You are on page 1of 2

TAJUK

: Pembentukan negara bangsa di Malaysia adalah satu usaha yang tidak berjaya.
Bahas dan bincangkan.

Menurut Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003: 35-36) pula berpendapat bahawa
negara bangsa merupakan gabungan tiga komponen utama, iaitu negara, individu dan bangsa,
selain daripada tiga syarat utama. Pertama kehidupan masyarakat dalam negara tersebut bersatu
padu tanpa berlaku sebarang pemisahan atau diskriminasi. Masyarakat tidak dibezakan atas dasar
perkauman atau sebab perbezaan kepercayaan, bahasa, kebudayaan, jenis pekerjaan, penempatan
atau apa jua sebab yang boleh membawa kepada perpecahan dan huru hara. Kedua penduduk dan
rakyat negara itu juga mestilah berkongsi pegangan kepada suatu ideologi yang sama dan ketiga,
penduduk juga haruslah mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang sepenuhnya terhadap
sistem pemerintahan dan undang-undang negara. Selain itu, terdapat lima faktor yang menjadi
pemangkin kepada pembinaan sebuah negara bangsa, iaitu integrasi, nasionaliti, nasionlisme,
patriotisme dan demokrasi.
Pembentukan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan boleh
dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran serta penduduknya.
Merujuk kepada Malaysia, proses awal pembentukan negara bangsa lebih tertumpu pada
keperluan politik. Sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, kerajaan memberi
keutamaan kepada proses membina Malaysia sebagai sebuah negara moden yang berdaya saing
dari segi ekonomi dan politik. Selain itu, Pembentukan negara bangsa merupakan suatu asas
yang disandarkan bagi menggapai kelangsungan taraf negara maju. Melalui konsep ini, sesebuah
negara akan menjadi lebih kuat dengan corak mentaliti dan kesepaduan yang ada dalam diri
masyarakat tersebut. Matlamat utama pembinaan negara bangsa adalah mencapai status negara
maju pada tahun 2020. Bagi mencapai matlamat ini, masyarakat harus sedar bahawa perpaduan
adalah teras utama yang menunjangi konsep ini.
Pembentukan negara bangsa di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Proses ke arah itu,
dikatakan telah bermula sejak era penjajahan British. Perubahan dasar British selepas Perang
Dunia Kedua dilihat sebagai titik tolak apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946.
Di mana salah satu objektif Malayan Union ialah mewujudkan satu bangsang kewarganegaraan
berlandaskan prinsip jus soli iaitu kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran diperkenalkan. Ini
membolehkan semua warga asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura serta mereka
yang berusia 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di sana untuk tempoh 10 daripada 15
sebelum 15 Februari 1942 mendapat kerakyatan mereka secara automatik. Penentangan yang
berterusan daripada orang Melayu serta sokongan yang berbelah bagi daripada golongan imigran
memaksa British untuk menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Dalam kompromi Inggeris Melayu, British bersetuju dengan pembentukan sebuah kerajaan
pusat yang kuat dan dipertanggungjawabkan ke atas semua perkara yang penting termasuklah
soal pembangunan, kebajikan , kerakyatan dan sebagainya,
Unsur-unsur penting dalam pembentukan bangsa Malaysia merupakan ciri-ciri
kebumiputeraan, peranan bahasa Melayu dan unsur budaya. Tambahnya, unsur budaya perlulah
mempunyai satu titik rujukan yang menjadi ciri penentu keperibadiannya, yang membezakannya
daripada bangsa-bangsa lain dan dengan itu menjadi daya penyatu didalam negara-bangsa
Malaysia. Di samping itu, terdapat juga faktor lain dalam pembentukan negara bangsa. Iaitu
faktor politik, faktor sosial dan faktor ekonomi. Jika kita lihat pada masa kini, terdapat dua parti

dalam negara Malaysia ini. Iaitu Barisan Nasional dan Parti Perikatan. Kedua dua parti ini
tidak mempunyai perpaduan sehingga ia membebankan masyarakat. Selain itu, memberi kesan
negatif dari segi faktor politik. Oleh itu, penggabungan parti politik melalui Parti Perikatan dan
Barisan Nasional sebagai faktor politik mampu memberi kesan positif yang besar kepada agenda
pembentukan negara bangsa. Penggabungan parti politik ini yang akan meliputi wakil-wakil
hampir keseluruhan etnik dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak membuktikan
pemimpin semua kaum yang ada di dalam Malaysia mempunyai hasrat untuk mewujudkan
keadaan harmoni dan jauh dari perasaan syak wasangka dengan harapan akan lahirlah negarabangsa Malaysia. Melalui penggabungan ini, segala isu dan masalah yang berkaitan dengan etnik
masing-masing dapat diselesaikan melalui perundingan. Prinsip rundingan dan tolak ansur ini
akan memberikan kestabilan politik serta pembangunan ekonomi yang pesat.
Tambahan pula, walaupun negara Malaysia telah mendapat kemerdekaan terdapat juga
kawasan kawasan yang kurang maju dalam pembangunan. Oleh itu, bagi memastikan
pemisahan wilayah antara kawasan yang maju dan kurang maju kerajaan harus membuat pelan
yang strategi pembangunan kawasan tersebut dengan memberi peluang yang lebih ketara kepada
pembangunan ekonomi dan sosial di wilayah-wilayah yang kurang maju. Kawasan yang maju
akan terus maju tetapi kawasan yang tidak maju akan terus mundur dalam semua aspek. Oleh itu,
program-program perlu dilaksanakan untuk pembangunan di kawasan kurang maju ini. Selain
itu, penerusan program pembasmian kemiskinan dikawasan yang kurang maju dan mundur ini
perlu dipergiatkan dengan lebih banyak terutamanya dalam meningkatkan kemudahan
infrasruktur dan kemudahan asas supaya perlaksanaan pelbagai rancangan pembangunan lain
dapat dilaksanakan. Ini bermakna pembangunan kawasan kurang maju haruslah diberi
penekanan sepenuhnya.
Kesimpulanya, pembinaaan sebuah negara bangsa yang sempurna bukanlah tugas mudah
apatah lagi bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan kepelbagaian kaum serta etnik dari latar
sejarah, bahasa dan budaya yang berbeza serta diperkukuhkan pula oleh sentimen warisan
berbeza menyumbang kepada munculnya persoalan dan masalah yang kompleks. Di samping itu,
proses pembinaan negara bangsa Malaysia dikatakan sememangnya bukan satu usaha yang
mudah, ini kerana Malaysia tidak diasaskan dengan satu identiti bangsa yang merdeka seperti
negara Portugal, Jepun, Iceland dan lain-lain. Malaysia dibentuk di atas permuafakatan dan
persefahaman masyarakat yang berbilang bangsa dan bahasa sejak kemerdekaan lagi. Semangat
permuafakatan ini yang telah membawa keamanan kepada Malaysia untuk sekian lamanya sejak
Malaysia mencapai kemerdekaan. Proses pembentukan ini memerlukan semua pihak untuk
bekerjasama dan berusaha dengan dedikasi untuk memastikan kesepaduan sosial yang telah kita
miliki dikekalkan untuk disambung oleh generasi akan datang.
RUJUKAN
http://www.panduanmalaysia.com/2015/04/pembinaan-negara-dan-bangsa-ke-arahkemunculan-negara.html
http://www.academia.edu/624428/Konsep_1Malaysia_dan_Cabaran_Pelaksanaannya_ke_Arah
_Pemantapan_Perpaduan_sebuah_Negara-Bangsa
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24071/Article_6.PDF
http://www.scribd.com/doc/9646199/Pembentukan-Negara-Dan-Bangsa-Malaysia#scribd

You might also like