You are on page 1of 1

Tugasan 1 (30%)

Membuat ulasan artikel (individu) sama ada berkenaan RMT, Program Susu, Program Kesihatan Mulut, Penyakit yang kerap ditemui disekolah rendah
dan Program ADHOC/PROSTAR Pendidikan kesihatan yang mengandungi aspek:
i. Mencari dan mengulas artikel.
ii. Menyatakan kesan program tersebut kepada masyarakat sekolah.
iii. Bagaimana program tersebut dapat meningkatkan kualiti kesihatan warga sekolah.
iv. Ulasan perlu dibuat dalam bentuk power point dan akan dibentangkan.
Tugasan 2 (20%)
Membuat pembentangan individu dalam bentuk power point berkenaan tajuk (satu sahaja) RMT, Program Susu, Program Kesihatan Mulut, Penyakit
yang kerap ditemui disekolah rendah dan Program ADHOC/PROSTAR Pendidikan kesihatan di sekolah rendah.
Tugasan 3 (50%)
Membuat tinjauan (Kumpulan berdua) semasa menjalani praktikum berkenaan satu daripada tajuk-tajuk berikut iaitu RMT, Program Susu, Program
Kesihatan Mulut, Penyakit yang kerap ditemui disekolah rendah dan Program ADHOC/PROSTAR dan membuat laporan bertulis (500 patah perkataan)
yang merangkumi aspek beriikut:
i. Menyatakan nama program yang dipilih.
ii. Menyatakan tempat, masa, dan implikasi program terhadap warga sekolah.
iii. AJK sekolah yang terlibat semasa program.
iv. Objektif program
v. Implikasi program kepada warga sekolah.
vi. Gambar-gambar semasa program.
vii. Dibentangkan dalam bentuk power point.
Prosedur:
i. Pembentangan perlu dibuat dalam bentuk power point, dicetak dalam bentuk enam slide satu muka surat untuk dimasukkan di dalam tugasan.
ii. Saiz fon Arial adalah bersesuaian dengan bentuk power point yang dipilih.
ii. Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan, dan sumber internet.
iii. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA (American Psychological Association).
iv. Esei harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.

You might also like