You are on page 1of 1

25 Aktiviti Pergerakan Asas

Kemahiran BERJALAN

Permainan Kebun

Buah-Buahan

Organisasi:
Murid-murid terbahagi kepada empat kumpulan.
Setiap kumpulan berdiri di sudut gelanggang
masing-masing.
40 biji bola getah diletakkan di dalam gelung di
tengah gelanggang.
Arahan tugasan :
Laksanakan contoh permainan yang
dicadangkan.
Variasi permainan:
Anda dikehendaki mengubahsuai
permainan tersebut.
Tanya soalan kepada murid anda:
Bagaimanakah anda mengelak
daripada berlakunya
perlanggaran?
Apakah tindakan anda dan rakanrakan supaya dapat mengumpul
bola yang banyak?
Apakah kemahiran yang anda
guna untuk menghantar bola
kepada rakan-rakan?.

Hasilkan klip video


aktiviti yang anda
laksanakan dengan
murid-murid anda.

Cara bermain:
Murid pertama dari setiap kumpulan berjalan
laju ke arah gelung.
Sebiji bola dipungut dan dilambung kepada
rakan-rakan lain dalam kumpulan masing-masing.
Rakan yang berjaya menyambut bola akan
berjalan laju mengeliligi gelanggang.
Apabila sampai di tempat permulaan, bola
diletakkan pada sudut yang disediakan.
Sentuh tapak tangan rakan untuk meneruskan
permainan.
Murid yang disentuh meneruskan permainan
sehinggalah semua murid berjaya membawa
balik bola ke sudut masing-masing.
Masa diberikan ialah 60 saat dan skor dikira
berdasarkan bilangan bola yang berjaya
dipungut.

You might also like