kg/m3 [11].
4.2 Sifat-sifat kayu meranti merah tua (dark red meranti)
Kayu meranti tergolong dalam sepsis Shorea dan Parashorea yang di
kelaskan melalui nama dagangan. Spesis ini dinamakan meranti di Malaysia
tetapi di kenali sebagai Gerutu apabila ia di eksport. Kayu meranti mudah
dikenali. Kayu meranti ini boleh dikelaskan kepada dua iaitu meranti merah
muda dan meranti merah tua. Bagi meranti merah tua (dark red meranti)
berkualiti baik, berat purata 710 kg/m 3 dan kandungan lembapan 15%
manakala meranti merah muda mempunyai berat purata 545 kg/m 3 dan
kandungan lembapan sebanyak 15%.
4.3 Ciri tumpuan
Salur sederhana besar, tilosis biasanya banyak, parenkima aliform-konfluen ke
konfluen, saluran damar tegak normal banyak, lebih kurang berterusan dalam
siri tangen, saluran individu lebih besar daripada kebanyakkan sepsis Shorea
dan kadangkala lebih kurang sama dengan salur, jelas sebagai garis putihkuning pada semua permukaan.

Jadual 1.1 : Kumpulan kekuatan kayu dan ketumpatan kayu

Kumpulan A

Kumpulan B

Kumpulan C

Kumpulan D

Nama

Ketumpatan(kg/m3)

Merbau

800

Chengal

945

Tualang

835

Kempas

880

Balau

975

Bakau

1040

Resak

945

Kapur

755

Merpauh

755

Keruing

880

Meranti kuning

655

Gerutu

690

Meranti merah

705

Machang

560

Jelutong

465

Terentang

435

Pulai

465

Rujukan
http://www.efka.utm.my/thesis/images/3PSM/2004/1JSB/Part2/BAIZURACA010005DO4TT2.doc

You might also like