You are on page 1of 2

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan

virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara
penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit
virus denggi kepada orang yang sihat.
Setakat ini, masih tiada sebarang rawatan yang khusus untuk demam denggi.
Walau bagaimanapun, kebanyakan pesakit denggi akan sembuh dengan sendiri.
Tetapi bagi pesakit yang mendapat denggi jenis yang kronik, pesakit perlu
ditinggalkan beberapa hari di hospital untuk mendapatkan rawatan rapi. Setiap
tahun, terdapat berjuta-juta kes jangkitan denggi berlaku di seluruh dunia.
Kebanyakan kes denggi berlaku di kawasan perbandaran di negara-negara
sekitar tropikal dan sub-tropikal.
Kerajaan Pulau Pinang pula menyifatkan penyakit demam denggi di negeri itu
sebagai mencapai tahap 'krisis' apabila ia mencatatkan sembilan kematian
dalam tahun ini, peningkatan sebanyak 350 peratus berbanding tahun lalu.
Ketua Menteri Lim Guan Eng mengakui kes demam denggi di Pulau Pinang
berada di tahap sangat membimbangkan apabila negeri itu mencatatkan
sembilan kes kematian di antara awal Januari sehingga minggu lalu. Menurut
Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan, bilangan kes
denggi terkumpul di Malaysia dari 3 Jan hingga 7 Feb 2016 telah mencatatkan
sebanyak 17,493 kes.

Punca Demam Denggi

Demam denggi berdarah disebabkan oleh salah satu daripada empat jenis virus
denggi yang disebarkan oleh nyamuk jenis Aede aegypti. Nyamuk jenis ini
biasanya bertumbuh di sekitar kawasan yang berdekatan dengan kawasan
tinggal manusia, ini adalah kerana nyamuk aedes lebih cenderung untuk
membiak di dalam takungan air tenang yang bersih.

Nyamuk aedes boleh berpindah-pindah virus denggi di antara manusia. Apabila


seekor nyamuk menghisap darah orang yang telah dijangkiti denggi, virus
denggi akan memasuki aliran darah nyamuk dan kemudiannya merebak ke air
liur nyamuk. Apabila nyamuk yang sudah dijangkiti ini menggigit orang lain,
virus denggi akan masuk ke dalam aliran darah mangsa baru dan mula merebak
dengan pantas dan menyebabkan demam denggi.

Seseorang itu boleh dijangkiti of virus denggi lebih daripada satu kali, demam
denggi kali kedua biasanya berlaku apabila seseorang bekas demam denggi itu
dijangkit oleh virus denggi yang berlainan daripada pertama kali. Ini adalah
kerana imunasi yang dibina pada jangkitan kali pertama itu tiada sebarang kesan

ke atas virus denggi baru. Jangkitan denggi kali kedua biasanya lebih serius dan
memudaratkan berbanding dengan jangkitan pertama.
Antara faktor yang utama ialah pengabaian terhadap kebersihan dan displin diri.
Nyamuk aedes terutamanya amat menggemari kawasan yang bersemak-samun
dan sering berlegar-legar di sekitar kawasan semak atau padang rumput antara
waktu petang hingga senja. Sememangnya, waktu-waktu begini yang sering
digunakan oleh komuniti remaja untuk melakukan aktiviti riadah di luar rumah.
Jadi, tidak menjadi masalah bagi pembunuh bersaiz kecil untuk mendapatkan
mangsa. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan
remaja.
Faktor kedua ialah pengabaian terhadap kebersihan kawasan persekitaran.
Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, nyamuk aedes memerlukan
kawasan yang mempunyai air yang tidak mengalir untuk membiakkan telurtelurnya. Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat, terbukti
dengan jelas bahawa rata-rata penduduk di Malaysia menternak nyamuk aedes
tanpa disedari oleh mereka. Antara tempat-tempat pembiakan serangga
pembunuh ini ialah di dalam pasu-pasu terbiar, celahan tayar, longkanglongkang yang tersumbat, tangki air dan sebagainya. Seperkara lagi, selain
kehadiran air yang bertakung, proses pembiakan nyamuk aedes juga tidak
terencat di tempat-tempat teduh yang terhalang daripada sinaran matahari.

You might also like