You are on page 1of 6

Bagaimankah blog pembelajaran yang kami bina boleh membantu dalam meningkatkan pencapaian akedemik

dalam kalangan pelajar?


Blog (singkatan untuk web log dalam Bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukankemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Perkongsian maklumat merupakan salah satu kebaikan hasil dari blogging. Kami boleh berkongsi
pengalaman dan pengetahuan kami dengan pelajar melalui blog. Pelbagai maklumat boleh didapati di dalam
blog. Misalnya, kami berongsi maklumat tentang mata pelajaran yang kami ceburi seperti bahasa Cina.
Maklumat akan mudah diperolehi oleh pelajar hanya dengan melayari internet.
Blog kami juga dapat memperkenalkan teknologi terkini kepada pelajar. Blog merupakan satu kaedah
pembelajaran yang baru dan harus digunakan secara meluas sebagai alat bantuan pembelajaran kepada guru
selain menjimatkan masa untuk mengajar. Sebarang maklumat yang baru dan berfaedah dapat diakses
secara terus melalui blog yang kami buat. Pelajar tidak perlu lagi untuk membuat ulangkaji secara bersendirian
tanpa memperolehi maklumat yang lengkap dari perkongsian kami dalam blog.
Selain itu, kami dapat bertukar informasi dan pendapat dengan pelajar melalui ulasan. Sekiranya
pelajar ada sebarang ketidakfahaman dalam pembelajaran, mereka boleh meninggalkan ulasan mereka di
blog kami supaya kami boleh menjawab soalan tersebut dengan jelas.
Kesimpulannya, blog seharusnya diketengahkan sebagai satu bentuk pendidikan yang baru di negara
kita. Kepentingan blog dalam institusi pendidikan memang jelas terbukti. Sebagai bakal guru, kami wajib
menjalankan peranan kami agar mutu pendidikan di negara kita dapat ditingkatkan.

You might also like